CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 9 March 2010

Sudah Mahu Pulang....


Jam di waktu ini menunjukkan pukul 3.24am..waktu yg sama seperti biasa aku akan terjaga dari tidur. Biasanya aku akan menyambung semula tidur aku yang terganggu, tapi hari ini agak lain sedikit...perkara pertama yang menerjah di fikiran kali ini adalah sesuatu yang agak beremosi dan sentimental...

Sedar tak sedar aku sudah mahu pulang, pelbagai perasaan bermain di benak aku ketika ini dikala suasana sepi dan sejuk di awal pagi begini...

Hari ini 10 march 2010 adalah hari terakhir aku di sini, di Bumi UK...esok pukul 1.00pm(waktu UK) aku akan menyerahkan kunci rumah ini kepada tuan empunya dan kami akan berangkat pulang kepangkuan keluarga. Esoknya Jumaat pukul 6.30pm(waktu Malaysia) aku sampai kepangkuan keluarga(insyallah)...Selepas itu bermulalah episod baru dalam hidup aku dan keluarga di tanahair..Isnin (15 march 2010) aku mula bekerja.

Hari ini hari terakhir Ryan dan Icha bersekolah di Pye Bank School.

Minggu lepas penyerahan sijil selamat tinggal di jalankan di dalam perhimpunan khas untuk Ryan...hari ini jamuan khas untuk Ryan akan disediakan oleh guru-guru di situ...

Alhamdulillah sejak Ryan belajar di sekolah ini, Ryan merupakan pelajar harapan guru-guru di sini di atas tingkah laku dan juga prestasi pelajarannya yang baik .Setiap minggu Ryan akan mendapat sijil penghargaan(Gold Medal) di atas kecemerlangan pelajaran dan Kelakuan baik di perhimpunan sekolah...aku sangat bangga. Pemergian Ryan pulang ke Malaysia adalah sesuatu yang menyedihkan mereka.

Hari ini juga pertemuan akhir Icha dan sahabat baiknya Kassim Naveed akan berlangsung dengan bertukar-tukar hadiah. Pemergian Icha pulang ke Malaysia masih di rahsiakan oleh guru-guru dan ibu Kassim kerana mereka tidak mahu Kassim bersedih.

Minggu lepas , sebaik sahaja aku memberitahu pihak sekolah bahawa kami akan meninggalkan bumi UK, aku bertemu dengan ibu Kassim , di atas permitaan beliau sendiri. Atas sebab-sebab tertentu, ibu kassim membuat sedikit permintaan yang agak merayu meminta agar jika boleh Icha dapat meluangkan sedikit masa untuk melayangkan khabar berita kepada Kassim(Kalau boleh setiap hari) dengan bantuan aku supaya perhubungan persahabatan ini terus berjalan, dia tak sanggup untuk melihat Kassim bersedih dan merasa kehilangan...Bukankan itu sesuatu yang manis??tapi aku sangat2 terharu.

Tiba-tiba aku mula merasa masa berlalu sangat pantas...bersediakah aku??

Ketika mula-mula mendapat tahu kami akan pulang....aku rasa sangat-sangat gembira, ingatan mula tertumpu pada kerinduan kepada keluarga, keenakkan makanan dan keindahan tanahair dan cuacanya. Semakin hampir, hati tiba-tiba semakin berat...kalau bole aku ingin kedua-duanya sekali, tapi apakan daya aku tak mampu...aku perlu memilih satu antara dua, sudah semestinya aku akan memilih tanah tumpah darah ku sendiri....aku perlu meninggalkan UK walaupun berat hati.

Semenjak aku dan keluarga datang ke UK ini banyak pengalaman suka dan duka kami lalui. Walaupun aku cuma orang asing di sini, namun sedikit sebanyak jauh disudut hati ini aku jadi sayu. Aku belajar banyak perkara ketika di sini...banyak pengajaran yang aku dapat.

Aku tahu perasaan yang bercampur baur ini hanya untuk sementara, tapi mampukah aku tersenyum tanpa air mata ketika mengucapkan selamat tinggal esok?? arghhhh, sesuatu yang tak mungkin!

Terima kasih untuk semua sahabat handai yang sangat-sangat baik hati membantu kami ketika suka dan duka di UK, insyallah kita akan berjumpa lagi di tanahair tercinta...jasa baik kalian akan kami kenang sampai bila2. Aku sangat2 terharu di atas bantuan sahabat2 yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan ketika kami sekeluarga bertungkus lumus untuk proses shipping barang2 tempohari(Sabtu 6 march 2010). Hanya allah sahaja yang membalasnya.

Selamat tinggal Sahabat...Selamat tinggal Sheffield...Selamat tinggal UK!!

Sebahagian yang hadir...
Kontena 40 kaki~ brg2 cuma>< 200kotak(berkongsi) dan sebiji kereta, kontena masih banyak ruang kosong...