CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 29 November 2008

Mamu oh mamu, akhirnya kau jadi milik orang..macam tak percaya!!...muahahahah


Mamu dan mami bersama Icha...

Hari ni Majlis pernikahan adik ipar aku, Pyan..anak-anak aku panggil adik ipar aku ni Mamu, macam tak percaya mamu dah bernikah...ngeh..ngeh..ngeh. Kalau masing-masing tak tambah kuota, aku kira ni lah majlis pernikahan terakhir sebelah In Law aku. sedih tau tak dapat join menyibukkan diri kat kenduri tuh!

Dulu, puas gak kami tulun carikan untuk si mamu ni, tapi ada jer yang tak kena...tak cun lah, itu ler..ini lah...bla..bla...bla. dia dah OK, pompuan plak tak ok...ada pompuan suka ,dia pulak tak ndak..sumer orang pening kepala..

At last kami serah jer bulat-bulat kat dia, cari ler sendirik mcm spec yang dia nak...lama jugak ler nak tunggu dia dapatkan misses right yang di idamkan sampai umur mencecah 30an pun tak muncul-muncul....tang bisness bukan main dia mengayat client, tapi tang mengayat pompuan ketaq lutut no!...kihkihkih.

Hari ni masanya dah sampai, jodoh mamu dah datang...sedih gak rasa hati tak dapat sama-sama pakai baju lip lap, make up cantik-cantik menghadiri majlis pernikahan mamu. Maklum lah kami duk jauh dari depa-depa sumer...tengok gambar jer lah nanti. Kendurinya gilang gemilang kat rumah kedua-dua pihak di Penang akan di adakan pada bulan Dis ni. Kami pun tak dapat join jugak..:( Insyallah 'abang' jerlah yang mewakili kami semua.

Anyway sempat jugak kami berkenalan dengan mami masa balik bercuti aritu, masa tu mamu baru nak pasang "ayat power" untuk mami...kami suh bertunang sementara kami ada kat Malaysia aritu, depa tak mau..konon2 tak ready lagi..alih-alih lepas 2 minggu kami balik ke UK ,depa kat Penang dah sibuk-sibuk nak tunangkan mamu dan mami...cisss!!

Nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat mamu dan mami..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat....

Perkahwinan bukan suatu destinasi perhubungan, Tetapi ia adalah permulaan sebuah kehidupan yang bakal di harungi bersama dan dirasai bersama pahit dan manisnya. Kesabaran merupakan tunggak utamanya...

Kelab menantu pakcik Rahman bertambah seorang lagi ahli nampaknya,
untuk mami, welkom to the club!!

Icha pun pantang nampak kelibat muka mami kat freindster...dia asyik dok sebut..""mami mamu", suka sangat dia ngan mami..sampai sekarang masih tak lupa rupa paras muka mami.

**nantikan Entry kenduri mamu

Friday 28 November 2008

Sahabat

Semalam...
Nyit...nyit..nyit..hp ku berbunyi. Selang 10 minit
nyit..nyit..nyit..hp ku berbunyi lagi...

ada 2 message.. aku terima dari si L, dalam hati aku"apa lah yang pompuan ni nak"

Message 1
"tel aku sekarang..urgent"


Message 2
"aku ni berhajat sgt nak ckp dgn ko. hal penting sgt. nak sms tak puas..bla..bla..bla..aku nak pi UK minggu depan"...

Tersentap haku!! kawan aku nak datang UK ke rumah aku...yeahhh...yeahhh!!!

Aku dah bayangkan kat mana aku nak bawak dia jenjalan naik tram..naik bas...pi shopping...hanya aku ngan dia jer, anak-anak biar ler kat kaum bapak meng"handle" masa ni ler nak beronggeng kan..lagi pun aku dah lama tak jumpa dia..

tanpa berlengah lagi aku terus capai telefon dan dail no si L...

ring...ring..

aku: hello, L ker tuh?
L : haaa...puas haku tunggu, dah sejam aku mengadap telefon ni tunggu call dari ngko, dah
macam tunggu call boyfriend jer rupanya nih..
Aku: sorry..tadi aku call ngko tak angkat,
errrr...ngko nak datang sini ker?
L : kihkihkih...aku dah agak dah, itu ler soalan pertama ngko...kalau aku tak buat trick
cenggitu mmg ngko tak call aku kan..kihkihkih
Aku: kureng asam punya pompuan!!! buat penat jer aku berangan..:(

dia 'kencing'kan aku rupanya...tapi kami sembang- sembang dekat sejam jugak , itu pun sebab aku nak kuar amik Ryan balik skolah..idak kalu maunya berjam-jam. Macam-macam cerita kluar daripada kisah sedih, kenangan yg menggeletek masa kat kampus , kisah anak -anak hinggalah ke gossip artis...kekeke
Actually bukan aku tak nak telefon dia, selalu teringat nak telefon.... tapi biasalah aku, suka tangguh..tangguh. Bila dah terrajin nak telefon tengok jam dah petang, dah sah org kat mesia tengah leka buat taik mata...pas tu tangguh esok plak..dan seterusnya.

