CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 22 October 2008

Jalan-jalan, ronda-ronda...Di Aidilfitri

Seminggu sebelum raya...
Jalan-jalan ke IKEA Nottingham nak cari karpet raya...ahaksss, singgah ke rumah Ina Kegworth berbuka puasa di sana. Tema menu berbuka puasa kali ini ala mamak...


Minggu kedua Hari Raya...
Ronda-ronda ke Surrey, ala-ala menjejak kenangan ler...sebelum ke Surrey singgah ke Rumah Noreen di Northamton beraya, thanks atas layanan Noreen dan suami...

Jalan-jalan menjejak kenangan bermula...
Singgah layan anak- anak di Model Village, Bekonscot..Dulu kami ke sini masa Ryan berumur 1 1/2 tahun. Lokasinya di M25, diantara London-Oxford. Tiket masuk untuk dewasa cuma GBP7 .00 sahaja..Masih murah macam dulu jugak.

Persinggahan pertama bila sampai di Bumi Surrey...

Rumah kami dulu, di Egham..sekarang ni bukan lagi rumah University, dah jadi private property..Penceroboh boleh di dakwa, aku ambil gambar ni curik-curik jer ahakksss. Brunnel University Kampus Egham pun dah di tutup, besar mangganya aku tengok tapi sayangnya tak terfikir nak ambil gambar masa lalu kat situ aritu. (Arinnnn, rindu tak bila tengok gambar nih?...huhuhu). Suasanya masih sama seperti 6 tahun dulu, Arnab liar bebas bermain di sekitar padang golf . Teringat masa dulu-dulu, kalau nak tengok Rusa intai jer kat tingkap pagi-pagi mesti nampaknyer...


Berjumpa semula X-Landlord kami yang baik hati...Mr Rashid Mohedeen dan Isteri Mrs Naela,Orang Mauritius. Landlord semasa kami tinggal di Woking sebelum berpindah ke Egham. Seronoknya dia orang 1st time dapat berjumpa dengan Icha, Merasa jugak anak-anak aku duit raya daripada dia orang berdua. Sekarang ni Mr Rashid dan Mrs Naela dah bersara dan ada seorang cucu lelaki. Beliau baru sahaja melancong ke Malaysia tahun lepas sebabkan teruja dengan cerita-cerita kami tentang Malaysia (promosi gitu)...ekekekek. Memang dia orang seronok jalan-jalan ke Malaysia, melawat semua Masjid2 yang tersergam indah di KL, Putrajaya dan Shah Alam. Sempat jugak Shopping barang-barang perkahwinan untuk Anak gadisnya di Jalan Masjid India yang bakal berkahwin tahun depan.


Kami berpatah semula ke Egham, gara-gara jemputan makan malam Sam & Linda...Kawan lama, lebih 7 tahun tak bertemu.Razak dan Hakim pun dah besar panjang. Sam masak Nasi Ayam Special untuk kami. Asyik berbual-bual, tak sedar masa mencemburui kami. Jam pukul 9.30pm, Ben dah mula telefon bertanya bila kami nak sampai ke rumahnya.


Sampai rumah Ben di Guildford pukul 10.15pm, kami bermalam di rumah Ben& Lin x-housemate kami masa sama-sama tinggal di rumah Mr Rashid. Masa baru sampai di UK dulu dia orang ni baru kawin setahun, belum ada anak lagi. Sekarang ni alhamdulillah rezeki dia orang, dah punya anak 2 nak masuk yang ke tiga. Gambar di atas tu anak ke dua dia orang sebaya dengan Icha, Alisya. Icha tua seminggu jer.

Esoknya join student University Of Surrey(UniS) sambut majlis Hari Raya. Dah rasa macam Uni sendiri pulak sebab masa mula-mula datang dulu kami pernah tinggal di dalam Uni ni selama 2 bulan sebabkan tak jumpa orang Malaysia di Egham.

** rumah yang kami duduk di dalam UniS, rumah ni pun best...flat 1 bilik, kami duduk atas nama seorang kawan yang belajar di sini

Lepas majlis, sempat posing di lake garden UniS dengan family Ben..Malam pulak menghadiri jemputan open house keluarga Sabri dan Gee di Ash(tak ada gambar).
Keesokkan harinya barulah kami pulang ke Sheffield..Thanks kawan-kawan di atas layanan baik kalian, Kalian memang kawan sejati sejak dulu hingga kini tak pernah berubah. Moga-moga hubungan baik ini berterusan untuk selama-lamanya ...Amin!


