CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 31 December 2008

Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru..

5 Days to go...

Selamat menyambut Tahun Baru untuk semua blogger dan pengunjung blog, Masih tidak terlewat untuk aku menyucapkan Salam Maal Hijrah 1430, tutup buku lama dan bermulalah lembaran buku yang baru, semoga mendapat keberkatan....Selamat tinggal buat 2008 dan selamat datang kepada 2009, semoga kedatangan 2009 memberi sinar baru dalam hidup masing-masing..

Banyak perkara yang berlaku sekitar 2008 ini...ada yang menggembirakan dan ada yang memedihkan, mana yang baik akan menjadi kenangan sampai bila-bila dan mana yang memeritkan biarlah ia terkubur begitu sahaja dan tak ingin untuk diulangi. Yang baik akan aku dijadikan pedoman dan yang buruk itu akan aku cuba untuk hindarkan...Segalanya memberikan pengalaman dan pengajaran untuk aku melangkah dengan lebih kemas lagi di masa hadapan...

Hari ni snow turun di Tinsley sebagai penutup tirai 2008, walaupun tak lebat tapi cukup untuk menusuk sampai ke tulang hitam..

Hujung minggu yang lalu majlis Resepsi Mamu dan Isteri...bertempat di rumah pengantin perempuan pada hari sabtu dan di rumah MIL aku pada hari Ahad...alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar... Ini lah serba sedikir gambar yang di ambil dari lensa kamera digital bukan pro

Layan....


Pengantin di singgahsana...Rumah biras aku


Makan beradap..rumah pengantin perempuan


Lagu apa ler yg dinyanyikan oleh pengantin agaknya hingga menitiskan air mata ibu pengantin lelaki...huhuhu, terharu sungguh. Gambar majlis di rumah my In Law, my cameraman tak sempat nak amik gambo pengantin masa bersanding kat dalam rumah sbb busy melayan tetamu...nampaknya kena tunggu gambar dr yg pro..


Parent aku tak dapat hadir sebab banyak kenduri yang berlangsung kat kampung aku...sepupu-sepapat pun berkenduri jugak di KL...ini ler wakil dari family aku, Pak Ndak aku(baju lengan panjang) yang merupakan adik kepada ibu aku bersama isteri beliau (baju biru)yang memang menetap di Penang sejak muda-muda lagi...dan kakak sepupu yang paling rapat dengan aku "kak Da" & suaminya yang baru berkahwin 6 bulan lepas kebetulan ke Penang pada hari tersebut ...kalau tengok entry yang lepas-lepas ada aku selitkan gambar perkahwinan beliau , masa tu aku yg jadi mak Andamnya...

Lepas ni pengantin akan berbulan madu di Pulau Bali...Semoga berbahgia!!


Sunday 28 December 2008

Day 11- Kisah Ryan

8 days to go

Hari ni nak cerita sikit kisah anak sulung aku, Ryan Ikmal...
Aritu aku ada cakap nak tempek gambar-gambar dia wat kraf, tapi tak berkesempatan nak letak kat sini sebab semua kraf origami yang dia buat dah hancusss,
biasalah bebudak ...lepas buat main,
dah jemu sepah-sepahkan...aku yang sakit mata ni pungut semua terus campak dalam tong sampah!

So, sekarang ni musim dia melukis pulak...
melukis ni memang minat dialah sejak kenal dengan alat tulis...
masa aku pulang ke Malaysia bercuti 6-7 bulan lepas, ...
kami balik bercuti agak lama jugak, aku rasa bersalah biarkan dia duk rumah tanpa buat apa-apa,
so..aku tumpangkan dia di sekolah rendah berhampiran rumah MIL lebih kurang 2 bulan jugak dia bersekolah kat situ.

Ryan memang tak ada pengalaman bersekolah rendah di Malaysia...
suasana pembelajar di Malaysia memang sangat-sangat asing bagi dia...
di Malaysia murid-murid sekolah ada buku nota dan buku latihan sendiri mengikut matapelajaran,
tapi di UK ni cuma kertas-kertas hands out jer yang cikgu bekalkan...
kat sekolah pun semua cikgu pakai power point tak kiralah cikgu Infant hinggalah sekolah menengah...
mula-mula tu memang dia agak janggal jugak, tambahan pula nak join kawan-kawan berebut-rebut beli makanan di kantin.

Dalam masa 2 bulan dia bersekolah tu, aku dan hb tak mengharapkan apa-apa,
aku cuma nak bagi exposure kat dia sahaja,
sekurang-kurangnya dia tahu macam mana suasana sekolah di Malaysia...

Tapi, suatu hari tu guru kelas dia komplen kat hb aku...
dia kata
"anak cik ni tak buat kerja sekolah yang saya bagi...habis buku dia lukis karton"...

uiksss...terkejut juga lah kami. tak terfikir pulak aku nak pesan supaya dia ikut arahan yang cikgu bagi, yer lah kan..
kalau cikgu suruh salin apa yang ada kat papan hitam kenalah salin...

rupanya dia tak tau! kat sekolah UK ni tak pernah salin-salin apape...cuma isi tempat kosong yg di sediakan jer,
Cikgu kat sekolah tu pulak anggap dia dah tau semua hal sekolah , lepaskan Ryan buat kerja macam tu jer...eheheheh.

Bila aku check buku latihan dia memang penuh dengan kartun power Rangers, spiderman, Transformer dan tah hapa-hapa lagik...Power Ranger pulak ada macam-macam jenis, power Ranger mistic four lah..power Ranger rhinosourus lah...alahai, macam-macamlah.

Nak tergelak pun ada bila ingatkan kisah tu, tak boleh nak marah dia gak sebab dia memang tak tau...ntah-ntah bila cikgu cakap"salin" pun dia tak faham apa maknanya. Dia pulak pantang jumpa kertas kosng asyik nak melukis jer kerjanya

Kalau tengok dia buat karangan Bahasa Melayu, kelakar betul!
sebijik mentranslate dari English ke BM...ekekek.
Risau pun ada jugak, tapi dah terlanjur dia duk kat UK biarlah dia kuasai english ni dulu.
Nanti bila dah balik Malaysia nanti harap harap dia dapat catch up balik apa yang dia dah tertinggal...

Berbalik kepada cerita tadi...
sekarang ni musm dia tengah asyik melukis,
tadi sempat jugak aku curi-curi snap gambar hasil kerja yg dia buat petang tadi...
Aku pernah intai-intai habbit dia bila mengadap PC sebelum nih...rupanya
sambil dia tengok kartun Transformer menerusi Youtube tu sambil dia melukis...sesekali dia "pause"kan cerita tu then melukis part -part yang dia nak tiru then sambung semula tengok cerita tu...

Collage80
sebelah kiri~ Spiderman, setiap karektor spiderman yang dia lukis adalah berbeza, bukan spiderman yang sama...perbezaan yng ditunjukkan kat situ dari warna costum dan mimik muka.

Sebelah kanan~ Transformer, macam-macam jenis transformer dan namanya sekali..ada yang original dari apa yang dia tengok dan ada yang dah diubah suai..


Lukisan dia memang detail, cikgu sekolah dia pun cakap macam tu,
benda yang kecik-kecik pun di ambil kira...kalau tengok kemahiran melukis yang dia ada, Ryan ni cenderung ke arah teknikal drawing dan grafik...
Kalau dah itu minat dia aku redha, dan aku akan galakkan dia untuk menjadi yang terbaik...tapi yang geram tu apa yang aku cakap atau idea yang aku bagi semua tak betul sebab cikgu dia cakap lain, cikgu dia jugak yang betul...dia tak hengat ker yg mak dia nih cikgu seni...!!

Saturday 27 December 2008

Day 10

9 days to go...

Hari ni tiba-tiba teringat dengan GB Crunchy Nougat nih...

Originally berasal dari Australia...sedap sangat!! Masa kat Malaysia memang sangat-sangat susah nak jumpa ok!

