CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 22 February 2009

Birthday Icha yang ke tiga

Seperti yang aku pernah maklumkan dalam entry yang sudah, birthday Icha jatuh pada 15/2/2009 iaitu hari kami berangkat ke Berlin tempohari...plan asalnya kami nak buat sambutan yag ringkas di bilik hotel, tapi keadaan tak mengizinkan kerana suasana dan tempat berbeza membuatkan aku tak tahu mana nak beli kek di Berlin..so, kami tangguhkan sahaja.

Sehari selepas pulang dari Berlin, kami buatlah majlis serba ringkas untuk Icha..sekadar pelengkap syarat untuk menceriakan special day untuk Icha. Majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat untuk Icha yang baru 2 minggu pulang dari hospital insyallah akan menyusul kemudian bila ada kelapangan seminggu dua lagi...

Kek comel ni kami beli jer,.... Actually aku dah prepare macam2 brg untuk mendeko kek birthday untuk Icha,dan dah berjanji untuk buatkan kek Princess untuk beliau.. tapi memandangkan waktu yang suntuk aku terpaksa akur untuk beli sahaja...Sekadar memenuhi janji-janji, aku cucukkan sahaja barbie doll di atas kek Bear color pink tersebut dan tutup bahagian yang agak seksi dengan butter icing...siap!!
Collage112
Collage113
Collage114
Itupun Icha dah cukup happy...bersemangat sungguh dia menyanyi lagi happy birthday untuk dirinya...majlis nyanyian dan tiup lilin di buat berulang-ulang sambil amik gambar...hikhik.
Seronok tengok dia ceria dan happy macam tu!

Berlin -Bahagian 2

Semalam hb balik lewat jugak...sib baik bawa balik nasik putih 2 bungkus, so aku buka sardin dan perah asam limau..gaul dengan bawang yang aku siat-siat halus, faham-faham jerlah...mana ada bawak pisau.

17/2/2009

Pagi tu breakfast simple jer, roti cicah coklat panas...
Hari ni berjanji dengan Khairul Minami a.k.a Yeo yang akan jadi tour guide kami sepanjang hari ni.
Yeo ni junior kami kat UiTM, dan teman sekerja hb di Malaysia...
Dia dah 6 bulan kat Berlin melanjutkan pengajian.
Seperti yang dijanjikan...kami keluar ronda-ronda kota berlin dengan bantuan Yeo dan Jimi(hb yeo) dan Aris(anak Yeo)...
Collage103
Destinasi utama-Tembok Pemisah Berlin.
Lepas tu jalan-jalan cari makanan halal di kota Berlin dan
kemudian ronda-ronda di sekitar kota Berlin.
Masa agak terhad dan cuaca pun sejuk...Yeo sanggup ponteng kelas pada hari tersebut semata-mata nak bawak kami jalan-jalan...terharu sungguh, thanks a lot!!
Kami cuma menaiki train(S- ban) dan underground(U-ban) sahaja dari satu tempat ke satu tempat...sistem pengankutan awamnya cepat dan mudah,Train merupakan pengangkutan utama. Masalah utamanyamereka tak tahu berbahasa Inggeris dan nak pronoun perkataan2 dalam bahasa German agak tergeliat lidah...cara yang paling senang kami cuma tulis nama destinasi dan tunjukkan kepada orang-orang tertentu seperti di kaunter tiket .
Biasanya kami gunakan perkhidmatan Yeo untuk membeli tiket atau membeli makanan kerana dia dah boleh bercakap dalam bahasa German serba sedikit.

Tembok Pemisah- Berlin Timur dan Berlin Barat.

Tahun ini genap 20 tahun runtuhnya tembok pemisah Berlin tersebut.
German sangat-sangat mengalukan kedatangan orang luar untuk menyaksikan kepesatan pembangunannya di sana..Ada tembok yang masih kekal kedudukannya dan ada juga dijadikan sebagai dummy sahaja...Serpihan batu tembok juga ada di jual sebagai sourvenir. Tugu-tugu pertahanan juga masih kekal dan sebagai simbolik kepada bahan sejarah German.
Collage104

Collage105

Makanan Lubenon..

Kami makan tengahari di sebuah kawasan penempatan Muslim, terdapat banyak kedai makanan Halal, kami pilih makanan Lubenon...Yeo kata "hari ni makan sampai pengsan"...hikhikhik.

