CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 31 December 2007

Untaian kata


Petikan mutiara kata yang menarik perhatian aku....


"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan".

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat."


sumber~ tokeikedai.net


Happy New Year to all of my friends...


Crystal Peak



Semalam pertama kali menjejakkan kaki ke Crystal Peak dengan bantuan Map dan Nav.system. Dekat saja dari rumah kami (8 min perjalanan berkereta) tak sampaipun 2 batu. Selepas ini, Crystal Peak lah tempat kami melabur duit...tak perlu lah kami nak ke Rotherham lagi. Ia merupakan sebuah Retail Park, macam-macam ada(one stop centre). Shopping kompleknya juga dinamakan Crystal Peak, saling tak tumpah macam meadowhall tapi saiznya kecil sedikit.

Friday 28 December 2007

Kawan lama

Icha dikelilingi oleh sang kumbang

Semalam, kawan lama kami dari Windsor datang jalan-jalan ke Sheffield. Lama tak jumpa, tapi malangnya kami tak dapat nak entertain betul-betul sebab dalam keadaan kalut kerana masalah kereta kami. Hari ini Incik hubby bawa diaorang pergi jalan-jalan ke Sheffield City Centre dan Meadowhall sambil-sambil tu jenguk kereta di Worksyop. Mereka on the way balik ke Windsor selepas jalan-jalan di Scotland singgah bermalam di rumah kami. Tetamu kali ini semuanya laki-laki, Adib dan adiknya serta 2 orang anaknya. Isterinya tak dapat bersama kerana tak muat kereta. Welcome tu our home sweet home, next time datanglah lagi!!!Alhamdulillah, kereta kami dah ok...spare part kami beli kat kedai potong jer, habis ler jugak dalam 80 pound

Thursday 27 December 2007

Apa Dah Jadi



Bangun tidur pagi ni kami dikejutkan dengan berita yang kurang sedap di dengar , Pagi-pagi lagi jiran kami dah ketuk pintu nak sampaikan berita itu...
Kereta kami telah di langgar lari semalam..Mungkin kes orang mabuk malam tadi. Kereta aku elok2 jer parking kat tepi jalan, entah mamat mana yang mabuk malam tadi yang dah sodok kereta aku dari depan.Adehhhh, duit lagikkk!! Semua program yang dah di rancang terpaksa di batalkan...waaaaa!!! Anyway, nasib baik body jer yang kemek sana-sini, alhamdulillah enjin tak ada apa-apa.

Wednesday 26 December 2007

Boxing Day

Boxing day kali ni aku tak kemana-mana yang menarik, cuma bercadang nak jalan-jalan ke Parkgate Retail centre, Rotherham sahaja. Hajat hati cuma releks-releks sambil jalan-jalan cuci mata. Nak shopping??? mmmm...mungkin tidak, aku ni bukan lah kaki shopping lebih-lebih lagi ketika melalui zaman-zaman tak kerja ni.
Ketika nak melangkah kaki keluar rumah sekitar pukul 12pm, telepon hubby berdering...Zaini daripada Machester di talian meluahkan hajat untuk menziarahi kami di rumah pukul 2 pm . Hajat untuk window shopping kami teruskan jua. Sampai di Parkgate, kami ronda-ronda tengok sale, boleh tahan juga sale hari ini!! Tak terasa jam begitu cepat berpusing..baru aku nak belek-belek barang baking, hubby dah ajak balik. Namun aku sempat sambar 3 biji caserole Port Mirion, jadi ler daripada tak ada. Murah juga half price setiap satu.
15minit baru sampai ke rumah, tetamu kami pun sampai. aku tak sempat nak sediakan apa-apa . So, terpaksa lah tetamu aku menunggu...kesian kat diaorang. Lebih satu jam aku bertungkus lumus memasak cekodok bawang dan kuah kacang serta Fusili goreng, itu saja yang ada dalam stok kami maklumlah semua supermarket masih tutup bercuti krismas. Kebetulan kawan satu Uni hubby, Zaki & Murni datang jalan-jalan ke rumah...so, Murni ler yang membantu aku di dapur memotong-motong apa yang patut. Thanks Murni!!
Alamdulillah segalanya berjalan lancar, tetamu-tetamu kami pulang sekitar pukul 7pm.Tak sempat aku nak bergambar dengan mereka...kes terlupa!! Esok, ada tetamu lagi dari Windsor...mmmm aku nak masak apa lagi ekkksss????

