Kereta oh kereta...kami memang minat bab kereta nih, dulu aku tak reti langsung kalau cerita bab kereta. Sejak kawin dengan Inchik hubby baru ler reti sikit-sikit. Dulu masa zaman belum kawin huruf pada plat kereta mewakili negeri pun haku blur, teruk sungguh aku ni kan...Zaman tu aku sibuk dengan dunia aku sendiri...
Sejak dah kawin dengan Inchik hubby ni aku dah mula ada kereta idaman..kihkihkih, tapi tak tau ler bila aku akan dapat. Kalau setakat kudrat aku sorang mungkin 10 tahun lagi baru mampu milikinya,boleh kalau nak beli tapi tiap hari aku kena makan pasir sebab nak tanggung ansuran bulanan kannn..sapa sanggup! Lainlah dengan Bantuan Inchik Hb...muahahahahah!!
Nampaknya aku kena pujuk lebih-lebih skit Incik hb atau picit-picit mana yang patut nak lembutkan hati dia kannn..ekekeke. Tapi Incik hb ada kereta idaman dia sendiri pulak(ada chance ke haku?)..Ryan ada kereta idamannya sendiri even Icha pun ada kereta idamannya sendiri...
Tapi kami kena bertahan dulu selagi hb belum habiskan pengajiannya tak boleh cerita sangat pasal kereta idaman. Duduk kat sini kehidupan serba serbi sederhana,.cukup makanan, tempat tinggal dan pakaian aku dah cukup bersyukur...
Anyway mari ler layan gambar kat bawah...
tak dapat kereta, tengok gambar pun jadilah...ahaksksss
Monday, 24 November 2008
Kereta Idaman
Posted by Rozie at 09:18 5 comments
Happy Birthday ,Hubby
Dah 12 hari berlalu baru nak cerita kat sini, kirkirkir...
Birthday hb yang ke "xx",pada 12Nov yang lalu bersamaan hari Rabu.
Sambutan sederhana sahaja untuk kami sekeluarga pada hari tersebut. Masak pun biasa-biasa sahaja, konon-kononnya ala-ala Restoran Kelantan seperti Tom yam, Ayam goreng kunyit dan telur dadar..Menu yang selalu kami order kalau ke restoran Kelantan.
Weekend nya pulak hubby belanja makan kat Restoran Yamen..sedap!! thanks hb nnti belanja lagi tau..
Aku ambil kesempatan nak ucapkan Happy Birthday untuk hb kat sini, semoga kita lebih rapat kepada allah,semoga hb dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk kita, sihat selalu dan dilapangkan fikiran untuk melalui perjalanan research mu...
Kami sentiasa menyokong. Kejayaan hb kejayaan kita bersama.
** anak-anak pun nak join skali suka-suki tiup lilin...
Tak ada hadiah istimewa yang mampu aku berikan untuk hb selain sebiji kek air tangan aku sendiri dan Kasih sayang yang tak berbelah bagi untuk keluarga kita....
** masa menunggu birthday boy pulang dari school...sumer dah siap, cuma tunggu birthday boy jer nih..
Posted by Rozie at 03:24 3 comments
Sambungan~ Eden Project, , Cornwall
Nak sambung cerita haritu...
Last day sebelum berangkat pulang ke Sheffield kami singgah ker Eden Project. Kena drive 1 jam lebih gak dari tempat penginapan kami. Kat sini memang aku suka giller dan anak anak pun enjoy. Eden project ni adalah satu tempat kajian sains tumbuhan ler, kalau kat Malaysia ala-ala Bukit Cherakah gitu. Besar giller, puas jugak kami anak beranak berjalan. Keluasan Eden Project ni kira-kira 1 kilometre dan tingginya 60 meter. Terdiri daripada beberapa "Biome" atau habitat tumbuhan. Mula dibina pada tahun 1998 dan dibuka untuk pengunjung sejak tahun 2001.
Biome yang paling kiri tu untuk habitat Rain forest dan yang kanan untuk habitat Mediterranian. Kat tengah-tengah antara biomes tu tempat visitor lepak-lepak sambil makan , toilet dan sourvenir.Mula-mula sekali , ofcourse kami ke Biome Rain Forest..masuk jer kat kawasan tu fulamak, memang hiba beb!!! terus bau Malaysia, suhu kat dalam tu ala-ala Malaysia, jaket tebal yang kami pakai mula dibuka satu persatu, panas sampai berpeluh..yang paling kami rindu skali bau tanahnya betul-betul macam kat Malaysia seperti bau selepas hujan.
