26 disember, pagi-pagi lagi aku sudah bangun menyiapkan sarapan dan bekalan untuk kami ke Factory outlet di Junction 28, M1. Seronoknya aku bukan kepalang, ini lah kali pertama kami berjalan jauh sedikit dari Sheffield semenjak aku sekeluarga berhijrah ke sini. Mengikut perbualan teman-teman, Boxing day adalah antara hari yang paling ditunggu-tunggu oleh siapa selain daripada january sale...adakalanya di luar jangkaan dan sukar dipercayaai.
Kami sampai ketempat yang dituju sekitar pukul 10.30am setelah mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam...tidak seperti yang ku harapkan, tidak banyak sale pada hari itu. Factory outletnya pun tidak sehebat yang terdapat di sebelah selatan England. Tak mengapa! dapat juga aku sehelai jaket dan seluar jeans Next berharga 6 dan1 pound, itu pun dah cukup murah!
Tuesday, 26 December 2006
Boxing Day
Posted by Rozie at 16:28 0 comments
Friday, 22 December 2006
Lagi Cerita Winter
Tapi..tika disaat ini aku mula berubah mood... aku rasa malas nak ke Rotherham dalam keadaan cuaca yang sejuk sebegini tambahan pula tempat membeli belah di Rotherham semuanya Outdoor, aku rasa biarlah abang pergi menemani Fauzi sahaja..Fauzi seorang teman yang datang ke sini untuk menghadiri short course selama 6 bulan,seminggu dua lagi dia akan pulang terus ke Malaysia pasti Fauzi nak membeli sesuatu untuk keluarganya. Nanti bila ke Altercliffe dan Meadowhall aku akan ikut.
Cuaca pun dah semakin sejuk, setiap pagi kereta diselaputi dengan ais. Adakalanya bekalan air masak yang ku simpan di dalam kereta beku menjadi ais. Mengikut ramalan cuaca, hari ini mungkin ada snow...kita tunggu dan lihat!
Posted by Rozie at 21:19 0 comments
Asam Garam Kehidupan
Jam dah menunjukkan pukul 4.30am, entah kenapa hari ini aku tersedar lebih awal daripada biasa, pukul 3.30am aku sudah terkebil-kebil....mungkin kerana keletihan membuat berbagai kerja semalam, mungkin kerana kesejukan atau mungkin kerana Rissa?, seribu macam kemungkinan.
Dalam keadaan yang sunyi sebegini macam-macam perkara yang terlintas difikiranku, teringat aku pada kejadian sehari sebelum semalam....aku dan Aida bercadang membuat karipap pada pagi khamis yang lalu,selepas berbincang kami putuskan untuk membahagi tugas untuk dibuat di rumah sebelum perjumpaan itu untuk memendekkan masa perjumpaan kami agar lebih cepat dapat menyiapkan karipap, aku menyiapkan inti karipap manakala Aida akan menguli tepung lagipun aku tak berapa biasa menguli tepung untuk karipap biasa aku lebih senang membuat karipap gulung; berlagak.
Biarkan saja, tunggu dan lihat....macam-macam yang aku rasa di dalam hati geram, marah,keliru, suka pun ada kerana malam itu aku ada tamu akan bertandang bukanlah siapa-siapa cuma keluarga Abang Rosli yang sama-sama berkerja sambilan dengan abang , selain dari pada itu abang menjemput Zakaria sebuah famili yang baru seminggu sampai di Sheffield walaubagaimanapun aku perlu mengediakan juadah makan malam untuk menjamu mereka.
Posted by Rozie at 20:26 2 comments
Tuesday, 19 December 2006
Autumn berlalu, Winter mula menjengah
Suasana agak memboringkan hari ini...tiada apa yang menarik untukku ceritakan, cuaca di luar begitu dingin. Pokok - pokok pun sudah bogel tidak berdaun gara-gara Autumn...kini, suhu sudah mencecah 1 darjah celcius, mungkin akan mencecah negatif 4 atau negatif 5 tidak lama lagi..ketika itu mungkin snow akan turun...,kalau diikutkan hati mahu saja aku duduk bertapa di dalam Duvet dan berlingkar di atas katil.
Seperti telahanku, rancangan abang ke York hujung minggu lepas tidak menjadi..memang aku kecewa! "kita pergi selepas krismas..semasa boxing day, pasti banyak sale.." abang cuba memujuk. Itupun aku tak pasti menjadi atau tidak, aku tidak mengharap lagi kali ini. Lagipun cuaca sudah semakin sejuk, aku pun sudah semakin malas hendak keluar rumah.
Selesai membalas email untuk Gaban, aku menghabiskan masa menonton Buletin Utama menerusi syok TV.net...arhhh tiada cerita yang menarik untukku tonton lagipun Rissa sudah mula merengek-rengek tak keruan, mengantuk agaknya.