Aku kenal dengan Golden Boronia Crunchy Nougat ni pun dari seorang teman sekerja yang memang kerjanya asyik ulang alik dari KL-Australia..macam naik bas KL-Seremban jer gayanya..

Masa tu mengandungkan Ryan, Kawan aku tu siap bg sebungkus besar yang special lagi kat aku kerana aku mengandung ketika itu, orang lain dapat seulas dua jer...ehehehe,sronok sungguh!

Lepas aku pindah tempat kerja tak merasa lah aku lagi Nougat nih...hinggalah tiba-tiba rasa teringin nak makan sangat-sangat 3 tahun lepas.. ketika lidah terasa sangat-sangat nak makan nougat nih, secara tak sengaja aku jumpa kat Guardian Pharmacy, Alamanda Putrajaya. Aku rembatlah sebungkus...belum sampai rumah dah abis. Tak puas hati lagi , esoknya tu aku drive sendiri ke Alamanda lagi semata-mata nak beli Nougat...aku rembat lagi 2 bungkus! baru puas makan...heheheh, 2-3 hari lepas tu baru aku tau rupanya aku mengandungkan Icha...patutlah beria-ia sangat teringin dengan Nougat nih...Lepas daripada hari tersebut, aku tak pernah jumpa lagi di jual kat situ...tak taulah sekarang.

Masa daripada Airport Penang nak balik ke Sheffield 6-7 bulan lepas, jumpa kat Airport Penang, aku rembat 2 bungkus..sebungkus dengan harga RM15.00, tak kisahlah kan!

Tapi, kat UK ni tak pernah jumpa lagi...:-(

Sejak Inchik hb balik Malaysia ni, mula teringat semula dengan Nougat nih...aku harap sangat-sangat dia boleh belikan untuk aku! tapi kali ni confirm bukan kes mengandung.... Rindunyaaaa...yummy...yummy!

Lagi satu kan, selain dari Nougat, coklat ni memang menjadi pujaan hati ku sejak zaman student lagik...sampai sekarang tetap menjadi pujaan hatiku
Bersepah jual kat Malaysia, tapi kat Sheffield ni belum pernah jumpa lagi...Yang ada almond kat tengah-tengah dia yg paling umphhh!!!

Friday 26 December 2008

Day 9

5 days to go + 5 more days
10 days to go...

Esok dan Ahad majlis resepsi mamu...Selamat pengantin baru mamu!

Sejak 4-5 hari ni PC dah mula sakit-sakit...hari ni nampaknya bertambah menjadi-jadi, dah keluar warning kat skrin monitor apa masalahnya...kata si Monitor, kemungkinan masalah hard disk atau software..so, kesan daripada masalah itu kalau aku tengah online cenggini tiba-tiba dia akan tertutup sendiri lepas tu senyap jer utk beberapa ketika dan kalau tekan button pun tak ada sebarang tindak balas...memang dah nazak sgt kot.

Jangan hairan kalau tiba-tiba aku sepi jer untuk jangka masa seminggu dua nih...tak lain dan tak bukan sebab masalah PC, kalau PC ni sihat dah tentu aku bertenggek kat depan ni 24jam...

Macam-macam benda yang nak disettlekan kat Malaysia, so hb sambung lagi percutiannya untuk beberapa hari lagi....tapi tak kisahlah, janji impian hb dan aku tercapai...muahahahha..

Jangan tak tau, ada projek besar...ahaksss

Semoga apa yang di hajatkan akan terlaksana....
so, sabarlah wahai hati....!!!
Anyway...sejak seminggu dengan anak-anak, aku dah terbiasa..
lepas anak-anak tido.aku layan Bollywood kat Sky TV...Arini aku layan Indian Idol, lepas tu sambung kat channel Abu Dhabi tengok drama Arab boleh gitu???

kihkihkih...lantak ler faham x faham tu cerita nombor dua...ekekek

Tak faham cerita pun tak apa...Aku suka menelek dan membanding ...aku suka memerhati raut wajah, cara solekan..cara hidup/budaya...interior rumah atau apa saja yang memang berbeza dengan kita.

Anyway... wajah mak arab kat channel Abu Dhabi tu,memang cun melecun!!!

~adios~

Wednesday 24 December 2008

Day 7

7 days to go..

Aktiviti sama jer seperti selalu...nak keluar mana-mana pun malas !
Hari ni masak macam-macam,semua sikit-sikit...

Aku buat kuih rengas, beehoon goreng, dan Kari Ikan Tenggiri...Pas tu terajin skit aku pun buat Jelly caramel dan Marshmellow..tapi bebudak dalam rumah ni bukan 'pemakan' sangat, Jelly Caramel pulak tak kena dengan taste anak-anak ...akhirnya tersadai semua makanan. frust sungguh!

Aku pun tak selera nak makan..memang sejak sebulan dua nih tak selera sangat nak makan, kata orang setakat makan untuk hidup jer. tak sungguh-sungguh.

Cuit kuih sikit ker, roti sikit ker dan kadang-kadang sambil suapkan Icha aku suap nasi sesuap dua kat molot dah rasa kenyang....Agaknya dah jemu dengan masakan sendiri, dah naik pening hari2 memikir apa nak masak.."Apa nak masak"..itulah yang aku lagukan tiap-tiap hari!

uiksss...tak sukanyeeee!!!
Idea dah makin tak ada...

Tuesday 23 December 2008

Day 6

8 days to go...

2-3 hari ni tak sempat nk ber Webcam ngan inchik hb....
Icha pun dah tanya-tanya kat aku
"papa mana, mama?"...
aku jawab.."papakan balik Malaysia",
pas tu dia tanya lagi"kenapa papa tak ada dalam komputer tuh?"...
aku jawab pulak..."papa sibuk kerja"
Then dia diam...
dah mula terasa papa dia dah lama tak balik rumah...huhuhu.
Kalau papa dia nak cakap kat telefon, dia tak nak...mungkin sebab tak nampak muka kot...
masa webcam aritu bukan main excited lagi dia..
sedar tak sedar dah 6 hari berlalu...
Sibuk jugak sejak inchik hb tak ada kat rumah nih, apa yang aku buat tak beres-beres lepas satu satu menyusul...
maklum ler semua kena buat sendiri dari A to Z...Lebih-lebih lagi cuti sekolah ni.
Kalau Inchik hb ada kat rumah ni, sekurang-kurangnya masa aku masak atau buat kerja rumah dia leh layan anak ker, tolong cuci pinggan ker atau tolong aku buang sampah...

ala-ala macam allahyarham P.Ramli pernah cakap
"Irama dan lagu tak mungkin dapat di pisahkan, jika ia dipisahkan maka pincanglah irama dan rosaklah lagu"
Aku ni memang tengah kepincangan ler ni walaupun cuma untuk 2 minggu....!!

miss you bebeh!!!

adussss...letissss nyerrrssss!!!

waktu skrg kul 12.09am...dah nak tidolah pulak!
arghhhhh....(menguap besar )

Sunday 21 December 2008

Day 5

9 days to go...
Hari ni mata tak boleh lelap...kul 3am dah terjaga...
Layan MyR sampai kul 6am, saja nak tunggu waktu subuh..
Kejap agi mengantuk ler nih!!

Day 4

10 days to go...

Arini, Selain daripada aktiviti harian aku sibukkan diri dengan berforum di ruangan forum MyResipi... sedar-sedar hari dah malam!

Sejak Ryan cuti sekolah ni terpaksa bergilir dengan dia guna pc ni, Ryan ni sambil mengadap Pc sambil buat kraf..lately asyik sungguh dia membuat kraf sama ada tiru dari Youtube atau web kanak-kanak. Macam-macam aku tengok yang dia buat, kapal terbang kertas..senapang kertas, dragon puppet...kalau teringat nnti aku tempek gambar kat sini...

