CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 30 August 2007

Malaysiaku Gemilang-50 tahun

Merdeka...merdeka...merdeka!
Selamat Ulang tahun untuk Negaraku kali yang ke 50.
Malaysiaku Gemilang...tema yang cukup gah untuk kita sebagai warganegaranya..
Bila berada di perantauan memang terasa betapa beruntungnya menjadi rakyat Malaysia walaupun ada sedikit kelemahan di sana sini, namun apabila dibandingkan dengan negara lain...sudah semestinya kita adalah istimewa, betapa mereka mengagumi negara kita ...Walaupun kita tidak semaju negara-negara barat, namun kita bermaruah dan punya harga diri..
adussss emosinya!!!

Cuti summer di Newcastle & Sunderland

sabarrrrr...


Kebetulan ada game bola hari tu...sempat bergambar ngan penyokong Sunderland


Icha di University of New Castle


lama aku tak update blog ni, maklum ler sibuk tahap gaban...



Jumaat lepas aku satu family cuti-cuti England, tak ler ronda-ronda sangat...kita orang cuma pi melawat kawan abang di Newcastle, biasa ler orang tengah study ,nak tukar-tukar fikiran sesama sendiri untuk menjana idea mudah-mudahan dapat ilmu baru.

Kami keluar dari rumah agak lewat maklum ler hari jumaat, perjalanan memakan masa hampir 2jam dari Sheffield....Namun nasib kurang baik pada hari itu kerana sebaik sahaja menyusuri motorway A1(30 minit ke Newcastle), kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.



Lebih 1 jam kami terkandas di motorway A1,kedua-dua hala tak bergerak langsung, khabarnya ada kemalangan di kedua-dua hala,cuaca panas berbahang...icha berpeluh-peluh , basah rambutnya seperti baru lepas mandi...make-up aku pun turut cair,kehkehkeh!!!



Ramai juga mat salleh yang berpatah balik secara menyonsang melalui jalan susur keluar ...

kami tetap tunggu di situ sehingga keadaan pulih seperti sediakala...



Newcastle...kedudukanya sama seperti Newcastle Malaysia(Kota Bahru) di sebelah pantai timur, berhampiran pantai. Pada firasat aku, bandar Sheffield lebih besar dari Newcastle....Aku sempat jalan-jalan ke University of Newcastle Upon Thyne, tempat shooting drama Cinta Antara Benua.... lepas tu kami jalan-jalan ke Stadium St James Park, New Castle. Jam menunjukkan pukul 7pm, baru lah kami ke rumah Yazid~ kawan abang. Bersembang sakan sampai pukul 1am.....



Esoknya, seawal pukul 9am, kami ke Sunderland...Jalan-jalan cari pinggan, kehkehkeh...

kami ke Kilang Pyrex, khabarnya bulan disember nanti kilang tersebut akan berpindah ke Perancis...masa aku sampai di kedai pyrex , yang ada di situ semuanya rakyat Malaysia...kagum betul aku, bangsa lain aku tak jumpa..kalau ada pun makcik cashier jer yang berbangsa omputih...

Kedainya kecil sahaja...secara kasarnya bersaiz 8' x 8', Dipenuhi dengan rakyat Malaysia...tak silap aku ada lah dalam 10-15 family yang datang menyerbu ke kedai itu dalam satu-satu masa...Memang dah sah macam sardin, sekali mereka beli sampai tak muat boot kereta...

Harga, memang murah sebab kami beli produk yang reject saja, aku jumpa semurah 30p sebiji bekas casserol....tapi , bekas casserol yang 30p tu tak sempat display dah kena serbu...so, aku biarkan saja mereka dengan pyrex 30p mereka sebab aku tak kuasa la nak berebut atau bermasam muka semata-mata bekas pyrex 30p...buat malu orang Malaysia saja!!!! sia-sia merdeka 50 tahun...
Alhamdulillah, akhirnya aku beli juga beberapa biji bekas pyrex untuk kegunaan sendiri, walaupun tak berapa murah tapi masih murah daripada membelibeli di kedai biasa ...

Tuesday 14 August 2007

Aku dan diriku

Dah lama aku kena tagged daripada kawan cyber aku..SKY/Lydia...tapi aku buat derkkkkk jer, tapi hari ini aku nak tag orang...

peraturannya :

Each participant posts eight random facts about themselves. Tagees should write a blogpost of eight random facts about themselves. At the end of the post, eight more bloggers are tagged. Go to their blog and leave a comment telling them they're tagged

so sebelum aku tag kawan-kawan , aku nak cerita sikit 8 perkara pasal diri aku...

