CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 22 January 2008

Interframe

Icha nk interframe kat sini jap...Commercial Break!!!

lagi dan lagi...

Wednesday 16 January 2008

Snow


snow yang ciputttt


Tengok ler, kat rumput pun snow tak sempat nak melekat dah cair

2-3 hari lepas tengok weather forecast konon-kononnya esok ada heavy snow. Bila aku tengok balik hari ni dah tukar hujan pulak...isssshhhkkk menci tau, dah ler snow yang turun last 2 weeks ciputtt!!
Aku rasa lar, sebab ramai sangat orang pakistan/Asia dok PR kat sini... snow pun dah tak nak turun, panas kot sebab banyak sangat rempah kari landing kat UK...ekekekek!!!

Thursday 10 January 2008

Salam Maal Hijrah


Dok di UK ni aku tak sedar rupanya dah masuk tahun baru dalam kalendar Islam. Sib baik jugak tengok tenet ni ari-ari, kalau tidak alamatnya aku ketinggalan ler macam-macam perkara dari segala aspek. Nak tengok TV pun kena berebut dengan Ryan, dak tecit(icha) ni pun dah pandai...tiap kali aku buka TV, awal-awal dia dah request "nak tatooooooonnn".

Aku nak ambil kesempatan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1429H untuk keluarga dan sanak saudara serta teman-teman yang sudi menyinggah ke blog aku yang kaput ni, lately aku jarang update sebab sibuk dengan blog mamavogue...kuikuikui!!...semoga kita sama-sama menghijrahkan diri ke arah kebaikan dan berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan amalan kita untuk bekalan di dunia dan akhirat.

Azam aku kali ni

-Menambahbaikkan amalan kerana allah taala

-Nak kurangkan sikit masa melangut kat depan tenet ni, lebihkan masa untuk
anak-anak dan
family.

-Nak mendidik dan membimbing anak-anak ke arah santapan rohani yang
lebih
teratur dan berdisiplin.

setakat itu jer lah azam aku kali ni...walaupun berat ,harap-harap aku dapat melaksanakannya. Aku tak mengharapkan pencapaian 100%, dapat capai 45%-50% pun dah cukup baik untukku...!!! Yezzzzza, mamavogue boleh!!!!