CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 20 January 2009

Rilekkan minda

SR (7)

Rilekkan minda kejap...dah belek pokok, kita sejukkan mata dengan pemandangan di waktu pagi, sesudah subuh, tika terbitnya fajar....ecececewah.

SR (8)


aku teringin gak nak amik gambar ala-ala si pro tu, tapi tak reti-reti lagik...aku ni tak rajin macam orang lain, semua base on angin kus-kus..kalau tiba-tiba terajin tu jangan pelik!!

Pagi tadi lepas subuh, sedang aku cuci pinggan mengadap tingkap, aku ternampak ler situasi kat dalam gambar di atas kat belakang rumah aku...trus pi amik kamera, kluar kejap amik gambar...hb pun mulanya heran gak apa ke halnya bini dia ni subuh2 dah usung kamera, sat bukak pintu belakang..sat bukan pintu depan...kikikiki.

Pokok Kesum


Kisahnya bulan lepas...

Tah apa mimpi, terjumpa daun kesum kat kedai Oriental kat sini...terus beli.

Balik rumah simpan dalam freezer, dah petang skit baru teringat nak semai batangnya. Batang daun kesum tu pun dah hampir-hampir nak beku kat dalam freezer...kikiki

Tawakkal jer, tapi...selang 2-3 hari mula keluar akar. sronok rasa hati...lalalalal
sekarang dah berdaun...

Setakat ni nampaknya ok, tak tau ler di masa-masa akan datang.
sebelum ni pernah gak aku semai pokok kesum ni, Pokok kesum rumah orang lain lebat jer daunnya sampai tak termakan-makan, tapi pokok kesum aku kurus kering jer..at last, mati kegersangan!

Azam aku kali ni nak jaga pokok kesum ni betul-betul, ada petua meh ler share...kita tengok sama-sama kemampuan aku stakat mana...tapi untuk pengetahuan, tangan aku ni memang tak seswai tanam pokok asyik tak menjadi jer sejak dulu-dulu lagi..

Sunday 18 January 2009

Projek Besar..

Rasa macam mimpi...akhirnya berjaya memiliki!!
sukar nak percaya ..his dream's come true, our dream's come true!!

Inilah projek besar kami...

Plan asal tak nak bawak pulang kereta ke Malaysia, rasanya tak mampu...tiba-tiba kami beli jugakkk, mungkin rezeki kami...kalau kat Malaysia memang tak mampu realisasi impian ni, sebab harga kereta ni RM250,000, makan pasir ler kami.

Tapi, beli kat sini cuma less than GBP10,000...

baru 2 hari dalam dakapan, insyallah hujung minggu depan baru nak pecah dara...kihkihkih

Wednesday 14 January 2009

Sekolah Baru

Hari ni first day untuk Ryan ber sekolah di sekolah baru...yup, pindah sekolah lagik sebab aku pindah rumah lagik...muahahahhaha.

Sebenarnya aku kesian sangat dengan Ryan dah berapa kali pindah sekolah, tapi nak buat macam mana, dah perjalanan hidup kami di perantauan ni dah tertulis sebegitu...macam-macam sebab yang memaksa kami berpindah. Yang penting kami inginkan sebuah kehidupan yang tenang dan selesa, dari pelbagai sudut..dari sudut hati, perasaan,pandangan dan macam-macam lagi.

Rumah yang baru ni tak ler sehebat rumah yang pernah aku duduk sebelum ni, tapi yang penting kami selesa dan lebih tenang.

Berbalik kepada cerita Ryan, mulanya rasa tak terkeluar dari mulut aku nak memberitahu pada dia yang kami akan berpindah....segala urusan mencari rumah sewa hinggalah urusan pertukaran sekolahnya kami tak bagi tahu langsung.Aku dah imagine bagaimana reaksi Ryan bila dia tahu kami akan berpindah...dia akan terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana baru, persekitaran yang baru dan kawan-kwan baru.

Malam tadi nak tak nak kami terpaksa jugak bagi tahu dia bahawa hari ini dia terpaksa meneruskan persekolahannya di sekolah yang baru..Mulanya dia memang menangis tak mahu sebab dia menunggu banyak aktiviti yang menarik di sekolah Tinsley diantaranya program lawatan, kelas swimming dan kelas ICT...abis tu nak buat macam mana kan!!!.

Aku jangkakan dia akan bersekolah di Tinsley hingga hujung bulan ini, tapi disebabkan masalah tempat yang terhad maka terpaksa jugak aku masukkan ke sekolah baru secepat mungkin sebelum diambil oleh orang lain...

Aku memang tak cerita langsung pasal pindah ni, aku serah bulat2 pada inchik hb, sebab aku tak sanggup nak bagi tau dia...aku kesian sangat kat dia!

Pagi ni aku tengok dia selamba jer pulak...mesti ada yang dah dijanjikan oleh inchik hb kat dia tu!...Sepanjang di sekolah baru hari ni, risau tul hati aku bila teringatkan bagaimana ler keadaan dia kat sekolah baru tu, dah dapat kawan ke belum?? hati rasa tak senang, takut dia murung pulak nanti...!

