CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 27 January 2007

Kisah Pisang

Dataran Rotherham

Aku dan Ellan

Hari Sabtu datang lagi, juadah Nasi lemak tersaji lagi.Seawal pukul 10am kami sudah mula bersiap-siap untuk ke Rotherham walaubagaimanapun kami keluar pukul 12.30pm jua akhirnya...manakan tidak, banyak sangat perkara-perkara yang harus aku selesaikan.Sebaik sahaja selesai bersiap, telefon pun berdering...ustaz di talian.Ustaz, seorang lagi warga Tinsley.. rungutan ustaz masih tersisa tentang kejadian semalam ekoran pelepasan sementara yang diberikan oleh imigrasen kepada pembantu beliau, Amilea yang baru saja datang dari Malaysia, esok beliau perlu ke Airport Manchester semula untuk menyambung temuduga.. Kalau nasib tak baik pembantu beliau akan dihantar pulang ke Malaysia semula, banyak pula 'Cekadak' orang putih ni! Kerana keserabutan di kepala ustaz dan isterinya, kami mengajak beliau sekeluarga jalan-jalan ke Rotherham...boleh jugak menenangkan fikiran sambil membawa Amy jalan-jalan.
Selesai membeli keperluan di Rotherham,kami mohon pulang lebih awal daripada ustaz lagipun abang ada Meeting AJK sekolah Melayu Sheffield...sudah 3 minggu abang dilantik menjadi pembantu guru besar di situ, kalau di Malaysia sama lah jawatannya seperti penolong kanan! wow, macam kelas jer bunyinyakan, tak bergaji pun.Sukarela sahaja.
Sebaik aku sampai di rumah, aku terus mengemaskan barang-barang yang baru dibeli. tuk!tuk! pintu rumahku diketuk seseorang, sebaik pintuku buka...Ustaz lagi! kali ini satu bungkusan dihulurkan kepadaku, katanya ole-ole yang dikirimkan oleh keluarganya dari Malaysia..Aku terus mengambilnya sambil mengucapkan terima kasih...Ustaz terus beredar, katanya nak ke rumah Aida pula selepas itu.
Di dapur, aku teruja hendak melihat ole-ole yang diberikan oleh ustaz...maklumlah sudah semakin rindu dengan makanan melayu sejati, bungkusan plastik putih itu kubuka...di dalamnya terdapat daun pandan, kacang panjang, kacang buncis, cili api dan jantung pisang pun ada...boleh juga aku masak untuk makan malam nanti, tapi mmmm...jantung pisang ni aku nak masak apa?Seumur hidup aku, aku tak pernah makan jantung pisang...Sekiranya ibuku masak jantung pisang sekalipun aku tak pernah terfikir untuk mencubanya.Seingat aku, sudah bertahun-tahun aku tak melihat ibuku memasak jantung pisang...nanti aku akan tanya siapa-siapa geng Tinsley yang suka makan jantung pisang ni, putusku!
Sebut pasal pisang, teringat aku seorang sahabatku di Egham...namanya Ellan, kami merupakan teman sekerja ketika itu...suatu hari, sebatang pokok pisang tumbuh liar di belakang rumahya hingga mengeluarkan jantung dan dengan bangganya beliau asyik menceritakan tentang pokok pisang tersebut, hinggakan saudara mara dan sahabat handai datang berkunjung ke rumah beliau semata-mata hendak melihat bagaimana rupa pokok pisang, maklum lah pertama kali melihat pokok pisang, dengan sinis aku berkata di dalam hati; eleh! pokok pisang pun nak heran ker? tapi sebenarnya aku lupa ...kalaulah tiba-tiba pokok epal tumbuh di belakang rumahku,mungkin aku juga seperti Ellan...betul tak?

3 comments:

Rozie said...

-Pembantu Ustaz di hantar pulang ke Malaysia,Pasport Amy ditahan dan akan dipulangkan kepada beliau sebaik sahaja beliau sampai di Malaysia...sabar je la!
-Jantung pisang ku berikan saja pada Zah, isteri Z...he..he :)
-Alhamdulillah, anak Zakiah telah pulang ke rumah 3 hari yang lalu tetapi masih perlu membuat follow up di hospital...aku baru jer melawat Danish semalam.

lynnn-surrey said...

akak,kenapa helper kawan tu kene balik? wah2..akak berjalan sakan kat sheffield..makin vogue gitus!

bes jugekan jadi surirumah ni...hehehehehhe..

Rozie said...

Sebelum ustaz datang ke England,dia ada buat rayuan nk bawa helper(si amy ni ler)ke sini dgn gaji RM tapi x di layan...lepas 2-3 bulan, si Amy tu datang sendiri dgn pas pelancong, mesti la org putih tu x caya!
dah siap writing up ker? TQ jenguk blog I! selalu2 la singgah