CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 28 February 2007

Bosan

Lama sudah aku tidak menjenguk tinta azimatku ini, terasa seolah-olah otak menjadi beku tak berfungsi, fikiran kosong, kepala bingung, mata menjadi rabun!! tidak ada satupun yang menarik perhatianku, apa semua ini?? kenapa aku merasa begitu buntu sekali seperti orang yang tak berakal, tanpa haluan dan tak berfokus..?
Kebelakang ini terasa duniaku penuh dengan kebosanan, menyebalkan...tiada yang menarik untuk diceritakan, Aku bagai orang bodoh gayanya..fikiranku tidak dijana. makan, tidur,makan, tidur terus-terusan...arkh, ini bukan diriku yang sebenarnya. Aku ingin menjadi manusia berguna, aku ingin keluar dari belengu kebosanan ini, aku ingin berjuang mencapai matlamatku sendiri...Kini baru kurasa betapa perlahannya masa seperti sang kura-kura. Mungkinkah kini aku sedang memakai topi hitam, cenderung berfikir secara negatif? seperti teori berfikir De Bono(1994) yang di ajukan oleh sahabatku Fariza...terpulang!
Aku sudahpun berada di hujung Febuari, Januari tahun hadapan aku akan pulang ke Tanah Air untuk beberapa purnama.Selain tuntutan kajiselidik abang aku pulang dengan misiku yang tersendiri , moga-moga allah mempermudahkan jalan untuk diriku agar impianku terlaksana... Moga-moga kali ini misiku berjalan lancar dan matlamatku terlaksana, semangatku mula berkobar-kobar!
Malam semakin larut, izinkan aku ke kamar tidurrrrrrr z z z z z z z z

Monday 19 February 2007

Happy Chinese New Year


Aku hampir terlupa akan kedatangan Tahun Baru Cina esok sehinggalah aku mendapat email daripada Gaban menyatakan beliau bercuti selama 5 hari bermula hari sabtu yang lalu..Di England tidak sedikit pun aku merasakan kemeriahan sambutan Tahun Baru tersebut seperti di Malaysia. Kehidupan di sini berjalan seperti biasa seolah-olah tiada yang istimewa.
Kalau di Malaysia, bahangnya mengalahkan Hari Raya! ...lebih-lebih lagi ketika aku mengajar di SMK Seri Kembangan, hampir 90% muridku adalah beragama Buddha. Minggu terakhir sebelum kami bercuti sudah pasti majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah akan di adakan secara meriah. Semua Persatuan, kelab beruniform dan individu akan mengambil bahagian dalam persembahan mahupun perberian cenderahati untuk guru-guru...Cenderahatinya tidak lain dan tidak bukan sudah semestinya buah limau Mandarin. Secara simboliknya bagi orang cina, buah limau melambangkan emas, yang bermaksud agar si penerima akan dimurahkan rezeki dan akan menjadi kaya bersama dengan kedatangan tahun baru. Ketika itu aku sudah pastinya akan membawa banyak buah limau pulang ke rumah, kadangkala hampir memenuhi raga buah-buahanku.
Di kesempatan ini ingin aku mengucapkan Gong Xi Fa Chai untuk semua sahabat dan murid-muridku yang menyambutnya...semoga ceria-ceria selalu dan harungi hari-hari mendatang dengan tabah...Tahun baru, azam baru! gong xi! gong xi!


Thursday 15 February 2007

Happy 1st Birthday




Hari ini genaplah umur Rissaku setahun...masih terasa-rasa tendangan lembut dan gulingan manja Icha dari dalam perutku ketika aku mengandungkannya, kini dia sudah satu tahun, Happy Birthday sayang!
Birthday Icha yang pertama kali ini kami raikan 4 beranak sahaja,itu adalah lebih baik kukira bagi membina hubungan keluarga yang lebih erat di antara kami.
Namun,Sejak pagi aku sibuk menanak pulut kuning cara orang utara di makan bersama kari ayam dan telur dadar untuk diagih-agihkan kepada jiran-jiran melayu di sekitar perkampungan Tinsley, ada sepuluh keluarga semuanya....bukan kerana bernazar, aku cuma berniat untuk menjamu kawan-kawan sebagai tanda bersyukur ke hadrat illahi di atas kurniaanNya kepadaku, aku benar-benar bahagia dengan apa yang aku miliki kini...Alhamdulillah!