Bercakap tentang Gaban, teringat aku kenangan-kenangan lampau ketika aku di Uitm Shah Alam. Nama sebenarnya Syafiza tapi aku tak pasti gelaran Gaban itu muncul semenjak bila, mungkin semasa Minggu Orientasi di school...entahlah, kalau ada masa kau ceritakanlah pada aku ye Gaban!
Selain daripada gaban...Bie,Leny, Kak Mah, Liza,ja adalah antara sahabat yang akrab denganku malah kami masih berhubung sehingga sekarang tapi gaban seorang sahaja yang rajin berbalas email dengan aku, mungkin kerana kerjanya sepanjang hari di hadapan komputer; yang lain...lebih suka menggunakan telefon dan SMS, ye lah masing-masing sibuk maklumlah selain mempunyai kerjaya, masing-masing sudah mejadi ibu. Oh ya !aku baru sahaja mendapat berkhabaran gembira daripada Ja yang telah selamat melahirkan anak yang ke tiga dua hari yang lalu, baby boy lagi...tahniah untuk Along dan Ja!!
Rissa semakin meragam...izinkan aku permisi
Posted by Rozie at 04:33 0 comments
Daerah kenangan
Kenangan manis suatu ketika dahulu...aku pasti akan kembali menjenguk daerah-daerah yang pernah kulawati dahulu, kali ini pastinya bersama-sama Rissa
Gambar abang, ketika kami ke Disneyland...Paris
Gambar keluarga ketika di Eifal Tower, Paris
Posted by Rozie at 04:11 0 comments
Sunday, 17 December 2006
Suatu Ketika Dulu...Snow
Kenangan ketika kami di Egham, Surrey...2001-2002
Ryan ketika di hadapan rumah
Kami di hadapan Univercity of Royal Holloway, ketika snow turun..
Aku dan Ryan di hadapan rumah kami ....Flat 1, Oak Lane C0ttage, TW20 0YU
Posted by Rozie at 17:08 0 comments
Saturday, 16 December 2006
Aku dan Rotherham
Rotherham merupakan sebuah pekan yang sederhana besar, mungkin sebesar pekan Kuala Pilah kalau di Malaysia tetapi lebih meriah dan lengkap serba serbinya...segala-galanya ada di situ, banyak bangunan-bangunan lama yang masih utuh . Seingat aku sepanjang tiga bulan aku di Sheffield, Rotherhamlah tempat kami berjalan-jalan pada hujung minggu malah Bandar Sheffield baruku lawat sekali. Aku senang dengan Rotherham kerana suasananya yang selamat untuk anak-anak,Pusat niaganya terkumpul dalam satu kawasan dan terasing daripada jalanraya yang sibuk.
Hari ini seperti minggu lepas , kami sekeluarga ke Rotherham lagi...alasan ku pada abang nak membeli bahan-bahan untuk membuat karipap, maklumlah esok lusa bisnes karipap frozen aku akan bermula...berdebar juga rasanya sebab selama ini ku tidak pernah ada pengalaman berniaga.
Suasana di Rotherham hari ini agak berbeza , alhamdulillah senang juga kami dapat kan parkir hari ini dan yang menyeronokkan lagi parkir kami cuma tiga langkah sahaja dari pintu masuk ke TESCO... Seperti yang aku jangkakan, keadaan di Rotherham sangat sibuk hari ini...orang ramai asyik membeli belah,maklumlah mereka akan merayakan hari Natal tak lama lagi,cuma tinggal 9 hari sahaja lagi bisikku.
Kami cuma berjalan mundar-mandir di kaki lima kedai,lagipun aku tidak ada sebarang tujuan untuk ke 'Town Centre' Rotherham...aku cuma menemani abang untuk membuat transaksi di 'Nation Wide', tujuanku ke sini cuma hendak membeli tepung di TESCO, selepas abang membuat transaksi kami singgah di 'British Heart Foundation'...sebuah kedai Charity. Kedai itu memang salah satu kedai favorite kami kerana barang-barangnya murah, maklumlah kedai second hand...sambil membeli kami menderma.
Banyak perkara yang memeranjatkan berlaku di Rotherham hari ini, sesekali kedengaran suara riuh rendah di kaki lima jalan dan ketawa kecil anak-anak kerana asyik bermain snow buatan manusia daripada buih sabun yang sengaja dipancutkan melalui corong getah elektrik di laluan siar kaki, cantik!!! memang cantik...terasa seperti 'real', Ryan pun tidak melepaskan peluang menangkap dan bermain dengan 'snow' manakala Rissa cuma memerhatikan saja dari dalam kereta sorongnya...lagipun Ryan mungkin dah lupa pengalaman bermain snow suatu ketika dulu semasa kami tinggal di Egham.
Selang beberapa minit kemudian Perarakan kereta Rusa bersama Santa Clause melalui kawasan tersebut, orang semakin ramai mengerumuni kawasan tersebut terutamanya kanak-kanak.Alamak!! aku terlupa membawa kamera....kesal rasanya, tapi tak mengapa...minggu depan pasti lagi meriah dan aku mesti datang lagi, aku cuba memujuk hati.
