CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 29 December 2010

Rania Aleeya ~ 4 bulan




Wednesday 22 December 2010

Rombongan Meminang

Meminang untuk adik aku bongsu yang berkerja di Ipoh pada 18/12/2010 di Taman Bagan Butterworth...

Rombongan kami yang terdiri daripada kawan-kawan mak dan ayah aku dari Homestay nak berangkat ke rumah bakal pengantin perempuan

Sesi perbincangan berlangsung...


Mak aku sarung cincin di jari manis bakal pengantin

Aktiviti peluk cium

Mak aku posing lagi...

Bakal pengantin lelaki






Koleksi Hantaran pihak lelaki~aku buat semuanya kecuali bekas cincin...

Koleksi hantaran daripada pihak perempuan...
Insyallah majlisnya akan berlangsung sekitar cuti sekolah bulan 6 tahun depan...

Setelah ditelek dan kubelek...baru lah perasah rupanya satu gambar aku dan hubby pun tak tak der....waaaaaaaaaa

Tuesday 21 December 2010

Home sweet home~Tempias dari UK


my home sweet home today...ada banyak projek lain menanti...

Letak wall paper jenis embors, tak nampak dlm gambar...jugak buah tangan dari Sheffield...kekosongan dah terisi sedikit demi sedikit..
Master bedroom selepas ditampal dengan wallpaper yang diiport khas dari UK

Masa birthday aku 24/3/2010, baru seminggu di Malaysia...tgk lah rumah aku yang kosong ni...
Keadaan rumah ku pada minggu pertama selepas kembali dari UK

Sunday 12 September 2010

Lebaran dan Orang baru

Salam Aidilfitri untuk semua, maaf zahir dan batin...

Sedang semua sibuk menyambut lebaran, aku pulak tengah berpantang.
Raya pertama selepas 4 kali tak beraya di Malaysia, sesungguhnya sangat bermakna walaupun aku sedang dalam proses berpantang tetap tak menjadi masalah.
Pada awalnya aku plan nak beraya dan berpantang di Bangi saja...tah macamana last mimutes kami tukar plan, akhirnya kami balik kampung juga, macam tak best beraya sendiri-sendiri kat Bangi , sure sunyi giller kan..
kami balik kedua-dua belah pihak, seminggu sebelum raya aku lepak rumah parent aku dan kemudian hari raya pertama kami terus pulang ke rumah keluarga mertua di Penang. Walau bagaimana pun,Tengok jer lah juadah2 yang terhidang di atas meja tak dapat nak makan...anyway tahun depan insyallah aku akan raya sakan...!!



Nak introduce orang baru kat semua, 3rd junior...RANIA ALEEYA binti AHMAD RIZAL, hari ni dah masuk 21 hari. Sangat mencabar menjaga Rania ni masa berpantang sebab sekali dia nangis cepat-cepat kena pujuk kalau tak nanti terus kuar jeritan ala-ala suprano. Lahir pada 23 Ogos 2010 dengan berat 3kg.

Alhamdulillah bersalin kali ni sangat senang, sakit yang kuat tapi sekejap!

Pukul 9.15 am nurse berlari tolak aku dengan wheelchair dari wad masuk ke Labour room, kul 9.30am dah bersalin, hubby aku pun tak sempat nk sama-sama melalui saat-saat yang bermakna tu...kul 11am dah settle semua, balik ker wad semua terkejut sbb aku dah bersalin dan dah boleh tersenyum sambil carry bb...magic!! hehehehe..petang tu jugak kul 5pm aku dah boleh pulang ke rumah....alhamdulillah semua dah selamat.

Wednesday 12 May 2010

Tahniah

Tahniah untuk suami tercinta yang baru sahaja menyandang title Doktor semalam...
ternyata usahamu dan penantian kita sekeluarga mengharungi pahit maung sepanjang pengajian mu selama 3 tahun 8 bulan itu tidak sia-sia, aku dan anak2 tumpang gembira di atas kejayaan mu....Segalanya adalah demi anak-anak dan keluarga,bersyukur ke hadrat ilahi semoga kita saling ingat mengingati agar tidak terpesong daripada landasan yang sepatutnya kerana sesungguhnya manusia mudah lupa, aku harap kita sentiasa sama sejak dulu , kini dan selamanya...aminnnn!!

