CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 31 October 2007

Trick or Treat


Hari ni Rakyat England merayakan Halloween, Jam menunjukkan pukul 8.01pm... aku berdua jer dengan Icha di rumah. Ryan dengan papanya pi stadium menonton bolasepak Sheffield vs Arsenal.

Aku memang tak amik pot langsung pasal menatang Halloween ni, aku leka buat kuih Lapis Pandan di dapur tadi...rumah aku di ketuk berkali2, aku tau bebudak yang ketuk pintu rumah sebab aku dengar depa ketawa2. aku buat derkkk jer, malas nak layan...dalam hati aku " amende la bebudak ni ketuk pintu rumah org malam2, tak cukup ker main siang2 tadi!!!", kalau Ryan ada kat rumah pun aku memang tak kasi dia main malam-mlam ni...!!!

Masa nak sign in Tinta Azimat, aku dengar bebudak terpekik terlolong macam orang buang tebiat kat luar...aku mula la hot, sebab kacau Icha tidur. Intai-intai kat tingkap, berkeliaran bebudak(saiz mak/bapak budak pun ada) dengan kostum hantu masing mengetuk pintu rumah orang cari mangsa nak menakutkan orang dengan slogan ~ Trick or Treat......kuuuussss semangat, nasib baik aku tak bukak pintu tadi....dah ler berdua jer ngan Icha malam ni!!!!
tapi aku Okey!!!! maintain BERANI gitu....kehkehkeh.

Halloween ~ Secara ringkasnya(kalau salah tulun betulkan ekksss) berasal daripada Amerika, Kisah-kisah hantu yang menakutkan sengaja di hebah-hebahkan oleh ahli gereja untuk golongan yang tak percayakan/tidak takutkan tuhan suatu ktika dahulu ...tapi yang kelakarnya kini menjadi satu perayaan untuk mereka berseronok-seronok!!!! boleh gitu???

Monday 29 October 2007

Waktu


Semalam, waktu Greenwich mengundur sejam kebelakang...maknanya beza waktu di antara UK dengan Malaysia sekarang dah jadi 8 jam. Mula-mula aku sampai UK pada tahun 2000, memang aku rasa pelik ...garu garu kepala!!!!!

Nanti bila dah nak masuk summer, jam akan sekali lagi di ubah, kali ini akan di cepatkan sejam pulak.
Masyarakat kat sini dah biasa,dia orang tahu bila akan tukar waktu...biasanya bab-bab tukar waktu ini akan jatuh pada hari minggu sebab senang nak adjust time tidur, Orang malaysia saja yang kadang- kadang terlupa.

Kes terlewat atau terawal datang kerja/kelas time-time macam ni memang selalu terjadi!!
Nasib baik kes macam ni tak pernah terjadi kat aku... Tapi, ada satu insiden 1st Ramadhan tahun 2000..Satu UK berpuasa pada hari tersebut, tapi kami satu rumah tak puasa kes tak tahu....kuikikui!!!!

Tuesday 23 October 2007

Rumah terbuka (((lagi)))

Sudah masuk minggu kedua berhari raya, kami di sini masih sibuk melayan jemputan rumah terbuka sana sini...maklum ler raya kan sebulan, kehkehkehkeh!!
Bulan ni memang penat...penat berjalan, penat masak, penat makan dan penat juga nak penguruskan berat badan...haaaa, padan muka, sapa suruh makan banyak-banyak!!!!!

Tapi kena jaga juga hati tuan rumah,sekurang-kurangnya kena lah jamah sikit kesian kat dia depa ada yang sampai tak tidur nak menyiapkan juadah rumah terbuka masing-masing...

Hari Ahad lepas aku pun masak-masak juga ala-ala rumah terbuka (((gila kuasa ker?))), tak ler grand...tapi standby sikit-sikit jer kot-kot ada tetamu yang akan singgah rumah aku, ada jugak kawan kawan rapat yang belum sampai ke rumah aku minggu lepas yang aku jemput...
Alhamdulillah, ramai juga yang hadir!!!