Dengar jugak ada orang kata tanah kat dalam ni pun di bawa khas dari Malaysia. Ada air terjun, ada rumah kampung Malaysia,kain batik yang tersidai di ampaian,kapcai dan basikal tua yang tersandar di bawah pokok jambu...Pokok pinang,nenas, padi, pisang, cili, serai, kunyit dan macam-macam lagi di tanam di dalam Biome tu..adusss tiba-tiba aku jadi homesick!

Posted by Rozie at 02:00 0 comments
Tuesday, 4 November 2008
Cornwall~ Land's End, Newquay dan Eden Project
Bercuti bersama Keluarga..Pada awalnya kami rancang untuk bercuti sekeluarga sahaja, maklumlah Lone Ranger! tapi secara kebetulan sahabat kami dari Birmingham nak ikut sama. Memang dah rezeki mereka kebetulan Caravan tempat kami menginap tu masih ada kekosongan. Jadi kami ke Cornwall konvoi 3 kereta, Satu family lagi yang join kami ialah Saiful Azhar kawan merangkap Jiran Saiful Tan.
Sehari sebelum ke Cornwall kami menginap di rumah sahabat kami Saiful Tan untuk memudahkan kami keesokkan harinya konvoi bersama-sama.er
**Gambar paling atas, Breakfast bersama Syarifah(panggil Ipah jer)..Isteri Saiful. Breakfast Beehoon Goreng ini di taja oleh Saiful Tan, Sedap! ramuan rahsianya menggunakan minyak Chili yang di beli di oreantal shop...ermmm nnti bolehlah aku cuba pulak.Mereka ni dah 13 tahun di Birm dan dah pun mendapat PR disini. Pasangan suami isteri ni berkerja dengan Goverment , Saiful di Council office manakala Syarifah di Warwick University sebagai Arkitek. Sayangnya aku tak sempat nak bergambar dengan mereka sekeluarga. Gambar bawah tu Icha bersama anak bongsu Ipah yang bernama Sofia.
30 oct 2008, kami sampai ke Lokasi penginapan kami di Haven Caravan, Perran Sand ketika hari sudah gelap, +- pukul 7pm.Perjalanan dari Birm mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai. Sempat jugak tersesat-sesat, cuma beberapa meter dari tempat caravan tuh! eheheh. Alhamdulillah kami dapat Caravan harga murahlah jugak. Caravan jenis "Superio Plus" 2 bilik, harga asal GBP290 kami cuma kena bayar GBP 90 sahaja..kira OK ler kan. Kat luar macam penempatan sementara tapi kat dalam macam hotel bertaraf 3 bintang gitu!
Yang tak bestnya caravan kami tu jauh skit dari caravan 2-2 Saiful kawan kami tu, mereka duk berjiran sebelah menyebelah...Harga sewa Caravan diaorang murah skit jer daripada Caravan kami, bolehlah dikatakan kami dok ala-ala Hotel Renaissance dan diorang duk kat Hotel Seri Malaysia..ahaksss ampoooonnn, haku tak sengaja..kihkihkih. Yang best skali boleh masak-masak!
1 Nov 2008..Destinasi utama haruslah kami ke Land's End. Nama pun dah Land's End, of courselah ada laut sebab kalau tengok kat peta England tu kedudukan Land's End tu betul-betul kat hujung ekor peta England tuh.kalau terbabas memang masuk laut lah..hahahah. Alhamdulillah cuaca tersangatlah cerahnya walaupun tiupan anginnya rasa macam nak terbang, kuat giller!.. Di sini kami 3 family pergi bersama-sama, tapi bila dah sampai masing-masing jalan ler ikut sukahati masing-masing..tapi Land's End tu bukannya besar sangat, pusing -pusing jumpa orang tu jugak! Kawasan ini tak berpantai, tepinya bertebing tinggi dan curam. Orang kata macam Laut kat Australia, yer ker?
Lepas ke Land's End kami berpecah ikut kaki masing-masing..ke dua-dua Saiful ker St Micheal mountain manakala aku dan famili ke Maniature Park..Tapi sayangnya Maniature Park tu dah tutup sementara, Spring nanti akan dibuka semula. So kami ke Newquay(sebut newki) ke satu tempat yang di paggil "Harbour"..satu-satunya laut berpantai yang aku pergi kat Cornwall ni, tapi pantainya kecik jer. Kawasan tu tempat orang surfing, townnya pun penuh dengan kedai2 barang surfing..errkkk ada ker yang nak surfing musim Autumn ni kan? buang tebiat mat salleh ni kan!!
Selepas Newquay, kami terus pulang ke Caravan menikmati suasana di Haven Caravan pulak..kat dalam ni ada macam-macam, bercuti berehat-rehat kat dalam kawasan ni pun dah cukup sebenarnya tak perlu buat lawatan budak sekolah kannn. Swimming pool ada, ada kompleks fun work tempat kesukaan bebudak ada banyak permainan kat dalam tuh..nak main skate board ker, main bola ker, play ground ker, bbq ker semua tersedia.