Collage106

Kami makan Djujeh Rice(nasi yang di gaul dengan butter) dan kobideh kebab dan bake tomato, makan sepuas-puasnya nak ganti semula hari-hari yang kami tak jumpa nasik..hikhikhik...lepas tu order lagi 2 bungkus untuk di bawa balik ke bilik hotel....perghhhh, memang kenyang!

Lepas tu sambung perjalanan menjelajah kota metropolitan Berlin...Kota Berlin ni sangat luas, laluan siar kakinya juga sangat luas...tak perlu berhimpit-himpit, terasa lapang sangat.
Collage107
Senibina Bangunannya adalah Moden, aku tak nampak bangunan-bangunan bersenibina lama di kawasan tersebut kecuali Gereja....Lepas posing sikit-sikit, kami singgah di kedai Sourvenir untuk beli tanda kenangan...kami beli sourvenir yang kecil-kecil sahaja, boleh tahan mahalnya!
Collage109

Memerhati gelagat manusia di Berlin...

aku membuat kesimpulan bahawa, Orang german seorang yang tidak ramah(sombong) dan sangat berhati-hati..lokek dengan senyuman tapi suka menolong...
Tidak menghairankan kerana latar belakang, sejarah dan pengalaman pahit masyarakat secara tak sengaja membentuk budaya dan jati diri masyarakat tersebut.
Kehadiran kami di dalam train awam menarik perhatian mereka dan mereka terus menerus memerhati kami...
mungkin kehadiran orang luar (Asia)sangat sedikit di negara tersebut menjadikan mereka tertanya-tanya bangsa apakah kami ini.
Kalau kami sebut Malaysia, mereka tak tau !
Walaupun pentadbiran demokrasi telah diamalkan sejak 20 tahun lepas di German timur, namun unsur-unsur diktator masih dibayangi(pemerhatian aku sahaja). Polis sangat-sangat berkuasa tanpa kompromi!

Cuaca...
Sejuk mencecah 1C hingga -1C, tapi tak berangin.Berjam-jam di luar masih boleh bertahan...beberapa hari sebelum ni snow kerap turun, alhamdulillah hari kami ronda-ronda ni cuaca sangat cerah. texture snownya juga sangat halus gembur dan gebu, seperti pasir di tepi pantai....jalan pun tak licin. Pemandangan selepas snow sangat menakjubkan...tiba-tiba aku teringat pada drama bersiri Korea 'Winter Sonata'.

Collage108

Lepas puas berjalan seharian, walaupun tak habis cover..kami pulang ke Hotel.

Malam tu menikmati lagi Djujeh Rice dan kebab...argghhh, penat dan puas!!

18/2/2009

Dah tiba masanya untuk pulang ke UK...Breakfast kami beli McD sahaja.
kali ni kami ke Schonefeld airport menaiki train(S-ban)...Tambang 4 beranak cuma Eur7.80, Murah!!

Collage111

Bertolak pukul 11am dan sampai di airport sejam kemudian. Flight kami ke Nottingham pukul 3.55pm...terpaksalah lepak lama sikit di Airport.

Collage110

Sampai di Nott dah nak gelap, kami singgap di Darnall makan nasi pilau sebelum pulang ke rumah dan zzzzzzzz.

Saturday 21 February 2009

Berlin- 15-18 Feb 2009...Bahagian 1

14/2/09
Bertolak ke rumah Fendi di Nottingham...
berjumpa 2 orang kawan hubby yang belajar di kawasan tersebut sambil makan sampai terduduk!! Kami bermalam di sana(rumah Fendi)...

15/2/09
Breakfast nasi goreng dan wafer ,Parking kereta di rumah Fendi.
Pukul 10.30am bertolak ke Nottingham Airport di hantar oleh Fendi,
plan asalnya nak naik teksi jer, tapi Fendi nak tolong hantarkan so kami tak menolak...
dari rumah Fendi ke Airport cuma 5 minit berkereta.

Collage99

Menaiki flight tambang murah'Ryan Air'
..berlepas pukul 12.30pm.
Kelam kabut sekejap gara-gara terleka 30 minit sblm flight nak berlepas baru kami terperasan...
sebelum tu asyik bersembang , posing-posing dan melayan kerenah anak-anak.
Selepas melepasi laluan imigration tinggal lagi 15 minit..last call.
nasib baik sempat, phewww!!

