CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 27 November 2007

Aktiviti Orang Laki-laki

Sedih tau, tiap kali ada aktivi macam ni ia dah di anggap aktiviti orang laki-laki...aku dengan Icha terpaksa ler dok di rumah jer, tapi pada aku itu sumer universal ...sumer orang boleh join, takkan aktiviti orang pompuan cuma pi shopping barang dapur jer, betul tak ? kalu tak caya cuba tanya Erra Fazira dengan Umie Aida...Namun aku pasrah, bila dah beranak pinak ni salah sorang kena berkorban a.k.a terpaksa mengalah, kena fikirkan juga kepentingan dan keselesaan anak-anak.
Anyway layan jer la gambar ni, aku pun tak de modal nak goreng tajuk hari ni sebab bukan aku yang pergi tempat-tempat ni sumer....kita layan gambar je lah. Lagi satu aku nak lunaskan janji aku pada Pjoe nak tempek gambar dalam stadium, sebab dia komplen aku asyik letak gambar luar stadium jer...ngeh...ngeh...ngeh!!

International Motorcycle and Scooter show~ NEC Birmingham

Motor idaman inchik hubby
Harley Davidson 1200 Nightster-XL 1200N
costume bike pun ada!

Geng bapak-bapak berkomplot pi tengok bola MU vs Inter millan


Kes tak dapat ikut pi Manchaster, inchik hubby tunaikan janji pada Ryan bawa tengok game Sheffield Utd vs Arsenal, tiket murah jer 3 pound ...Sheffield tewas di gelanggang sendiri, kehkehkeh!

Monday 19 November 2007

Sibuk...

2-3 hari ni aku dah mula pack barang sikit-sikit, ada 2 minggu lagi ni...adussss terpaksa ler kurengkan eksperimen kat lab( dapur ler beb!!!) aku tu...Cuaca kat luar sejuk betul, anak aku Ryan pun tak ke sekolah hari ni sebab asma( dah 3 hari kena serang asma)...Icha pulak tak habis-habis dengan batuk dan selsema.Kami anak beranak berstokin dalam rumah 24jam...eeeeee, macam mana ler nak pindah ni!!!

Mana baju yang dah tak muat lagi tu aku bagi jer kat masjid, ada tong disediakan kat sebelah masjid, sapa yang nak derma baju terpakai buh jer kat situ!! so, kurang ler sikit benda yang akan di angkut ke rumah baru nanti....

Bebudak main kat dalam rumah jer, itupun kat tingkat atas ...kalu dok kat tingkat bawah...uuuuiiii mangggg aiii sejuk tul!!! main kat luar of course dilarang sama sekali, sian sungguh kat bebudak .Sekarang ni aku dah tak jemur kain kat luar, sejuk beb!!!, sidai baju kat luar sama gak macam masukkan baju dalam peti es, kat rumah aku ni mana ada dryer...kalu ada pun ampunnn!!! aku tak akan guna sebab kelajuan dryer yang berpusing tu sama jugak dengan lajunya meter letrik...serammmm!!! alternatif lain, aku gantung jer kat heater...mesti nampak semak giller kan, kan kan!!!, kalu tak nak semak kena la rajin-rajin cuci baju so, tak der ler banyak sangat baju yang bergantungan.

Sunday 18 November 2007

Layan gambar pulak....

Gambar-gambar pokok-pokok di perkarangan sekolah Ryan...Tinsley Junior School



Saturday 17 November 2007

Kedai depan itewww!!!


Pukul 11 am...pagi tadi , amik gambar ni daripada tingkap bilik aku

Pukul 5pm, petang semalam


Saja nak gossip sikit hari ni...Mesti korang tak caya , ini ler kedai tempat aku beli daging dan ayam halal..Nampak jer macam usang tapi, macam-macam ada!! nak top-up hand phone pun boleh. Masa mula-mula sampai kat sini aku konfius jugak ingatkan stor lama ker , tak sangka pulak kedai, nak masuk pun takut sebab gayanya tak macam kedai. Orang panggil kedai Medina, Aku panggil Kedai Depan jer....ngeh..ngeh..ngeh....
Tukang jaga kedai ni namanya speedy, orang pakistan. Tapi, memang caya ler sebab dia buat kerja sepantas namanya...tapi lately dah sebulan dia tak jaga kedai, dengar cerita dah masuk DALAM sebab disyaki membunuh seorang kurdis...eeee leh caya ker??? aku pun tak pasti sebab aku tengok dia ni memang baik , selalu bagi lollipop free kat anak aku...kwang...kwang...kwang. Kalau aku beli barang then terbayar kurang pun "It's OK", tapi aku tak pernah ler amik kesempatan ke atas kebaikan dia tu...
Sekarang ni semenjak ketiadaan dia kedai tu macam slow jer....yer ler, speedy tak ada kannn...ishhhh, aku pun simpati ngan dia...rindu pulak rasa kat speedy!!! aku doakan jika sekiranya dia teraniaya, moga-moga dia terlepas daripada segala tuduhan...aminnnn



Thursday 15 November 2007

Happy Birthday honey!!!!


