CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 15 October 2018

Hari Sukan Negara 2018

Sempena Hari Sukan Negara yang berlangsung pada 13 Oct 2018(Sabtu) yang lalu. Kali ni sekolah buat program Walk With TP di Taman Botani Putrajaya.Enjoy lah kejap, melupakan stress kerja2 yg bertimbun di hujung tahun sebegini. Kalori pun dpt bakar 400kcal sepanjang 45minit joging , jalan, selfie, wefie, joging balik kemudian jalan... macam tu lah sehingga selesai. Pecah rekod diri sendiri hari ni berjalan lebih dari 13,000 langkah..yeayyy!!







Thursday 4 October 2018



Salam...
Selasa lepas 2.10.2018, Majlis graduasi Icha. Sedar2 mcm sekejap jer masa berlalu tahun depan Icha dah nak masuk tingkatan satu, walhal banyak suka duka yang dah kami lalui untuk sampai ke tahap ini.Alhamdulillah segalanya dengan izin allah😊

Pertama kali sekolah Icha mengadakan istiadat penuh majlis graduasi seperti majlis graduasi pelajar universiti.Segalanya berjalan lancar. Majlis tersebut diadakan di Dewan Besar UPM, sempatlah kami berposing di ruang halaman dewan besar tersebut😊....Tahniah Icha, semoga mendapat keputusan UPSR melebihi target. Mama tak harap Icha naik pentas dianugerahkan gelaran pelajar terbaik, cukup sekadar mencapai kemampuan maksimum yang ada pada diri Icha. Doa mama dan papa sendiasa mengiringi perjalanan hidup mu..aamiin

Monday 1 October 2018

Aktiviti dengan anak- anak murid di sekolah

Hero idaman malaya Tingkatan 2B sesi 2018 hari ni buat project paper mache'...macam2 perangai, hihihihi..cem ni nasib kalau mengajar sekolah lelaki, hyperactive.. cikgu baru yg buat muka blur selalu kena buli. Ngajar sesi petang ni ok lagi, kalau sesi pagi lagi lah pening cikgu nya...huhuhu

Saturday 29 September 2018

UPSR dah habis 😊

Khamis lepas (27Sept 2018), paper akhir UPSR Icha..Kami celebrate lah sama2 sebagai meraikan kerja keras Icha menghadapi UPSR. Zaman sekarang ,anak2 yang ambil periksa, mak ayah yang over stress. Mana tidaknya, segala keperluan dia, kelas tambahan, tuisyen semua kita kena ambil tahu dan sediakan demi menyiapkan diri menghadapi peperiksaan. Namun tu semua cabaran masa kini dan  tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, tak menjadi masalah pun bersusah2 dahulu demi menyiapkan diri anak- anak menghadapi masa hadapan....

Kali ini kami pilih Manhattan Fish Market di EVO Bangi.

Kejap jer Icha dah nak naik tingkatan satu...😌


Tuesday 25 September 2018

Rela Dalam Terpaksa

Bukan mudah untuk Ibu bapa  melepaskan anak-anak  melangkah kaki keluar dari dakapan kita pergi meninggalkan kita demi masa depan. Sejak dari dalam rahim kita jaga, lahirnya kita belek dan telek..saat mula pandai mengiring kita kepung dengan bantal kelilingnya, bila pandai bertatih kita pimpin tangannya..bila mula bersekolah kita ambil dan hantar dia, ketika dia sakit kita bersengkang mata menjaganya, ketika dia menghadapi ujian kita yang paling risau sekali... sudah tentu rasa janggal itu hadir, namun demi masa depan mereka kita terpaksa juga melepaskan dia berdikari dan persiapan untuk mereka hidup sendiri setelah ketiadaan kita nanti...