Tuesday 25 December 2007

Salam AidilAdha & Merry Christmas

Hari Jumaat

Jemputan makan malam untuk keluarga Dr Iqbal(jiran sekampung kami di Woodhouse) dan Keluarga Saiful(officemate hubby) di rumah aku. Aku masak all out gak..Dalca Daging, Ayam masak Kicap, cendol, salad buah, cupcakes, kerabu epal dan sayur campur. Sesekali together-gether best gak kan!


Hari Sabtu

Majlis untuk warga Sheffield di PMC sempena Aidil Adha, 6 ekor kambing di Aqiqahkan untuk majlis ini. Aku datang se awal pukul 2.30pm untuk menghadiri majlis, namun aktivi memasak masih belum lagi selesai pada ketika itu, so...aku pun turun padang membantu mereka bertungkus lumus membuat persiapan..(aku cuma tunjuk skill potong bawang jer). Pukul 5pm majlis dimulai dengan Ceramah agama dan sembahyang fardhu Isyak berjemaah dan di akhiri dengan makan-makan...sekitar pukul 7pm, majlis selesai.Pulang ke rumah, badan dah rasa letih-letih tapi aku terus ke dapur untuk membuat persiapan serba sedikit untuk majlis keesokan harinya.

Ahad

Seawal pukul 8.30am aku sefamily dah keluar rumah untuk ke Carboot sale, konon-konon nak membeli serba sedikit barangan perhiasan rumah, Cuaca sejuk dan frosty. Sampai di carboot, tak ramai yang berniaga hari ini lebih kurang ada 10-15 buah gerai sahaja yang dibuka. Barangan yang mereka jual pun penuh diselaputi dengan frost. Apa yang nak di cari tak ditemui, namun dapat ler juga aku lukisan kanvas hiasan dinding dan cermin hiasan...jadi lah daripada tak ada.

Pulang ke rumah, jarum jam dah menunjukkan pukul 12pm. Aktiviti memasak cara ekspress pun bermula, aku jemput kengkawan rapat datang ke rumah pada pukul 4.30 pm sempena merayakan AidilAdha(sempat ker???) hantam saja lah!!! Anyway, dalam sepanjang 4jam tu sempat ler juga aku membuat 2 biji kek, mee kari dan kelengkapannya, Passembor dan kroninya serta Cendol, walaupun tak berapa sempurna hasilnya kira orait ler tuh, kerja last minute...konsep kali ini ala-ala mamak. Dalam serba kekurangan, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Isnin

Hari berehat, selepas beberapa hari dalam kekalutan.

Selasa

Hari Natal...semua kedai tutup, tak leh nak kemana-mana. Public transport pun tak ada hari ini.
Acara berehat-rehat di rumah lagi sambil main masak-masak. Sebelah malamnya aku ikut hubby ke rumah Saiful, ada discussion...aku cuti masak, Nita jamu Nasi Ayam spesel...TQ Nita, Sodapppp!!!

Tuesday 18 December 2007

Assembly Ryan

Ryan pakai topi santa Claus. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan sebab suasana gelap dalam dewan sekolah Brunswick.



Antara kawan-kawan Ryan yang terlibat..

Setelah 3 minggu Ryan bersekolah di Brunswick Comunity Primary School, minggu ini merupakan minggu terakhir Ryan ke sekolah sebelum bercuti 2 minggu sempena Krismas dan tahun baru. Hari ini pula merupakan giliran murid-murid Y2 dan Y3 membuat persembahan untuk meraikan ibu bapa yang di jemput hadir, Ryan pun terlibat sama.
Sambutan Ibubapa untuk menyaksikan persembahan anak-anak mereka di sekolah ini sangat menggalakan sehingga persembahan terpasa diadakan dua sesi, ibubapa perlu menempah tiket 2 minggu awal untuk menghadiri Assembly samada sesi persembahan pukul 9.30 am atau sesi persembahan pukul 2.30pm. Sepatutnya satu family hanya layak seorang sahaja wakil untuk menghadiri Assembly tersebut, tapi aku bernasib baik kerana berjaya mendapat 2 tiket.
Peranan Ryan kecil sahaja untuk persembahan kali ini, maklum ler pelajar baru...Ryan hanya bermain instrumen Indian Bell/tambourine pada sesi 9.30am dan sesi 2.30pm Ryan main instrumen(bell)yang berbentuk segitiga(tak tau nama apa tah?)...Pengalaman yang menarik, Icha pun turut terhibur. Next time kalu ada lagi assembly, kami kena bawa camcorder untuk rakamkan detik-detik yang berharga untuk tatapan Ryan bila dia dewasa kelak.

