CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 27 January 2007

Kisah Pisang

Dataran Rotherham

Aku dan Ellan

Hari Sabtu datang lagi, juadah Nasi lemak tersaji lagi.Seawal pukul 10am kami sudah mula bersiap-siap untuk ke Rotherham walaubagaimanapun kami keluar pukul 12.30pm jua akhirnya...manakan tidak, banyak sangat perkara-perkara yang harus aku selesaikan.Sebaik sahaja selesai bersiap, telefon pun berdering...ustaz di talian.Ustaz, seorang lagi warga Tinsley.. rungutan ustaz masih tersisa tentang kejadian semalam ekoran pelepasan sementara yang diberikan oleh imigrasen kepada pembantu beliau, Amilea yang baru saja datang dari Malaysia, esok beliau perlu ke Airport Manchester semula untuk menyambung temuduga.. Kalau nasib tak baik pembantu beliau akan dihantar pulang ke Malaysia semula, banyak pula 'Cekadak' orang putih ni! Kerana keserabutan di kepala ustaz dan isterinya, kami mengajak beliau sekeluarga jalan-jalan ke Rotherham...boleh jugak menenangkan fikiran sambil membawa Amy jalan-jalan.
Selesai membeli keperluan di Rotherham,kami mohon pulang lebih awal daripada ustaz lagipun abang ada Meeting AJK sekolah Melayu Sheffield...sudah 3 minggu abang dilantik menjadi pembantu guru besar di situ, kalau di Malaysia sama lah jawatannya seperti penolong kanan! wow, macam kelas jer bunyinyakan, tak bergaji pun.Sukarela sahaja.
Sebaik aku sampai di rumah, aku terus mengemaskan barang-barang yang baru dibeli. tuk!tuk! pintu rumahku diketuk seseorang, sebaik pintuku buka...Ustaz lagi! kali ini satu bungkusan dihulurkan kepadaku, katanya ole-ole yang dikirimkan oleh keluarganya dari Malaysia..Aku terus mengambilnya sambil mengucapkan terima kasih...Ustaz terus beredar, katanya nak ke rumah Aida pula selepas itu.
Di dapur, aku teruja hendak melihat ole-ole yang diberikan oleh ustaz...maklumlah sudah semakin rindu dengan makanan melayu sejati, bungkusan plastik putih itu kubuka...di dalamnya terdapat daun pandan, kacang panjang, kacang buncis, cili api dan jantung pisang pun ada...boleh juga aku masak untuk makan malam nanti, tapi mmmm...jantung pisang ni aku nak masak apa?Seumur hidup aku, aku tak pernah makan jantung pisang...Sekiranya ibuku masak jantung pisang sekalipun aku tak pernah terfikir untuk mencubanya.Seingat aku, sudah bertahun-tahun aku tak melihat ibuku memasak jantung pisang...nanti aku akan tanya siapa-siapa geng Tinsley yang suka makan jantung pisang ni, putusku!
Sebut pasal pisang, teringat aku seorang sahabatku di Egham...namanya Ellan, kami merupakan teman sekerja ketika itu...suatu hari, sebatang pokok pisang tumbuh liar di belakang rumahya hingga mengeluarkan jantung dan dengan bangganya beliau asyik menceritakan tentang pokok pisang tersebut, hinggakan saudara mara dan sahabat handai datang berkunjung ke rumah beliau semata-mata hendak melihat bagaimana rupa pokok pisang, maklum lah pertama kali melihat pokok pisang, dengan sinis aku berkata di dalam hati; eleh! pokok pisang pun nak heran ker? tapi sebenarnya aku lupa ...kalaulah tiba-tiba pokok epal tumbuh di belakang rumahku,mungkin aku juga seperti Ellan...betul tak?

Saturday 20 January 2007

Sheffield di sana sini

Rumah kami, No 81 Raby st."luar setinggan, dalam kondo"...
Kawasan perkampungan Tinsley