Hari ni pulak..

Hb on PC tempat biasa aku bertenggek hari-hari, ada offline message dari si B...nak chat ngan aku. Tapi masa tu aku tengah asyik menggoreng "kodok banana" kat dapur, itu pun hb yg bagi tau. Faham-faham jer lah kalau inchik hb ada kat rumah dari bekfas sampai ke dinner mesti lengkap dik non..

Kalau hb pepagi dah kuar ke office, lepas subuh aku dah terpacak kat depan PC, ngeh..ngeh..ngeh..so, tak dapat ler aku menge'chat' ngan dia hari ni..

Dah siap 'kodok banana' aku pun on PC semula...
aku dapat offline message lagi dari si B " tak abis-abis lagi memasak ker..."

mula ler aku terfikir penting ker si B ni carik aku, sebab life si B ni hari-hari busy mengalahkan PM..Biasanya aku yang tercarik-carik dia, kali ni dia plak mencarik aku, uiksss berdebar plak aku.

Aku tengok kat YM tu dia masih online lagi so aku pun balas lah message dia..tapi yang jawab tu laki dia si siput.

aku tanyalah "apsal B carik aku?"
Sipot jawab "entah"
uikss...berdebar lagik nih
sipot jawab lagi..."dia baru call just now, dia kata tak ada apepe cuma nak bergossip skit ngan ngko, biasa ler orang pompuan!"

ceh..buat penat jer aku berdebar.

Sorang lagi pulak, si G..paling rajin mengemail aku..macam-macam kenangan yang di korek, ulang banyak kali pun tetap best!...

Ni lah antara sahabat-sahabat rapat aku yang selalu membuat aku tersenyum dan ketawa..yang menggumbirakan dan menghiburkan hati aku..yang membuatkan life aku lebih happening walaupun pakai remote dari jauh jer..

Persahabatan yang dahpun menjangkau 14 tahun ini menjadikan hubungan ini seolah-olah seperti adik beradik yang tiada galang gantinya, tak pernah terputus di mana-mana.... sukar di cari di mana-mana...

**woit, Mai ler datang sini naik Air Asia..murah siottt!!

Monday 24 November 2008

Kereta Idaman

Kereta oh kereta...kami memang minat bab kereta nih, dulu aku tak reti langsung kalau cerita bab kereta. Sejak kawin dengan Inchik hubby baru ler reti sikit-sikit. Dulu masa zaman belum kawin huruf pada plat kereta mewakili negeri pun haku blur, teruk sungguh aku ni kan...Zaman tu aku sibuk dengan dunia aku sendiri...

Sejak dah kawin dengan Inchik hubby ni aku dah mula ada kereta idaman..kihkihkih, tapi tak tau ler bila aku akan dapat. Kalau setakat kudrat aku sorang mungkin 10 tahun lagi baru mampu milikinya,boleh kalau nak beli tapi tiap hari aku kena makan pasir sebab nak tanggung ansuran bulanan kannn..sapa sanggup! Lainlah dengan Bantuan Inchik Hb...muahahahahah!!

Nampaknya aku kena pujuk lebih-lebih skit Incik hb atau picit-picit mana yang patut nak lembutkan hati dia kannn..ekekeke. Tapi Incik hb ada kereta idaman dia sendiri pulak(ada chance ke haku?)..Ryan ada kereta idamannya sendiri even Icha pun ada kereta idamannya sendiri...

Tapi kami kena bertahan dulu selagi hb belum habiskan pengajiannya tak boleh cerita sangat pasal kereta idaman. Duduk kat sini kehidupan serba serbi sederhana,.cukup makanan, tempat tinggal dan pakaian aku dah cukup bersyukur...

Anyway mari ler layan gambar kat bawah...
tak dapat kereta, tengok gambar pun jadilah...ahaksksss

hb's dream carmy dream carRyan's dream car- kes pengaruh transformers
Icha's dream car


Happy Birthday ,Hubby

Dah 12 hari berlalu baru nak cerita kat sini, kirkirkir...

