CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 27 February 2008

Cuti


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Untuk makluman kepada Semua pengunjung blog yang sangat dihormati, Tinta Azimat tak akan beroperasi dalam jangkamasa tertentu kerana bercuti bermula esok.

Tika di saat ini ada dua rasa yang sedang bermain-main di dalam kepala aku iaitu suka yang teramat sangat kerana akan bertemu keluarga...lalalalalala!!! dan rasa berat hati nak meninggalkan kalian, I'm gonna miss you guys....waaaaaaaa

Birm, Loboro and Derby Trip

Trip ke Birm menemui bekas pensyarah hubby dan saiful masa first degree dulu..(dia baru jer dtp PhD tp dah lama sbg Prof Madya uitm). Ini kali ke 4 kreta wira kami ke Birm sepanjang 18 bulan tinggal di bumi Sheffield ini.

Singgah juga ke University Birmingham City (dahulunya dikenali sebg UCE; tempat di mana ramai kawan2 kami grad master dalam bidang design)


Juga menemui Dr.Fendy di Derby;(juga member lama hubby dari Mesia); sempat singgah dan makan laksa kedah.

Di university Louborough








Ryan best friend


Kawan2 baik yang selalu datang main kt rumah/ hampir tiap2 minggu..(classmate ryan) Cornors Thomas dan Joseph Walker (nenek dia jiran sebelah rumah)...

Monday 18 February 2008

Jalan-jalan, makan-makan

Hujung minggu yang lalu (sabtu), kami ke Crystal Peak lagi...shopping akhir sebelum balik cuti-cuti Malaysia(itu cuma janji aku pada hb saja, mungkin lepas ni ada lagi kot...kehkehkeh). Kebetulan hari itu ada Barney di Crystal Peak so Ryan dan Icha x lepaskan peluang bergambar bersama Barney..Ramai sungguh kanak-kanak nak bergambar bersama barney, kami terpaksa Q panjang. Tapi bila tiba giliran kami bergambar bersama Barney, Icha keraskan badan ketakutan...kehkehkeh, so aku terpaksa ler join sama-sama berposing.

Lepas pusing-pusing Crystal Peak, Hb belanja makan di Kebabish sempena Birthday Icha..errmmmm, yummy...yummy...seronok tul dapat cuti masak aritu kehkehkeh!! TQ love, lenkali leh belanja lagi...kwang...kwang...kwang!!


Macam ni ler muka Icha semenjak dua menjak ni bila di suruh senyum nak amik gambar..


please click here to watch video


Friday 15 February 2008

Happy Birthday to my sweet little girl..


Birthday girl bersama keknya, special daripada mama

Birthday girl bersama abang tersayang

...dan bersama family..


Hari ini tanggal 15hb Feb 2008, genaplah usia Rissa Nadia yang kedua tahun...

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Rissa Nadia...
Allah selamatkan kamu...

Dialah hadiah teristimewa buat kami setiap kali datangnya Valentine's Day...Dialah lambang kasih dan sayang kami , dialah cinta hati kami, kelahirannya memang dinanti. Terima kasih Allah kerana mengurniakan kami cahayamata yang tak ternilai ini...

Thursday 14 February 2008

Valentine's day


Happy Valentine's day honey, muahhh...muahhh...muaaahhh!!!...
Anyhow, just wait for our special day tomorrow!!!!

Monday 11 February 2008

Hari ini..

Pukul 9.55am, kabus tebal menutup pandangan...

Birthday Party

Ryan bersama birthday's boy(baju kemeja biru) dan kawan-kawan lain


Ryan dan kawan-kawan...Tetamu Harisson hanya kanak-kanak lelaki sahaja...ekekekek

Semalam Ryan ke birthday party Harisson Beid kawan sekolahnya di Handswotrth Fastlane Bowling, bermula pukul 1.30pm hingga 2.30pm...seronoknya dia tak terkata. Asyik menghitung hari jer nak pergi party...Invitation untuk birthday party ini hanya untuk sahabat-sahabat baik Harisson sahaja.