More....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI

Kami Raya esok...(Rabu ~ 19 Dis 2007)

Friday 14 December 2007

Jamu mata lagi daa.. Woodhouse

Dah seminggu aku tak jenguk Blog, sejak jumaat lepas broadband kat rumah aku K.O. Hari ni baru ler aku dapat online semula.
Hari ini suhu kat luar mencecah 1C, anak-anak aku pakai baju sampai 3 lapis dan seluar 2 lapis di dalam rumah...2-3 hari kebelakangan ini frost sana-sini, adoiiii...masa ni ler aku mula menghitung hari nak balik Malaysia. Bestkan kalau kat Malaysia tak payah nak berjaket tebal, boleh berselipar jepun jer kalau nak ke mana-mana. Kalau rasa panas bukak kipas atau Aircond...eeeeiiii, rindu dengan suasana tu masa sesejuk ni.
Rumah aku kali ni(Woodhouse) dikelilingi dengan alam semulajadi yang mendamaikan...persekitaran yang agak berbukit, padang-padang yang luas serta jauh dari hiruk pikuk kota. Aku memang gumbira tinggal di kawasan ni.
Kejap tadi masa aku keluar ambil Ryan dari sekolah, sempat juga aku rakamkan suasana alam yang menenangkan jiwa ini...meh kita skodeng sama-sama!

Pokok kobis kat garden rumah aku yang diselaputi frost...ececece, dah ada garden sekarang ni..ngeh..ngeh...ngeh. Jangan salah faham, bukan aku yang tanam...semua ni peninggalan orang dulu-dulu.

Belakang rumah aku...Bila time autumn, sume daun kering berlonggok kat dalam kawasan rumah aku...Masa gambar ni diambil, rumput-rumput memutih kerana frost! nampak tak? kalu tak nampak maknanya korang ada 2x jumaat jer lagi...ampooonnnn!!!

Skodeng kat garden jiran melalui tingkap bilik Ryan..

suasana mendung sekitar pukul 3.15pm hari ini di padang sekolah Ryan

Skodeng dari tingkap bilik aku.. semalam
Bumbung rumah jiran depan ittewww!!!, nun di hujung sana ...saujana mata memandang, ada 5 buah padang bola sepak. Hari Minggu semua padang-padang tersebut digunakan, adakalanya aku tengok macam ada pesta bolasepak...meriah sungguh!!

Friday 7 December 2007

Award


Semalam Blog masak aku/MamaVogue terima anugerah Blog of the Month...ngeh...ngeh..ngeh!!! terperasan jap!!!

so, aku pun teringin ler nak menganugerahkan award ni kepada kawan-kawan di Tinta Azimat ni...
semoga kalian lebih rakus lagi memblog selepas ini...!!!
calon-calonnya ialah:

1. Buta Seni
2. Pjoe
3.Ann Rushdi
4.Izariza


Wednesday 5 December 2007

Terima Kasih

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat perpindah ke rumah baru pada 1 Disember 2007, Namun tanpa kawan-kawan tak mungkin proses perpindahan ini berjalan dengan begitu lancar.
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang sememangnya baik hati yang bertungkus lumus membantu mengangkat barang-barang kami dari awal hingga segalanya selesai, Rancangan asal proses angkat barang tersebut sepatutnya bermula pada pukul 2pm, oleh kerana para sahabat yang kelihatannya excited....pukul 11am masing-masing dah mula membuka boot kereta....
Terima kasih yang tak terhingga kepada Mr Zahuri dan Isteri, kakPah kerana bersusah payah tulun masakkan untuk kami sekeluarga dan kawan-kawan yang mengangkat barang...Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Jelatah dan Kari daging memang menyelerakan...siap tapau bawak balik rumah untuk makan malam lagik!!! Thanks untuk Nita kerana buatkan Roti Jala...sodap!!
Terima Kasih buat jaguh-jaguh yang bersusah payah berulang dari Tinsley ke Woodhouse dengan kereta masing-masing mengankut barang, tak claim duit minyak walau se penny...Jauh jugak tu, 5 batu. Abg Zahuri angkut 2 trip.Babul, Rushdi dan Halim masing-masing mengangkut 1 trip setiap kereta. Kepada kawan-kawan yang teringin nak menbantu tetapi merasa ralat kerana tak berkesempatan seperti Faddly, Tareeq dan Saiful...tak per...lain tahun kalu kami pindah, kami bagi tau kat you all....ngeh...ngeh...ngeh!!!
Insyallah, lepas ni tak mau pindah kecuali dah tiba masa nak balik mesia terus !!!!