Elok jugak dia sibuk dengan menda tu semua, tak ler dia asyik mengadap aku minta itu dan ini, tapi yang tak tahan tu sampah-sampah lepas siap buat kraf tu dia tak reti nak clearkan...hari-hari kena leter pun tak reti-reti lagik ...

Buka sekolah ni Icha pun akan mula bersekolah di Tinsley Infant, sehari cuma 2 1/2 jam jer...Masa 2 1/2 jam Icha kat sekolah tu, apa aku nak buat eksss? mesti boring kan..

Saturday 20 December 2008

Day 3

Hari ke tiga tanpa hb di sisi (11 days to go)...

huhuhuh...sibuk melayan budak 2 orang nih. Time cuti sekolah memang pening sket kepala dengan kerenah bebudak nih...Icha pulak memang suka menyakat abang dia, saja nak bagi abang menangis atau kena marah dengan aku...Aku dah faham sangat apa yang ada dlm fikiran si Icha ni, tapi apa-apa hal pun sentiasa ingat kat Abang..kalau pergi kedai pun suh aku belikan "something"untuk abang sekali.

Tengahari tu ber Webcam dengan Inchik hb..riuh gak ler Icha dapat tengok papa dia kat dalam komputer..Muka dia pun ada sekali kat dlm komputer, sesekali dia lambai kat diri sendiri yang dia nampak kat skrin monitor tuh sambil cakap"hai Icha"....haru biru betul ler dak kecik tuh...

Ryan pulak merengek kat papa dia nak Nintendo DS, Papa dia dah survey kat Carefour Penang hari ni..harga sampai RM750.00, pengsan makcik dengar!! Kalau tanya aku , memang tak usah beli...membazir duit jer! bebudak ni bukan main menda alah tu lama-lama, sebulan dua sure bosan nak benda lain pulak...ishhhkkk, aku dulu-dulu main tanah jer tak payah kuar modal ratus-ratus...Layan kan sangat kerenah bebudak ni lama-lama naik lemak dia orang nih!

Dalam kesibukan melayan kerenah anak-anak petang tadi, Jiran tetangga pulak datang ziarah aku...Mintak tolong aku luruskan rambutnya dengan Straightener...aku pun tumpang sekaki ler, memang lurus ler rambut pakai menda alah tuh, selama ni tak pernah cuba, heran makcik kejap, ekekeke...Lepas tu aku test pulak kebolehan aku menconteng muka dia dengan make up yang aku baru beli tuh...

Terisi ler sikit masa aku hari ni..sempat jugak buat Kek Chiffon Strawberry sebijik petang tadi..

errmmmm...masih terfikir-fikr nak masak apa esok..any idea?

Friday 19 December 2008

Day 2

Hari kedua tanpa hb di sisi...

Masak simple-simple jer hari ni...Soto ringkas untuk anak-anak makan untuk Lunch dan Dinner hari nih...

Macam-macam benda yang aku buat hari ni, membasuh baju kaw-kaw hari ni, tukar cadar katil, tukar towel, , lipat kain dan macam-macam lagi...baru terasa masa bergerak pantas sket hari ni...huhuhu

Icha ingat semalam papa balik Malaysia dan petang tu balik Sheffield semula..ngeh..ngeh..ngeh, masih belum faham lagi...

Collage79

Suka tengok gambar ni, nampak kiut sangat!! baby doll tu memang tak lepas dari tangan..tidur pun bawak sekali..

Ryan pulak asyik sebut-sebut "I miss papa" sejak semalam...maklum ler dia ni memang pengarang jantung papa, kamcing giller ngan papa dia tuh.

Sejak papa balik kampung ni rajin pulak dia tolong aku check pintu, check paip air(tutup rapat) check lampu dan make sure semua lampu di tutup sebelum masuk tidur....Selama ni dia tak heran pun.Mungkin ada rasa tanggung jawab bila papa tak ada rumah, secara semulajadi dia jadi cenggitu...

Collage75

Ni gambar Ryan 3-4 bulan lepas,nampak besar sungguh anak aku nih..tahun depan umurnya 9 tahun...maknanya tahun depan usia perkahwinan 10 tahun...tak sangka cepat masa berlalu

Petang tu kami sama-sama buat kraf , buat kad ucapan untuk papa...free time boleh ler layan anak-anak cenggini, sekurang-kurangnya tak ler dia boring sangat dan asyik teringatkan kat papa dia.

Collage78

Icha pun tak lepaskan peluang join sekali...leka sungguh dia mengadap benda alah nih

Malam tu kami bertiga tidur sebilik...excited Icha bila abang tido skali dengan dia hari nih...pukul 11pm pun masih belum tidur!!


Thursday 18 December 2008

Balik Kampung

Hari ni hb balik Malaysia.....actually masa aku tgh buat Entry ni, hb belum pun naik flight lagi ...Aku masih ber SMS dengan beliau yang tengah menunggu kat Heathrow airport nun.

Tapi...aku dah mula rasa sunyi skrg nih, sedih pun ada gak. Actually sejak 2-3 hari lepas dah rasa macam ni, tapi aku control cun jer depan dia sebab malu nak tunjuk perasaan sebenar yang ada dalam dada aku ni, kengkonon strong ler kan.Rela dalam terpaksa..huhuhu...

Adoi.. doi..doi.. baru jer beberapa jam rasa tak leh tahan berpisah macam nih ...Hati aku rasa sepi jer,jiwa aku kosong lebih-lebih lagi bila anak-anak tengah buat hal sendiri..Icha sedang lena di ulit mimpi skrg nih dan Ryan duk asyik mengadap komputer...

Boleh ker aku layan feeling cenggini dalam dua minggu nih?. Yer lah...Dua minggu tu tak lama, tapi aku yang nak lalui ni terasa lama sangat ...uwaaa...uwaaa...uwaaa!!!

Bukan tak biasa berpisah-pisah.., tapi kali ni menjangkau beberapa benua..Terasa sangat betapa jauhya kami terpisah lebih lebih lagi 24jam duduk kat rumah.... Ryan pun dah cuti Krismass selama 2 minggu...Terasa masa menginjak seperti kura-kura!

Kalau bekerja mungkin terasa cepat skit masa tu berlari kan...

I miss him.....

:-(
:-(
;-(

Monday 15 December 2008

Hari ni nak layan lagu pulak


Lama dah tak layan lagu-lagu nih...huhuhuh, sampai semua lirik lagu melayu ker omputih ker dah tak tau..Kengkadang ada gak rasa nak menyanyi , tapi tak ada feel sebab lirik asyik tersangkut-sangkut jer...


Sekarang dah tak ada masa nk layan lagu-lagu ni sebab sibuk dengan anak-anak dan rutin harian yang tak pernah berkesudahan.....


Semenjak dua menjak ni hati rasa nak menyanyi-nyanyi jer untuk hiburkan hati la..la..la..la..

so aku layan ler lagu "The Promise" ni....hb aku kata.."sudah ler tu mama, ni untuk bebudak muda remaja jer.. kita ni dah tak sesuai nak layan menda-menda ni!"...


Uikss...aku dah tua ker?? tapi tak kisah ler umur aku 60 tahun sekali pun..yang penting jiwa aku tetap remaja...betul tak? hapa haku kisah kan...kan...kan!!


Meh ler layan lagu peberet aku yang seksi nih!!



