Cerita dah lama...sebelum puasa lagi...
Ryan sibuk sangat nak paint muka sejak Open Day kat Tinsley Green lagi(hari Khamis)...masa tu aku memang nak serahkan dia ke kaunter face painting tu untuk di conteng, almaklum ler benda free boleh aje.Tapi, nasib tak menyebelahi dia ...rupa-rupanya sapa yang berminat kena dapatkan kupon yang AJK dah edarkan sejak awal-awal majlis tu lagi, kami pulak datang lewat..so tak merasa ler nak dapat kupon...muncung ler si Ryan tak dapat paint mukanya tu, balik dengan perasaan tak puas hati...
Pada hujung minggunya pulak(hari Ahad), Kami keluar ke ASDA untuk shopping barang dapur seperti biasa..Kebetulan pada hari tersebut, kat luar supermarket tu ada di buka kaunter face painting untuk kanak-kanak, kali ini free jugak...perghhh, senyum lebar si Ryan sebab ada chance nak paint muka dia memandangkan tak ramai yang mengerumuni kaunter tersebut. Aku pun berjanji lepas selesai beli barang kami akan bawa dia buat face painting kat luar ASDA.
Selesai beli barang, kami pun bawalah Ryan ke Kaunter face paint tu, tapi... alamak!!! kaunter dah tak ada, mat salleh yang jaga kaunter tu tengah sibuk-sibuk packing barang..kaunter dah di tutup! apa lagi, berjuraian ler air mata anak teruna aku penuh kehampaan...kesian pulak aku tengokkan dia, rasa bersalah pun ada. Mahu tak mahu aku pun berjanji untuk paint muka dia mengikut apa yang dia nak.
Balik daripada shopping , aku pun mula kan operasi guna water color...sib baik mak dia ni berbakat jugak...kihkihkih
Friday, 17 October 2008
Face Painting
Posted by Rozie at 14:52 0 comments
Monday, 13 October 2008
Salam Aidilfitri
Rasanya aku masih lagi berpeluang mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua saudara mara ,sahabat handai dan rakan taulan yang singgah ke teratak aku yang penuh bersawang ini, maaf zahir dan batin...Sibuknya aku memang tahap gaban bermula 1 ramadhan yang lalu hinggalah ke hari ini...mungkin lepas ni insyallah aku sudah ada banyak masa di sini.
Bermula malam raya yang lepas(isnin malam selasa) , di sini sibuk dengan tadbir raya dari rumah ke rumah oleh kaum bapa bermula pukul 9pm dan berlanjutan hingga ker pukul 3am barulah selesai 16 buah rumah..Awal pagi 1 syawal aku sibuk menyediakan tugasan yang di beri oleh tok penghulu iaitu menyediakan kuah lodeh untuk 50 orang makan..kemudiannya bersiap-siap pula ke PMC menghadiri solat Aidilfitri dan jamuan Raya untuk semua Masyarakat Melayu di Sheffield..
Keadaan agak haru biru di pagi raya tersebut(selasa) terutama kaum ibu macam aku, mana nak siapkan juadah hari raya..mana nak menyiapkan anak-anak dengan pakaian raya..tugasan ekstra tok penghulu, diri sendiri..tapi dalam keadaan lintang pukang akhirnya berjaya jugak aku selesaikan. Juadah aku pada hari raya pertama tersebut ialah...nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh,lemang perantau, rendang ayam, Nasi Tomato, Dalca daging dan Air Bandung campur. Tak ketinggalan kuih-kuih raya seperti Tat Nenas, Rempeyek, kuih gunting, choc chip cookies, marble cookies,dan beberapa jenis lagi...Tapi sayangnya tak sempat pulak nak bergambar
Hari sabtu yang lalu sekali lagi aku buat open house untuk kawan-kawan yang agak rapat dengan kami..Juadah kali ini pula Nasi Briyani Malaysia, Ayam masak merah, Jelatah, Laksa Utara(home made laksa beras), Kek Coklat, kek Oren dan Air Bandung Campur dan belen-belen kuih raya yang ada.
Sambutan Hari Raya di sini memang betul-betul meriah, tak ada masa aku nak bersedih-sedih dan bermenung-menung kenang nasib diri di rantauan nih..
Posted by Rozie at 09:47 1 comments
Monday, 1 September 2008
1st day Ramadhan 2 tahun yang lalu
Pada hari ini, dua tahun yang lalu buat pertama kalinya
aku menjejakkan kaki ke tanah Sheffield
dan buat kedua kali berada di UK...