Terima Kasih sekali lagi, Budi baik kalian sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga.

Tuesday 27 November 2007

Aktiviti Orang Laki-laki

Sedih tau, tiap kali ada aktivi macam ni ia dah di anggap aktiviti orang laki-laki...aku dengan Icha terpaksa ler dok di rumah jer, tapi pada aku itu sumer universal ...sumer orang boleh join, takkan aktiviti orang pompuan cuma pi shopping barang dapur jer, betul tak ? kalu tak caya cuba tanya Erra Fazira dengan Umie Aida...Namun aku pasrah, bila dah beranak pinak ni salah sorang kena berkorban a.k.a terpaksa mengalah, kena fikirkan juga kepentingan dan keselesaan anak-anak.
Anyway layan jer la gambar ni, aku pun tak de modal nak goreng tajuk hari ni sebab bukan aku yang pergi tempat-tempat ni sumer....kita layan gambar je lah. Lagi satu aku nak lunaskan janji aku pada Pjoe nak tempek gambar dalam stadium, sebab dia komplen aku asyik letak gambar luar stadium jer...ngeh...ngeh...ngeh!!

International Motorcycle and Scooter show~ NEC Birmingham

Motor idaman inchik hubby
Harley Davidson 1200 Nightster-XL 1200N
costume bike pun ada!

Geng bapak-bapak berkomplot pi tengok bola MU vs Inter millan


Kes tak dapat ikut pi Manchaster, inchik hubby tunaikan janji pada Ryan bawa tengok game Sheffield Utd vs Arsenal, tiket murah jer 3 pound ...Sheffield tewas di gelanggang sendiri, kehkehkeh!

Monday 19 November 2007

Sibuk...

2-3 hari ni aku dah mula pack barang sikit-sikit, ada 2 minggu lagi ni...adussss terpaksa ler kurengkan eksperimen kat lab( dapur ler beb!!!) aku tu...Cuaca kat luar sejuk betul, anak aku Ryan pun tak ke sekolah hari ni sebab asma( dah 3 hari kena serang asma)...Icha pulak tak habis-habis dengan batuk dan selsema.Kami anak beranak berstokin dalam rumah 24jam...eeeeee, macam mana ler nak pindah ni!!!

Mana baju yang dah tak muat lagi tu aku bagi jer kat masjid, ada tong disediakan kat sebelah masjid, sapa yang nak derma baju terpakai buh jer kat situ!! so, kurang ler sikit benda yang akan di angkut ke rumah baru nanti....

Bebudak main kat dalam rumah jer, itupun kat tingkat atas ...kalu dok kat tingkat bawah...uuuuiiii mangggg aiii sejuk tul!!! main kat luar of course dilarang sama sekali, sian sungguh kat bebudak .Sekarang ni aku dah tak jemur kain kat luar, sejuk beb!!!, sidai baju kat luar sama gak macam masukkan baju dalam peti es, kat rumah aku ni mana ada dryer...kalu ada pun ampunnn!!! aku tak akan guna sebab kelajuan dryer yang berpusing tu sama jugak dengan lajunya meter letrik...serammmm!!! alternatif lain, aku gantung jer kat heater...mesti nampak semak giller kan, kan kan!!!, kalu tak nak semak kena la rajin-rajin cuci baju so, tak der ler banyak sangat baju yang bergantungan.

Sunday 18 November 2007

Layan gambar pulak....

Gambar-gambar pokok-pokok di perkarangan sekolah Ryan...Tinsley Junior School



Saturday 17 November 2007

Kedai depan itewww!!!