Hari Sabtu, jalan-jalan beraya rumah Mizi/Shureen makan nasi lemak.

Balik dari rumah Mizi, singgah ke rumah Amy/Azhar dan Zura/Azam dan lepas tu terus ke Firth Park~ Rumah Abg Kamil/kak Ma,Rumah Abg Zul/Kak Amdah dan rumah terakhir lepak-lepak rumah Fadly/Aishah makan Ayam BBQ...best!!

Kami singgah sekejap-sekejap jer, sebab abang aku baru balik dari Heathrow pukul 4am sebab ambil Ita(wife Saiful ) yang baru sampai dari Malaysia. Kesian kat dia mengantuk tak cukup tidur..
Hari Ahad, aku buat Mee Kari ala perantau..tanpa tauhu, tanpa kerang...

Sluuurrrrpppp...., sedap woooo!!!

Kawan Ryan yang sempat datang beraya rumah kami~ Ryas(campuran Pakistan & Filipina)

Tuesday 16 October 2007

Warna -warni Aidilfitri~ Rumah terbuka

Aku buat rumah terbuka pada Hari Raya ke dua (sabtu,2 syawal), tak der la terbuka sangat...cuma panggil kawan-kawan rapat, namun kami berbesar hati menerima siapa-siapa sahaja..Almaklum ler, terlanjur dah masak tu...mai ler ramai-ramai!!! kalau datang hari lain, faham-faham jer la...terpaksa la jamu biskut kering jer...heheheheh..!!!

Hidangan special hari tersebut..Nasi Impit, Kuah kacang, kuah lodeh, spagethi dan rendang ayam...Selain daripada tu aku ada juga buat biskut raya (9 jenis) dan 4 jenis kek...
Dalam kesibukan tu tak sempat nak beraya betul-betul ke rumah Kakpah...

Persiapan terakhir sebelum tetamu datang..Rumah kecil saja so, terpaksa jamu kawan-kawan di dapur...huhuhuh

Lapar pulak, sebelum orang datang baik aku makan dulu...heheheh

Juadah Hari tersebut,...Kek Lapis Sarawak, Dok jauh-jauh di England baru dapat blaja wat kek Lapis Sarawak...

Sempat juga pose kan Icha sementara menunggu tetamu

Tetamu pertama~Tim dan Babul...sempat ambil gambar ngan Tim, lepas tu langsung lupa nak bergambar, Rushdi dengan Ann tetamu ke 2 pun tak sempat nak bergambar.


Hari Raya ketiga, giliran kami raya sakan...pun tak sempat nak berposing sangat...Hari tersebut kami pusing sampai 9 buah rumah..


Rumah terakhir sebelum pulang, Rumah Rushdi dan Ann..adehhh, letih betul!!!

Warna-warni Aidilfitri~ 1st syawal

Takbir..solat di pagi syawal

Bermaafan-maafan
bermaaf-maafan

Menikmati jamuan ringan, yang dalam kotak tu khas untuk kanak-kanak

Sebelum balik dari PMC, sempat bergambar kenangan...Ryan buat muka Mr Bean, kes tak nak bergambar!!

Sesi mintak ampun untuk anak-anak dengan mak sekali


Gambar family sempena hari raya



Monday 15 October 2007

Suasana di Aidilfitri

Menjelang Syawal aku buat persiapan seperti biasa macam ibu-ibu yang lain...tahun ni aku agak excited sikit nak sambut raya kerana semua perkara dalam rumah , aku dan abang uruskan sendiri...aku yakin banget raya jatuh pada hari sabtu, lagipun masa aku telefon mak aku di Malaysia mak aku kata Malaysia raya hari sabtu...

Di malam jumaat yang syahdu selepas berbuka puasa, aku dapat panggilan telefon dari seorang teman..."wei Rozie, esok raya arr"!!!!

terkejut beruk aku!!! memang la terkejut sebab stok barang-barang nak masak untuk juadah hari raya semua belum settle lagi, serai yang nak buat rendang pun masih ada di kedai lagi....huhuhuhu!!