Jalan-jalan hujung minggu

Hari sabtu sebegini aku selalunya bangun lebih awal daripada biasa. Nasi lemak adalah juadah yang selaluku sajikan untuk keluarga bila tiba hujung minggu...senang, kerana aku tidak perlu kerap ke dapur.Kadang-kadang abang dan Ryan akan makan nasi lemak untuk sarapan pagi dan sekaligus makan tengah hari dan adakalanya terus ke petang. Mudah untuk aku lagipun pada hari sabtu kami selalunya akan keluar berjalan-jalan. Biarlah orang kata aku pemalas, apa aku peduli.
Tinggal di negara orang sebegini, memasak adalah perkara yang paling menjemukan, adakalanya aku tak terfikir lagi apa menu yang boleh aku masak...lagi-lagi benda yang sama, lagi-lagi ayam,kambing dan biri-biri...walaupun makanan halal mudah dicari, malah di hadapan rumahku sendiri terdapat kedai daging halal milik orang Pakistan...tapi aku jemu! bila sudah jemu, kerinduan masakan di Malaysia mulalah menjadi-jadi...mmmm... ikan terubuk bakar, ketam, sambal tumis udang, gulai lemak cili api campur tempoyak ala negeri sembilan, pisang goreng,cempedak goreng, ikan kembung goreng,keropok lekor,ayam percik bla...bla...bla...bla . Arkhhh tension kalau teringat itu semua!
Petang semalam aku menerima panggilan daripada Azizi dan Zakiah... pasangan Melayu Kelate yang tinggal berdekatan dengan rumahku, katanya nak order nasi lemak dua bungkus. Sebenarnya aku memang menjual nasi lemak setiap hari sabtu tapi sejak kebelakangan ini aku sudah tak berminat nak menjual nasi lemak lagi, sambutannya kurang menggalakkan...maklum lah musim sejuk macam ni, orang malas nak keluar rumah semata-mata nak membeli nasi lemak, kebanyakkan pelanggan mahu aku menghantar nasi lemak dari rumah ke rumah...ah, tak mahu aku! aku pun macam mereka juga...sejuk-sejuk ni lebih baik aku bertapa saja di rumah.
Berbalik kepada cerita Azizi dan Zakiah, tiga hari lepas anaknya Danish, berumur 6 bulan dimasukkan ke hospital kerana demam dan dengar ceritanya ada masalah buah pinggang tapi aku tak pasti sejauh mana keadaan Danish...Kesian Zakiah, pasti berserabut fikirannya...makan pun pasti tidak menentu, manakan tidak...sepanjang hari berada di hospital, mana ada masa beliau nak memasak. Niat Zakiah nak membeli nasi lemak ku iakan saja.
Pagi tadi, lebih kurang pukul 10.15am Azizi mengetuk pintu rumah untuk mengambil nasi lemak yang telah diorder.Sejak pukul 9am lagi aku sudah sedia dengan 2 bungkus nasi lemak dan juga 5 biji kuih karipap,Ikhlas...dan tak perlulah nak berbayar-bayar.Aku bukanlah kejam untuk memikirkan keuntungan di atas kesusahan orang lain!Kupinjamkan juga senaskah majalah, aku fikir Zakiah pasti memerlukannya.Aku cuma mengharapkan agar Danish lekas sembuh. Sebagai seorang ibu aku dapat menbayangkan kecelaruan hati Zakiah tambahan pula bila berada di perantauan seperti ini. Aku cuma berharap pertolonganku yang sebesar zarah itu serba sedikit dapat membantu beliau.Dulu aku juga pernah mengalami situasi seperti itu ketika Ryan berumur 9 bulan kerana dijangkiti demam cacar dan campak serentak, oh! tak dapat kubayangkan.
Tujuanku bercerita akan hal ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga tentang kebaikan diri, ia sekadar catatan peristiwa yang berlaku di sana-sini sepanjang aku berada di Sheffield.
Malam,
Emran, Hos kami ketika mula-mula sampai di Sheffield bertandang makan malam di rumah kami. Emran merupakan rakan sekerja abang di UPM..seminggu lagi pulanglah beliau ke tanahair. Selamat jalan, sampaikan salam rindu untuk orang di Malaysia!