Sampai di Schonefeld Airpot pukul 3pm..
Waktu di German awal 1 jam dari UK.
Masa melepas Border Imigrationnya kami berurusan agak lama sikit kerana kami non EU(Euro Union), mereka check habis-habisan!
Yang tukang check di border tu bukan pegawai Imigration ,
tapi Polis(polizei)..Alhamdulillah selesai juga.
Masa nak keluar daripada airport kami ,
ada 1-2 orang polis check pasport kami lagi...phewww!!

Kami naik cab sahaja ker Hotel..susah juga nak ber 'comunicate' dengan driver sebab tak tau berbahasa Inggeris...
so kami cuma tunjukkan alamat Hotel sahaja.
Canggih sikit kat sini, dalam teksinya tempat duduk penumpang boleh di adjust untuk orang dewasa atau kanak-kanak,
tak perlu keluar masukkan carseat.
Boleh tahan tambang Teksi Eur36.00..
pertukaran matawang sekarang - GBP1= Eur1 >>>barang2 mahal

Collage100

Sampai di Art Hotel, Charlottenburg, betul-betul berhadapan dengan train station Berlin-Charlottenburg..
Collage101

Lapar, makan Maggie jer...pas tu kami beli roti, makan denga Tuna&mayo...tak puas, nak nasikkkkk!!!
Biasa ler tekak orang Melayu. anyway, tak jumpa nasi hari tersebut :(...Kami berehat sahaja di hotel. Snow turun sepanjang hari...

16/2/08...

Hb pagi2 dah keluar ke Uni Tecnical Berlin untuk conference,
turn beliau present paper pada hari tersebut.
Kami duk di bilik hotel tunggu beliau.
Aku ambil kesempatan memberanikan diri ronda-ronda bersama anak-anak di bandar Charlottenburg...

Collage102

missi utamanya nak cari nasi/makanan halal...hikhikhik...
Sempat snap sekeping dua ganbar di kawasan tersebut.
Kami singgah di Supermarket Russia, suka sgt tengok buah strawberry yang besar-besar dan buah Cherry yang manis-manis...
mmmm sedap, aku rembat sebungkus dua!!...

Masa ronda-ronda tu, terjumpa kedai Doner Kebab...
rasa nak melonjak rasa hati,
tukang jual tu orang Turki tapi tak boleh berbahasa Inggeris...
memang rata-rata orang di sini tak boleh berbahasa Inggeris.
aku tanya..
"halal?"...
dia jawab
"yeah..yeah, halal"...
pas tu aku tengok di sekitar kedai , tak macam kedai halal kecuali makanannya sahaja makanan timur tengah tapi suasanan seperti dalam bar...dinding kedai dihiasi dengan arak yang pelbagai jenis...
tak nampak pulak tulisan halal...
aku tak confident...
aku cuma beli Vegie Pizza sahaja, ok ler daripada makan roti kering!
Snow turun lagi...
Duduk sahaja di dalam Bilik hotel sambil melayan Internet dan menikmati pizza dan buah-buahan...

Friday 13 February 2009

Hadiah Valentine day's

Hadiah Valentine day?? tak ada apa-apa hadiah yang menarik sempena Valentine day selama ni, kami tak pernah sambut....

Tapi,
3 tahun lepas, tika dan waktu-waktu macam ni aku dah ada kat hospital...pukul 2am tanggal 14 Feb 2006 tanda-tanda awal untuk melahirkan dah nampak..Water bag dah pecah! duduk dalam wad seharian tapi seperti tak rasa nak bersalin...

15 Feb 2006... pukul 7am, aku dihantar ke Labour room untuk di "paksa" bersalin. Tepat pukul 11.59am, lahirlah seorang bayi perempuan yang kami namakan Rissa Nadia Bt Ahmad Rizal.. Kelahiran yang sentiasa kami nanti-nantikan ...kami sangat-sangat bersyukur dengan kelahiran "princess" yang satu ini kerana beliau satu-satunya anak dan cucu perempuan dalam keluarga buat masa ini,,rekod masih belum dipecahkan lagi...hikhikhik

Yup...esok Valentine day, lusa pulak Birthday Icha..Inilah hadiah Valentine day kami tiap-tiap tahun....tapi buat masa ni aku tak sempat lagi nak buatkan kek yang special untuk Icha memandangkan pada hari ulangtahun kelahirannya itu kami berada di awan biru menuju ke Berlin, Germany ...Bercuti sambil menemani hb menghadiri conference..Lepas balik nanti baru boleh buat plan baru..

