CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 14 April 2010

Khabar dari Malaysia

Salam....

Terlebih dahulu jutaan maaf aku pohon kepada semua sahabat handai di alam Cyber ini hingga ada yang tertanya-tanya apa khabarnya aku di sini setelah hampir sebulan kembali ke pangkuan tanahair...

Alhamdulillah aku dah selamat sampai d Malaysia dan kini menetap di Bandar Baru Bangi, kerja pun dapat posting sekolah yang agak dekat jugak dari rumah iaitu d Kajang High School...sekolah lelaki, maknanya ini pengalaman ke dua aku mengajar di sekolah lelaki...phewww!!! tapi aku bersyukur, daripada aku kena campak ke sekolah2 lain di kawasan Ampang, baik aku ngajar di Kajang High School ni, cuma 15 min memandu dari rumah...

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, sedar tak sedar esok 16 April genap sebulan kami di
tanahair tercinta...Alhamdulillah semua urusan dah hampir selesai, baru sahaja semalam barang-barang yang kami shipping dari UK selamat sampai ke tangan kami, semuanya kelihatan baik dan masih berselerakkan di perkarangan ruang tamu rumah aku dan sebahagian lagi aku longgokkan di dalam bilik yang bersebelahan dapur...

Pening jugak nak selongkar dari satu kotak ke satu kotak, almakllum sajalah keadaan rumah yang cuma ada barang-barang asas sahaja...kelihatanya persis seperti sebuah surau yang kosong..bila di punggah kotak2 barang itu nanti pening kepala jugak nak memikirkan dimana aku nak simpan kerana storage masih belum ada...belum lagi diambilkira barang2 yang aku longgokkan di rumah parent dan mertua aku sebelum aku berangkat ke UK dulu....cuba ngkorang bayangkan betapa berserabutnya kepala otak aku sekarang ni...huhuhuh.

Sebelum tinggalkan rumah aku ni, semua barang-barang penting dalam rumah aku jualkan....selepas kembali semula ke tanahair, barang-barang basic seperti fridge, washing machine, TV, sistem penghawa dingin, meja makan dan beberapa barang yang lain terpaksa kami beli semula...berdarah jugak poket!!

Life kat sini, pada permulaannya agak haru-biru dan kucar kacir skit...hhuuhuh, rasanya 24jam tu macam tak cukup jer...tapi dalam minggu ni aku dah boleh mengikut rentak cara hidup orang di Malaysia ini, alah bisa tegal biasa...inikan pulak aku yang baru 3 tahun lebih meninggalkan cara hidup kat Malaysia ni...aku dah OK sekarang :). Cuma anak-anak yang masih berusaha membiasakan diri dengan cuaca di sini...dalam minggu ni kedua-dua anak aku demam on and off...sapa tak risau tambahan pulak masalah Denggi yang tengah 'PANAS' sekarang ni, lepas 2 kali buat ujian darah di klinik, alhamdulillah cuma demam biasa disebabkan oleh virus dan cuaca panas yang sangat berbahang....

Harap-harap semua persoalan kawan-kawan terjawab....jumpa lagi!!...miss you guys!!