  1. Ibu kepada 2 orang anak(setakat ini)
  2. Aku bukan seorang yang peramah..tapi tengok kepada situasi, adakalanya aku diam macam tikus...dan adakalanya aku kepoh macam mak dara. Fakta yang korang kena tau ~kebanyakkan kawan-kawan aku memang kepoh, mungkin kerana aku senang dengan sikap mereka...kadang-kadang dengan cara itu boleh menutup kelemahan aku yang tak berapa friendly ni...
  3. Aku tak suka membaca...sejak di bangku sekolah lagi memang aku tak suka membaca tiap kali aku ke perpustakaan aku rasa pening kepala, kadang kala rasa macam nak muntah- Di rumah aku sekarang ni ada 2 buah novel yang aku baru beli, konon-konon nak gilap minat membaca- wish me luck!
  4. Aku memang boros- Pantang datuk nenek aku kalu tengok handbag, kasut, baju dan make-up...aku mesti nak rembat.. kalau tak jadi beli hari ini, esok lusa aku datang balikke kedai tu...huhuhuh!!!
  5. Aku mudah menangis...entah ler, air mata ni cepat sangat nak keluar, kadang-kadang aku tak suka jugak, malu siottttttt!!!!, hb aku selalu tertawakan aku...yang paling sensitif sekali pasal kanak-kanak, orang tua atau apa saja yang teraniaya~
  6. Hobi aku memasak, duduk seharian di dapur pun tak kisah...sesekali aku rasa angau nak melukis..
  7. Aku memang geli/tak suka pada katak...kalu aku terpijakkk(errrkkkk), tersentuh...aku akan cuci bahagian yang terkena dengan sabun dan berus dengan berus sabut beribu-ribu kali!!!
  8. mmmm...Aku suka mandi malam, rasa selesa nak tidur..., tapi ,sejak duduk merantau ni dah lama aku tak buat!


huhhh!!! berpeluh nak cukupkan 8 perkara tu...sekarang ni aku nak tag kawan-kawan pulak!(ampunnnn, tak cukup 8 orang!!!)

butaseni
izariza
joayee
rushdi/ann

Monday 13 August 2007

Shopping

Hujung minggu lepas aku satu famili pi picnik lagi ngan kengkawan, kali ni panasnya rasa mcm nak pitam....mata aku sesekali rasa macam berpinar-pinar, tapi ok ler untuk mengisi hujung minggu kami...

Lepas piknik, kami terus ke Outlet di Doncaster...aku tak terfikir pun nak beli apa-apa...Bila sampai di situ, adusssss aku "terjatuh cinta" pulak dengan satu tas tangan...murah jer, GB15.00. Tapi, masa nak beli tu aku fikir beribu-ribu kali jugak...nak beli ker tak nak beli....akhirnya aku putuskan untuk tak mahu beli, yea lar setakat jual karipap...memang ler aku sedar diri!!!

Tapi, bila aku tanya hubby...dia macam bagi green light pulak. so aku pegi tengok semula tas tangan tu...setelah difikir, direnung, ditelek dan ku jenguk kedai-kedai lain akhirnya aku sambar sepasang tas tangan jenama Clark...puas hati aku!!

Tuesday 7 August 2007

Minggu Happy

Aku happy sangat minggu ni sebab eksperimen yang aku buat semuanya menjadi...lalalalalalala
kuih apam comel inti kelapa ni baru buat semalam, memang best!!!


lalalalala...sronok giller , minggu lepas aku try wat cendol...best giller, dapat gak aku melepas rindu kat cendol mamak...Ryan pun minum cendol bertambah-tambah...!!!

Baru ler aku tau rupa2nya senang bangat nak wat cendol, biarlah aku abadikan resipi cendol tu di sini...laalallalalala

1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
1 sudu kecil kapur makan
sedikit garam
>Gaulkan semua bahan, masak di atas api sederhana hingga pekat dan berkilat
>masukkan adunan yang siap di masak ke dalam acuan maruku, tekan kan menjadi cendol di dalam sebuah bekas yangberisi air sejuk...maka jadilah cendol( aku guna tin susu yg aku dah tebuk di bahagian dasarnya dengan paku) lalalalalalalalal