Tinggal sebulan jer lagi aku akan berpindah rumah..seronok pun ada, sedih pun ada!!!
Seronok ~
Sebab pindah ke rumah yang lebih besar dan agak selesa untuk kami anak beranak,
sewa pun murah, landlord pulak orang Malaysia.
Sedih ~
Sebab tinggal jauh ler sikit daripada kawan-kawan especially dah tak berjiran dengan
Kakpah lagi, tak dapat ler nak bertukar-tukar juadah hasil eksperiment kami
berdua dan tolak push chair sama-sama pergi amik anak pulang dari sekolah...I'm
gonna miss it!!!!
Friday, 2 November 2007
1 Bulan Lagi
Posted by Rozie at 05:29 10 comments
Wednesday, 31 October 2007
Trick or Treat
Hari ni Rakyat England merayakan Halloween, Jam menunjukkan pukul 8.01pm... aku berdua jer dengan Icha di rumah. Ryan dengan papanya pi stadium menonton bolasepak Sheffield vs Arsenal.
Aku memang tak amik pot langsung pasal menatang Halloween ni, aku leka buat kuih Lapis Pandan di dapur tadi...rumah aku di ketuk berkali2, aku tau bebudak yang ketuk pintu rumah sebab aku dengar depa ketawa2. aku buat derkkk jer, malas nak layan...dalam hati aku " amende la bebudak ni ketuk pintu rumah org malam2, tak cukup ker main siang2 tadi!!!", kalau Ryan ada kat rumah pun aku memang tak kasi dia main malam-mlam ni...!!!
Masa nak sign in Tinta Azimat, aku dengar bebudak terpekik terlolong macam orang buang tebiat kat luar...aku mula la hot, sebab kacau Icha tidur. Intai-intai kat tingkap, berkeliaran bebudak(saiz mak/bapak budak pun ada) dengan kostum hantu masing mengetuk pintu rumah orang cari mangsa nak menakutkan orang dengan slogan ~ Trick or Treat......kuuuussss semangat, nasib baik aku tak bukak pintu tadi....dah ler berdua jer ngan Icha malam ni!!!!
tapi aku Okey!!!! maintain BERANI gitu....kehkehkeh.
Halloween ~ Secara ringkasnya(kalau salah tulun betulkan ekksss) berasal daripada Amerika, Kisah-kisah hantu yang menakutkan sengaja di hebah-hebahkan oleh ahli gereja untuk golongan yang tak percayakan/tidak takutkan tuhan suatu ktika dahulu ...tapi yang kelakarnya kini menjadi satu perayaan untuk mereka berseronok-seronok!!!! boleh gitu???
Posted by Rozie at 12:59 5 comments
Monday, 29 October 2007
Waktu

Semalam, waktu Greenwich mengundur sejam kebelakang...maknanya beza waktu di antara UK dengan Malaysia sekarang dah jadi 8 jam. Mula-mula aku sampai UK pada tahun 2000, memang aku rasa pelik ...garu garu kepala!!!!!
Nanti bila dah nak masuk summer, jam akan sekali lagi di ubah, kali ini akan di cepatkan sejam pulak.
Masyarakat kat sini dah biasa,dia orang tahu bila akan tukar waktu...biasanya bab-bab tukar waktu ini akan jatuh pada hari minggu sebab senang nak adjust time tidur, Orang malaysia saja yang kadang- kadang terlupa.
Kes terlewat atau terawal datang kerja/kelas time-time macam ni memang selalu terjadi!!
Nasib baik kes macam ni tak pernah terjadi kat aku... Tapi, ada satu insiden 1st Ramadhan tahun 2000..Satu UK berpuasa pada hari tersebut, tapi kami satu rumah tak puasa kes tak tahu....kuikikui!!!!
Posted by Rozie at 00:40 5 comments
Tuesday, 23 October 2007
Rumah terbuka (((lagi)))
Sudah masuk minggu kedua berhari raya, kami di sini masih sibuk melayan jemputan rumah terbuka sana sini...maklum ler raya kan sebulan, kehkehkehkeh!!
Bulan ni memang penat...penat berjalan, penat masak, penat makan dan penat juga nak penguruskan berat badan...haaaa, padan muka, sapa suruh makan banyak-banyak!!!!!