Hari Isnin 12 Nov yang lalu....Birthday BB besar aku, ntah sibukkan apa aku hampir-hampir terlupa nak masukkan entry ni.
Happy Birthday honey...luv you very-very much!!!!
Aku buatkan kek cekelet untuk dia...then aku paksa dia tiup lilin!!! boleh gitu???kehkehkeh...
Majlis tertutup untuk kami berempat saja, bertempat di dapur sebelum menikmati makan malam...2 hari sebelum(sabtu) tu aku dah masak spesel sikit untuk kami sekeluarga sempena birthday BB besar aku~ sate ayam lengkap dan cendol...

Wednesday 14 November 2007

Autumn yang Semakin Menyengat

Minggu ni suhu dah mula bawah 10C....sejuk, angin pun bertiup agak kuat cuma tak ada ribut. Daun-daun pokok dah mula berguguran malah ada pokok yang dah botak....Seperti kata Izariza, aku dah mula rasa nak masuk kepompong memanaskan badan, nak ke mana-mana pun jadi malas!!!!dua minggu yang lalu

Semalam 13 Nov

Mangsa keadaan

Sunday 4 November 2007

Jalan-jalan hujung minggu

Laporan hujung minggu

Aktiviti Semalam

Pagi
~Window shopping di Rotherham, peruntukan masa 1 jam jer sebab nak cari benda penting tapi terlajak sampai 2 jam.... kuikuikui!!!

Tengahari

~Window shopping di Carboot sale Twin Oak, junction 29...beli push chair Icha.

Petang


~Papa belanja Italian Vege pizza ~ best, lama tak makan pizza...tapi tak puas!!!
Lepas tu layan Ryan dengan Icha pergi Fun Fair, aku pun tumpang sekaki


Malam
~Tengok mercun/bunga api di angkasa dari tingkap rumah sempena festival Halloween..
~Lepak-lepak kat rumah tengok rancangan X Factor (ala-ala Malaysian Idol)

Aktiviti Hari ini

Pagi
~Lepak-lepak kat rumah jer, breakfast jemput-jemput pisang jer~ saja bagi space kat perut

Tengahari


~Pergi Open House rumah Lan/Nurul(org kampung den!!!), makan pun sodap!!! kari daging, rendang ayam, sambal belacan dan ulam-ulaman dan banyak lagi...Lagi satu menu yang aku tak pernah makan sebelum ni..."Mee laksa Kari", boleh tahan gak sedap!!!rasanya open house terakhir bulan syawal ni...Terpegun, cantiknya rumah!!


~Posing gambar kat Stadium Sheffield United FC, pas tu on the way nak balik rumah berposing sekali lagi ... kali ni, bersama daun- daun gugur di sebuah garden kecil di City Centre.

Petang
Kes tak puas makan pizza semalam, balik dari jalan-jalan aku terus uli tepung buat dough pizza...konon-konon nak tiru pizza yang aku rasa semalam, aku buat 2 biji ~ semua selamat masuk perut, licin!!!

Alhadulillah, weekend yang full dan best!!!! TQ inchik hubby, ummmmuuuuahhhhh!!!...

Friday 2 November 2007

1 Bulan Lagi

Tinggal sebulan jer lagi aku akan berpindah rumah..seronok pun ada, sedih pun ada!!!

Seronok ~

Sebab pindah ke rumah yang lebih besar dan agak selesa untuk kami anak beranak,
sewa pun murah, landlord pulak orang Malaysia.

Sedih ~

Sebab tinggal jauh ler sikit daripada kawan-kawan especially dah tak berjiran dengan
Kakpah lagi, tak dapat ler nak bertukar-tukar juadah hasil eksperiment kami
berdua dan tolak push chair sama-sama pergi amik anak pulang dari sekolah...I'm
gonna miss it!!!!