Wednesday 14 April 2010

Khabar dari Malaysia

Salam....

Terlebih dahulu jutaan maaf aku pohon kepada semua sahabat handai di alam Cyber ini hingga ada yang tertanya-tanya apa khabarnya aku di sini setelah hampir sebulan kembali ke pangkuan tanahair...

Alhamdulillah aku dah selamat sampai d Malaysia dan kini menetap di Bandar Baru Bangi, kerja pun dapat posting sekolah yang agak dekat jugak dari rumah iaitu d Kajang High School...sekolah lelaki, maknanya ini pengalaman ke dua aku mengajar di sekolah lelaki...phewww!!! tapi aku bersyukur, daripada aku kena campak ke sekolah2 lain di kawasan Ampang, baik aku ngajar di Kajang High School ni, cuma 15 min memandu dari rumah...

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, sedar tak sedar esok 16 April genap sebulan kami di
tanahair tercinta...Alhamdulillah semua urusan dah hampir selesai, baru sahaja semalam barang-barang yang kami shipping dari UK selamat sampai ke tangan kami, semuanya kelihatan baik dan masih berselerakkan di perkarangan ruang tamu rumah aku dan sebahagian lagi aku longgokkan di dalam bilik yang bersebelahan dapur...

Pening jugak nak selongkar dari satu kotak ke satu kotak, almakllum sajalah keadaan rumah yang cuma ada barang-barang asas sahaja...kelihatanya persis seperti sebuah surau yang kosong..bila di punggah kotak2 barang itu nanti pening kepala jugak nak memikirkan dimana aku nak simpan kerana storage masih belum ada...belum lagi diambilkira barang2 yang aku longgokkan di rumah parent dan mertua aku sebelum aku berangkat ke UK dulu....cuba ngkorang bayangkan betapa berserabutnya kepala otak aku sekarang ni...huhuhuh.

Sebelum tinggalkan rumah aku ni, semua barang-barang penting dalam rumah aku jualkan....selepas kembali semula ke tanahair, barang-barang basic seperti fridge, washing machine, TV, sistem penghawa dingin, meja makan dan beberapa barang yang lain terpaksa kami beli semula...berdarah jugak poket!!

Life kat sini, pada permulaannya agak haru-biru dan kucar kacir skit...hhuuhuh, rasanya 24jam tu macam tak cukup jer...tapi dalam minggu ni aku dah boleh mengikut rentak cara hidup orang di Malaysia ini, alah bisa tegal biasa...inikan pulak aku yang baru 3 tahun lebih meninggalkan cara hidup kat Malaysia ni...aku dah OK sekarang :). Cuma anak-anak yang masih berusaha membiasakan diri dengan cuaca di sini...dalam minggu ni kedua-dua anak aku demam on and off...sapa tak risau tambahan pulak masalah Denggi yang tengah 'PANAS' sekarang ni, lepas 2 kali buat ujian darah di klinik, alhamdulillah cuma demam biasa disebabkan oleh virus dan cuaca panas yang sangat berbahang....

Harap-harap semua persoalan kawan-kawan terjawab....jumpa lagi!!...miss you guys!!

Tuesday 9 March 2010

Sudah Mahu Pulang....


Jam di waktu ini menunjukkan pukul 3.24am..waktu yg sama seperti biasa aku akan terjaga dari tidur. Biasanya aku akan menyambung semula tidur aku yang terganggu, tapi hari ini agak lain sedikit...perkara pertama yang menerjah di fikiran kali ini adalah sesuatu yang agak beremosi dan sentimental...

Sedar tak sedar aku sudah mahu pulang, pelbagai perasaan bermain di benak aku ketika ini dikala suasana sepi dan sejuk di awal pagi begini...

Hari ini 10 march 2010 adalah hari terakhir aku di sini, di Bumi UK...esok pukul 1.00pm(waktu UK) aku akan menyerahkan kunci rumah ini kepada tuan empunya dan kami akan berangkat pulang kepangkuan keluarga. Esoknya Jumaat pukul 6.30pm(waktu Malaysia) aku sampai kepangkuan keluarga(insyallah)...Selepas itu bermulalah episod baru dalam hidup aku dan keluarga di tanahair..Isnin (15 march 2010) aku mula bekerja.

Hari ini hari terakhir Ryan dan Icha bersekolah di Pye Bank School.