Pulang dari sekolah, aku tengok dia happy jer...dia kata sekolah baru ni best...legaaaaa
Dah dapat kawan baru, nama pun Ryan jugak...!
bila aku tanya sekolah mana yang best? sekolah yg baru ker sekolah Tinsley..dia jawab, Tinsley Junior school best...tapi sekolah yang baru ni lagi best...!!!

Baru ler senang skit hati aku, pulang dari sekolah tak ler dia merungut-rungut seperti mula-mula dia nak berpindah ke Brunswick Primary School dulu..masa tu bila nak ke sekolah dia asyik kata"I'm nervous"... pas tu masa aku intai dari jauh aku tengok dia main sorang2 jer. Nak dapat kawan yang betul-betul ngam dengan jiwa dia ambil masa sebulan dua jugak....

Mungkin dia dah belajar dari pengalaman yang lalu...Pada aku,ini adalah petanda dan satu permulaan yang baik...harap-harap dia selesa dengan sekolah baru ni...

Monday 12 January 2009

Birmingham

Baru jer pulang dari Birm semalam...Tak plan pun nak ke Birm, tiba-tiba mlm jumaat tu kita orang ke Birm. Tido rumah kawan kami si Saiful Tan. Sian kat dia tak pasal2 kena entertain kami, dah ler dia orang baru jer tak sampai 2 minggu pulang dari bercuti di Malaysia.

Seperti yang pernah aku cakap sebelum ni, kami ada 'Projek Besar'. Kebetulan projek besar tu ada kat Birm, so kami pun terpaksa ler ke Birm secepat mungkin...projek besar ni pulak base on "pat-pat siku lipat....."..hikhikhik. Itu pun belum settle lagik, harap sabtu depan selesai semuanya.
Bila dah confirm baru ler aku bg tau kat sini...tunggu!!!

Lepas selesai semua urusan hari sabtu, malamnya kami pi makan kat sebuah Restoran Parkistan, saja-saja ler nk belanja Saiful n family yang dah banyak menolong kami sejak dulu-dulu lagi..lupa dah nama restoran tu, restoran sempoi jer..kalau tengok dari luar memang tak ada kelas, tapi makanannya memang best!! Nasi Biryani, Nasi Pilau, Ayam dan Kambing memang menyelerakan!!masih teringat-ingat sampai sekarang, lepas ni kalau ke Birm harusss singgah ke situ... lagi satu keunikan Roti Naannya...biasanya kita tengok roti naan buh dalam pinggan tapi kat Restoran ni dia gantung pada penyangkut khas...macam sidai towel jer aku tengok...datang ke Birm dalam keadaan yang tergesa-gesa, tak sempat aku nak bawak kamera...tapi aku sempat jugak snap gambar roti gantung tu pakai kamera phone inchik hubby...

Tapi buat masa ni tak sempat nk tempek gambo tu kat sini...nanti bila ada kelapangan aku tempek gambar roti gantung tu, inchik hubby sibuk sangat kebelakangan ni..hp tu sentiasa kat tangan dia, kena tunggu time dia free dulu, kalau tidak tak pasal-pasal haku kena jerkah pulak...elok2 mood baik tiba2 tukar angin kus-kus pulak. Sapa yang susah?? hakuuuu jugak!!

anyway aku janji mesti tempek gambar tu sebab aku rasa unik sgt!!

Thursday 8 January 2009

Selamat sampai

Dah 2 hari Inchik hubby sampai kepangkuan kami di sini...Untuk sementara waktu ni aku berehat sehari dua dulu untuk cari modal (idea) baru untuk di tempekkan di sini...so tunggu jer lah ,ekekek!!
Seminggu ni aku nak qada semula apa yang tertinggal sejak 2 minggu lepas, top up barang dapur, dan yang sewaktu dengannya..maklum ler dah 2 minggu dikurung bekukan dalam rumah. Paling jauh kami keluar rumah masa inchik hb tak ada sini aritu adalah dalam 10 langkah, kedai depan rumah...ekekekekk.

Esok mamu nak pi honeymoon ke Pulau Bali...so, have fun n enjoy!!!

p/s: Novel 'Ayat-ayat Cinta' yang aku plan nak baca aritu masih belum pecah dara...ahaksss!! cantik jer buku tu masih mcm baru beli...entah bila ler aku nak baca, uiksss...mcm sibuk sgtkan? ngalahkan CEO pulak

Saturday 3 January 2009

2 days to go

Pejam celik, pejam celik dah nak sampai ke penghujung penantian...
hb dh nak balik ke sini yeah...yeah..!!

Sekarang ni dah boring tahap gaban, tergaru sana-tergaru sini...tak tau apa nak buat dah..
mengadap tenet ni pun dah rasa tak ada yg interesting balik-balik benda tu jugak yang aku layan...bosan makcik!!

Semalam dengan sebelum semalam aku dah membaking tahap gaban jugak sampai tak cukup tangan, sib baik tak guna kaki..hikhikhik.

Hari ni rasanya tak nak wat apa-apa, nak relex jer lepas mengemas satu rumah...tapi boring ler pulak!

Kalau rajin kejap agi nak baca Novel "Ayat-ayat Cinta", dah lama terperap tak terbaca-baca....