CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 30 July 2009

*_*

Aku dah buat test....


Aku agak-agak dah 6-7 minggu...macam tak percaya, walaupun ini kali ke tiga...alhamdulillah!!

Friday 10 July 2009

Mak


Hari ni dapat perkhabaran dari kampung...
Malam tadi hujan lebat kat Kampung, pagi ni sekitar pukul 8.30am masa mak aku bersiar-siar kat kawasan laman rumah tiba-tiba dia tergelincir kat kawasan tanah licin,
terus terjatuh dan tangan terhentak pada sesuatu...

akibatnya..
Tangan kanan mak aku patah...
kata mak, kedudukan patah tu atas sikit dari pergelangan tangan,
dah bersimen tangan mak aku...iskkk!!
mak aku tu dah tua...tulang pun dah tak kuat...

Risau...risau!
sib baik patah jer, kalau lebih teruk dari tu macamana??
Sib baik ada menantunya yang tinggal sekali,
bole tolong tengok-tengokkan dan masakkan untuk dia dan ayah aku...

aku duk jauh....
ini lah susahnya kalau duk jauh-jauh! :(

Monday 6 July 2009

It's yr 9th year old Birthday Ryan!!

Semalam....
5 July 2009...birthday Ryan yang ke 9 tahun....

kali ni buat 2 kek...

Photobucket

Photobucket

Celebrate kat rumah sesama anggota family sahaja...kek atas permintaan birthday's boy,
kek pertama ialah kek pandan yang ada hiasan Transformer Autobot sign, di salut dengan buttercream!
kek yang kedua tu untuk kawan-kawan di sekolah..coklat span kek bersalut whipping cream ddan hiasan strawberry...

Photobucket

kemudian kami ke Entertainment valley pi makan Nando Halal...sapa lagi kalau bukan papa yang belanja..:D
Hadiah Birthday kali ni atas permintaak Birthday's Boy..nak Helicopter control...layan jer lah!

Happy Birthday untuk anakanda tersayang...semoga menjadi insan yang sangat hebat di dunia dan akhirat. Mama ni nampak jer garang tapi mama sentiasa sayangkan anak-anak mama...

Anak mama dah besar sekarang, kena tumpukan lebih perhatian untuk menimba ilmu supaya menjadi insan yang berguna kelak...kena rajin-rajin ok!!

Saturday 4 July 2009

Abang dan Adik solat


Masa si mama sedang mengajar si abang solat...
terlihat oleh si mama tudung comel yang terkucil keluar dari laci baju...
mama pun ambil tudung tu kemudian di sarungkannya ke kepala satu-satunya anak perempuannya iaitu si adik...
Sejurus selepas tu si adik berdiri di sebelah si abang dan berlagak seolah-olah sedang bersolat juga, setiap hujung bacaan si abang di tiru oleh si adik...tindakan si adik sangat mencuit hati menjadikan si abang dan mama tak mampu menahan ketawa....

suka tengok gambar ni..:))

esok birthday si abang ...Happy Birthday sayang!!