Happy Birthday in Advance to Icha...Mama, Papa and Abang luv you so much!!!
Semoga Icha sentiasa dilindungi Allah S.W.T, Dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan mendapat kebahagian dunia dan akhirat...Aminnn!!

Collage91

2-3 jam lepas dilahirkan...

Collage92

10 hari

Collage93

1 bulan, ketika majlis cukur jambul

Collage96

1 bulan 12 hari..

Collage97

1 tahun

Collage98

2 Tahun

Collage89

Icha kini...(2 hari lepas keluar daripada Hospital)

Sunday 8 February 2009

Snow Melanda...

Tahun ni tahun yang meriah dengan snow di seluruh UK...sebelum ni ada gak snow turun, tapi habuk2 jer, bulan feb ni barulah snow turun dengan meriahnya. Paling lebat sekali ketika Icha admitted di ward (hari Isnin), aku tengok tengok kat tingkap wad jer masa tu...kebetulan depan hospital tu ada Botanical garden, punyalah ramai orang bersantai main snow pada masa tu...selang 2 hari lepas tu snow tetap belum cair, masa tu Icha nampaknya dah beransur sihat so hb mintak kebenaran keluar kat Botanical Garden untuk ambil gambar...sempat ler kami posing dalam masa 30 minit kat situ...

Collage86

Hari Rabu Icha keluar hospital, hari khamis tu snow turun lagi dengan lebatnya...so dapat ler sekali lagi peluang bermain dengan snow...kat belakang rumah jer!

Collage88

Hinggalah semalam, snow masih belum cair-cair..memang menakjupkan, jalan dah jadi licin giller skrg, malam ni masa aku tengah melayan blog ni , snow turun lagi, rasa pelik pulak tahun ni terlebih snow!!...layan jerlah gambar2 kami ni....

Collage89

Collage90

Thursday 5 February 2009

Rentetan Kisah Icha

Jumaat-Sabtu (23-24 Jan) -

Kami berpindah rumah, sedikit makan-makan untuk kawan-kawan yang membantu.

Ahad 25 Jan-



Beberapa orang kawan datang menziarah ke rumah baru kami..Majlis makan-makan secara kecil-kecilan diadakan sempena meraikan seorang kawan(Azran) yang akan pulang ke tanah air. Malam hari, Icha mula meracau ketika tidur dan badan mula panas tanpa sebab batuk atau selsema. Aku cuma bagi Paracetamol untuk menurunkan suhu badannya.

Isnin 26 Jan-

Icha masih lagi demam, seperti biasa teruskan makan Paracetamol. Aku pergi kerja seperti biasa. Icha tak daya nak bermain, cuma terlantar sahaja di atas katil atau sofa, tak mahu makan atau pun minum.

Selasa 27 Jan-

Aku pergi kerja juga seperti biasa, hb jaga Icha di rumah ketika ketiadaan aku. Ketika di bawah jagaan hb di awal pagi itu, Icha kelihatannya seperti sesak nafas dan membongkokkan badannya sambil menangis seperti sedang sakit perut. Dalam keadaan yang merisaukan itu, hb terus telefon ambulan untuk mendapatkan rawatan segera. Selang seminit dua Ambulan pun datang merawat Icha. Ketika Paramedik merawat Icha, dia muntah 2 kali. Paramedik meminta hb membawa Icha ke Unit Kecemasan...Panik, aku masih lagi di tempat kerja dan tak tahu apa terjadi. Ketika aku sampai sahaja di rumah dalam pukul 8am, hb memaklumkan apa yang terjadi dan kami terus ke hospital bersama. Icha makin lemah.
Sebaik sahaja mendaftar di unit kecemasan, kami terus mendapatkan rawatan tanpa perlu menunggu lama. Ujian air kencing dan darah di ambil, doktor kata kandungan gula dalam badannya tinggi. Icha ditempatkan di unit permantauan, Icha kena berpuasa selama 2-3 jam dan cuma boleh minum air kosong sahaja untuk sebelum ujian darah dai air kencing di lakukan sekali lagi. Selang 3-4 jam selepas itu, ujian darah dan air kecing dilakukan sekali lagi..alhamdulillah keputusannya normal. Icha diberi makan dan minum selepas itu, tapi dia tak lalu makan. Dia cuma meneguk sedikit oren jus dan satu gigitan cip. Ujian darah dan air kencing dilakukan sekali lagi selepas Icha makan dan minum. Sekali lagi keputusannya kandungan gula dalam darah dan air keningnya sangat tinggi. Doktor kata terlalu awal untuk mengesahkan dia mengidap Diabates!!terketar lutut aku kalau benar Icha mengidap diabetis!!! Aku akan berterusan menyalahkan diri sendiri jika benar Icha terkena Diabates!!!
Kami pulang kerumah semula pada lebih kurang pukul 8pm(+- 12 jam di hospital) dengan appointment yang seterusnya dalam masa 3 hari lagi. Icha perlu berpuasa pada malam sebelum hari temujanji di buat.