Thursday 8 February 2007

Snow Dah Turun

Sebelum ke sekolah, sempat juga Ryan dan papanya buat pos maut!
Ryan di hadapan rumah kami..mmm aku dan Icha cuma di belakang pintu( sedih)

Celik saja mata pagi ini, Ryan sudah menjenguk ke tingkap untuk meninjau apa yang berlaku di luar rumah, lagi pun gurunya di sekolah awal-awal lagi sudah berpesan kepada Ryan dan kawan-kawannya tentang snow yang akan turun hari ini.
ketika aku asyik melayan mata sementara menunggu pukul 8.30am untuk menyiapkan Ryan ke sekolah, Ryan membisikkan sesuatu di telingaku ..."mama snow dah turun.." aku seperti percaya dengan tidak lantas meluru ke tingkap melihat kebenaranya...teruja juga sebenarnya namun aku perlu 'mantain'... :) dalam hatiku terlompat-lompat juga sama seperti kanak-kanak yang bermain snow di luar sana!...Ryan membisikkan perkara yang sama juga pada papanya, kukira tingkah papanya juga sama sepertiku. Dapat juga kami mengubat rindu kami semasa bermain snow ketika tinggal di Egham dulu.. Bukan kami saja yang terlompat-lompat tengok snow, orang putih pun sama! Entah lah...Ada sesuatu yang istimewa, semua orang menunggu snow walaupun semua orang tahu sejuknya mengigit tulang namun masing-masing mengharapkan snow turun. Mungkin ini satu kepuasan terhadap kejerihan mengharungi musim sejuk sebegini!
Sejak dua hari lepas weather forecast menunjukkan bahawa malam tadi dan hari ini snow akan turun , namun aku abaikan saja kerana sudah beberapa kali aku terkena...tunggu-tunggu tapi snow tidak juga turun, pada awal bulan lepas...aku tidak lena tidur gara-gara menunggu snow yang di jangka akan turun tapi akhirnya hampa.Siapa sangka semalam cuaca panas, tiba-tiba hari ini snow turun.
Kebetulan malam tadi aku tidak boleh tidur kerana suhu badan Icha naik semula,nak tak nak aku perlu melayan kerenahnya... tetapi dalam tak percaya snow akan turun hari ini sesekali kujenguk juga ke luar tingkap, confirm memang tak ada snow! bisik hati...namun kuasa allah mana mungkin kita sangkal, seawal pukul 7.30am snow pun turun.
Sebelum Ryan ke sekolah sempat juga Ryan dan papanya berposing di hadapan rumah kami beberapa pos namun aku dan Icha cuma meninjau dari belakang pintu sahaja, tidak mungkin aku boleh keluar kerana Icha masih tidak sihat.
Ketika jam mencecah pukul 1 pm, snow masih lagi turun namun dalam kuantiti yang sedikit. Sudah tiada lagi longgokan snow di atas kereta, bahu jalan dan bumbung rumah...semuanya sudah cair...snow sudah tidak setebal dulu, mengikut kata orang...dalam tahun 60an-70an snow di Sheffield tebalnya hingga paras lutut, kini semuanya tinggal kenangan. Ini juga merupakan salah satu tempias global warming!
** Baru semalam aku terjumpa drama bersiri Korea bertajuk 'Snow Queen' dalam You Tube...pergh! sesuai untuk di layan hari-hari. Aku ni penggemar drama korea, kadang-kadang berebut PC dengan anakku Ryan...yang si anak pulak sibuk dengan cerita Power Rangersnya. Kadang-kadang bila berlaku perebutan mamanya pun tak nak mengalah!
kalau sesekali bertemu dengan sepupuku Kak Da memang rancak lah kami bersembang pasal drama Korea...

Tuesday 6 February 2007

'Terrorist Suspect'

Lewat petang semalam, setelah selesai urusan di dapur aku duduk bersantai bersama anak-anak sambil menonton TV. Perhatianku dicuri oleh sebuah dokumentari di channel 4, iaitu tentang Terrorist suspect... Kisah tekanan hidup 3 orang muslim yang disyaki terrorist oleh kerajaan Britain, Suspect A berasal daripada Algeria., suspect B berasal dari Palestin dan suspect C berasal dari Afghanistan...ketiga-tiga mereka ini hanyalah orang biasa yang disyaki ,Namun hakikatnya latarbelakang mereka adalah bersih daripada sebarang kesalahan jenayah. Mungkin kerana mereka ini adalah muslim, mungkin kerana mereka berjanggut panjang, mungkin kerana asal usul mereka ,juga mungkin kerana mereka pernah mengenali Osama secara inperson....
Ketiga-tiga suspek ini pernah dipenjarakan dan kini masing-masing telah 'dibebaskan'. Tetapi yang menyedihkan aku apabila mereka terus menjalani hukuman malahan lebih teruk daripada kehidupan di penjara...diantaranya:
1. Sentiasa melaporkan diri melalui media elektronik yang dibekalkan oleh pihak polis setiap kali mereka keluar dan pulang kerumah...
2. Tidak boleh membuat sebarang perjumpaan dengan mana-mana pihak secara berkelompok.
3. Apabila keluar dari rumah jarak maksimum cuma 1 batu .
4. Tidak boleh mempunyai sebarang alat perhubungan seperti telefon dan internet di rumah .
5. Sentiasa melapor diri mengikut masa-masa yang diberikan oleh pihak polis setiap hari melalui alat perhubungan berkomputer yang dibekalkan...termasuk diantara pukul 3am-4am.
6. Kaki mereka di pasang dengan alat pengesan agar polis sentiasa dapat mengesan dimana sahaja mereka berada.
7. Polis sentiasa meronda di kawasan rumah mereka 40-60 kali sehari!
8. Badan anak dan isteri diperiksa seperti pesalah apabila terserempak dengan pihak polis di mana sahaja mereka pergi.
9. Sentiasa membuat Video diari mengikut waktu-waktu yang dikehendaki oleh polis menggunakan alat yang dibekalkan.
10. Tidak dibenarkan mendekati mana-mana kawasan pejabat kerajaan.

