Hari Jumaat
Jemputan makan malam untuk keluarga Dr Iqbal(jiran sekampung kami di Woodhouse) dan Keluarga Saiful(officemate hubby) di rumah aku. Aku masak all out gak..Dalca Daging, Ayam masak Kicap, cendol, salad buah, cupcakes, kerabu epal dan sayur campur. Sesekali together-gether best gak kan!
Hari Sabtu
Majlis untuk warga Sheffield di PMC sempena Aidil Adha, 6 ekor kambing di Aqiqahkan untuk majlis ini. Aku datang se awal pukul 2.30pm untuk menghadiri majlis, namun aktivi memasak masih belum lagi selesai pada ketika itu, so...aku pun turun padang membantu mereka bertungkus lumus membuat persiapan..(aku cuma tunjuk skill potong bawang jer). Pukul 5pm majlis dimulai dengan Ceramah agama dan sembahyang fardhu Isyak berjemaah dan di akhiri dengan makan-makan...sekitar pukul 7pm, majlis selesai.
Pulang ke rumah, badan dah rasa letih-letih tapi aku terus ke dapur untuk membuat persiapan serba sedikit untuk majlis keesokan harinya.
Ahad
Seawal pukul 8.30am aku sefamily dah keluar rumah untuk ke Carboot sale, konon-konon nak membeli serba sedikit barangan perhiasan rumah, Cuaca sejuk dan frosty. Sampai di carboot, tak ramai yang berniaga hari ini lebih kurang ada 10-15 buah gerai sahaja yang dibuka. Barangan yang mereka jual pun penuh diselaputi dengan frost. Apa yang nak di cari tak ditemui, namun dapat ler juga aku lukisan kanvas hiasan dinding dan cermin hiasan...jadi lah daripada tak ada.
Pulang ke rumah, jarum jam dah menunjukkan pukul 12pm. Aktiviti memasak cara ekspress pun bermula, aku jemput kengkawan rapat datang ke rumah pada pukul 4.30 pm sempena merayakan AidilAdha(sempat ker???) hantam saja lah!!! Anyway, dalam sepanjang 4jam tu sempat ler juga aku membuat 2 biji kek, mee kari dan kelengkapannya, Passembor dan kroninya serta Cendol, walaupun tak berapa sempurna hasilnya kira orait ler tuh, kerja last minute...konsep kali ini ala-ala mamak. Dalam serba kekurangan, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
Isnin
Hari berehat, selepas beberapa hari dalam kekalutan.
Selasa
Hari Natal...semua kedai tutup, tak leh nak kemana-mana. Public transport pun tak ada hari ini.
Acara berehat-rehat di rumah lagi sambil main masak-masak. Sebelah malamnya aku ikut hubby ke rumah Saiful, ada discussion...aku cuti masak, Nita jamu Nasi Ayam spesel...TQ Nita, Sodapppp!!!
Easy Homemade Yeast Bread Recipe
3 weeks ago
1 comments:
Kak rozie!!! kagum pakcik..4 jam masak mcm tu nya byk!!!..Tabik menonggeng ala2 Ziana Zain leer gitu pakcik kat akak rozieee.....Toingg!!!!
Post a Comment