Pada 1 ramadhan , 2 tahun yang lalu
Aku bersahur di awan biru di atas pesawat MAS Boeng 747
Pada 1 ramadhan ,2 tahun yang lalu..
aku seperti orang asing di bumi Sheffield tak punya apa-apa..
kenangan mengusik jiwa....
Posted by Rozie at 08:54 1 comments
Thursday, 28 August 2008
Ramadhan Al-Mubarak
Ramadhan datang lagi...di kesempatan ini saya memohon maaf sekiranya ada bicara yang meninggung perasaan pengunjung-pengunjung blog ini sama ada disengajakan mahupun tidak sengaja...
aku terima lanjutan email di bawah daripada kawan-kawan..banyak yang kita boleh ambil sebagai panduan....
Salam Syaaban - Ramadhan buat semua,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya terutama makan dan minum.
Saya juga telah memaafkan kalian dan telah menghalalkan segalanya.
Didoakan agar kalian mendapat 'puasa mabrur' bermula tahun ini dan selamanya.
Nak tunggu kad raya baru nak bermaafan takut terlambat…..bermaafan hendaklah dilakukan setiap detik sesama manusia lebih-lebih lagi dengan Allah Taala.
Amin….
SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK
Bismillahirohmannirrohim.
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikindan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dlmnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)Kelebihan Bulan Ramadhan
Kelebihan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dr siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelumberbuka puasa.- juga doa pada sepertiga malam.
10) 10hari pertama mulanya rahmat, 10hari kedua,pengampunan dan 10hari terakhir, bebas dar iapi neraka.
Amalan2 di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dpt bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pd malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramall solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah dimasjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah - Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi org yg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran
Posted by Rozie at 12:25 0 comments
Sunday, 24 August 2008
Grave Park@ Animal Farm
Cuti sekolah(summer holiday) dah nak sampai ke penghujung, tinggal seminggu dua sahaja lagi..Kesian pulak dengan anak-anak tak kemana-mana sepanjang cuti sekolah, so hb bawa kami jalan-jalan ke Grave Park & animal farm...anak-anak seronok, tengok binatang farm free jer tak ada bayaran masuk.
Posted by Rozie at 07:11 0 comments
Friday, 22 August 2008
Bila dua sahabat bertemu
Hari ini Icha dan Yaya berpeluang main sama-sama...Pukul 1.45pm papa Yaya hantar Yaya ke Rumah Icha sementara papa Yaya nak ke Masjid bersolat Jumaat. Dapatlah 2 orang kanak-kanak riang ni bermain sama-sama,tengok CBeebies sama-sama, makan sama-sama, minum sama-sama..gaduh pun sama-sama(tapi gaduh sikit aja kan, berebut Barbie Doll jer).. Good girls sangat-sangat 2 kanak-kanak riang nih!!,
Cukup time papa Yaya datang nak ambil Yaya dalam pukul 2.30pm tapi Yaya keraskan badan tak mau pulang. Terpaksa papa Yaya biarkan Yaya main lagi di rumah Icha ..seronok sungguh tengok dia orang...tengok teletubbies sama-sama, main di backyard sama-sama, naik basikal sama-sama tolak stroller baby sama-sama...pas tu nak main baling-baling batu pulak, mama Icha tak bagi!!! sambung pulak main di dalam rumah...
Papa Yaya datang lagi pukul 4pm..nak tak nak Yaya kena pulang sebab papa Yaya dah nak pegi kerja, nak kena hantar Yaya ke bb sitter.. Icha nangis semahu-mahunya kerana nak ikut . tak apalah Icha, next time Yaya datang lagi main ngan Icha key...
Posted by Rozie at 09:45 1 comments
Thursday, 21 August 2008
Keliru
Sukar benar nak melelapkan mata
saat ini aku keliru...
diantara kawan dan lawan..
mereka-mereka itu menunggu mangsa..
silap tutur kata badan binasa..
sejengkal jadi sedepa..
setapak jadi semeter...
sebesar biji saga...
jadi buah nangka...
kita bersengketa...
mereka bersorak gembira...
Aku jadi benci!!
benci dengan mereka...
Jauhkanlah aku dari mereka yang durjana...
Biarkanlah aku dengan duniaku...
Jangan kau ganggu!!!
Posted by Rozie at 17:08 4 comments