Birthday hb yang ke "xx",pada 12Nov yang lalu bersamaan hari Rabu.
Sambutan sederhana sahaja untuk kami sekeluarga pada hari tersebut. Masak pun biasa-biasa sahaja, konon-kononnya ala-ala Restoran Kelantan seperti Tom yam, Ayam goreng kunyit dan telur dadar..Menu yang selalu kami order kalau ke restoran Kelantan.

Weekend nya pulak hubby belanja makan kat Restoran Yamen..sedap!! thanks hb nnti belanja lagi tau..

Aku ambil kesempatan nak ucapkan Happy Birthday untuk hb kat sini, semoga kita lebih rapat kepada allah,semoga hb dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk kita, sihat selalu dan dilapangkan fikiran untuk melalui perjalanan research mu...
Kami sentiasa menyokong. Kejayaan hb kejayaan kita bersama.

Collage71

** anak-anak pun nak join skali suka-suki tiup lilin...

Tak ada hadiah istimewa yang mampu aku berikan untuk hb selain sebiji kek air tangan aku sendiri dan Kasih sayang yang tak berbelah bagi untuk keluarga kita....

Collage72

** masa menunggu birthday boy pulang dari school...sumer dah siap, cuma tunggu birthday boy jer nih..

Sambungan~ Eden Project, , Cornwall

Nak sambung cerita haritu...

Last day sebelum berangkat pulang ke Sheffield kami singgah ker Eden Project. Kena drive 1 jam lebih gak dari tempat penginapan kami. Kat sini memang aku suka giller dan anak anak pun enjoy. Eden project ni adalah satu tempat kajian sains tumbuhan ler, kalau kat Malaysia ala-ala Bukit Cherakah gitu. Besar giller, puas jugak kami anak beranak berjalan. Keluasan Eden Project ni kira-kira 1 kilometre dan tingginya 60 meter. Terdiri daripada beberapa "Biome" atau habitat tumbuhan. Mula dibina pada tahun 1998 dan dibuka untuk pengunjung sejak tahun 2001.

**Biomes

Biome yang paling kiri tu untuk habitat Rain forest dan yang kanan untuk habitat Mediterranian. Kat tengah-tengah antara biomes tu tempat visitor lepak-lepak sambil makan , toilet dan sourvenir.
Mula-mula sekali , ofcourse kami ke Biome Rain Forest..masuk jer kat kawasan tu fulamak, memang hiba beb!!! terus bau Malaysia, suhu kat dalam tu ala-ala Malaysia, jaket tebal yang kami pakai mula dibuka satu persatu, panas sampai berpeluh..yang paling kami rindu skali bau tanahnya betul-betul macam kat Malaysia seperti bau selepas hujan.

Dengar jugak ada orang kata tanah kat dalam ni pun di bawa khas dari Malaysia. Ada air terjun, ada rumah kampung Malaysia,kain batik yang tersidai di ampaian,kapcai dan basikal tua yang tersandar di bawah pokok jambu...Pokok pinang,nenas, padi, pisang, cili, serai, kunyit dan macam-macam lagi di tanam di dalam Biome tu..adusss tiba-tiba aku jadi homesick!

nampak tak tulisan kat situ.."hari ini tanam padi, esok makan nasi"

Lepas ke Rain Forest Biome, kami ke Mediterranian Biome pulak...Saiz Biome nya kecil sedikit daripada Biome Rain Forest..pada aku" so-so" saja tak happening macam kat Rain Forest tadi..suhu kat dalam tu dingin tapi tak ler sebeku kat UK nih, ala-ala sesedap rasa dan kena pakai sweater kat dalam tu, kalau setakat kain cotton biasa memang terasa kesejukkan ittew! Ada satu kawasan tanah yang berpasir tak berumput yang ditanami denan pokok anggur..di satu kawasan lain pulak dengan pokok citrus..lepas tu dihiasi dengan sculpture di sudut-sudut yang agak kosong. Aku percaya kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini kerana tarikan Rain Forestnya... Pokok Anggur

Tuesday 4 November 2008

Cornwall~ Land's End, Newquay dan Eden Project

Bercuti bersama Keluarga..Pada awalnya kami rancang untuk bercuti sekeluarga sahaja, maklumlah Lone Ranger! tapi secara kebetulan sahabat kami dari Birmingham nak ikut sama. Memang dah rezeki mereka kebetulan Caravan tempat kami menginap tu masih ada kekosongan. Jadi kami ke Cornwall konvoi 3 kereta, Satu family lagi yang join kami ialah Saiful Azhar kawan merangkap Jiran Saiful Tan.