Terdapat banyak lagi, namun ini sahaja yang mampu kusenaraikan.Syarat-syarat yang dikenakan menyebabkan orang yang tidak berdosa seperti mereka tidak dapat keluar mencari rezeki untuk menanggung anak isteri...kehidupan mereka begitu tertekan, bukan sahaja pada orang yang disyaki malah tekanan tersebut juga dialami oleh anak dan isteri mereka...Ketiga-tiga hamba allah ini di sahkan mengalami tekanan perasaan yang melampau oleh pakar.....
Rata-rata orang ramai di sini bukan sahaja orang islam malah orang bukan islam sendiri menyuarakan rasa tidak puas hati dan bersimpati terhadap hukuman yang di terima oleh hamba allah tersebut.
segalanya adalah kerana Blair dan konco-konconya...yang aku ceritakan di sini cuma penderitaan tiga orang yang teraniaya,hakikatnya... terdapat ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti mereka.
Tahniah Blair, terima kasih kerana menghancurkan kehidupan orang lain...Sesungguhnya tempatmu di neraka jahanam!
Selesai menonton, aku termangu seketika melayan perasaan dan menyelami rasa jika aku ditempat mereka....

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Pagi ini aku terima lanjutan dari Gaban menerusi email, sesuatu pengisian yang sangat bermakna yang boleh dikongsi bersama kawan-kawan yang lain untuk dijadikan panduan...


SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dlm sebuah hadis,
ada menyebut perihal seekor
syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah
dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT

Daripada Pesan seorang guru:


Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali belum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :


1. dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan .

2. terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.

3. dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah swt atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaallah


Waallahu'lam

Thursday 1 February 2007

Virus menyerang



agi
Tak tega rasanya untuk aku meninggalkan abang dan Icha berdua di rumah untuk aku keluar menghantar Ryan ke sekolah,ku 'kirimkan' sahaja Ryan kepada Halim, suami Aida untuk di hantarkan ke sekolah. Nampaknya demam abang hari ini bertambah membimbangkan.Semenjak hari selasa yang lalu abang sudah mengadu rasa tak sedap badan, semalam dan hari ini abang duduk di rumah sahaja.Kelas Research Method yang sepatutnya di hadirinya semalam terpaksa di tinggalkan.
Tengahari,
Keadaan abang masih tiada perubahan, asyik tidur sahaja di atas katil ....katanya segala-gala nampak berpusing,nak turun makan di dapur pun rasa tak mampu lantas aku bawakan sepinggan nasi goreng, sekeping roti,secawan air dan ubat untuknya di bilik....tak ada selera,nasi goreng tak bersentuh, roti cuma dijamah separuh sekadar alas perut. Aku cadangkan abang ke klinik,abang mencapai telefon untuk membuat temujanji dengan doktor,malangnya hari ini tak ada kekosongan jadi, temujanji di buat esok mmm...nasib baik esok, ada orang dah sakit seminggu baru dapat jumpa doktor...sesuatu yang paling aku tak suka di sini apabila sakit nak jumpa doktor pun kena Q, tak ada rawatan serta merta seperti di Malaysia kecuali unit Emercency di hospital. Itu pun kalau betul-betul kecemasan baru di layan...setakat ini aku tak pernah jumpa lagi klinik swasta di sini, kalau ada mungkin kosnya sangat mahal..masing-masing mengharapkan GP yang satu ini sahaja. Selesai makan ubat, abang tidur semula.
Petang,
Aida menawarkan diri untuk mengambil Ryan dari sekolah, aku setuju sahaja! setelah dua kali makan paracetamol semenjak pagi tadi, keadaan abang nampaknya beransur lega.

Alhamdulillah, baguslah! tapi esok jangan lupa ke klinik...
Malam,
Aku mula rasa lenguh-lenguh kaki dan lemah-lemah badan, aku tak pasti...adakah perasaanku sahaja atau kerana keletihan seharian membuat pelbagai kerja atau memang aku telah diserang virus...tunggu dan lihat!