Tapi kena jaga juga hati tuan rumah,sekurang-kurangnya kena lah jamah sikit kesian kat dia depa ada yang sampai tak tidur nak menyiapkan juadah rumah terbuka masing-masing...
Hari Ahad lepas aku pun masak-masak juga ala-ala rumah terbuka (((gila kuasa ker?))), tak ler grand...tapi standby sikit-sikit jer kot-kot ada tetamu yang akan singgah rumah aku, ada jugak kawan kawan rapat yang belum sampai ke rumah aku minggu lepas yang aku jemput...
Alhamdulillah, ramai juga yang hadir!!!
Posted by Rozie at 02:05 5 comments
Tuesday, 16 October 2007
Warna -warni Aidilfitri~ Rumah terbuka
Aku buat rumah terbuka pada Hari Raya ke dua (sabtu,2 syawal), tak der la terbuka sangat...cuma panggil kawan-kawan rapat, namun kami berbesar hati menerima siapa-siapa sahaja..Almaklum ler, terlanjur dah masak tu...mai ler ramai-ramai!!! kalau datang hari lain, faham-faham jer la...terpaksa la jamu biskut kering jer...heheheheh..!!!
Hidangan special hari tersebut..Nasi Impit, Kuah kacang, kuah lodeh, spagethi dan rendang ayam...Selain daripada tu aku ada juga buat biskut raya (9 jenis) dan 4 jenis kek...
Dalam kesibukan tu tak sempat nak beraya betul-betul ke rumah Kakpah...
Hari Raya ketiga, giliran kami raya sakan...pun tak sempat nak berposing sangat...Hari tersebut kami pusing sampai 9 buah rumah..
Posted by Rozie at 14:34 10 comments
Monday, 15 October 2007
Suasana di Aidilfitri
Menjelang Syawal aku buat persiapan seperti biasa macam ibu-ibu yang lain...tahun ni aku agak excited sikit nak sambut raya kerana semua perkara dalam rumah , aku dan abang uruskan sendiri...aku yakin banget raya jatuh pada hari sabtu, lagipun masa aku telefon mak aku di Malaysia mak aku kata Malaysia raya hari sabtu...
Di malam jumaat yang syahdu selepas berbuka puasa, aku dapat panggilan telefon dari seorang teman..."wei Rozie, esok raya arr"!!!!
terkejut beruk aku!!! memang la terkejut sebab stok barang-barang nak masak untuk juadah hari raya semua belum settle lagi, serai yang nak buat rendang pun masih ada di kedai lagi....huhuhuhu!!
Kesimpulannya Hari Raya pertama aku tak masak apa-apa pun yang special...Awal pagi lagi aku telefon family di Malaysia aku, mintak restu dan bermaafan.Aku kira aku kuat, tapi tak sangka berjuraian juga air mata bila bercakap dengan mak untuk mintak maaf....waaaaa.
Lepas tu aku dan family bersiap-siap ke PMC(Pakistan Muslim Centre) tempat orang Malaysia menyewa untuk sembahyang Hari Raya. Lepas Tadbir,solat aidilfitri dan khutbah kami menikmati jamuan ala kadar.Juadah di PMC hari itu ialah Nasi Impit bersama kuah kacang serta beberapa juadah sampingan yang lain....
Keesokkan harinya baru lah aku buka rumah untuk semua kawan-kawan kami...Letih juga tapi memang seronok, ini ialah kali kedua aku meraikan Aidilfitri di bumi Sheffield...Kami buka rumah sampai hampir pukul 1am...Terima kasih kepada rakan taulan yang hadir pada hari tersebut termasuk rakan-rakan satu fakulti abang~ Red dan suami serta Sung Yi dan suami..
Hari raya ketiga baru lah kami berpeluang menziarahi kawan-kawan..kami sempat pergi 9 buah rumah...Letih dan kekenyangan!!! Pukul 8.30pm kami pulang ke rumah, aku masak nasi putih dan telur mata kerbau..(hampir 2 hari tak jumpa nasi putih...windu!!!!)
Posted by Rozie at 10:16 1 comments
