mmmm...Happy, Itu sahaja yang dapatku katakan apabila urusan jual beli itu selesai antara aku dengan salesman itu, kini aku sudah memiliki satu set mixer yang telah lama menjadi pujaan hati. Abang jeling semacam, aku buat derrrk..."lepas ni bertambahlah satu lagi koleksi bersarang labah-labah kt rumah kita"..kata abang yang cuba nak perli aku. Tapi, aku buat pekak jer. Hajat aku yang satu ini sudahpun tertunai. Itu semua cerita hari Ahad lepas.
hehehh...mixer idaman konon!
Tup...tup..lebih kurang pukul 7.30pm tiba-tiba black out!! seluruh Tinsley 'gulap-gulita', Aisey...tak jadi ker projek kek aku ni?. Tunggu,tunggu,tunggu....pukul 9.00pm keadaan pulih seperti biasa, tanpa berlengah-lengah aku terus 'on' Kenwood mixer ku...
Aku selesai membuat adunan jam 9.30am...masa untuk mengukus selama 2jam.
Selepas hampir 2jam, seluruh rumah dipenuhi dengan haruman kek buah. mmm kek aku dah pun masak...tak sabar nak tengok macam mana ler rupanya!...Taaadaaaaaa......inilah hasilnya
sedap....tidak terlalu manis, sesuai di makan ketika minum petang...next time boleh cuba lagi.
1 comments:
wahhh..dah dapat idaman kalbu, patutlah ada bau sedap singgah di dapur rumah aida rupa2nya Rozi buat kek..heheheh.
aida
Post a Comment