Rabu 28 Jan-

Icha masih lemah dan tak mahu makan dan minum...Kalau ada pun cuma seteguk air dan sesudu nasi atau bubur sahaja. Selain daripada itu dia hanya tidur dan merengek sahaja.. Badannya masih panas. Seperti biasa cuma bergantung kepada Paracetamol, dan kali ini aku beri Ibuprofen selang 2 jam berselang seli dengan paracetamol. Suhu badannya turun naik bergantung kepada ubat.Kadang kala nampak perkembangan yang positif dan kadangkala seperti sangat lemah...aku tak tahu nak buat apa-apa. Dalam masa yang sama aku cuba control diet Icha mengurangkan minuman atau makanan yang bergula. Matanya mula memerah berair, bibir kering dan merekah dan dalam-dalam mulut mula memerah, ruam-ruam halus mula keluar di bahagian belakang badannya dan terus ke tapak tangan dan hujung jari dan juga tapak kaki dan hujung jari jemari.

Khamis 29 Jan-

Keadaan Icha masih sama...Aku semakin risau, matanya semakin merah dan begitu juga dengan mulutnya. Ruam halus pada badan, tangan dan kaki juga bertambah. Dia semakin lemah, tanya atau sebut sahaja pasal makanan dia dah mula seperti nak muntah...dah tak ada apa yang nak dimuntahkan kecuali air liur sahaja memandangkan dia memang tak makan dan minum! Aku mula keliru, perlukah aku ke Unit kecemasan semula hari tersebut atau tunggu sahaja sehingga esok yang sememangnya ada temujanji Doktor...Macam-macam penyakit yang terfikir dan mula meneka-neka dalam kepala aku ni ..Demam campakkah?? Meninggitis kah?? atau penyakit serius yang lain..Dah terdetik dalam hati esok dia mesti akan di tahan di wad. Daripada apa yang pernah aku terbaca, Icha ketika itu telah ada tanda-tanda dehydration!! Kami cuba bersabar dan tunggu hingga esok saja! Malam itu Icha berpuasa, cuma minum air kosong sahaja dan tanpa aku berikan ubat.

Jumaat 30 Jan-

Dalam keadaan berat hati aku keluar bekerja seawal mungkin supaya boleh pulang awal...Tumpuan pada kerja langsung tak ada kerana hati aku sentisa ada di rumah bersama Icha!
Pulang dari berkerja, kami terus ke Hospital seawal pukul 8.30am setelah menghantar Ryan ke sekolah. Sampai di Hospital seawal pukul 9am, temujanjinya adalah pada pukul 10am, ada 1 jam lagi tapi seperti setahun rasanya menunggu! Dalam keadaan Icha yang agak lemah tersebut, hb cuba mendapatkan rawatan segera daripada doktor. Suhu badan Icha di ambil oleh jururawat, 39.9C!! sangat panas. Icha diberi Paracetamol dengan segera. Icha sekali lagi dimasukkan ke Unit pemerhatian untuk rawatan yang lebih sempurna sementara menunggu temujanji doktor .. Icha diberi paracetamol dan Ibuprofen, berselang setiap 2 jam. Selepas pukul 10am, Darah dan air kencing Icha diambil untuk ujian..Keputusannya alhamdulillah Normal, tiada kandungan gula yang luarbiasa di dalam darah dan air kencingnya...Lega sedikit rasa hati aku.

