CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 12 September 2010

Lebaran dan Orang baru

Salam Aidilfitri untuk semua, maaf zahir dan batin...

Sedang semua sibuk menyambut lebaran, aku pulak tengah berpantang.
Raya pertama selepas 4 kali tak beraya di Malaysia, sesungguhnya sangat bermakna walaupun aku sedang dalam proses berpantang tetap tak menjadi masalah.
Pada awalnya aku plan nak beraya dan berpantang di Bangi saja...tah macamana last mimutes kami tukar plan, akhirnya kami balik kampung juga, macam tak best beraya sendiri-sendiri kat Bangi , sure sunyi giller kan..
kami balik kedua-dua belah pihak, seminggu sebelum raya aku lepak rumah parent aku dan kemudian hari raya pertama kami terus pulang ke rumah keluarga mertua di Penang. Walau bagaimana pun,Tengok jer lah juadah2 yang terhidang di atas meja tak dapat nak makan...anyway tahun depan insyallah aku akan raya sakan...!!



Nak introduce orang baru kat semua, 3rd junior...RANIA ALEEYA binti AHMAD RIZAL, hari ni dah masuk 21 hari. Sangat mencabar menjaga Rania ni masa berpantang sebab sekali dia nangis cepat-cepat kena pujuk kalau tak nanti terus kuar jeritan ala-ala suprano. Lahir pada 23 Ogos 2010 dengan berat 3kg.

Alhamdulillah bersalin kali ni sangat senang, sakit yang kuat tapi sekejap!

Pukul 9.15 am nurse berlari tolak aku dengan wheelchair dari wad masuk ke Labour room, kul 9.30am dah bersalin, hubby aku pun tak sempat nk sama-sama melalui saat-saat yang bermakna tu...kul 11am dah settle semua, balik ker wad semua terkejut sbb aku dah bersalin dan dah boleh tersenyum sambil carry bb...magic!! hehehehe..petang tu jugak kul 5pm aku dah boleh pulang ke rumah....alhamdulillah semua dah selamat.

3 comments:

Unknown said...

salam akak...akak tinggal kat bangi eh?
sy pun tinggal kat bangi...best bce blog akak, lg2 tyme akak kat uk...anak2 akak comey2 sume...hope salu la update blog eh...
;)

Rozie said...

tq-tq qiqi...tak sangka ada gak peminat blog akak yang hidup segan mati tak mau ni..eheeh.

insyallah kalau ada masa-masa senggang akak akan update blog ni lg...tq sudi jengah ke sini

akak duk kat bangi...enjoy kat bangi ni sbb serba serbi ada!

Let's dine out said...

Salam. tahniah dengan kehadiran ahli baru dari kami sekeluarga;
ina,fandy,irfan ,danial ,ariana.Terengganu