CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 15 October 2018

Hari Sukan Negara 2018

Sempena Hari Sukan Negara yang berlangsung pada 13 Oct 2018(Sabtu) yang lalu. Kali ni sekolah buat program Walk With TP di Taman Botani Putrajaya.Enjoy lah kejap, melupakan stress kerja2 yg bertimbun di hujung tahun sebegini. Kalori pun dpt bakar 400kcal sepanjang 45minit joging , jalan, selfie, wefie, joging balik kemudian jalan... macam tu lah sehingga selesai. Pecah rekod diri sendiri hari ni berjalan lebih dari 13,000 langkah..yeayyy!!







Thursday 4 October 2018



Salam...
Selasa lepas 2.10.2018, Majlis graduasi Icha. Sedar2 mcm sekejap jer masa berlalu tahun depan Icha dah nak masuk tingkatan satu, walhal banyak suka duka yang dah kami lalui untuk sampai ke tahap ini.Alhamdulillah segalanya dengan izin allah😊

Pertama kali sekolah Icha mengadakan istiadat penuh majlis graduasi seperti majlis graduasi pelajar universiti.Segalanya berjalan lancar. Majlis tersebut diadakan di Dewan Besar UPM, sempatlah kami berposing di ruang halaman dewan besar tersebut😊....Tahniah Icha, semoga mendapat keputusan UPSR melebihi target. Mama tak harap Icha naik pentas dianugerahkan gelaran pelajar terbaik, cukup sekadar mencapai kemampuan maksimum yang ada pada diri Icha. Doa mama dan papa sendiasa mengiringi perjalanan hidup mu..aamiin

Monday 1 October 2018

Aktiviti dengan anak- anak murid di sekolah

Hero idaman malaya Tingkatan 2B sesi 2018 hari ni buat project paper mache'...macam2 perangai, hihihihi..cem ni nasib kalau mengajar sekolah lelaki, hyperactive.. cikgu baru yg buat muka blur selalu kena buli. Ngajar sesi petang ni ok lagi, kalau sesi pagi lagi lah pening cikgu nya...huhuhu