Kami ambil peluang ni untuk posing-posing gambar...banyak sangat tempat menarik yang boleh pergi kat Cornwall ni, cuma ikut diri sendirilahkan..Nama pun holiday, biarlah relex n fun. Nak cover semua memang tak terkejar, buat letih badan jer kannn.
2 Nov 2008, hari hari kami berangkat pulang ker Sheffield..geng yang lain tidur semalam lagi di Haven Caravan.
** sambung lagi di lain hari..byk lagi nk cerita nih, tapi penulis nak tidur ari dah mlm nih
Posted by Rozie at 01:54 2 comments
Wednesday, 22 October 2008
Jalan-jalan, ronda-ronda...Di Aidilfitri
Seminggu sebelum raya...
Jalan-jalan ke IKEA Nottingham nak cari karpet raya...ahaksss, singgah ke rumah Ina Kegworth berbuka puasa di sana. Tema menu berbuka puasa kali ini ala mamak...
Minggu kedua Hari Raya...
Ronda-ronda ke Surrey, ala-ala menjejak kenangan ler...sebelum ke Surrey singgah ke Rumah Noreen di Northamton beraya, thanks atas layanan Noreen dan suami...Jalan-jalan menjejak kenangan bermula...
Singgah layan anak- anak di Model Village, Bekonscot..Dulu kami ke sini masa Ryan berumur 1 1/2 tahun. Lokasinya di M25, diantara London-Oxford. Tiket masuk untuk dewasa cuma GBP7 .00 sahaja..Masih murah macam dulu jugak.Persinggahan pertama bila sampai di Bumi Surrey...
Rumah kami dulu, di Egham..sekarang ni bukan lagi rumah University, dah jadi private property..Penceroboh boleh di dakwa, aku ambil gambar ni curik-curik jer ahakksss. Brunnel University Kampus Egham pun dah di tutup, besar mangganya aku tengok tapi sayangnya tak terfikir nak ambil gambar masa lalu kat situ aritu. (Arinnnn, rindu tak bila tengok gambar nih?...huhuhu). Suasanya masih sama seperti 6 tahun dulu, Arnab liar bebas bermain di sekitar padang golf . Teringat masa dulu-dulu, kalau nak tengok Rusa intai jer kat tingkap pagi-pagi mesti nampaknyer...
Berjumpa semula X-Landlord kami yang baik hati...Mr Rashid Mohedeen dan Isteri Mrs Naela,Orang Mauritius. Landlord semasa kami tinggal di Woking sebelum berpindah ke Egham. Seronoknya dia orang 1st time dapat berjumpa dengan Icha, Merasa jugak anak-anak aku duit raya daripada dia orang berdua. Sekarang ni Mr Rashid dan Mrs Naela dah bersara dan ada seorang cucu lelaki. Beliau baru sahaja melancong ke Malaysia tahun lepas sebabkan teruja dengan cerita-cerita kami tentang Malaysia (promosi gitu)...ekekekek. Memang dia orang seronok jalan-jalan ke Malaysia, melawat semua Masjid2 yang tersergam indah di KL, Putrajaya dan Shah Alam. Sempat jugak Shopping barang-barang perkahwinan untuk Anak gadisnya di Jalan Masjid India yang bakal berkahwin tahun depan.
Kami berpatah semula ke Egham, gara-gara jemputan makan malam Sam & Linda...Kawan lama, lebih 7 tahun tak bertemu.Razak dan Hakim pun dah besar panjang. Sam masak Nasi Ayam Special untuk kami. Asyik berbual-bual, tak sedar masa mencemburui kami. Jam pukul 9.30pm, Ben dah mula telefon bertanya bila kami nak sampai ke rumahnya.
Sampai rumah Ben di Guildford pukul 10.15pm, kami bermalam di rumah Ben& Lin x-housemate kami masa sama-sama tinggal di rumah Mr Rashid. Masa baru sampai di UK dulu dia orang ni baru kawin setahun, belum ada anak lagi. Sekarang ni alhamdulillah rezeki dia orang, dah punya anak 2 nak masuk yang ke tiga. Gambar di atas tu anak ke dua dia orang sebaya dengan Icha, Alisya. Icha tua seminggu jer.Esoknya join student University Of Surrey(UniS) sambut majlis Hari Raya. Dah rasa macam Uni sendiri pulak sebab masa mula-mula datang dulu kami pernah tinggal di dalam Uni ni selama 2 bulan sebabkan tak jumpa orang Malaysia di Egham.

