CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 5 June 2007

Al-Kisah

Al-kisahnya....aku ada seorang makcik, banyak-banyak makcik yang aku ada di sebelah ayah aku(adik ayah aku), makcik aku yang ini yang sentiasa berhubungan dengan aku...Dia ialah makcik peberet aku.....Entah ler, memang aku suka sangat kat dia! Makcik aku ni berkahwin dengan seorang lelaki AKA pakcik aku lah tu...Pakcik aku ni memang baik, pandai melayan anak-anak sedara sebelah makcik aku seadanya...dia memang cool orangnya, mudah tersenyum orangnya.
Aku ingat lagi masa zaman bebudak aku dulu, makcik dan pakcik aku ni rajin datang melawat kami sekeluarga di kampung ...ada saja buah tangan dibawanya untuk mak dan ayah aku serta ole-ole untuk kanak-kanak...biasanya gula-gulalah!!! Sebelum pakcik aku bagi gula-gula kat aku, aku kena baca sifir apa-apa jer yang aku tau baru boleh makan gula-gula....adehhh!!!

Al-kisahnya lagi....Tahun lepas, mereka berdua menunaikan ibadah haji di Mekah. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang telah dirancang, mereka pulang ke tanahair dengan selamat. Aku pula ketika itu selamat melahirkan Icha.....selepas 2 minggu usia Icha, makcik dan pakcik ku datang melawat kami sambil membawa bersama sourvinir dari mekah untuk Icha.

Al-kisahnya lagi...Setelah 45 hari usia Icha, Makcikku menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika usianya 50an secara tiba-tiba selepas sehari koma kerana serangan jantung di Hospital Selayang. Semasa beliau sedang koma, aku sempat menjengah beliau buat kali terakhir dan sempat jua aku mengucup dahinya....arghhhh, aku benar-benar simpati dengan pakcikku dan dua orang anaknya. innalillah......

Pejam celik,pejam celik...kini usia Icha dah pun menjangkau 1 tahun 4 bulan, bermakna sudah 1 tahun 5 bulan makcikku meninggalkan kami semua.....

Sabtu lepas aku telefon mak di Malaysia.....

Al-kisahnya....aku dapat tau dari mak ,Hari sabtu lepas merupakan satu lagi hari bersejarah pakcik aku...beliau dah menamatkan zaman dudanya dengan gadis Johor yang hampir seusia denganku! Khabarnya majlis sebelah pakcikku akan diadakan secara besar-besaran di rumah pakcikku esok (sabtu) iaitu rumah yang menyimpan banyak kenangan di antara arwah makcik dan pakcikku....

Ramai suara-suara yang membangkang perkahwinan itu, ....Aku termenung seketika, entah kenapa tiba-tiba aku cuba mengingat kembali wajah-wajah arwah makcikku!!!

Namun, aku akur...pada aku biarlah dia berbahagia...Besar pahalanya mendirikan masjid!!!buat apa lah nak tolong rebutkan untuk orang yang telah tiada...yang pergi, biarlah dia pergi dengan aman....

***Notaku: Masih terbayang-bayang wajahnya diingatan, masih sukar untuk menerima
hakikat ketiadaannya... Al-fatihah!!!

~Selamat Pengantin Baru untuk Pak Lah!

8 comments:

Eny said...

Al-kisah...

dah lama tak 'comment' kat sini...
harap semua sihat. takdir kan kak Rozie. nanti sambung lagi.

take care!

butaseni said...

awak ni anak sedare Datin Sri Hendon ke?
hehehehe

miss_tree said...

Good morning, Kak Rozie..
Aduh...sayunya baca entry ni di pagi hari..
Sedih~
Tapi itu lah, life must go on kan?
Kita kena lah doakan dia bahagia.

Saya pulak ada kawan yang kahwin suami orang.
Semua menentang, sampai skrg family dia tak boleh accept suami dia tu.
And we all as friends, mmg frustrated.
Tp nak buat mcm mana..?
Now ni, just hope for the best lah for her.

Same goes to Kak Rozie punya pakcik.
Take care, sis!!

Rozie said...

eny...
hang pi mana? lama x timbui2?

Buta seni...

alkisahnya,
* arwah makcikku sakit jantung...arwah endon sakit kanser
* arwah makcikku meninggal kt hosp. selayang jer...arwah Endon meninggal kt Putrajaya
*Pakcik aku kawin ngan anak dara...Paklah kawin ngan mak janda

ermmmm, rasanya dah terjawab!

miss tree....
jodoh ajal dan maut di tangan yang maha esa...adakalanya kira kena akur dah pasrah!!

butaseni said...

wooaaaaaaaaaaaa respect gile kat pakcik luuuuu hahahaha.
lagi terror pada paklah

Izariza said...

Salam rozie,

Syukurlah kiranya pakcik dah ada pengganti ek.

Moga kekal selamanya.

NezJoe said...

Ajal maut, jodoh kawin semua itu ditentukan oleh Allah.

amin

:D

butaseni said...

salam cik puan,
expressionism dah siap!!