Posted by Rozie at 09:15 0 comments
Thursday, 14 December 2006
Pengalaman Berharga 2
Sepanjang berada di Sheffeild aku sentiasa sibuk tetapi aku puas kerana kesibukan yang aku maksudkan itu ialah sibuk menguruskan anak-anak, memasak,mengemas rumah dan pelbagai tugas sebagai suri rumah. Dulu semasa di Malaysia aku memang sibuk....sibuk dengan tuntutan kerja sehingga kadangkala aku tidak berkesempatan untuk melakukan semua kerja-kerja rumah . Betul kata seorang sahabatku apabila kita berada di perantauan barulah kita benar-benar mengenali keluarga kita.
Petang tadi aku ke rumah Aida untuk mengingatkan beliau tentang 'projek besar' yang kami dah rancang pada isnin depan,harap-harap menjadi. Karipap frozen...Aku dah lama rancangkannya tapi masih tak mampu memulakannya, nasib baik Aida menawarkan diri untuk turut serta dalam projek karipap frozen tersebut, kalau tidak jenuh juga aku sendiri. Semasa di rumah Aida, sempat juga aku meneguk nescafe. Aida.. orang Malaysia yang tinggal selang beberapa buah rumah di baris hadapan lorong rumah ku, Raby Street. Baik orangnya tambahan pula suaminya dan abang bekerja di bawah satu bumbung, UPM. Tapi, entahlah...aku masih kaku apabila bersama-sama orang Malaysia di Sheffield. Mungkin aku masih baru di daerah ini dan aku perlu masa untuk menyesuaikan diri, aku memang lambat mesra dengan sesiapa. Kadang kala ada juga yang melabelkan aku sombong, tapi aku peduli apa dengan kata orang...aku adalah aku,aku tidak boleh berubah dalam sekelip mata.
Pukul 8pm baru abang pulang berbeza dengan hari lain biasanya pukul 6.30pm dia sudah berada di depan pintu,melihat daripada riak wajahnya aku dapat meneka pasti ada sesuatu yang tak kena. Tidak sempat ku tanya, sebaik sahaja abang ke dapur dia sudah mengadu keletihan kerana trafik jam teruk sepanjang jalan tambahan pula dia 'tersesat jalan' gara-gara nak cari 'short cut' untuk cepat pulang ke rumah. Aku cuma mendengar tanpa sepatah kata, tanganku sibuk menyiapkan karipap...arhhh sakitnya bahu dan pinggang semenjak pukul 4.30pm tadi tak sudah-sudah membuat karipap, bisikku di dalam hati.....
Jam sudah menunjukkan pukul 12.07 am, aku pun dah mula mengantuk mungkin keletihan gara-gara membuat karipap petang tadi,izinkan aku masuk beradu... semoga esok lebih ceria daripada hari ini ....tapi arghhh !!tiba-tiba saja perut ku rasa memulas-mulas....
Posted by Rozie at 06:58 0 comments
Wednesday, 13 December 2006
Pengalaman Berharga

Sekarang, selepas aku melahirkan anak kedua kami sekali lagi ke tanah inggeris ini, tempat yang penuh dengan kenangan pahit dan manis. suatu ketika dulu.kami ke sini kali ini juga atas tuntutan kerja abang yang mengkehendaki abang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Phd.
aku, seperti biasa duduk sahaja di rumah mengasuh anak. Boring???memang memboringkan tapi demi kerana anak-anak aku akur jua. Ini lah peluang untuk aku mengasuh anak-anakku dengan tangan sendiri . Bukan semua orang mendapat peluang sebegini, sesekali aku perlu memujuk hati untuk menguatkan semangat. Tunggulah sedikit hari lagi, bila Rissa dah besar sedikit, aku teringin hendak berkerja semula untuk mencari duit poket sendiri dan boleh juga kukirim ke kampung untuk ayah dan bonda.
Kadangkala ,bila aku sendirian menemani Rissa di atas pangkuan, terimbau ingatan pada ayah dan bonda di kampung, aku terasa sedikit benar jasa yang aku taburkan kepada mereka. Aku selalu terfikir apakah pemberian aku selama ini kepada mereka mencukupi ? dan apakah ada tindak-tanduk aku selama ini melukakan hati mereka.?
Bila sudah berjauhan sebegini, terasa banyak benar perkara dan tanggungjawab yang masih belum aku laksanakan untuk ayah dan bonda. Tapi apakan daya aku tak mampu. Semoga ayah dan bonda sentiasa dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera, doakan kesejahteraan anakanda di sini. Jika dibuka jalan dan dilimpahkan rezeki oleh allah s.w.t akan aku kotakan niat dan janji yang telah lama ku pendam selama ini.
Posted by Rozie at 05:39 1 comments
Comelnyeeee
Posted by Rozie at 03:27 0 comments