CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 17 March 2007

Laporan Terkini, Berita Sensasi

Sana sini sekitar temasya sukan...frust betul aku, dalam kesibukan berniaga aku mengharapkan abang dapat merakamkan gambar kenangan. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, tak tau kenapa pulak semua gambar-gambar yang terakam blurr...ada ler tersalah tekan kt mana-mana kot. Anyway...blur pun blur la yang penting aku tetap nak kongsi di sini!!!

Setengah jam sebelum berangkat ke Komplek sukan, sempat lagi goreng karipap.
Aku lah tu, sedang sibuk menyusun makanan yang akan di jual
Jiran kami, sluuurrrp...gerai sate di sebelah gerai kami. Saingan hebat!!
Aku dan Aida..." mari-mari nasi lemak ada, nasi kerabu ada, mee kari ada, laksa johor ada...kuih-kuih pun ada, murah-murah!!!"
* tak banyak gambar yang dapat dirakamkan, masing-masing sibuk...terasa masa sangat pantas berlalu ketika itu

2 comments:

lynnn-surrey said...

nampak makin slim plak kak rozie..keje kuat ye? wah laris betul jualan akak..

Rozie said...

slim ker? kami berdua turun 5 kilo since datang sini