Kesimpulannya Hari Raya pertama aku tak masak apa-apa pun yang special...Awal pagi lagi aku telefon family di Malaysia aku, mintak restu dan bermaafan.Aku kira aku kuat, tapi tak sangka berjuraian juga air mata bila bercakap dengan mak untuk mintak maaf....waaaaa.

Lepas tu aku dan family bersiap-siap ke PMC(Pakistan Muslim Centre) tempat orang Malaysia menyewa untuk sembahyang Hari Raya. Lepas Tadbir,solat aidilfitri dan khutbah kami menikmati jamuan ala kadar.Juadah di PMC hari itu ialah Nasi Impit bersama kuah kacang serta beberapa juadah sampingan yang lain....

Keesokkan harinya baru lah aku buka rumah untuk semua kawan-kawan kami...Letih juga tapi memang seronok, ini ialah kali kedua aku meraikan Aidilfitri di bumi Sheffield...Kami buka rumah sampai hampir pukul 1am...Terima kasih kepada rakan taulan yang hadir pada hari tersebut termasuk rakan-rakan satu fakulti abang~ Red dan suami serta Sung Yi dan suami..

Hari raya ketiga baru lah kami berpeluang menziarahi kawan-kawan..kami sempat pergi 9 buah rumah...Letih dan kekenyangan!!! Pukul 8.30pm kami pulang ke rumah, aku masak nasi putih dan telur mata kerbau..(hampir 2 hari tak jumpa nasi putih...windu!!!!)

Monday 8 October 2007

Salam Aidilfitri


Khas untuk semua kaum keluarga dan kenalanku walau di mana jua berada....


Pot Luck

Semalam berbuka puasa secara pot luck bersama-sama kawan-kawan rapat, maklum lah, miggu ni weekend terakhir sebelum meninggalkan bulan yang mulia ni...
Luxury of food...macam-macam ada!!!! sup tulang, nasi ayam, capati, nasi goreng kampung, ayam bbq, spagethi, popia dan butir nangka. Dalam banyak-banyak juadah, aku cuma buat popia jer(sorry arr, aku mengelat...kehkehkeh)
Markas tempat kami berkumpul sudah semestinya di rumah tok pengulu Tinsley~Zahuri/Kakpah....(Lokasi~ depan rumah kami

**tengah tunggu gambar daripada kakpah, dah dapat baru boleh tempek kat sini...(aku asyik lupa bawak kamera)

Friday 5 October 2007

Makan

Bulan-bulan puasa ni, entry makan memang popular dikalangan blogger-blogger...Untuk sekian kalinya aku masukkan entry makan di sini...
2 hari lalu, selepas aku menjenguk blog Miss3 aku dah mula teringat-ingat nasi kerabu...aku bukannya extrem sangat dengan nasi kerabu, tapi dalam setahun dapat makan sekali dua pun sudah memadai...
Al-kisahnya semalam, aku pun mula beraksi di dapur berbekalkan resipi dari Mesra.Net...Tapi, aku ubahsuai sket khas untuk mereka-mereka yang Alergi...

Missi memasak selesai...

Masa berbuka puasa, aku ngap sampai 2 1/2 pinggan untuk melepaskan gian...

fuhhh lega!!!

Tidur malam...pukul 3 pagi aku dikejutkan dengan rengekan Icha...tiba-tiba saja aku teringat yang aku terlupa nak snap photo Nasi kerabu untuk koleksi aku, makan masa berbuka semalam macam tak ingat dunia...kehkehkeh...
Pukul 4 pagi, aku bangun ke dapur bersama-sama dengan kamera , aku posingkan nasi kerabu baki semalam...Tapi, masa tu dah tak rasa nak makan nasi kerabu lagi.

So,hari ni aku dan hubby bersahur mee goreng panas-panas...mmmm, sedappp!!


Nasi Kerabu..mmm sedap kat tekak aku!

Mee goreng bermuka selera tika bersahur