Tuesday 5 February 2008

Snow Turun kali ke dua

Hari sabtu 2hb Feb 2008 snow turun buat kali yang kedua sepanjang winter ini..... Awal pagi lagi Ryan dah tergedik-gedik nak main snow,lagipun kawan dia Joseph dah tunggu kat luar nak main snow bersama. Kami pun satu family keluar rumah nak pose maut skit ...kakakakaak!! Inilah gambar Snow pertama untuk Icha, tahun lepas snow turun lagi ciput dari tahun ini so aku tak sempat nak posingkan Icha . Lagipun masa snow turun tahun lepas Icha tengah demam. Nasib baik ler tahun ini dapat pose maut...ekekekek. Tak tau ler apa yang bermain di fikiran jiran-jiran kami bila tengok kami sibuk dengan kamera ke sana-ke mari. Pedulikan saja!!!! Anyway, snow tahun 2002 tetap menjadi kenangan kami yang terhebat sepanjang duduk di rantauan,
Mungkin 10 tahun lagi takkan ada snow di Bumi UK ini, semua ini hanya akan tinggal kenangan panahan global warming...huhuhuhu

Meh kita tengok sama-sama!!!



Snow Tahun 2008


Snow Tahun 2002

Window Shopping

Hari Jumaat lepas 1 febuary 2008, kali pertama aku dan Icha menaiki bas ke Sheffield City Centre...Tunggu bas depan rumah aku jer, cuaca hari tu sejuk giller walaupun nampak macam cerah bermatahari. Lepas hb hantar Ryan ke Sekolah kami pun keluar ke City Centre. Jalan-jalan window shopping...sambil-sambil tu aku tengok-tengok ler kalau ada sale, boleh jugak beli untuk buah tangan balik Malaysia nanti....(yea...yea..nak balik Malaysia!!!). Nampak tak rumah aku kat belakang tuh? yang color putih sebelah kiri tuh..sukaaaa sangat rumah tuh!!!...Gambar sebelah ni masa aku ,Icha dan hb tengah tunggu bas...Bas kat sini banyak giller, Bas nombor 52,5 minit sebuah bas akan lalu, pas tu ada 2 syarikat bas yang amik laluan depan rumah aku nih, memang senang giller
kalu nak pi mana-mana.




Gambar yang kedua ni pun masa menunggu bas juga, tak sempat nak senyum ler, matahari silau sangat mengadap muka aku masa tu..









Asyik berposing, ternampak pokok ni, dah mula bertunas dan nak mengeluarkan daun...maknanya Spring dah nak mari, uikkkkssss..seronok oiii, sekarang ni dah boleh ler nak start semai-semai benih sayur-sayur atau apepe jer ler, spring nanti leh ler bercucuk tanam.







Sempat jugak hb amik gambar Icha masa dalam bas, masa balik dari city centre aku balik berdua jer ngan Icha, hb terus pi smayang jumaat then pegi kerja.
Masa tunggu bas nak balik ke rumah kena beratur, kat sini tunggu bas pun beratur, ekekekeke macam heran kejap!!! Bila dah dapat bas, aku pun tergesa-gesa ler naik bas..masa aku dah masuk dalam bas tu driver suh aku turun, katanya it's full... mulanya aku pelik jugak sebab bas tu masih banyak tempat duduk yang kosong. Rupanya penuh sebab tak ada tempat duduk untuk ibu-ibu yang bawak stroller macam aku.Baru aku tau limit setiap bas boleh bawak 2-3 buah stroller dalam satu masa.
Terpaksalah turun tunggu bas yang lain...tapi sekejap jer ...cuma selang seminit dua.

Masa dalam bas, dah nak sampai ke Woodhouse aku pun tekan loceng macam biasa nak turut. tunggu punya tunggu bas tak berhenti , aku ingat bas akan berhenti next bus stop, rupanya tak berhenti jugak. Masa aku nak tekan sekali lagi loceng, ada orang lain dah tekan dulu...Seorang perempuan tua, dia terus pegi jumpa driver dan menegur driver tu sebab tak berhenti masa aku tekan loceng...Pas tu driver bas tu terkejut sebab katanya dia tak dengar bunyi loceng...driver bas tu mintak maaf banyak-banyak kat aku, aku kata tak per lah, tak kisah sebab rumah aku dekat sini jer. Perepuan tua tu siap warning lagi kat driver bas , next time kalu perkara macam tu berlaku lagi dia akan report...dia kata kesian kat aku terpaksa jalan jauh nak balik rumah...Prihatin sungguh !!! terharu aku...