CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 30 June 2008

Cameron Highland

Masa cuti-cuti Malaysia yang lalu, sempat juga jalan-jalan ke Cameron Highland..Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kami ke Dataran Tanah Tinggi Cameron, dah lama aku merengek kat cik hb nak jalan-jalan ke sini, tapi tak dipedulikan(sedey nyerrr)...

Di Atas pelawaan adik Ipar aku Pyan, akhirnya dapat jugalah aku pergi ke Cameron Highland bersama-sama. Aku dan family manakala Pyan bersama "future wife" nya. Seronok tak terkata, bertolak seawal pukul 7.30am dan pulang semula ke Penang di sebelah petangnya..

Sepanjang perjalanan pergi dan balik Icha, Ryan dan hubby tak keruan kerana mabuk melewati jalan-jalan yang bengkang bengkok...adusss, baru separuh perjalanan baju aku yang wangi dengan perfume dah masam kena muntah si Icha...Anyway, nak berjalan punya pasal,aku tabah!!!...ekekekek.

cameron1


DSC_0548

Sunday 29 June 2008

Tahniah

Walaupun dalam mood berpindah rumah, aku sempat cilok sekejap menulis entry kali ini.
Aku nak mengucapkan tahniah kepada hubby terchenta di atas kejayaannya mendapatkan "comfirmation Phd status stage"(upgrading to 3rd year)..bermakna hubby berjaya menempuh 2/3 daripada cabaran dalam mengharungi perjalanan Phdnya..

Kini cuma tinggal lagi 1 cabaran yang perlu beliau hadapi iaitu Viva di akhir perjalanan Phdnya. Aku tumpang gumbira, berita gumbira ini kami terima sehari sebelum kejadian"Umpama Durian dan Pisang", sedikit sebanyak telah mengganggu keceriaan kami.

Tahniah untukmu hubby, teruskan perjuanganmu dan jangan putus semangat. Kami sentiasa berada bersamamu tak kira di dalam apa situasi sekalipun...(Pesanan keramat untuk hb: lepas selesai berpindah rumah ni bolehlah belanja kami makan-makan..ekekeke)

surat

Sunday 22 June 2008

Umpama Durian dan Pisang


kreta

Ingat tak kes kereta aku kena langgar lari satu ketika dahulu? masa tu kereta aku di langgar oleh seseorang. Dalam kes terbaru ni, belum pun cukup seminggu kami berada di bumi UK kami pulak di tuduh melanggar kereta orang lain tanpa bukti, Bukan sebarang kereta, tapi BMW cat metalik... tapi memang aku pasti Hubby aku tak lakukannya, sebab aku pun ada masa kejadian.
Selepas cuba berbincang mempertahankan kebenaran dan kedilan untuk kami dan memikirkan dari pelbagai sudut, akhirnya hubby mengalah. Kami terpaksa membayar gantirugi sebanyak 300Pound, terasa ralat kerana duit terbang begitu sahaja walaupun bukan kesalahan kami. Pemilik kereta tersebut adalah penghuni kejiranan kami.

Sudah tertulis sejak azali, mungkin bukan rezeki kami, aku pasrah... Hubby pun dah mula rasa tidak gembira tinggal di sini, kami akan berpindah, ya...berpindah lagi!!! memang berat hati nak meninggalkan tempat ini, tapi hubby dah rasa jauh hati...buat apa nak bertahan kalau hati dah tak tenteram,... Orang luar macam kami ini umpama buah pisang yang dikelilingi oleh buah-buah durian, dilanggar kami terkena terlanggar juga tetap terkena durinya...Betapa aku terasa kerdil di tempat orang...


Friday 20 June 2008

Rempit

Minggu terakhir ketika berada di Malaysia, aku sempat lah 'date' bersama hubby ronda-ronda dan makan-makan di Penang menaiki Vulcan 800cc. Seronok juga sekali-sekala ubah angin, anak-anak aku tinggalkan di bawah jagaan inlaw untuk beberapa jam. Teringat zaman-zaman muda remaja dulu, 'date' naik moto RXZ, pusing-pusing sekitar Shah Alam...ahakkksss!!!


bikers

Di Malaysia bolehlah nak 'date', ada jugak orang boleh tolong tengok-tengokkan anak-anak. Kalau di UK kirim salamlah dapat buat macam ni..kena tunggu setahun dua lagi baru boleh 'date' macam dalam gambar...(waaaa...lama lagi tuh!!)

Thursday 19 June 2008

Dari satu kepompong ke kepompong yang lain



Kami telah selamat kembali ke Bumi Sheffield...

Sedih dan gembira bercampur baur ketika meninggalkan keluarga melangkah kaki menaiki Emirates EK0347 KLIA-Dubai dan menyambung perjalanan menaiki Emirates EK017 Dubai-Manchester.
Kini, kami berada di Woodhouse..terbeliak biji mata aku bila melihat kondisi laman rumah kami yang kacau bilau selama ketiadaan kami di situ.. Aduh, lepas ni projek membersihkan laman rumah secara 'all out' perlu dijalankan.

Puas hati betul aku, alhamdulillah semua barang-barang yang aku nak bawa balik semuanya lepas dekat border gate...lalalalalal !!!yang ada dalam gambar ni cuma sebahagian sahaja, banyak lagi yg tak interfreme..

Wednesday 18 June 2008

Cuba Jaya

Antara 11 hantaran yang aku buat untuk perkahwinan sepupu aku Kak Da, semua idea merapu aku ala-ala tangkap muat sahaja dan mungkin juga daripada idea yang aku pernah tengok di TV, majalah ataupun idea kawan-kawan . Hiasan pelamin dan bilik pengantin adalah hasil gubahan kakak Ipar pengantin, tiada kena mengena dengan aku...ekekeke

Tuesday 17 June 2008

Sentuhan berbisa


Yuuuuhhhhuuuu....I'm back, Balik cuti-cuti Malaysia kali ni aku berpeluang menghadiri Majlis perkahwinan kakak sepupu aku yang paling rapat, Cik Puan Siti Hawa..Perkahwinan beliau adalah yang dinanti-nantikan oleh kami semua.
Lama sungguh kami menunggu, akhirnya 17 mei yang lalu berkahwin juga kak sepupu aku ni dengan jejaka pilihan hati dan juga pilihan keluarga ini..En Rozihad. Walaupun diadakan secara sederhana, namun pada aku tetap katakan ia 'Wedding of the Year' sebab aku ler yang paling sibuk sekali daripada mengandam hinggalah ke hantaran perkahwinan...ekekekek jom layan

meh ler tengok skill aku jadi mak andam bidan terjun...ini gambar pengantin sebelum dan selepas di solek...


Pengantin yang malu-malu kucing...ekekeke


Selamat Pengantin Baru untuk Kak Da dan abang Ijat, semoga berkekalan hingga akhir hayat...Aminnnn