CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 20 January 2007

Sheffield di sana sini

Rumah kami, No 81 Raby st."luar setinggan, dalam kondo"...
Kawasan perkampungan Tinsley

Jalan-jalan hujung minggu

Hari sabtu sebegini aku selalunya bangun lebih awal daripada biasa. Nasi lemak adalah juadah yang selaluku sajikan untuk keluarga bila tiba hujung minggu...senang, kerana aku tidak perlu kerap ke dapur.Kadang-kadang abang dan Ryan akan makan nasi lemak untuk sarapan pagi dan sekaligus makan tengah hari dan adakalanya terus ke petang. Mudah untuk aku lagipun pada hari sabtu kami selalunya akan keluar berjalan-jalan. Biarlah orang kata aku pemalas, apa aku peduli.
Tinggal di negara orang sebegini, memasak adalah perkara yang paling menjemukan, adakalanya aku tak terfikir lagi apa menu yang boleh aku masak...lagi-lagi benda yang sama, lagi-lagi ayam,kambing dan biri-biri...walaupun makanan halal mudah dicari, malah di hadapan rumahku sendiri terdapat kedai daging halal milik orang Pakistan...tapi aku jemu! bila sudah jemu, kerinduan masakan di Malaysia mulalah menjadi-jadi...mmmm... ikan terubuk bakar, ketam, sambal tumis udang, gulai lemak cili api campur tempoyak ala negeri sembilan, pisang goreng,cempedak goreng, ikan kembung goreng,keropok lekor,ayam percik bla...bla...bla...bla . Arkhhh tension kalau teringat itu semua!
Petang semalam aku menerima panggilan daripada Azizi dan Zakiah... pasangan Melayu Kelate yang tinggal berdekatan dengan rumahku, katanya nak order nasi lemak dua bungkus. Sebenarnya aku memang menjual nasi lemak setiap hari sabtu tapi sejak kebelakangan ini aku sudah tak berminat nak menjual nasi lemak lagi, sambutannya kurang menggalakkan...maklum lah musim sejuk macam ni, orang malas nak keluar rumah semata-mata nak membeli nasi lemak, kebanyakkan pelanggan mahu aku menghantar nasi lemak dari rumah ke rumah...ah, tak mahu aku! aku pun macam mereka juga...sejuk-sejuk ni lebih baik aku bertapa saja di rumah.
Berbalik kepada cerita Azizi dan Zakiah, tiga hari lepas anaknya Danish, berumur 6 bulan dimasukkan ke hospital kerana demam dan dengar ceritanya ada masalah buah pinggang tapi aku tak pasti sejauh mana keadaan Danish...Kesian Zakiah, pasti berserabut fikirannya...makan pun pasti tidak menentu, manakan tidak...sepanjang hari berada di hospital, mana ada masa beliau nak memasak. Niat Zakiah nak membeli nasi lemak ku iakan saja.
Pagi tadi, lebih kurang pukul 10.15am Azizi mengetuk pintu rumah untuk mengambil nasi lemak yang telah diorder.Sejak pukul 9am lagi aku sudah sedia dengan 2 bungkus nasi lemak dan juga 5 biji kuih karipap,Ikhlas...dan tak perlulah nak berbayar-bayar.Aku bukanlah kejam untuk memikirkan keuntungan di atas kesusahan orang lain!Kupinjamkan juga senaskah majalah, aku fikir Zakiah pasti memerlukannya.Aku cuma mengharapkan agar Danish lekas sembuh. Sebagai seorang ibu aku dapat menbayangkan kecelaruan hati Zakiah tambahan pula bila berada di perantauan seperti ini. Aku cuma berharap pertolonganku yang sebesar zarah itu serba sedikit dapat membantu beliau.Dulu aku juga pernah mengalami situasi seperti itu ketika Ryan berumur 9 bulan kerana dijangkiti demam cacar dan campak serentak, oh! tak dapat kubayangkan.
Tujuanku bercerita akan hal ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga tentang kebaikan diri, ia sekadar catatan peristiwa yang berlaku di sana-sini sepanjang aku berada di Sheffield.
Malam,
Emran, Hos kami ketika mula-mula sampai di Sheffield bertandang makan malam di rumah kami. Emran merupakan rakan sekerja abang di UPM..seminggu lagi pulanglah beliau ke tanahair. Selamat jalan, sampaikan salam rindu untuk orang di Malaysia!

4 comments:

Cecilyxiong said...

Come quickly Many sexy girlin you,Make friends with the most beautiful girl

Rozie said...

sapa pulak nih?

Eny said...

sapa tu, kak? hehehe...
siap... come quickly etc.. tu

hmm.. sedapnya menu.. lapar lah pulak saya kat office ni.

kat mana2, parts of the world ni.. selagi boleh tolong, kita tolong kak. you know yourself.

btw, kalau business nasi lemak tu.. pricing mcm mana ek?

all the best to you!

and... hello 2 your new friend 'up there'. hahaha...

Rozie said...

kt sini sepinggan nasi lemak sama harga ngan harga nasi lemak kt KLIA...RM7, faham2 jer la ikan bilis naik flight!