CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 30 August 2007

Cuti summer di Newcastle & Sunderland

sabarrrrr...


Kebetulan ada game bola hari tu...sempat bergambar ngan penyokong Sunderland


Icha di University of New Castle


lama aku tak update blog ni, maklum ler sibuk tahap gaban...



Jumaat lepas aku satu family cuti-cuti England, tak ler ronda-ronda sangat...kita orang cuma pi melawat kawan abang di Newcastle, biasa ler orang tengah study ,nak tukar-tukar fikiran sesama sendiri untuk menjana idea mudah-mudahan dapat ilmu baru.

Kami keluar dari rumah agak lewat maklum ler hari jumaat, perjalanan memakan masa hampir 2jam dari Sheffield....Namun nasib kurang baik pada hari itu kerana sebaik sahaja menyusuri motorway A1(30 minit ke Newcastle), kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.



Lebih 1 jam kami terkandas di motorway A1,kedua-dua hala tak bergerak langsung, khabarnya ada kemalangan di kedua-dua hala,cuaca panas berbahang...icha berpeluh-peluh , basah rambutnya seperti baru lepas mandi...make-up aku pun turut cair,kehkehkeh!!!



Ramai juga mat salleh yang berpatah balik secara menyonsang melalui jalan susur keluar ...

kami tetap tunggu di situ sehingga keadaan pulih seperti sediakala...



Newcastle...kedudukanya sama seperti Newcastle Malaysia(Kota Bahru) di sebelah pantai timur, berhampiran pantai. Pada firasat aku, bandar Sheffield lebih besar dari Newcastle....Aku sempat jalan-jalan ke University of Newcastle Upon Thyne, tempat shooting drama Cinta Antara Benua.... lepas tu kami jalan-jalan ke Stadium St James Park, New Castle. Jam menunjukkan pukul 7pm, baru lah kami ke rumah Yazid~ kawan abang. Bersembang sakan sampai pukul 1am.....



Esoknya, seawal pukul 9am, kami ke Sunderland...Jalan-jalan cari pinggan, kehkehkeh...

kami ke Kilang Pyrex, khabarnya bulan disember nanti kilang tersebut akan berpindah ke Perancis...masa aku sampai di kedai pyrex , yang ada di situ semuanya rakyat Malaysia...kagum betul aku, bangsa lain aku tak jumpa..kalau ada pun makcik cashier jer yang berbangsa omputih...

Kedainya kecil sahaja...secara kasarnya bersaiz 8' x 8', Dipenuhi dengan rakyat Malaysia...tak silap aku ada lah dalam 10-15 family yang datang menyerbu ke kedai itu dalam satu-satu masa...Memang dah sah macam sardin, sekali mereka beli sampai tak muat boot kereta...

Harga, memang murah sebab kami beli produk yang reject saja, aku jumpa semurah 30p sebiji bekas casserol....tapi , bekas casserol yang 30p tu tak sempat display dah kena serbu...so, aku biarkan saja mereka dengan pyrex 30p mereka sebab aku tak kuasa la nak berebut atau bermasam muka semata-mata bekas pyrex 30p...buat malu orang Malaysia saja!!!! sia-sia merdeka 50 tahun...
Alhamdulillah, akhirnya aku beli juga beberapa biji bekas pyrex untuk kegunaan sendiri, walaupun tak berapa murah tapi masih murah daripada membelibeli di kedai biasa ...

2 comments:

Nezjoe said...

wahhh
bestnya dpt pegi st james park

butaseni said...

:( ari tu eksyen di old trafford,ni kat st james park lak.jumpa penyokong sunderland?nasib baik penyokong,kalau jumpa Roy Keane memang saya jeles tahap dewa