CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 22 June 2008

Umpama Durian dan Pisang


kreta

Ingat tak kes kereta aku kena langgar lari satu ketika dahulu? masa tu kereta aku di langgar oleh seseorang. Dalam kes terbaru ni, belum pun cukup seminggu kami berada di bumi UK kami pulak di tuduh melanggar kereta orang lain tanpa bukti, Bukan sebarang kereta, tapi BMW cat metalik... tapi memang aku pasti Hubby aku tak lakukannya, sebab aku pun ada masa kejadian.
Selepas cuba berbincang mempertahankan kebenaran dan kedilan untuk kami dan memikirkan dari pelbagai sudut, akhirnya hubby mengalah. Kami terpaksa membayar gantirugi sebanyak 300Pound, terasa ralat kerana duit terbang begitu sahaja walaupun bukan kesalahan kami. Pemilik kereta tersebut adalah penghuni kejiranan kami.

Sudah tertulis sejak azali, mungkin bukan rezeki kami, aku pasrah... Hubby pun dah mula rasa tidak gembira tinggal di sini, kami akan berpindah, ya...berpindah lagi!!! memang berat hati nak meninggalkan tempat ini, tapi hubby dah rasa jauh hati...buat apa nak bertahan kalau hati dah tak tenteram,... Orang luar macam kami ini umpama buah pisang yang dikelilingi oleh buah-buah durian, dilanggar kami terkena terlanggar juga tetap terkena durinya...Betapa aku terasa kerdil di tempat orang...


2 comments:

Shekh Faisal said...

Apa bukti yang dia ada kata you yang langgar kereta dia? Ada tak orang lain yang boleh menjadi saksi? What if you tak bayar... apa yg dia kata dia nak buat? I don't believe dia akan dakwa ke mahkamah as the cost might be more expensive then fixing the car? Tapi tak per.. pasti ada hikmah disebaliknya.

Rozie said...

memang tak ada bukti ataupun saksi...kami tak mau melibatkan polis dalam hal ni kerana buat masa ni kami masih lagi menggunakan lesen memandu malaysia(dah expired pun)..