Sehari sebelum ke Cornwall kami menginap di rumah sahabat kami Saiful Tan untuk memudahkan kami keesokkan harinya konvoi bersama-sama.

Collage59er

**Gambar paling atas, Breakfast bersama Syarifah(panggil Ipah jer)..Isteri Saiful. Breakfast Beehoon Goreng ini di taja oleh Saiful Tan, Sedap! ramuan rahsianya menggunakan minyak Chili yang di beli di oreantal shop...ermmm nnti bolehlah aku cuba pulak.Mereka ni dah 13 tahun di Birm dan dah pun mendapat PR disini. Pasangan suami isteri ni berkerja dengan Goverment , Saiful di Council office manakala Syarifah di Warwick University sebagai Arkitek. Sayangnya aku tak sempat nak bergambar dengan mereka sekeluarga. Gambar bawah tu Icha bersama anak bongsu Ipah yang bernama Sofia.

Collage60

30 oct 2008, kami sampai ke Lokasi penginapan kami di Haven Caravan, Perran Sand ketika hari sudah gelap, +- pukul 7pm.Perjalanan dari Birm mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai. Sempat jugak tersesat-sesat, cuma beberapa meter dari tempat caravan tuh! eheheh. Alhamdulillah kami dapat Caravan harga murahlah jugak. Caravan jenis "Superio Plus" 2 bilik, harga asal GBP290 kami cuma kena bayar GBP 90 sahaja..kira OK ler kan. Kat luar macam penempatan sementara tapi kat dalam macam hotel bertaraf 3 bintang gitu!

Yang tak bestnya caravan kami tu jauh skit dari caravan 2-2 Saiful kawan kami tu, mereka duk berjiran sebelah menyebelah...Harga sewa Caravan diaorang murah skit jer daripada Caravan kami, bolehlah dikatakan kami dok ala-ala Hotel Renaissance dan diorang duk kat Hotel Seri Malaysia..ahaksss ampoooonnn, haku tak sengaja..kihkihkih. Yang best skali boleh masak-masak!

Collage61

Collage62

1 Nov 2008..Destinasi utama haruslah kami ke Land's End. Nama pun dah Land's End, of courselah ada laut sebab kalau tengok kat peta England tu kedudukan Land's End tu betul-betul kat hujung ekor peta England tuh.kalau terbabas memang masuk laut lah..hahahah. Alhamdulillah cuaca tersangatlah cerahnya walaupun tiupan anginnya rasa macam nak terbang, kuat giller!.. Di sini kami 3 family pergi bersama-sama, tapi bila dah sampai masing-masing jalan ler ikut sukahati masing-masing..tapi Land's End tu bukannya besar sangat, pusing -pusing jumpa orang tu jugak! Kawasan ini tak berpantai, tepinya bertebing tinggi dan curam. Orang kata macam Laut kat Australia, yer ker?
Lepas ke Land's End kami berpecah ikut kaki masing-masing..ke dua-dua Saiful ker St Micheal mountain manakala aku dan famili ke Maniature Park..Tapi sayangnya Maniature Park tu dah tutup sementara, Spring nanti akan dibuka semula. So kami ke Newquay(sebut newki) ke satu tempat yang di paggil "Harbour"..satu-satunya laut berpantai yang aku pergi kat Cornwall ni, tapi pantainya kecik jer. Kawasan tu tempat orang surfing, townnya pun penuh dengan kedai2 barang surfing..errkkk ada ker yang nak surfing musim Autumn ni kan? buang tebiat mat salleh ni kan!!
Selepas Newquay, kami terus pulang ke Caravan menikmati suasana di Haven Caravan pulak..kat dalam ni ada macam-macam, bercuti berehat-rehat kat dalam kawasan ni pun dah cukup sebenarnya tak perlu buat lawatan budak sekolah kannn. Swimming pool ada, ada kompleks fun work tempat kesukaan bebudak ada banyak permainan kat dalam tuh..nak main skate board ker, main bola ker, play ground ker, bbq ker semua tersedia.

Collage64

Kami ambil peluang ni untuk posing-posing gambar...banyak sangat tempat menarik yang boleh pergi kat Cornwall ni, cuma ikut diri sendirilahkan..Nama pun holiday, biarlah relex n fun. Nak cover semua memang tak terkejar, buat letih badan jer kannn.

Collage63

2 Nov 2008, hari hari kami berangkat pulang ker Sheffield..geng yang lain tidur semalam lagi di Haven Caravan.
** sambung lagi di lain hari..byk lagi nk cerita nih, tapi penulis nak tidur ari dah mlm nih