The Promise



1,2,3,4

Everything he does,

Better then ordinary

Everything he wants he gets,

Cause everything he does is kinda necessary

I believe in love,

Tell me can anything last forever

Life can live up to love

Got a hand on my heart

I’m never saying never


**You’re gonna make me

Make me love you

Nothing at all

Nothing that I do

Promise I made(2X)

Started to fade(2X)

fade


You’re gonna make me

Make me love you

Nothing at all

That I cannot do

Promise I made(2X)

Started to fade(2X)


Maybe next time I’ll take a ride on by,

I wanna feel you near

Cause I can’t play like this I’m into now

My aladdin’s lamp is down

And I gotta fear

Oh baby right here


Giving up just looking into window, yeah

I’ve had enough of wishing I’ve found you,

Baby don’t you know

I’ve had as much I can take of falling, yeah

Got a lot to learn bout riding through


**You’re gonna make me

Make me love you

Nothing at all

Nothing that I do

Promise I made(2X)

Started to fade(2X)

Fade…


You’re gonna make me

Make me love you

Nothing at all

That I cannot do

Promise I made(2X)

Started to fade(2X)


Here I am,walking primrose

Wondering when I’m gonna see you again

So, here I am, walking primrose

Wondering when I’m gonna see you again


I’ve got my hands all ready to touch your soul,

I’m gonna get the energy to wire me close to you

Got my eyes on the prize I see

Are you watching me baby?


Cause my heart is turning to solid gold

And my head is saying

honey too good to be true

Oh one look in your glitter eyes,

How else telling me every time


**You’re gonna make me

Make me love you

Nothing at all

Nothing that I do

Promise I made(2X)

Started to fade(2X)

Fade…


You’re gonna make me

Make me love you

Nothing at all

That I cannot do

Promise I made(2X)

Started to fade(2X)


Maybe it’s not that hard to know you

Maybe we’ll make it up and go

Maybe we’ll work things out

There’s only one way up and one way down I know

If you wanna convince me start again

If you wanna be with me in my arms


**You’re gonna make me

Make me love you

Nothing at all

Nothing that I do

Promise I made(2X)

Started to fade(2X)

Fade…


You’re gonna make me

Make me love you

Nothing at all

That I cannot do

Promise I made(2X)

Started to fade(2X)

Fade…


Sunday 14 December 2008

New Toys

Tayang toys baru pulak...huhuhuh


Kitchenaid kaler hitam,

dah berumur sebulan kat rumah aku...asalnya nak beli kaler merah, tapi bila tgk bowl yang hitam lebih besar dari kaler merah dan keupayaan enjinnya yang lebih besar, akhirnya aku pilih kaler hitam..suka..suka..suka sangat!! hasil titik peluh aku jual kuih raya, jual kek dan jadi floor Engineer kat sini..sayang sangat tuh, bukan senang nak beli. Kalau boleh nak peluk tido sesama...ahaksss. Puas hati ler pakai KA nih, performancenya mmg beyond my espectation gitu..mantap!! kat sini harganya GBP350.00, aku dapat beli dengan rega GBP282.00, kat Malaysia kalau tak ada RM2800-3000 tak leh nak beli.. Salah satu wish list aku dah langsai!!

Selain daripada masak, ini memang minat aku sejak di zaman kecik-kecik lagi...biasa ler orang pompuan!!!
Tengok kat blog Anese aritu, aku amat teruja nak beli eye shadow Coastal scent..memang dah dapat green light dari inchik hb leh order dari US sana...tapi inchik hb kata tunggu ler lepas masuk tahun baru kalau nak beli...uiskkksss, tak boleh tahan ler..aku pun Order ler yang ni kat Ebay..jenama tak biasa dengar.."W7"..rega pun murah jer GBP3.45 Color macam menarik jer ala-ala pastel color ada 77 color semuanya, untuk sementara nak beli Coastal Scent leh gak main make up-make up pakai yang ni dulu...tapi performancenya tak berapa best sebab masa sapu kat mata berterabur habuk-habuk warna eye shadow tu ke merata wajah haku, so...solekkan jadi tak kemas!

Pas tu aku beli pulak set berus make up kat Ebay, murah jer..GBP 4.50. semua mak nenek berus ada,cukuplah untuk kegunaan sendiri ..puas hati!Semalam jumpa pulak set yang ini...suka..suka...suka sangat!!! rasanya tak jadi ler nak beli Coastal Scent dah, setakat ni dah puas hati kot apa yang aku ada walaupun ada 30 kaler jer untuk eye shadow, 20 color lipstik , 1 lipgloss, 5 color blusher, 1 mascara, 2 btg eye pencil dan 3 batang berus...

Dapat 1/2 price set ni jenama "No7" dari rega GBP70.00 aku dapat GBP34.50, jenama ni baru jer nak popular kat sini...nampak macam best jer!! boleh ler bertahan sampai 5-10 tahun...ekekekek.Lama dah mengidam semua benda-benda nih..kalau kat Malaysia memang tak kuasa haku nak beli...lagi satu prize figurenya puluh-puluh dan ratus-ratus RM, sure gigil-gigil tangan nak kuar duit..sebabkan pakai duit pound kuranglah skit terasanya...



Lepas ni kena puasa ler kan..kan..kan..

Saturday 13 December 2008

X-Factor

Baru jer lepas tengok Final X-Factor yang memang tengah hot kat UK kebelakangan ni...memang best! salah satu judges nya Cheryl dari kumpulan Girl's Aloud.

X-Factor ni kalau kat Malaysia di panggil "Malaysian Idol "...

Inilah pemenang X-Factor tahun 2008 ni, Alexandra Burke...suaranya memang power!..Actually aku suka sangat-sangat ngan kumpulan JLS yang dapat tempat ke2 dalam pertandingan ni, tapi aku pasrah sebab Alexandra ni yang menang bcoz she deserve it!!
Lagipun aku menonton jer, tak sumbang vote pun...



Alexandra Burke



Kumpulan JLS

Girl's Aloud

Antara kumpulan yang tengah top sekarang ni kat UK...aku pun dah tersuka ngan group ni especially lagu ni dan performence diaorang masa sampaikan lagu ni....pada aku seksi sesangat, suka...suka...aku suka tengok lenggok tangan dan goyang punggungnya masa dia orang nyanyi lagu nih, memang seksi.
Kalau penyanyi omputih, kumpulan ni di anggap masih sopan gitu kan...

Juice


Sejak duk kat UK ni , inilah minuman kegemaran aku dan anak-anak...juice Guava dan Juice Guanabana. Suka sangat dengan kedua-dua juice ni, sedap tul..Kat Malaysia aku belum jumpa ke dua-dua juice nih, tapi rasanya pernah tengok juice jambu batu (guava) yang color putih..Yang kat sini juice jambu batunya color Pink..

Seingat aku jambu batu yang isi color pink ni dulu-dulu masa zaman aku kecik-kecik bersepah kat belakang rumah , tapi skrg dah tak pernah jumpa pulak...

Buah Durian Belanda(Guanabana) biasalah kita jumpa kat Malaysia, tapi juicenya aku tak pernah minum lagi kat Malaysia..ada jual ker?

Kat sini aku tak pernah jumpa orang jual buah durian belanda, buah jambu batu pulak ada pernah jumpa..tapi ala-ala saiz jambu batu kampung yang kecik-kecik tuh, itu pun kadang-kadang jer terjumpa...Tapi, ke dua-dua juice ni senang pulak nak dapat...

Sedapnya juice nih....sekali teguk jer selesai, huhuhu!!

Friday 12 December 2008

Xtvt Winter

Sekarang ni dah masuk Winter kat UK...xtvt outdoor kita orang pun dah dikurangkan, sejak Autumn lagi..aku kena jaga betul-betul dak 2 orang tu lebih-lebih lagi Ryan yang ada Athma sejak datang sini 2 tahun lepas. Icha tu ok lagik sebab setakat ni aku tengok tahan lasak jugak orangnya macam aku kecik-kecik..macam hb aku cakap ler "rupa ngan saiz ikut ala-ala papa tapi enjin dalam ala-ala mama"...ekekeke. Aku memang lasak masa kecik-keci dulu..panjat pokok sampai ke pucuk, mandi sungai, merayap dlm kebun getah orang..pernah kena kejar dek lembu..ishhkkk macam-macam, memang nostalgia...