Setelah membuat pemantau adan pemerhatian, Pada pukul 4pm doktor membuat kesimpulan bahawa Icha cuma demam biasa. Ruam pada badan dan merah pada matanya kemungkinan disebabkan alergi pada sesuatu. Aku terfikir juga mungkin ada betulnya kerana kami baru sahaja beberapa hari pindah rumah baru. Setelah mendapat bekalan ubat Paracetamol untuk demam dan Ubat Piriton untuk Alergi, kami dibenarkan pulang...Lega, lagi hati aku!

Setelah bersiap-siap untuk pulang aku pun beredar daripada unit pemerhatian tersebut sambil melambai2 kepada nurse yang bertugas sambil mengucapkan terima kasih. Aku menunggu di hadapan Reception sementara menunggu hb datang dengan kereta.

Ketika sedang menunggu, Doktor yang merawat Icha sebentar tadi berlari-lari mendapatkan aku semula dan meminta aku membawa semula Icha ke Unit Pemerhatian kerana ada seorang doktor lain yang ingin melihat keadaan Icha. Terpaksalah aku masuk semula ke Unit Pemerhatian tersebut dengan tanda tanya... Balik semula ke katil tadi dan menunggu! Sejam kemudian, doktor Susan datang memeriksa Icha. Seorang doktor berkulit hitam , daripada percakapannya jelas sekali dia bukan orang tempatan...Baru aku perasan, ketika aku melambai-lambai sambil ucapkan selamat tinggal tadi aku melintas di hadapan doktor Susan yang ketika itu kelihatan serius memandang aku dan Icha...(memang aku tak sangka dia tu doktor).
Dr Susan memberitahu aku bahawa daripada pemerhatian dia yang sangat singkat tadi, dia boleh meneka bahawa Icha bukan demam biasa dan sebab itu lah dia memanggil Icha semula ke Unit pemerhatian, Menurut Dr Susan lagi Icha di syaki mengidap Kawasaki Disease tetapi masih samar-samar.kerana menurutnya tanda-tanda penyakit akan kelihatan selepas sekurang-kurangnya 7 hari selepas demam...Icha diperiksa sekali lagi, di x-ray dadanya, diambil sample darahnya sekali lagi dan kemudian semua doktor mengambil kata sepakat untuk menahan dia di Wad sekurang-kurangnya 2-3 hari.

Pukul 8pm, Icha dimasukkan ke wad M1(Burn Unit). Wad yang sangat selesa untuk kami, bilik 1 katil yang sangat lengkap dengan kelengkapan canggih!! Dalam keadaan Icha yang masih samar-samar penyakitnya, hospital mengambil tindakan cepat merawatnya seperti merawat pesakit Kawasaki. Drip air dimasukkan untuk mengelakkan daripada dehydration dan drip antibiotik ke dalam tubuh Icha.

Doktor menyerahkan risalah mengenai Kawasaki Disease untuk aku baca...Ini adalah mengikut kefahaman aku!

"Kawasaki Disease. Penyakit ini popular di Jepun dan US tetapi jarang-jarang berlaku di UK. Mengikut sumber, dalam 100,000 orang kanak-kanak, hanya 8 orang sahaja yang mengalami disease ini di UK. Biasanya menyerang kanak-kanak dia antara umur 0 hingga 5 tahun. Agak sukar untuk mengenali meyakit ini, tanda-tandanya agak samar-samar dan subjektif. Antara tanda-tandanya ialah sakit perut, demam hingga melebihi suhu 38C, ruam pada tangan kaki dan badan, mata putih menjadi merah dan di penghujung penyakit sebelum pulih kawasan yang beruam itu akan mengelupas. Jika dibiarkan berlarutan kuman virus ini akan merebak ke jantung."

Pukul 12am,Air baru 1/2 bag masuk ke tubuh Icha, Icha meronta-ronta mintak dibuangkan segala wayar-wayar yang berlingkaran di atas badannya...lemas dia dengan segala mak nenek wayar-wayar ubat itu hinggakan disentapnya wayar drip air dan antibiotik tercabut daripada tempat yang sepatutnya. Darah dan ubat-ubatan memancut keluar. Panik aku seketika sambil menekan button memanggil nurse. Rawatan Antibiotik dan Air di hentikan sementara menunggu doktor bertugas memasang semula jarum drip di tangan Icha.