Thursday 18 January 2007

Universiti Sheffield Hallam

Ryan, dihadapan salah satu bangunan universiti hallam

Sesekali angin menderu kencang di luar sana, bunyinya amat menakutkan.Awan hitam berarak menutupi sang matahari. Semenjak semalam amaran telah diberikan melalui Buletin di TV mengenai ribut dan hujan lebat yang mungkin melanda juga amaran banjir di beberapa buah tempat dan kemungkinan pokok-pokok tumbang . Hatiku mula menjadi tak keruan memikirkan Ryan dan abang di luar sana, Ya allah ya tuhanku jauhkanlah keluargaku dari sebarang musibah....
Seawal pukul 9.00am abang dan Ryan telah keluar rumah hari ini. Seperti biasa, Ryan kubekalkan 4 keping roti yang di sapu jem dan butter manakala abang ku siapkan nasi goreng tuna dan 2 keping roti yang disapu butter...harap-harap cukup untuk mengalas perut hingga ke petang nanti.
Menjadi rutin mingguan abang bertemu dengan supervisornya Prof.Christ Rust setiap hari khamis sebegini cuma kali ini masa perjumpaan diputuskan lebih awal iaitu seawal pukul 10am atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Perjalanan abang dari rumah ke Universitinya mengambil masa lebih kurang 20 minit melalui motorway A630 jika sekiranya tidak ada trafik jam.Tidaklah sejauh mana tapi abang lebih suka menggunakan jalan motorway daripada melalui jalan-jalan kecil kerana tidak perlu melalui banyak lampu trafik.
Universiti Induk Sheffield Hallam, lokasinya terletak di tengah-tengah bandar Sheffield. Boleh dikatakan hampir sebahagian daripada bandar Sheffield itu adalah bangunan universiti itu sendiri dan yang lebih menarik lagi bangunan perpustakaan Universiti Sheffield Hallam terletak bersebelahan dengan Panggung Wayang ODEON!
Abang ditempatkan di Kampus Cawangan iaitu kampus Psalter Lane. Lokasinya agak terkeluar daripada bandar Sheffield, melalui jalan A625. Ia di khaskan untuk penuntut Art & Design.
Menurut abang ,di kampus cawangan tersebut beliau merupakan satu-satunya penuntut dari Malaysia . Kalau di kampus induk, ada ramai juga penuntut 'under grad' yang kebanyakkannya barbangsa Cina iaitu penuntut Unitar yang mengikuti kursus berkembar dengan Sheffield Hallam...Tak kisahlah abang yang penting perjalanan Researchmu lancar, semoga kau berjaya menghadapi misimu!
Angin diluar sana semakin menjadi-jadi...kertas,plastik dan daun-daun kering berterbangan setinggi pokok kelapa. Sesekali apabila angin menerjah kedinding rumahku dapat kurasa gegarannya, Risau!

Wednesday 17 January 2007

Terima Kasih

Si manis berlesung pipit

Semenjak dua menjak ni banyak pula perkara yang dapat ku tempelkan di dalam tinta azimatku ini walaupun agak menyimpang dari tujuan asal kewujudan blog ini tapi anggaplah ia sebagai satu iklan free...
Terima kasih kepada para sahabat yang sudi menjenguk blogku ini, selalulah memberi komen yang membina untukku..
Untuk para sahabat lama, mungkin kelihatannya agak pelik melihat aku menulis begini kerana ini bukanlah nature diriku yang sebenar...tetapi semenjak menjadi penganggur terhormat di UK, menulis dan mengarang menjadi salah satu hobiku kini untuk mengisi masa terluang walaupun kelihatannya agak cakar-cakar ayam dan ala-ala kampung.Maklumlah Bahasa ku semasa SPM cukup-cukup makan saja...
Buat Eny Zafifa....selalu-selalulah beri komen untuk akak .Kalau ada idea yang menarik why not kemukakan, kadangkala ia menghiburkan untuk ditatap, teringat kenangan bersamamu ketika di UiTM Shah Alam.,sama-sama bersengkang mata menyiapkan projek, waktu itu memang amat perit rasanya namun kini bila diingat semula lucu pun ada..

kalaulah masa boleh diulang semula ingin rasanya aku kembali ke alam kampus yang penuh dengan warna-warni indah...

Untaian Kata

Keindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir menutup wajahnya. Dan kalian adalah kehidupannya itu, kalianlah cadar itu. Keindahan adalah keabadiaan yang termangu di depan cermin dan kalian adalah keabadian itu, kalianlah cermin itu....


Khalil Gibran (1833-1931)

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat....

Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Tuesday 16 January 2007

Kenapa ye?

Menjenguk di tingkap...suasana mendung seolah-olah meratapi kehilangan sesuatu, tapi apa ye??? Inilah England, suatu perjalanan hidup yang memboringkan ketika winter mengambil gilirannya.
Rata-rata manusia sibuk bercerita tentang cuaca, dulu ketika di bulan january sebegini aku sudah puas bermain dengan salji. Tapi kali ini agak berlainan sedikit cuaca tak menentu kadang-kadang sejuk yang amat dan kadangkala matahari menyinar cerah...salji tak juga turun-turun tetapi asyik hujan.
Satu persoalan lain pula timbul apabila setelah hampir 10 tahun Utara England tiba-tiba dilanda banjir dan ribut terutama dibahagian North Yorkshire. Sedang Malaysia bingung dengan banjir di Johor, England pula bingung dengan ribut dan banjir di utara England dan cuaca yang tak menentu yang dikenali sebagai Wild Weather...kenapa ye? khabarnya global warming...entahlah, Bingungggg!!!