Zaman sekarang dah tak macam zaman aku kecik-kecik dulu..maklumler, zaman dah moden...zaman ICT gitu! bebudak suka main Wii..PS2/PS3..Online game...dan macam-macam lagi, ala-ala tak kuar peluh!!kalau duk kat obesi lagi ler kan..xtvt outdoor ikut musim , Kat Malaysia boleh gak main beskal petang-petang, kat sini jangan harap!

Tapi, main kat dalam rumah tu ok gak sebab bebudak duk kat depan mata kita 24jam, kiranya less risiko nak kena menda-menda yang tak diingini..hati mak bapak pun tak ler risau jer lebih-lebih macam-macam yang kita dengar zaman sekarang ...Cuma haku macam tak larat ler pulak nak mengemas rumah..dimana saja laluan diaorang kat rumah ni, disitu ler bertaburan mainan-mainan, sampai menda yang bukan mainan pun jadi mainan ler pulak...bantal pun leh jadi kuda..huhuhu!! kalau time cuti sekolah haku rasa macam nak pitam!

Kat UK, walaupun human right nya amat kuat, tapi baru-baru ni ada gak kes pasal satu couple yang tak nak dan tak suka anak tapi dah ditakdirkan pasangannya mengandung lepas bersalin dia orang letak bayi tu kat tong sampai dan bagi anjing kerjakan bayi tu sampai lunyai, konon-konon tak sengaja lah bayi tu di serang dek anjing!! Memang hampehh punya orang, dah ler berzina pas tu bunuh bayi plak!...Syukur sesangat aku ni orang melayu dan tidak dilahirkan jadi omputih yang hidup terkapai-kapai tanpa pegangan!

Uiksssss...dah menyimpang cerita asal sebenonya nih..hapa yg haku bebel ni labu!!!

Aritu pi IKEA jumpa tent murah rega dlm GBP 3.50 jer..haku pun rembat ler, untuk anak-anak main..mana ler tau nak pi picnic ker , BBQ ker kan...tak pun bukak kat garden belakang rumah ni untuk anak main-main...Musim sejuk ni simpan ler dulu!

Tapi sekarang ni dah jadi lain...Tent ni terpaksa ler aku bukak kat hall rumah haku yang sekangkang semut nih untuk anak-anak main, kalau tak ikutkan selagi itu ler si Icha ni duk menangis sampai kuar anak tekak..bukan nangis merengek-rengek ni, tapi alunan suprano membuatkan berdesing telinga nih...Tent tu dah jadi rumah dia dah, tempat bb doll dia tido, bg bb doll makan..sabar jer lah haku!!

Collage74

actually selama ni tak pernah pulak si Icha reti pakai puting, masukkan jer kat dlm molot dia, terpelanting puting tu di kuarkan nya..haku saja beli puting dulu just incase kalau dia nangis masa bawah jagaan bb sitter ketika aku mula-mula start masuk kerja lepas abis pantang dulu...tah macam mana dia leh jumpa, sejak tu asyik melekat plak puting tu kat molot dia..ishkkk, January ni dah nak masuk skolah pun...risau pulak aku !

Thursday 11 December 2008

Coretan hatiku yang brutal!!

Semalam, lega betul rasa hati ni ...semua yang terbuku dalam dada ni dah aku luahkan pada seseorang(dlm email jer..huhuhu)..lepas ni aku tak kisah apa nak jadi jadilah!!

Mulanya semalam aku rasa bersalah jugak buat macam tu. Tapi kadang-kadang kita kena juga bersuara demi untuk membersihkan imej kita yang dah tercalar!!

Errmmm...jahat ker aku? tapi kalau asyik nak fikirkan perasaan orang lain hinggakan diri sendiri tertekan aku rasa cukup-cukuplah!! aku dah tak larat .

Kesian tengok hb aku yang paling teruk sekali tertekan dalam situasi ini..hilang selera makan, sukar tidur malam, turun berat badan, dah tak happy macam dulu, itu semua tanda-tanda tekanan perasaan!!! Memang tak boleh jadi, sebab tu aku buat cenggitu...

Bukan kerana studynya tapi gara-gara perbuatan kawan-kawan. Nasib baiklah ada lagi beberapa orang kawannya yang begitu memahami...

Kami dah tak ada hati nak tinggal kat sini, kami nak pindah!!! yup..pindah lagi. Kalau jadi pindah bermakna ini rumah yang ke 4..banyakkan??..huhuhu!! dulu kami pindah randah sebab nak dapatkan rumah yang baik dan selesa untuk study hb dan anak-anak...sekarang kami dah dapat rumah yang selesa, lain pulak jadinya..!! Kami terpaksa pindah, bina hidup baru...yang penting minda kami tak tertekan...apa yang berlaku sejak 6 bulan lepas adalah sejarah hitam bagi kami. Kami tak nak ingat langsung ataupun melihat kelibat yang boleh mengingatkan kami dengan kisah yang meracau benak kami!!

Tapi, kesian jugak dengan kawan-kawan yang baik dengan aku kat sini..kerana seorang dua , aku buat macam ni kat diaorang...Aku harap diaorang faham kenapa aku terpaksa pindah ..Aku dah cuba untuk mengalah, bersabar dan berdiam diri, dalam sejak 6 bulan lalu tapi hasilnya tetap sana... Sebab tu aku terpaksa bersuara!

Sekarang apa yang aku fikirkan...lantaklah apa nak jadi!! dunia allah ni besar, aku boleh pergi mana yang aku nak!!! Kalau ikut hak kemanusiaan, memang aku ada hak untuk bersuara dan memberi pendapat aku, bukan berdiam diri dan mengalah mengakui walaupun menyedari tuduhan melampau!

Tapi, sekarang aku dapat banyak pengajaran dari apa yang aku lalui itu...paling penting sekali aku sentiasa ingatkan diri aku, jangan terlalu mudah mempercayai orang lebih-lebih lagi dengan perkenalan yang baru menjangkau usia setahun jagung!!

Lantaklah apa blogger nak fikir pasal aku...kalau baca coretan hati aku ni dan nampak dari sudut negatif maka aku ni memang orang jahat dan begitu lah sebaliknya!

Sunday 7 December 2008

Salam Aidil Adha


Seronoknya orang kat Malaysiakan... sekarang ni dah ada kat kampung bersama-sama keluarga merayakan Aidil Adha...sob!sob! sob!

Aku kat sini life macam hari-hari biasa jer...yang kerja kena pi kerja...Ryan cuti sehari tapi hb tetap pi skolah...huhuhu

Aku tak rasa nak masak apape yang special esok sebab confirm memang tak ada sapa yang akan datang ke rumah aku !! kalau aku masak pun sebab kesiankan anak teruna dan anak dara aku tu jer...masak untuk makan sendiri jer! ...sedeyyyyy

Ermmmm...nampaknya nak kena tanya dia orang tu apa yang depa nak makan esok!

Aku nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua tetamu-tetamu Blog "Coretan Hati"...baru tukar nama daaa, kehkehkeh! Maaf andai ada salah silap selama mengenali mahupun pernah mengenali kalian! aku ni bukan nya seorang peramah, aku tak pandai berkata-kata...lidah aku memang kelu, lebih-lebih lagi nak bertikam lidah dengan orang..kadang-kala aku boleh menjadi seorang yang sangat berat mulut, bolehlah dikategoriekan sebagai Pendiam...tapi aku tak sombong, so jangan salah tafsir tentang aku keyyy. Aku rajin jugak merayap dari satu blog ke satu blog, tapi tak tinggalkan jejak sebab tak ada idea...ekekeke

Aku ada satu "PEMBERITAHUAN" kat sini...
Dengan rasminya Aku tukar Title Blog aku nih kepada Title yang lebih vogue untuk diri aku sendiri iaitu "CORETAN HATI".

Rasa macam tak best jer title lama aritu...kengkadang haku sendiri pulak rasa geli nak sebut sebab tak kena dengan jiwa aku...ahaksss. "Coretan Hati" mungkin lebih seswai sebab aku menulis kat sini mengikut sukahati aku jer dan apa yang terlintas di fikiran...