Pukul 11 am...pagi tadi , amik gambar ni daripada tingkap bilik aku

Pukul 5pm, petang semalam


Saja nak gossip sikit hari ni...Mesti korang tak caya , ini ler kedai tempat aku beli daging dan ayam halal..Nampak jer macam usang tapi, macam-macam ada!! nak top-up hand phone pun boleh. Masa mula-mula sampai kat sini aku konfius jugak ingatkan stor lama ker , tak sangka pulak kedai, nak masuk pun takut sebab gayanya tak macam kedai. Orang panggil kedai Medina, Aku panggil Kedai Depan jer....ngeh..ngeh..ngeh....
Tukang jaga kedai ni namanya speedy, orang pakistan. Tapi, memang caya ler sebab dia buat kerja sepantas namanya...tapi lately dah sebulan dia tak jaga kedai, dengar cerita dah masuk DALAM sebab disyaki membunuh seorang kurdis...eeee leh caya ker??? aku pun tak pasti sebab aku tengok dia ni memang baik , selalu bagi lollipop free kat anak aku...kwang...kwang...kwang. Kalau aku beli barang then terbayar kurang pun "It's OK", tapi aku tak pernah ler amik kesempatan ke atas kebaikan dia tu...
Sekarang ni semenjak ketiadaan dia kedai tu macam slow jer....yer ler, speedy tak ada kannn...ishhhh, aku pun simpati ngan dia...rindu pulak rasa kat speedy!!! aku doakan jika sekiranya dia teraniaya, moga-moga dia terlepas daripada segala tuduhan...aminnnn



Thursday 15 November 2007

Happy Birthday honey!!!!


Hari Isnin 12 Nov yang lalu....Birthday BB besar aku, ntah sibukkan apa aku hampir-hampir terlupa nak masukkan entry ni.
Happy Birthday honey...luv you very-very much!!!!
Aku buatkan kek cekelet untuk dia...then aku paksa dia tiup lilin!!! boleh gitu???kehkehkeh...
Majlis tertutup untuk kami berempat saja, bertempat di dapur sebelum menikmati makan malam...2 hari sebelum(sabtu) tu aku dah masak spesel sikit untuk kami sekeluarga sempena birthday BB besar aku~ sate ayam lengkap dan cendol...

Wednesday 14 November 2007

Autumn yang Semakin Menyengat

Minggu ni suhu dah mula bawah 10C....sejuk, angin pun bertiup agak kuat cuma tak ada ribut. Daun-daun pokok dah mula berguguran malah ada pokok yang dah botak....Seperti kata Izariza, aku dah mula rasa nak masuk kepompong memanaskan badan, nak ke mana-mana pun jadi malas!!!!dua minggu yang lalu

Semalam 13 Nov

Mangsa keadaan

Sunday 4 November 2007

Jalan-jalan hujung minggu

Laporan hujung minggu

Aktiviti Semalam

Pagi
~Window shopping di Rotherham, peruntukan masa 1 jam jer sebab nak cari benda penting tapi terlajak sampai 2 jam.... kuikuikui!!!

Tengahari

~Window shopping di Carboot sale Twin Oak, junction 29...beli push chair Icha.

Petang


~Papa belanja Italian Vege pizza ~ best, lama tak makan pizza...tapi tak puas!!!
Lepas tu layan Ryan dengan Icha pergi Fun Fair, aku pun tumpang sekaki


Malam
~Tengok mercun/bunga api di angkasa dari tingkap rumah sempena festival Halloween..
~Lepak-lepak kat rumah tengok rancangan X Factor (ala-ala Malaysian Idol)

Aktiviti Hari ini

Pagi
~Lepak-lepak kat rumah jer, breakfast jemput-jemput pisang jer~ saja bagi space kat perut

Tengahari


~Pergi Open House rumah Lan/Nurul(org kampung den!!!), makan pun sodap!!! kari daging, rendang ayam, sambal belacan dan ulam-ulaman dan banyak lagi...Lagi satu menu yang aku tak pernah makan sebelum ni..."Mee laksa Kari", boleh tahan gak sedap!!!rasanya open house terakhir bulan syawal ni...Terpegun, cantiknya rumah!!


~Posing gambar kat Stadium Sheffield United FC, pas tu on the way nak balik rumah berposing sekali lagi ... kali ni, bersama daun- daun gugur di sebuah garden kecil di City Centre.

Petang
Kes tak puas makan pizza semalam, balik dari jalan-jalan aku terus uli tepung buat dough pizza...konon-konon nak tiru pizza yang aku rasa semalam, aku buat 2 biji ~ semua selamat masuk perut, licin!!!

Alhadulillah, weekend yang full dan best!!!! TQ inchik hubby, ummmmuuuuahhhhh!!!...