CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 11 February 2008

Hari ini..

Pukul 9.55am, kabus tebal menutup pandangan...

Birthday Party

Ryan bersama birthday's boy(baju kemeja biru) dan kawan-kawan lain


Ryan dan kawan-kawan...Tetamu Harisson hanya kanak-kanak lelaki sahaja...ekekekek

Semalam Ryan ke birthday party Harisson Beid kawan sekolahnya di Handswotrth Fastlane Bowling, bermula pukul 1.30pm hingga 2.30pm...seronoknya dia tak terkata. Asyik menghitung hari jer nak pergi party...Invitation untuk birthday party ini hanya untuk sahabat-sahabat baik Harisson sahaja.

Tuesday, 5 February 2008

Snow Turun kali ke dua

Hari sabtu 2hb Feb 2008 snow turun buat kali yang kedua sepanjang winter ini..... Awal pagi lagi Ryan dah tergedik-gedik nak main snow,lagipun kawan dia Joseph dah tunggu kat luar nak main snow bersama. Kami pun satu family keluar rumah nak pose maut skit ...kakakakaak!! Inilah gambar Snow pertama untuk Icha, tahun lepas snow turun lagi ciput dari tahun ini so aku tak sempat nak posingkan Icha . Lagipun masa snow turun tahun lepas Icha tengah demam. Nasib baik ler tahun ini dapat pose maut...ekekekek. Tak tau ler apa yang bermain di fikiran jiran-jiran kami bila tengok kami sibuk dengan kamera ke sana-ke mari. Pedulikan saja!!!! Anyway, snow tahun 2002 tetap menjadi kenangan kami yang terhebat sepanjang duduk di rantauan,
Mungkin 10 tahun lagi takkan ada snow di Bumi UK ini, semua ini hanya akan tinggal kenangan panahan global warming...huhuhuhu

Meh kita tengok sama-sama!!!



Snow Tahun 2008


Snow Tahun 2002

Window Shopping

Hari Jumaat lepas 1 febuary 2008, kali pertama aku dan Icha menaiki bas ke Sheffield City Centre...Tunggu bas depan rumah aku jer, cuaca hari tu sejuk giller walaupun nampak macam cerah bermatahari. Lepas hb hantar Ryan ke Sekolah kami pun keluar ke City Centre. Jalan-jalan window shopping...sambil-sambil tu aku tengok-tengok ler kalau ada sale, boleh jugak beli untuk buah tangan balik Malaysia nanti....(yea...yea..nak balik Malaysia!!!). Nampak tak rumah aku kat belakang tuh? yang color putih sebelah kiri tuh..sukaaaa sangat rumah tuh!!!...Gambar sebelah ni masa aku ,Icha dan hb tengah tunggu bas...Bas kat sini banyak giller, Bas nombor 52,5 minit sebuah bas akan lalu, pas tu ada 2 syarikat bas yang amik laluan depan rumah aku nih, memang senang giller
kalu nak pi mana-mana.




Gambar yang kedua ni pun masa menunggu bas juga, tak sempat nak senyum ler, matahari silau sangat mengadap muka aku masa tu..









Asyik berposing, ternampak pokok ni, dah mula bertunas dan nak mengeluarkan daun...maknanya Spring dah nak mari, uikkkkssss..seronok oiii, sekarang ni dah boleh ler nak start semai-semai benih sayur-sayur atau apepe jer ler, spring nanti leh ler bercucuk tanam.







Sempat jugak hb amik gambar Icha masa dalam bas, masa balik dari city centre aku balik berdua jer ngan Icha, hb terus pi smayang jumaat then pegi kerja.
Masa tunggu bas nak balik ke rumah kena beratur, kat sini tunggu bas pun beratur, ekekekeke macam heran kejap!!! Bila dah dapat bas, aku pun tergesa-gesa ler naik bas..masa aku dah masuk dalam bas tu driver suh aku turun, katanya it's full... mulanya aku pelik jugak sebab bas tu masih banyak tempat duduk yang kosong. Rupanya penuh sebab tak ada tempat duduk untuk ibu-ibu yang bawak stroller macam aku.Baru aku tau limit setiap bas boleh bawak 2-3 buah stroller dalam satu masa.
Terpaksalah turun tunggu bas yang lain...tapi sekejap jer ...cuma selang seminit dua.

Masa dalam bas, dah nak sampai ke Woodhouse aku pun tekan loceng macam biasa nak turut. tunggu punya tunggu bas tak berhenti , aku ingat bas akan berhenti next bus stop, rupanya tak berhenti jugak. Masa aku nak tekan sekali lagi loceng, ada orang lain dah tekan dulu...Seorang perempuan tua, dia terus pegi jumpa driver dan menegur driver tu sebab tak berhenti masa aku tekan loceng...Pas tu driver bas tu terkejut sebab katanya dia tak dengar bunyi loceng...driver bas tu mintak maaf banyak-banyak kat aku, aku kata tak per lah, tak kisah sebab rumah aku dekat sini jer. Perepuan tua tu siap warning lagi kat driver bas , next time kalu perkara macam tu berlaku lagi dia akan report...dia kata kesian kat aku terpaksa jalan jauh nak balik rumah...Prihatin sungguh !!! terharu aku...

Tuesday, 22 January 2008

Interframe

Icha nk interframe kat sini jap...Commercial Break!!!

lagi dan lagi...

Wednesday, 16 January 2008

Snow


snow yang ciputttt


Tengok ler, kat rumput pun snow tak sempat nak melekat dah cair

2-3 hari lepas tengok weather forecast konon-kononnya esok ada heavy snow. Bila aku tengok balik hari ni dah tukar hujan pulak...isssshhhkkk menci tau, dah ler snow yang turun last 2 weeks ciputtt!!
Aku rasa lar, sebab ramai sangat orang pakistan/Asia dok PR kat sini... snow pun dah tak nak turun, panas kot sebab banyak sangat rempah kari landing kat UK...ekekekek!!!

Thursday, 10 January 2008

Salam Maal Hijrah


Dok di UK ni aku tak sedar rupanya dah masuk tahun baru dalam kalendar Islam. Sib baik jugak tengok tenet ni ari-ari, kalau tidak alamatnya aku ketinggalan ler macam-macam perkara dari segala aspek. Nak tengok TV pun kena berebut dengan Ryan, dak tecit(icha) ni pun dah pandai...tiap kali aku buka TV, awal-awal dia dah request "nak tatooooooonnn".

Aku nak ambil kesempatan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1429H untuk keluarga dan sanak saudara serta teman-teman yang sudi menyinggah ke blog aku yang kaput ni, lately aku jarang update sebab sibuk dengan blog mamavogue...kuikuikui!!...semoga kita sama-sama menghijrahkan diri ke arah kebaikan dan berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan amalan kita untuk bekalan di dunia dan akhirat.

Azam aku kali ni

-Menambahbaikkan amalan kerana allah taala

-Nak kurangkan sikit masa melangut kat depan tenet ni, lebihkan masa untuk
anak-anak dan
family.

-Nak mendidik dan membimbing anak-anak ke arah santapan rohani yang
lebih
teratur dan berdisiplin.

setakat itu jer lah azam aku kali ni...walaupun berat ,harap-harap aku dapat melaksanakannya. Aku tak mengharapkan pencapaian 100%, dapat capai 45%-50% pun dah cukup baik untukku...!!! Yezzzzza, mamavogue boleh!!!!