Kembali Bersiaran

Salam..
Setelah bertahun lamanya aku tak update di sini, alhamdulillah aku kembali menjelma di sini, laman yang penuh dengan nostalgia...Aku selak satu persatu cerita dalam blog ini, aduh...penuh dengan kenangan..kenangan yang sangat berharga. Jika dulu cerita itu sebuah cerita sedih namun sekarang ia menjadi sebuah kenangan indah yang ingin di ingati  satu persatu... Dulu rasa  segan nak share semua benda sebab terfikir apa orang lain kata, tapi sekarang rasa menyesal kerana tak coret sebanyak mungkin kisah suka duka kehidupan yang ku lalui...Baru ku sedar setiap kenangan itu sangat mahal harganya, tidak boleh di jual beli...

Kerana mengalami masalah untuk log in ke blog ini, menyebabkan aku abaikan kewujudannya...dari sehari ke seminggu, kemudian  beralih bulan dan menjejak ke tahun....

Kini, setelah menyedari betapa banyaknya kenangan pahit manis yang pernah tercoret di sini...aku berusaha untuk mendapatkan semula hak aku untuk terus menulis  buat tatapan anak cucu ku suatu hari nanti...

Sunday 5 February 2012

Flower Girl

Barisan peserta...ketiga dari kanan tu adalah pemenang ke 3, berumur 10 tahun..

Icha beraksi di atas pentas, keras dan agak kaku...uhuhhu


Pemenang ke 2~ tersangatlah simplenya
Pemenang pertama pertandingan flower girl

Terlebih dahulu aku mintak ampun dan maaf jika sekiranya ada yang tak senang dengan apa yang akan aku perkatakan kali ni...Ini adalah SESSI MULUT LONGKANG, sesiapa yang tak suka segmen yang macam ni sila jangan baca...huhuhu.

Semalam 4/2/2012 ada pertandingan flower girl di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi sempena Festival Pengantin Bangi. Aku pun tak lepaskan peluang untk turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Siapa lagi yang menjadi mangsa kalau tidak anak dari aku Rissa Nadia ni...eheheh.

Ada 15 orang peserta yang bertanding , semuanya comel-comel belaka...Dah namanya pun pertandingan Flower girl, jadi masing-masing beraksi dengan gaun pengantin masing-masing, masing masing memilih gaun ala barat...cuma aku jer yang lain dari yang lain sebab aku sengaja memilih konsep Melayu Tradisional.Tema yang aku ambil adalah Pengantin Melayu Melaka...Jadi tidak ada gaun kembang melainkan baju kurung melayu yang diubahsuai sedikit, dan sudah tentunya bersanggul lintang...Semua kelengkapan tersebut aku buat sendiri kecuali kasut dan baju. Kasut mestilah beli...manakala baju yang Icha pakai adalah recycle daripada flower girl majlis perkahwinan cousin suami...

Kami dapatlah Hadiah saguhati,actually semua orang mendapat hadiah saguhati, bawa balik hamper sorang satu..kalau tak pihak PKNS nak jawab apa bila ada dak-dak kecik yang nangis atas stage tu sebab nak hadiah..huhuhu.

Namun secara jujurnya aku rasa ralat Icha tak menang... aku yakin paling koman Icha bole dapat tempat ke 3 atau ke 4 sebab dia tak pandai bergaya, kriteria lain dah menepati...tapi apakan daya, rezeki tidak memihak kepada kami..huhuhu,

Pada pendapat aku,Juri tak cukup matang dan tidak kreatif dalam membuat penilaian...setakat pakai baju flower girl dan pakai cekak rambut yang bole di beli di mana-mana dah bole menang, kelebihannya pandai buat flying kiss.... sedihhhh tau!!! Kalau ikut kriteria pemarkahan, 25% pakaian, 25% gaya persembahan, 25% kreativiti dan 25% lagi tah hapa tah...dah lupa!...

Walaubagaimana pun, pemenang tempat pertama dalam pertandingan ni memang sangat berbakat dari segi gaya dan penampilannya...memang layak jadi pemenang, lagi satu kesungguhan ibunya menggayakan beliau dengan pakaian ala-ala cinderella, rambut di dandan dengan rambut palsu dan hiasan kepala yang cantik...

Pemenang yang lain tu aku rasa Tak Adil!!...