Pukul 2am doktor bertugas datang untuk memasang jarum drip, cucuk 5-6 kali di bahagian pelipat siku dan pergelangan tangan tapi tidak berjaya kerana tak jumpa urat Icha yang terlindung kerana tubuhnya yang agak chubbi. Icha meraung-raung kesakitan..hanya allah saja yang tahu perasaan aku masa itu.

Kami pulang semula ke bilik, sementara menunggu doktor pakar datang.

Pukul 4am, doktor pakar datang untuk memasang jarum drip. Sekali lagi Icha meraung-raung kesakitan. Akhirnya jarum drip berjaya jugak di pasang. Air dan Antibiotik disalurkan semula ke tubuh Icha....

Sabtu 31 Jan-

Perubahan yang sangat ketara pada diri Icha...Mata yang merah dah beransur hilang, mulut yang merah juga sudah beransur-ansur hilang, cuma dia mula batuk-batuk dah suara menjadi serak-serak basah...syukur Alhamdulillah!! Rawatan diteruskan dengan pengambilan antibiotik dan air secara drip serta Aspirin secara oral. Ramai rakan-rakan yang datang menjenguk kami dengan pelbagai buah tangan...Terima kasih, sangat-sangat kami hargai!!
Keputusan Ujian darah telah diterima, clotting blood(darah pekat) dalam darah Icha iaitu keadaan darah yang tidak normal kerana kekurangan cecair dalam badan...

Ahad 1 Feb-

Lagi perkembangan yang mengembirakan..Icha dipindahkan ke Wad M1, 4 katil satu bilik. Sahabat terdekat datang menghantar sup tulang...TQ.

Isnin 2 Feb-

Icha bertambah baik, sudah mula mau minum..Drip air dan antibiotik di buka.Antibiotik mula di kurangkan dosnya kepada suntikan 4 kali sehari , Begitu juga dengan dos Aspirin juga dikurangkan dosnya.Snow turun dengan lebatnya di luar. Kami tengok melalui tingkap sahaja :(.
Keadaan dah beransur baik, sampel darah diambil sekali lagi untuk melihat keadaan clotting blood dalam darahnya. Seperti biasa icha menjerit2 kesakitan. Dia jadi fobia dengan doktor dan Nurse, sentuh pun tak boleh.

Selasa 3 Feb-

Sangat-sangat mengembirakan hati kami sekeluarga, dia sudah mula minum banyak sedikit daripada semalam , mula makan dan bermain...Syukur!
Antibiotik mula diberikat secara oral 3 kali sehari. Aspirin dikurangkan kepada 2 kali sehari.
Kepututsan ujian darah telah di terima, clotting blood masih ada sedikit lagi dalam darah Icha tapi tidak memudaratkan. Cuma, menurut doktor dimasa-masa akan datang(sampai bila-bila) jika sekiranya dia perlu menjalankan sebarang pembedahan ujian darah perlu diambil untuk memastikan tahap clotting blood

Rabu 4Feb-

Doktor membuat pemantauan terakhir sebelum kami dibenarkan pulang ke rumah..Akhirnya kami pulang ke rumah pada pukul 7pm dengan bekalan ubat antibiotik dan aspirin.

Alhamdulillah segalanya selamat...aku sangat-sangat bersyukur kepada allah S.W.T

Wednesday 4 February 2009

Pindah Rumah & Sakit

Lama dah tak meng Update blog ni, rindunya pada blog dan kawan-kawan kat sini...Actually aku baru pindah rumah untuk sekian kalinya....hikhik!!

Ini ler rumah kami yang terbaru...Kami pilih dekat dengan City Centre, cuma 5 minit menaiki bas dari rumah ke City Centre. Lepas tu pulak insiden yang tak sanggup aku tempuh terpaksa jugak aku lalui.. Icha di masukkan ke hospital, Rentetan ceritanya akan aku tulis sepenuhnya bila aku berkelapangan dalam sehari dua ni...Saat aku menulis kat sini aku dan Icha baru jer beberapa jam pulang dari hospital...Alhamdulillah segalanya selamat.