Berbalik kepada Aidil Adha tadi...tengok kat gambar di atas tu, seronokkan kalau dapat ke sana...Insyallah suatu hari nanti aku juga akan ke sana, kalau jasad tak berkesempatan mungkin ada yang boleh tolong bawakan roh dan semangat aku ke sana. Aminnnn...Sebaik-baik tempat untuk kita melapangkan fikiran dan mendekatkan diri kepadaNya...tengok gambar pun dah rasa sayu!

ok lah...makin lama-makin tah hapa-hapa yang aku merapu

cau cin cau!

Wednesday 3 December 2008

Wajah-Wajah Perempuan ittew

Collage73

Inilah keja perempuan-perempuan ittew bila berdua saja kat dalam rumah sementara lelaki-lelaki ittew sedang ke sekolah , tinggallah 2 beranak ittew mengerjakan kamera ittew...ngeh...ngeh...ngeh..
Bukannya tak ada kerja lain yang nak di hadapkan..malah macam-macam ada!! namun perempuan-perempuan ittew lebih suka bermain dengan kamera ittew...ahaksss

Saturday 29 November 2008

Mamu oh mamu, akhirnya kau jadi milik orang..macam tak percaya!!...muahahahah


Mamu dan mami bersama Icha...

Hari ni Majlis pernikahan adik ipar aku, Pyan..anak-anak aku panggil adik ipar aku ni Mamu, macam tak percaya mamu dah bernikah...ngeh..ngeh..ngeh. Kalau masing-masing tak tambah kuota, aku kira ni lah majlis pernikahan terakhir sebelah In Law aku. sedih tau tak dapat join menyibukkan diri kat kenduri tuh!

Dulu, puas gak kami tulun carikan untuk si mamu ni, tapi ada jer yang tak kena...tak cun lah, itu ler..ini lah...bla..bla...bla. dia dah OK, pompuan plak tak ok...ada pompuan suka ,dia pulak tak ndak..sumer orang pening kepala..

At last kami serah jer bulat-bulat kat dia, cari ler sendirik mcm spec yang dia nak...lama jugak ler nak tunggu dia dapatkan misses right yang di idamkan sampai umur mencecah 30an pun tak muncul-muncul....tang bisness bukan main dia mengayat client, tapi tang mengayat pompuan ketaq lutut no!...kihkihkih.

Hari ni masanya dah sampai, jodoh mamu dah datang...sedih gak rasa hati tak dapat sama-sama pakai baju lip lap, make up cantik-cantik menghadiri majlis pernikahan mamu. Maklum lah kami duk jauh dari depa-depa sumer...tengok gambar jer lah nanti. Kendurinya gilang gemilang kat rumah kedua-dua pihak di Penang akan di adakan pada bulan Dis ni. Kami pun tak dapat join jugak..:( Insyallah 'abang' jerlah yang mewakili kami semua.

Anyway sempat jugak kami berkenalan dengan mami masa balik bercuti aritu, masa tu mamu baru nak pasang "ayat power" untuk mami...kami suh bertunang sementara kami ada kat Malaysia aritu, depa tak mau..konon2 tak ready lagi..alih-alih lepas 2 minggu kami balik ke UK ,depa kat Penang dah sibuk-sibuk nak tunangkan mamu dan mami...cisss!!

Nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat mamu dan mami..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat....

Perkahwinan bukan suatu destinasi perhubungan, Tetapi ia adalah permulaan sebuah kehidupan yang bakal di harungi bersama dan dirasai bersama pahit dan manisnya. Kesabaran merupakan tunggak utamanya...

Kelab menantu pakcik Rahman bertambah seorang lagi ahli nampaknya,
untuk mami, welkom to the club!!

Icha pun pantang nampak kelibat muka mami kat freindster...dia asyik dok sebut..""mami mamu", suka sangat dia ngan mami..sampai sekarang masih tak lupa rupa paras muka mami.

**nantikan Entry kenduri mamu

Friday 28 November 2008

Sahabat

Semalam...
Nyit...nyit..nyit..hp ku berbunyi. Selang 10 minit
nyit..nyit..nyit..hp ku berbunyi lagi...

ada 2 message.. aku terima dari si L, dalam hati aku"apa lah yang pompuan ni nak"

Message 1
"tel aku sekarang..urgent"


Message 2
"aku ni berhajat sgt nak ckp dgn ko. hal penting sgt. nak sms tak puas..bla..bla..bla..aku nak pi UK minggu depan"...

Tersentap haku!! kawan aku nak datang UK ke rumah aku...yeahhh...yeahhh!!!

Aku dah bayangkan kat mana aku nak bawak dia jenjalan naik tram..naik bas...pi shopping...hanya aku ngan dia jer, anak-anak biar ler kat kaum bapak meng"handle" masa ni ler nak beronggeng kan..lagi pun aku dah lama tak jumpa dia..

tanpa berlengah lagi aku terus capai telefon dan dail no si L...

ring...ring..

aku: hello, L ker tuh?
L : haaa...puas haku tunggu, dah sejam aku mengadap telefon ni tunggu call dari ngko, dah
macam tunggu call boyfriend jer rupanya nih..
Aku: sorry..tadi aku call ngko tak angkat,
errrr...ngko nak datang sini ker?
L : kihkihkih...aku dah agak dah, itu ler soalan pertama ngko...kalau aku tak buat trick
cenggitu mmg ngko tak call aku kan..kihkihkih
Aku: kureng asam punya pompuan!!! buat penat jer aku berangan..:(

dia 'kencing'kan aku rupanya...tapi kami sembang- sembang dekat sejam jugak , itu pun sebab aku nak kuar amik Ryan balik skolah..idak kalu maunya berjam-jam. Macam-macam cerita kluar daripada kisah sedih, kenangan yg menggeletek masa kat kampus , kisah anak -anak hinggalah ke gossip artis...kekeke
Actually bukan aku tak nak telefon dia, selalu teringat nak telefon.... tapi biasalah aku, suka tangguh..tangguh. Bila dah terrajin nak telefon tengok jam dah petang, dah sah org kat mesia tengah leka buat taik mata...pas tu tangguh esok plak..dan seterusnya.

Hari ni pulak..

Hb on PC tempat biasa aku bertenggek hari-hari, ada offline message dari si B...nak chat ngan aku. Tapi masa tu aku tengah asyik menggoreng "kodok banana" kat dapur, itu pun hb yg bagi tau. Faham-faham jer lah kalau inchik hb ada kat rumah dari bekfas sampai ke dinner mesti lengkap dik non..

Kalau hb pepagi dah kuar ke office, lepas subuh aku dah terpacak kat depan PC, ngeh..ngeh..ngeh..so, tak dapat ler aku menge'chat' ngan dia hari ni..

Dah siap 'kodok banana' aku pun on PC semula...
aku dapat offline message lagi dari si B " tak abis-abis lagi memasak ker..."

mula ler aku terfikir penting ker si B ni carik aku, sebab life si B ni hari-hari busy mengalahkan PM..Biasanya aku yang tercarik-carik dia, kali ni dia plak mencarik aku, uiksss berdebar plak aku.

Aku tengok kat YM tu dia masih online lagi so aku pun balas lah message dia..tapi yang jawab tu laki dia si siput.

aku tanyalah "apsal B carik aku?"
Sipot jawab "entah"
uikss...berdebar lagik nih
sipot jawab lagi..."dia baru call just now, dia kata tak ada apepe cuma nak bergossip skit ngan ngko, biasa ler orang pompuan!"

ceh..buat penat jer aku berdebar.

Sorang lagi pulak, si G..paling rajin mengemail aku..macam-macam kenangan yang di korek, ulang banyak kali pun tetap best!...

Ni lah antara sahabat-sahabat rapat aku yang selalu membuat aku tersenyum dan ketawa..yang menggumbirakan dan menghiburkan hati aku..yang membuatkan life aku lebih happening walaupun pakai remote dari jauh jer..

