CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 5 February 2012

Flower Girl

Barisan peserta...ketiga dari kanan tu adalah pemenang ke 3, berumur 10 tahun..

Icha beraksi di atas pentas, keras dan agak kaku...uhuhhu


Pemenang ke 2~ tersangatlah simplenya
Pemenang pertama pertandingan flower girl

Terlebih dahulu aku mintak ampun dan maaf jika sekiranya ada yang tak senang dengan apa yang akan aku perkatakan kali ni...Ini adalah SESSI MULUT LONGKANG, sesiapa yang tak suka segmen yang macam ni sila jangan baca...huhuhu.

Semalam 4/2/2012 ada pertandingan flower girl di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi sempena Festival Pengantin Bangi. Aku pun tak lepaskan peluang untk turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Siapa lagi yang menjadi mangsa kalau tidak anak dari aku Rissa Nadia ni...eheheh.

Ada 15 orang peserta yang bertanding , semuanya comel-comel belaka...Dah namanya pun pertandingan Flower girl, jadi masing-masing beraksi dengan gaun pengantin masing-masing, masing masing memilih gaun ala barat...cuma aku jer yang lain dari yang lain sebab aku sengaja memilih konsep Melayu Tradisional.Tema yang aku ambil adalah Pengantin Melayu Melaka...Jadi tidak ada gaun kembang melainkan baju kurung melayu yang diubahsuai sedikit, dan sudah tentunya bersanggul lintang...Semua kelengkapan tersebut aku buat sendiri kecuali kasut dan baju. Kasut mestilah beli...manakala baju yang Icha pakai adalah recycle daripada flower girl majlis perkahwinan cousin suami...

Kami dapatlah Hadiah saguhati,actually semua orang mendapat hadiah saguhati, bawa balik hamper sorang satu..kalau tak pihak PKNS nak jawab apa bila ada dak-dak kecik yang nangis atas stage tu sebab nak hadiah..huhuhu.

Namun secara jujurnya aku rasa ralat Icha tak menang... aku yakin paling koman Icha bole dapat tempat ke 3 atau ke 4 sebab dia tak pandai bergaya, kriteria lain dah menepati...tapi apakan daya, rezeki tidak memihak kepada kami..huhuhu,

Pada pendapat aku,Juri tak cukup matang dan tidak kreatif dalam membuat penilaian...setakat pakai baju flower girl dan pakai cekak rambut yang bole di beli di mana-mana dah bole menang, kelebihannya pandai buat flying kiss.... sedihhhh tau!!! Kalau ikut kriteria pemarkahan, 25% pakaian, 25% gaya persembahan, 25% kreativiti dan 25% lagi tah hapa tah...dah lupa!...

Walaubagaimana pun, pemenang tempat pertama dalam pertandingan ni memang sangat berbakat dari segi gaya dan penampilannya...memang layak jadi pemenang, lagi satu kesungguhan ibunya menggayakan beliau dengan pakaian ala-ala cinderella, rambut di dandan dengan rambut palsu dan hiasan kepala yang cantik...

Pemenang yang lain tu aku rasa Tak Adil!!...

Thursday 26 January 2012

Surprised party for Uncle Nan & Untie Chon

Salam 2012...
Lama dah tak merepek kat sini...

Cuti sekolah baru-baru ni, aku berkesempatan menghadiri surprised Golden Wedding Anniversary untuk Ibu & bapa Saudara kepada Inchik hubby di sebuah premis yang dinamakan Juempo D'Ramo yang terletak di Bangsar. Pertama kali dalam hidup aku menyaksikan majlis sebegini...
Tersentuh rasa hati bila tengok kesungguhan anak-anak, saudara mara dan rakan taulan beliau yang begitu bersungguh-sungguh menjayakan majlis tersebut...
Kami disajikan dengan pelbagai makanan yang enak-enak menggabungkan tema Timur dan Barat..yummm...yummm

Congratulation Untie and Uncle...!!

Tema pada malam tersebut adalah Hitam dan Emas