Layan si Pujangga

Sebening impian
Sebening impian
yang dilakarkan
pada selembar
kanvas kehidupan
nyata mengisahkan
sebuah perjalanan
tentang pengorbanan
dan perjuangan
mencari kejayaan
dalam kehidupan
Nukilan
Akhi Masrawi
Tanta
5 Jun
2002
* Khas untuk warga Malaysia yang berada di Sheffield dan sesiapa sahaja yang bertungkus lumus mengejar dan mencari 'Sebening Impian ' untuk di bawa pulang ke Tanah air....semoga suksess selalu

Monday 15 January 2007

Pujangga

Nafas
Nafas ini ,
walau sekali
aku seduti dan lepasi ..
namun,
tak mampu aku bayari..
nukilan,
akhi masrawi
April 2002

Aaaachoooo!!

Sedar tak sedar Rissa sudah genap 11 bulan hari ini. Pejam celik,pejam celik Rissa dah hampir setahun.. begitu pantas masa berlalu kini Rissa sudah mula belajar bertatih, terasa seperti baru semalam aku melahirkannya di Hospital Putrajaya.Arhkhhh masa!!sesungguhnya engkau sangat mencemburui aku.
Kebelakangan ini, Rissa tidak sihat..aku pun naik risau dengan kesihatannya, asyik batuk..selsema entah bila akan reda. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini amat mudah untuk sesiapa diserang demam selsema...Rissa, dalam masa 3 minggu dah 2 kali mendapat batuk dan selsema.
Esok aku bercadang nak membawa Rissa ke GP, kebetulan tiap-tiap hari selasa daripada pukul 1.30pm-3.00pm ada klinik khas untuk kanak-kanak..tanpa perlu membuat temujanji...'walk in' sahaja...Risau sungguh aku,harap-harap Rissa tidak mendapat asma macam abangnya Ryan.Ryan pun mula mendapat asma semenjak kami tinggal di Sheffield. Alahai banyak dugaannya bila berada di negara orang,segala-galanya perlu dilakukan sendiri. Moga-moga anak-anak mama sihat selalu!


*Aku dah mula teringin Yong Tau Foo di foodcourt RASA, Alamanda Putrajaya...slllruuupppp

Thursday 11 January 2007

Terlewatkah Aku?

Gambar Kenangan hari raya di hadapan Pakistan Muslim Centre(PMC).

Sudah hampir 2 minggu aku meninggalkan 10 zulhijjah iaitu hari yang bermakna bagi semua umat islam, lantaran hari yang menyedihkan di atas kematian Saddam Hussein pada tarikh yang sama.. sengaja atau suatu kebetulan?
Terlewatkah aku? lantaran masa yang amat cemburu dengan seorang aku, baru kini berpeluang menjenguk tinta azimatku...wah! sibuknya aku seorang surirumah.
Ku kira masih ada ruang untukku mengucapkan Selamat menyambut Eidul Adha dan selamat menyambut tahun baru 2007 pada semua, bagaimana dengan azam baru kalian??. Bagi diriku ini adalah kali pertama menyambutnya Eidul adha di sini semenjak aku kembali semula ke Tanah England ini. Azam? tiada apa yang berubah, cuma RENEW semula azam-azam yang masih belumku gapai.
Kedatangan Eidul Adha kali ini bermakna hampir setahun pemergian ibu saudaraku yang agak rapat dengan ku, Auntie Anis...ku kira baru sahaja seperti semalam dia datang menjenguk aku yang baru beberapa minggu melahirkan Icha ketika itu. Waktu itu dia baru pulang dari menunaikan ibadat haji di Mekah, beliau diserang batuk-batuk ...itu biasa bagi sesiapa yang baru pulang dari mekah katanya. Takku sangka itu merupakan pertemuan terakhir kami, penyakit batuk-batuk itulah yang menjadi permulaan punca kematiannya. Masih terbayang-bayang wajahnya diingatan, sukar untuk kupercaya bahawasanya dia telah tiada.
Sambutan raya korban di sini agak meriah dikalangan orang Malaysia 5 ekor kambing ditumbangkan untuk Aqiqah, selepas bersembahyang Raya dan makan nasi minyak berlaukkan kambing aqiqah, kami beraya sakan sampai ke pukul 2 pagi...tak masuk akal! aktiviti beraya berterusan sehingga 14 zulhijjah.
Lewat pagi ini ku terima layangan email daripada seorang sahabat, Erin. Teringat aku kenangan dengannya ketika kami bersama- sama di Egham. 18 febuari ini giliran beliau pula terbang ke Wolonggun University, Australia. Kes beliau sama seperti aku, bercuti tanpa gaji kerana mengikut suami, semakin jauhlah erin denganku. Hanya email yang akan merapatkan jarak tersebut. Semoga kau berbahagia di sana wahai sahabat , usah jemu mengutus email!