Persahabatan yang dahpun menjangkau 14 tahun ini menjadikan hubungan ini seolah-olah seperti adik beradik yang tiada galang gantinya, tak pernah terputus di mana-mana.... sukar di cari di mana-mana...

**woit, Mai ler datang sini naik Air Asia..murah siottt!!

Monday 24 November 2008

Kereta Idaman

Kereta oh kereta...kami memang minat bab kereta nih, dulu aku tak reti langsung kalau cerita bab kereta. Sejak kawin dengan Inchik hubby baru ler reti sikit-sikit. Dulu masa zaman belum kawin huruf pada plat kereta mewakili negeri pun haku blur, teruk sungguh aku ni kan...Zaman tu aku sibuk dengan dunia aku sendiri...

Sejak dah kawin dengan Inchik hubby ni aku dah mula ada kereta idaman..kihkihkih, tapi tak tau ler bila aku akan dapat. Kalau setakat kudrat aku sorang mungkin 10 tahun lagi baru mampu milikinya,boleh kalau nak beli tapi tiap hari aku kena makan pasir sebab nak tanggung ansuran bulanan kannn..sapa sanggup! Lainlah dengan Bantuan Inchik Hb...muahahahahah!!

Nampaknya aku kena pujuk lebih-lebih skit Incik hb atau picit-picit mana yang patut nak lembutkan hati dia kannn..ekekeke. Tapi Incik hb ada kereta idaman dia sendiri pulak(ada chance ke haku?)..Ryan ada kereta idamannya sendiri even Icha pun ada kereta idamannya sendiri...

Tapi kami kena bertahan dulu selagi hb belum habiskan pengajiannya tak boleh cerita sangat pasal kereta idaman. Duduk kat sini kehidupan serba serbi sederhana,.cukup makanan, tempat tinggal dan pakaian aku dah cukup bersyukur...

Anyway mari ler layan gambar kat bawah...
tak dapat kereta, tengok gambar pun jadilah...ahaksksss

hb's dream carmy dream carRyan's dream car- kes pengaruh transformers
Icha's dream car


Happy Birthday ,Hubby

Dah 12 hari berlalu baru nak cerita kat sini, kirkirkir...

Birthday hb yang ke "xx",pada 12Nov yang lalu bersamaan hari Rabu.
Sambutan sederhana sahaja untuk kami sekeluarga pada hari tersebut. Masak pun biasa-biasa sahaja, konon-kononnya ala-ala Restoran Kelantan seperti Tom yam, Ayam goreng kunyit dan telur dadar..Menu yang selalu kami order kalau ke restoran Kelantan.

Weekend nya pulak hubby belanja makan kat Restoran Yamen..sedap!! thanks hb nnti belanja lagi tau..

Aku ambil kesempatan nak ucapkan Happy Birthday untuk hb kat sini, semoga kita lebih rapat kepada allah,semoga hb dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk kita, sihat selalu dan dilapangkan fikiran untuk melalui perjalanan research mu...
Kami sentiasa menyokong. Kejayaan hb kejayaan kita bersama.

Collage71

** anak-anak pun nak join skali suka-suki tiup lilin...

Tak ada hadiah istimewa yang mampu aku berikan untuk hb selain sebiji kek air tangan aku sendiri dan Kasih sayang yang tak berbelah bagi untuk keluarga kita....

Collage72

** masa menunggu birthday boy pulang dari school...sumer dah siap, cuma tunggu birthday boy jer nih..

Sambungan~ Eden Project, , Cornwall

Nak sambung cerita haritu...

Last day sebelum berangkat pulang ke Sheffield kami singgah ker Eden Project. Kena drive 1 jam lebih gak dari tempat penginapan kami. Kat sini memang aku suka giller dan anak anak pun enjoy. Eden project ni adalah satu tempat kajian sains tumbuhan ler, kalau kat Malaysia ala-ala Bukit Cherakah gitu. Besar giller, puas jugak kami anak beranak berjalan. Keluasan Eden Project ni kira-kira 1 kilometre dan tingginya 60 meter. Terdiri daripada beberapa "Biome" atau habitat tumbuhan. Mula dibina pada tahun 1998 dan dibuka untuk pengunjung sejak tahun 2001.

**Biomes

Biome yang paling kiri tu untuk habitat Rain forest dan yang kanan untuk habitat Mediterranian. Kat tengah-tengah antara biomes tu tempat visitor lepak-lepak sambil makan , toilet dan sourvenir.
Mula-mula sekali , ofcourse kami ke Biome Rain Forest..masuk jer kat kawasan tu fulamak, memang hiba beb!!! terus bau Malaysia, suhu kat dalam tu ala-ala Malaysia, jaket tebal yang kami pakai mula dibuka satu persatu, panas sampai berpeluh..yang paling kami rindu skali bau tanahnya betul-betul macam kat Malaysia seperti bau selepas hujan.

Dengar jugak ada orang kata tanah kat dalam ni pun di bawa khas dari Malaysia. Ada air terjun, ada rumah kampung Malaysia,kain batik yang tersidai di ampaian,kapcai dan basikal tua yang tersandar di bawah pokok jambu...Pokok pinang,nenas, padi, pisang, cili, serai, kunyit dan macam-macam lagi di tanam di dalam Biome tu..adusss tiba-tiba aku jadi homesick!

nampak tak tulisan kat situ.."hari ini tanam padi, esok makan nasi"

Lepas ke Rain Forest Biome, kami ke Mediterranian Biome pulak...Saiz Biome nya kecil sedikit daripada Biome Rain Forest..pada aku" so-so" saja tak happening macam kat Rain Forest tadi..suhu kat dalam tu dingin tapi tak ler sebeku kat UK nih, ala-ala sesedap rasa dan kena pakai sweater kat dalam tu, kalau setakat kain cotton biasa memang terasa kesejukkan ittew! Ada satu kawasan tanah yang berpasir tak berumput yang ditanami denan pokok anggur..di satu kawasan lain pulak dengan pokok citrus..lepas tu dihiasi dengan sculpture di sudut-sudut yang agak kosong. Aku percaya kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini kerana tarikan Rain Forestnya... Pokok Anggur

Tuesday 4 November 2008

Cornwall~ Land's End, Newquay dan Eden Project

Bercuti bersama Keluarga..Pada awalnya kami rancang untuk bercuti sekeluarga sahaja, maklumlah Lone Ranger! tapi secara kebetulan sahabat kami dari Birmingham nak ikut sama. Memang dah rezeki mereka kebetulan Caravan tempat kami menginap tu masih ada kekosongan. Jadi kami ke Cornwall konvoi 3 kereta, Satu family lagi yang join kami ialah Saiful Azhar kawan merangkap Jiran Saiful Tan.

Sehari sebelum ke Cornwall kami menginap di rumah sahabat kami Saiful Tan untuk memudahkan kami keesokkan harinya konvoi bersama-sama.

Collage59er

**Gambar paling atas, Breakfast bersama Syarifah(panggil Ipah jer)..Isteri Saiful. Breakfast Beehoon Goreng ini di taja oleh Saiful Tan, Sedap! ramuan rahsianya menggunakan minyak Chili yang di beli di oreantal shop...ermmm nnti bolehlah aku cuba pulak.Mereka ni dah 13 tahun di Birm dan dah pun mendapat PR disini. Pasangan suami isteri ni berkerja dengan Goverment , Saiful di Council office manakala Syarifah di Warwick University sebagai Arkitek. Sayangnya aku tak sempat nak bergambar dengan mereka sekeluarga. Gambar bawah tu Icha bersama anak bongsu Ipah yang bernama Sofia.