Friday 17 October 2008

Face Painting

Cerita dah lama...sebelum puasa lagi...
Ryan sibuk sangat nak paint muka sejak Open Day kat Tinsley Green lagi(hari Khamis)...masa tu aku memang nak serahkan dia ke kaunter face painting tu untuk di conteng, almaklum ler benda free boleh aje.Tapi, nasib tak menyebelahi dia ...rupa-rupanya sapa yang berminat kena dapatkan kupon yang AJK dah edarkan sejak awal-awal majlis tu lagi, kami pulak datang lewat..so tak merasa ler nak dapat kupon...muncung ler si Ryan tak dapat paint mukanya tu, balik dengan perasaan tak puas hati...

Pada hujung minggunya pulak(hari Ahad), Kami keluar ke ASDA untuk shopping barang dapur seperti biasa..Kebetulan pada hari tersebut, kat luar supermarket tu ada di buka kaunter face painting untuk kanak-kanak, kali ini free jugak...perghhh, senyum lebar si Ryan sebab ada chance nak paint muka dia memandangkan tak ramai yang mengerumuni kaunter tersebut. Aku pun berjanji lepas selesai beli barang kami akan bawa dia buat face painting kat luar ASDA.

Selesai beli barang, kami pun bawalah Ryan ke Kaunter face paint tu, tapi... alamak!!! kaunter dah tak ada, mat salleh yang jaga kaunter tu tengah sibuk-sibuk packing barang..kaunter dah di tutup! apa lagi, berjuraian ler air mata anak teruna aku penuh kehampaan...kesian pulak aku tengokkan dia, rasa bersalah pun ada. Mahu tak mahu aku pun berjanji untuk paint muka dia mengikut apa yang dia nak.
Balik daripada shopping , aku pun mula kan operasi guna water color...sib baik mak dia ni berbakat jugak...kihkihkih

Atas permintaan empunya diri, aku buatkan ler spiderman


Sap check lagi kat cermin yang aku lukis betul ker tak...bahagian yang mana warna Merah, hitam..putih kena betul..ishhh, cerewet tul

Dah siap , mulalah berangan jadi macam spiderman...layan jer lah! senyum lebar sampai ke telinga

Icha pun kena tempias skit..butterfly kat pipi...kehkehkeh

Monday 13 October 2008

Salam Aidilfitri

Rasanya aku masih lagi berpeluang mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua saudara mara ,sahabat handai dan rakan taulan yang singgah ke teratak aku yang penuh bersawang ini, maaf zahir dan batin...Sibuknya aku memang tahap gaban bermula 1 ramadhan yang lalu hinggalah ke hari ini...mungkin lepas ni insyallah aku sudah ada banyak masa di sini.


Pada mulanya bermula 1st Ramadhan aku sibuk dengan tempahan cookies raya then diikuti pulak dengan sambutan hari raya kemudian rumah terbuka sana-sini yang berlarutan hingga ke minggu depan...tika ini pula aku baru saja pulang dari jalan-jalan menjejak nostalgia, apa dia tu eksss??? tungguuu!!!!

Tadbir Malam Raya

Bermula malam raya yang lepas(isnin malam selasa) , di sini sibuk dengan tadbir raya dari rumah ke rumah oleh kaum bapa bermula pukul 9pm dan berlanjutan hingga ker pukul 3am barulah selesai 16 buah rumah..Awal pagi 1 syawal aku sibuk menyediakan tugasan yang di beri oleh tok penghulu iaitu menyediakan kuah lodeh untuk 50 orang makan..kemudiannya bersiap-siap pula ke PMC menghadiri solat Aidilfitri dan jamuan Raya untuk semua Masyarakat Melayu di Sheffield..

Ketika Di PMC

Hari Raya pertama, Tema kami tahun ini Hijau Pandan

Keadaan agak haru biru di pagi raya tersebut(selasa) terutama kaum ibu macam aku, mana nak siapkan juadah hari raya..mana nak menyiapkan anak-anak dengan pakaian raya..tugasan ekstra tok penghulu, diri sendiri..tapi dalam keadaan lintang pukang akhirnya berjaya jugak aku selesaikan. Juadah aku pada hari raya pertama tersebut ialah...nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh,lemang perantau, rendang ayam, Nasi Tomato, Dalca daging dan Air Bandung campur. Tak ketinggalan kuih-kuih raya seperti Tat Nenas, Rempeyek, kuih gunting, choc chip cookies, marble cookies,dan beberapa jenis lagi...Tapi sayangnya tak sempat pulak nak bergambar

Juadah Open House hari sabtu..

Hari sabtu yang lalu sekali lagi aku buat open house untuk kawan-kawan yang agak rapat dengan kami..Juadah kali ini pula Nasi Briyani Malaysia, Ayam masak merah, Jelatah, Laksa Utara(home made laksa beras), Kek Coklat, kek Oren dan Air Bandung Campur dan belen-belen kuih raya yang ada.

Tetamu yang hadir (sabtu)

Sambutan Hari Raya di sini memang betul-betul meriah, tak ada masa aku nak bersedih-sedih dan bermenung-menung kenang nasib diri di rantauan nih..