Minggu lepas penyerahan sijil selamat tinggal di jalankan di dalam perhimpunan khas untuk Ryan...hari ini jamuan khas untuk Ryan akan disediakan oleh guru-guru di situ...

Alhamdulillah sejak Ryan belajar di sekolah ini, Ryan merupakan pelajar harapan guru-guru di sini di atas tingkah laku dan juga prestasi pelajarannya yang baik .Setiap minggu Ryan akan mendapat sijil penghargaan(Gold Medal) di atas kecemerlangan pelajaran dan Kelakuan baik di perhimpunan sekolah...aku sangat bangga. Pemergian Ryan pulang ke Malaysia adalah sesuatu yang menyedihkan mereka.

Hari ini juga pertemuan akhir Icha dan sahabat baiknya Kassim Naveed akan berlangsung dengan bertukar-tukar hadiah. Pemergian Icha pulang ke Malaysia masih di rahsiakan oleh guru-guru dan ibu Kassim kerana mereka tidak mahu Kassim bersedih.

Minggu lepas , sebaik sahaja aku memberitahu pihak sekolah bahawa kami akan meninggalkan bumi UK, aku bertemu dengan ibu Kassim , di atas permitaan beliau sendiri. Atas sebab-sebab tertentu, ibu kassim membuat sedikit permintaan yang agak merayu meminta agar jika boleh Icha dapat meluangkan sedikit masa untuk melayangkan khabar berita kepada Kassim(Kalau boleh setiap hari) dengan bantuan aku supaya perhubungan persahabatan ini terus berjalan, dia tak sanggup untuk melihat Kassim bersedih dan merasa kehilangan...Bukankan itu sesuatu yang manis??tapi aku sangat2 terharu.

Tiba-tiba aku mula merasa masa berlalu sangat pantas...bersediakah aku??

Ketika mula-mula mendapat tahu kami akan pulang....aku rasa sangat-sangat gembira, ingatan mula tertumpu pada kerinduan kepada keluarga, keenakkan makanan dan keindahan tanahair dan cuacanya. Semakin hampir, hati tiba-tiba semakin berat...kalau bole aku ingin kedua-duanya sekali, tapi apakan daya aku tak mampu...aku perlu memilih satu antara dua, sudah semestinya aku akan memilih tanah tumpah darah ku sendiri....aku perlu meninggalkan UK walaupun berat hati.

Semenjak aku dan keluarga datang ke UK ini banyak pengalaman suka dan duka kami lalui. Walaupun aku cuma orang asing di sini, namun sedikit sebanyak jauh disudut hati ini aku jadi sayu. Aku belajar banyak perkara ketika di sini...banyak pengajaran yang aku dapat.

Aku tahu perasaan yang bercampur baur ini hanya untuk sementara, tapi mampukah aku tersenyum tanpa air mata ketika mengucapkan selamat tinggal esok?? arghhhh, sesuatu yang tak mungkin!

Terima kasih untuk semua sahabat handai yang sangat-sangat baik hati membantu kami ketika suka dan duka di UK, insyallah kita akan berjumpa lagi di tanahair tercinta...jasa baik kalian akan kami kenang sampai bila2. Aku sangat2 terharu di atas bantuan sahabat2 yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan ketika kami sekeluarga bertungkus lumus untuk proses shipping barang2 tempohari(Sabtu 6 march 2010). Hanya allah sahaja yang membalasnya.

Selamat tinggal Sahabat...Selamat tinggal Sheffield...Selamat tinggal UK!!

Sebahagian yang hadir...
Kontena 40 kaki~ brg2 cuma>< 200kotak(berkongsi) dan sebiji kereta, kontena masih banyak ruang kosong...


Wednesday 17 February 2010

Happy Birthday Icha~ 4 yo

Parti Ulangtahun kecil-kecilan untuk Icha ...kali terakhir sebelum kami pulang ke tanahair.
Lepas ni rindu-rinduan ler dengan Sheffield...Kat Malaysia nanti kita buat party yg happening untuk Icha, bole ajak kawan2 skali key...

Kek Birthday Icha...seperti biasa air tangan mama special untuk Icha


Permintaan tuan punya badan...konon2nya Surprise birthday party yg actually dah tak surprise...huhuh


It's time to blow the candle...

Abang pun tumpang sekaki...