Keesokkan harinya barulah kami pulang ke Sheffield..Thanks kawan-kawan di atas layanan baik kalian, Kalian memang kawan sejati sejak dulu hingga kini tak pernah berubah. Moga-moga hubungan baik ini berterusan untuk selama-lamanya ...Amin!
Posted by Rozie at 04:31 0 comments
Friday, 17 October 2008
Face Painting
Cerita dah lama...sebelum puasa lagi...
Ryan sibuk sangat nak paint muka sejak Open Day kat Tinsley Green lagi(hari Khamis)...masa tu aku memang nak serahkan dia ke kaunter face painting tu untuk di conteng, almaklum ler benda free boleh aje.Tapi, nasib tak menyebelahi dia ...rupa-rupanya sapa yang berminat kena dapatkan kupon yang AJK dah edarkan sejak awal-awal majlis tu lagi, kami pulak datang lewat..so tak merasa ler nak dapat kupon...muncung ler si Ryan tak dapat paint mukanya tu, balik dengan perasaan tak puas hati...
Pada hujung minggunya pulak(hari Ahad), Kami keluar ke ASDA untuk shopping barang dapur seperti biasa..Kebetulan pada hari tersebut, kat luar supermarket tu ada di buka kaunter face painting untuk kanak-kanak, kali ini free jugak...perghhh, senyum lebar si Ryan sebab ada chance nak paint muka dia memandangkan tak ramai yang mengerumuni kaunter tersebut. Aku pun berjanji lepas selesai beli barang kami akan bawa dia buat face painting kat luar ASDA.
Selesai beli barang, kami pun bawalah Ryan ke Kaunter face paint tu, tapi... alamak!!! kaunter dah tak ada, mat salleh yang jaga kaunter tu tengah sibuk-sibuk packing barang..kaunter dah di tutup! apa lagi, berjuraian ler air mata anak teruna aku penuh kehampaan...kesian pulak aku tengokkan dia, rasa bersalah pun ada. Mahu tak mahu aku pun berjanji untuk paint muka dia mengikut apa yang dia nak.
Balik daripada shopping , aku pun mula kan operasi guna water color...sib baik mak dia ni berbakat jugak...kihkihkih
Posted by Rozie at 14:52 0 comments
Monday, 13 October 2008
Salam Aidilfitri
Rasanya aku masih lagi berpeluang mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua saudara mara ,sahabat handai dan rakan taulan yang singgah ke teratak aku yang penuh bersawang ini, maaf zahir dan batin...Sibuknya aku memang tahap gaban bermula 1 ramadhan yang lalu hinggalah ke hari ini...mungkin lepas ni insyallah aku sudah ada banyak masa di sini.
Bermula malam raya yang lepas(isnin malam selasa) , di sini sibuk dengan tadbir raya dari rumah ke rumah oleh kaum bapa bermula pukul 9pm dan berlanjutan hingga ker pukul 3am barulah selesai 16 buah rumah..Awal pagi 1 syawal aku sibuk menyediakan tugasan yang di beri oleh tok penghulu iaitu menyediakan kuah lodeh untuk 50 orang makan..kemudiannya bersiap-siap pula ke PMC menghadiri solat Aidilfitri dan jamuan Raya untuk semua Masyarakat Melayu di Sheffield..
Keadaan agak haru biru di pagi raya tersebut(selasa) terutama kaum ibu macam aku, mana nak siapkan juadah hari raya..mana nak menyiapkan anak-anak dengan pakaian raya..tugasan ekstra tok penghulu, diri sendiri..tapi dalam keadaan lintang pukang akhirnya berjaya jugak aku selesaikan. Juadah aku pada hari raya pertama tersebut ialah...nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh,lemang perantau, rendang ayam, Nasi Tomato, Dalca daging dan Air Bandung campur. Tak ketinggalan kuih-kuih raya seperti Tat Nenas, Rempeyek, kuih gunting, choc chip cookies, marble cookies,dan beberapa jenis lagi...Tapi sayangnya tak sempat pulak nak bergambar
Hari sabtu yang lalu sekali lagi aku buat open house untuk kawan-kawan yang agak rapat dengan kami..Juadah kali ini pula Nasi Briyani Malaysia, Ayam masak merah, Jelatah, Laksa Utara(home made laksa beras), Kek Coklat, kek Oren dan Air Bandung Campur dan belen-belen kuih raya yang ada.
Sambutan Hari Raya di sini memang betul-betul meriah, tak ada masa aku nak bersedih-sedih dan bermenung-menung kenang nasib diri di rantauan nih..
Posted by Rozie at 09:47 1 comments






