CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 23 September 2009

Misscariage

Semalam... baby dalam kandungan aku dah di sahkan tak ada lagi, degup jantungnya dah terhenti sejak 4 minggu lepas..Aku pasrah dengan ketentuannya, insyallah selepas ini mudah-mudahan ada lagi yang terbaik untuk aku...

Ketika itu...Sejak kehadirannya dalam rahim aku, rezeki kami sekeluarga melimpah-limpah...aku sangat bersyukur dan yakin rezeki yang kami dapat dari allah itu adalah untuk baby yang bakal lahir...

Rabu lepas(3 hari sebelum 1 Syawal) aku mula bleeding, sedikit demi sedikit...dan berterusan hingga hari Isnin minggu yang seterusnya...semakin hari semakin banyak...Aku cuba call doktor dan midwife bertanyakan hal ini...mereka cuma berpendapat kadangkala perkara ini biasa berlaku kepada ibu-ibu mengandung...Walaupun risau tapi aku rasa lega sedikit.

Selasa...

Aku risau, sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi..aku mimpikan aku menadah ketulan darah beku yang keluar dari rahim ku... di atas darah beku tersebut ada seorang bayi yang sangat kecil dan sangat nipis kulitnya sedang menguit dan mengeliat manja...

Bila bangun dari tidur, aku mula rasa tak sedap hati..

Semalam(Rabu)..

Aku ada Appointment hospital pukul 2pm,..

Pagi tu aku walk in ke GP, risau sangat!
Di GP aku berjumpa dengan midwife, jawapan yang sama aku terima..."kadang-kadang bleeding adalah perkara biasa"..Midwife cuba cari denyutan jantung bb, tapi tak berjaya...katanya terlalu kecil, sukar nak dapatkan denyutan jantungnya kecuali dengan ultrasound...

Harapan aku masa tu cuma bergantung kepada appointment hospital untuk memastikan keadaan bb dalam kandungan...

Pukul 2pm, kami dah ada di Hospital, scan kali pertama ni kami sekeluarga agak excited...anak-anak pun tak sabar nak tengok...

Tapi, kami dapat berita yang kurang baik..
bb dah pergi tak kembali,
dengutan jantungnya dah tak ada sejak berusia 9 minggu lagi...
Usia kandungan aku sepatutnya 13minggu,
Dia dah pergi 4 minggu lepas.
Tanda-tanda bleeding yang keluar cuma untuk tunjukkan pada kami bahawa dia dah pergi...
Ryan menangis tersedu-sedu ketika jururawat memberitahu berita sedih itu,
diikuti dengan Icha yang yang berulangkali cakap "nak baby sekarang"...

Sedih rasa hati, kami mengharapkannya...tapi rezeki itu bukan untuk kami. Allah berkehendakkan yang terbaik untuk kami sekeluarga...
Dia cuma singgah seketika sahaja di rahim aku...
dan pergi ketika rasa kasih dan sayang kami sekeluarga mula mengalir padanya...

Semoga anakanda gembira di sana...

Aminnn...

5 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

takziah..sabar ye..

ana itu saya said...

salam zie...
ye ke..sdih saya dngar berita ni..smoga zie dan suami tabah dgn tetentuanNya..sesunggahnya hanya Dia saja yg tahu apa yg terbaik buat hambaNya..insyaallah ada rzki lagi dikmudian hari..sabar ye zie..

azah said...

salam rozie..sedihnya..apa2 pun harap rozie dan keluarga bersabar..mungkin ada hikmah disebaliknya..

IrinaSairah said...

sabar yer kak...
saya takleh dengar or baca citer tentang 'kehilangan' ni..mesti cepat jer nak mengalir air mata ni..

Zakiyah said...

salam k rozie.
takziah atas kehilangan.semoga ada hikmah disebaliknya.sedih pulak bila baca part dlm ketul2 darah tu dah ada terbentuk jari kaki dan tangan.x boleh imagine mcm mana kalau saya yg mengalami mcm tu.sgt sedih rasanya.semoga ada rezki lain selepas ni.

-salam takziah dr malaysia-