Collage60

30 oct 2008, kami sampai ke Lokasi penginapan kami di Haven Caravan, Perran Sand ketika hari sudah gelap, +- pukul 7pm.Perjalanan dari Birm mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai. Sempat jugak tersesat-sesat, cuma beberapa meter dari tempat caravan tuh! eheheh. Alhamdulillah kami dapat Caravan harga murahlah jugak. Caravan jenis "Superio Plus" 2 bilik, harga asal GBP290 kami cuma kena bayar GBP 90 sahaja..kira OK ler kan. Kat luar macam penempatan sementara tapi kat dalam macam hotel bertaraf 3 bintang gitu!

Yang tak bestnya caravan kami tu jauh skit dari caravan 2-2 Saiful kawan kami tu, mereka duk berjiran sebelah menyebelah...Harga sewa Caravan diaorang murah skit jer daripada Caravan kami, bolehlah dikatakan kami dok ala-ala Hotel Renaissance dan diorang duk kat Hotel Seri Malaysia..ahaksss ampoooonnn, haku tak sengaja..kihkihkih. Yang best skali boleh masak-masak!

Collage61

Collage62

1 Nov 2008..Destinasi utama haruslah kami ke Land's End. Nama pun dah Land's End, of courselah ada laut sebab kalau tengok kat peta England tu kedudukan Land's End tu betul-betul kat hujung ekor peta England tuh.kalau terbabas memang masuk laut lah..hahahah. Alhamdulillah cuaca tersangatlah cerahnya walaupun tiupan anginnya rasa macam nak terbang, kuat giller!.. Di sini kami 3 family pergi bersama-sama, tapi bila dah sampai masing-masing jalan ler ikut sukahati masing-masing..tapi Land's End tu bukannya besar sangat, pusing -pusing jumpa orang tu jugak! Kawasan ini tak berpantai, tepinya bertebing tinggi dan curam. Orang kata macam Laut kat Australia, yer ker?
Lepas ke Land's End kami berpecah ikut kaki masing-masing..ke dua-dua Saiful ker St Micheal mountain manakala aku dan famili ke Maniature Park..Tapi sayangnya Maniature Park tu dah tutup sementara, Spring nanti akan dibuka semula. So kami ke Newquay(sebut newki) ke satu tempat yang di paggil "Harbour"..satu-satunya laut berpantai yang aku pergi kat Cornwall ni, tapi pantainya kecik jer. Kawasan tu tempat orang surfing, townnya pun penuh dengan kedai2 barang surfing..errkkk ada ker yang nak surfing musim Autumn ni kan? buang tebiat mat salleh ni kan!!
Selepas Newquay, kami terus pulang ke Caravan menikmati suasana di Haven Caravan pulak..kat dalam ni ada macam-macam, bercuti berehat-rehat kat dalam kawasan ni pun dah cukup sebenarnya tak perlu buat lawatan budak sekolah kannn. Swimming pool ada, ada kompleks fun work tempat kesukaan bebudak ada banyak permainan kat dalam tuh..nak main skate board ker, main bola ker, play ground ker, bbq ker semua tersedia.

Collage64

Kami ambil peluang ni untuk posing-posing gambar...banyak sangat tempat menarik yang boleh pergi kat Cornwall ni, cuma ikut diri sendirilahkan..Nama pun holiday, biarlah relex n fun. Nak cover semua memang tak terkejar, buat letih badan jer kannn.

Collage63

2 Nov 2008, hari hari kami berangkat pulang ker Sheffield..geng yang lain tidur semalam lagi di Haven Caravan.
** sambung lagi di lain hari..byk lagi nk cerita nih, tapi penulis nak tidur ari dah mlm nih

Wednesday 22 October 2008

Jalan-jalan, ronda-ronda...Di Aidilfitri

Seminggu sebelum raya...
Jalan-jalan ke IKEA Nottingham nak cari karpet raya...ahaksss, singgah ke rumah Ina Kegworth berbuka puasa di sana. Tema menu berbuka puasa kali ini ala mamak...


Minggu kedua Hari Raya...
Ronda-ronda ke Surrey, ala-ala menjejak kenangan ler...sebelum ke Surrey singgah ke Rumah Noreen di Northamton beraya, thanks atas layanan Noreen dan suami...

Jalan-jalan menjejak kenangan bermula...
Singgah layan anak- anak di Model Village, Bekonscot..Dulu kami ke sini masa Ryan berumur 1 1/2 tahun. Lokasinya di M25, diantara London-Oxford. Tiket masuk untuk dewasa cuma GBP7 .00 sahaja..Masih murah macam dulu jugak.

Persinggahan pertama bila sampai di Bumi Surrey...

Rumah kami dulu, di Egham..sekarang ni bukan lagi rumah University, dah jadi private property..Penceroboh boleh di dakwa, aku ambil gambar ni curik-curik jer ahakksss. Brunnel University Kampus Egham pun dah di tutup, besar mangganya aku tengok tapi sayangnya tak terfikir nak ambil gambar masa lalu kat situ aritu. (Arinnnn, rindu tak bila tengok gambar nih?...huhuhu). Suasanya masih sama seperti 6 tahun dulu, Arnab liar bebas bermain di sekitar padang golf . Teringat masa dulu-dulu, kalau nak tengok Rusa intai jer kat tingkap pagi-pagi mesti nampaknyer...


Berjumpa semula X-Landlord kami yang baik hati...Mr Rashid Mohedeen dan Isteri Mrs Naela,Orang Mauritius. Landlord semasa kami tinggal di Woking sebelum berpindah ke Egham. Seronoknya dia orang 1st time dapat berjumpa dengan Icha, Merasa jugak anak-anak aku duit raya daripada dia orang berdua. Sekarang ni Mr Rashid dan Mrs Naela dah bersara dan ada seorang cucu lelaki. Beliau baru sahaja melancong ke Malaysia tahun lepas sebabkan teruja dengan cerita-cerita kami tentang Malaysia (promosi gitu)...ekekekek. Memang dia orang seronok jalan-jalan ke Malaysia, melawat semua Masjid2 yang tersergam indah di KL, Putrajaya dan Shah Alam. Sempat jugak Shopping barang-barang perkahwinan untuk Anak gadisnya di Jalan Masjid India yang bakal berkahwin tahun depan.


Kami berpatah semula ke Egham, gara-gara jemputan makan malam Sam & Linda...Kawan lama, lebih 7 tahun tak bertemu.Razak dan Hakim pun dah besar panjang. Sam masak Nasi Ayam Special untuk kami. Asyik berbual-bual, tak sedar masa mencemburui kami. Jam pukul 9.30pm, Ben dah mula telefon bertanya bila kami nak sampai ke rumahnya.


Sampai rumah Ben di Guildford pukul 10.15pm, kami bermalam di rumah Ben& Lin x-housemate kami masa sama-sama tinggal di rumah Mr Rashid. Masa baru sampai di UK dulu dia orang ni baru kawin setahun, belum ada anak lagi. Sekarang ni alhamdulillah rezeki dia orang, dah punya anak 2 nak masuk yang ke tiga. Gambar di atas tu anak ke dua dia orang sebaya dengan Icha, Alisya. Icha tua seminggu jer.

Esoknya join student University Of Surrey(UniS) sambut majlis Hari Raya. Dah rasa macam Uni sendiri pulak sebab masa mula-mula datang dulu kami pernah tinggal di dalam Uni ni selama 2 bulan sebabkan tak jumpa orang Malaysia di Egham.

** rumah yang kami duduk di dalam UniS, rumah ni pun best...flat 1 bilik, kami duduk atas nama seorang kawan yang belajar di sini

Lepas majlis, sempat posing di lake garden UniS dengan family Ben..Malam pulak menghadiri jemputan open house keluarga Sabri dan Gee di Ash(tak ada gambar).
Keesokkan harinya barulah kami pulang ke Sheffield..Thanks kawan-kawan di atas layanan baik kalian, Kalian memang kawan sejati sejak dulu hingga kini tak pernah berubah. Moga-moga hubungan baik ini berterusan untuk selama-lamanya ...Amin!