CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 15 December 2009

Playgroup- started from September 2009

Icha

Monday 26 October 2009

Gusar

Bercelaru betul dlm hati aku sekarang ni....macam-macam perasaan yang berkecamuk kat dalam fikiran aku ni..

Kisahnya bermula bila partner sekerja aku dah berhenti kerja, maka aku dapat partner yang baru...orangnya sangat baik, lembut dan lurus bendul pun ada jugak...

Masa aku cuti sakit aritu, orang baru nilah yang cover aku buat kerja-kerja aku...Lepas aku pulang dari cuti sakit(miscarried) aritu,aku balik bekerja seperti biasa, so aku amik semula posisi yang aku biasa lakukan sebelum tu kan......

Maklum lah, aku ni kira senior kat tempat kerja aku tu, bila org baru masuk aku suspen gak adakah partner aku yang baru ni betul-betul tahu apa yang dia patut buat......Waktu kerja kami cuma 2 jam sahaja, dan waktu balik pulak flexible, sapa yang datang awal maka akan balik awal dan begitulah sebaliknya...Lagi pun dia ni selalu datang lewat, dan aku pulak asyik datang awal jer....biasanya aku akan balik 45minit lebih awal dari dia...Sebabkan aku selalu datang awal, makanya aku asyik cover banyak kerja yang dia sepatutnya buat kerana ada bahagian2 tertentu yang perlu disiapkan pada waktu yang telah ditetapkan sebelum melakukan tugas lain.

Jadi aku rasa macam bertanggung jawab senaraikan apa yang patut kami berdua buat untuk memastikan tugas2 tersebut selesai dengan jayanya...Dengan harapan, apa yang sudah aku buat akan disambung oleh dia selepas aku balik...
yerlah kan sebab waktu datang tak sama, kalau kami datang time yg sama mungkin boleh buat sama-sama dan siap sama-sama...

Senarai tu aku cuma buat dalam kertas sticker 3"x3" kolor pink, mulanya aku ingat nak bincang dengan dia, tapi sebabkan dia datang lewat jadi agak terkejar2 buat kerja, maka aku pun tak sempat nak berbincang dengan dia pasal senarai tugas tu...aku pun tak nak kacau dia buat kerja dan aku pun tak nak tunggu lama-lama kat situ semata2 nak tunggu dia abis kerja baru nak bincang...

so, aku cakap kat dia...

"Kakak, saya ada buat senarai tugas yang biasa saya lakukan, kakak tengok dulu ekss....nnti kita bincang mana-mana yang tak jelas atau yang tak puas hati..."

dia pun kata...

"ok, no problem"...
dan senarai tu aku selitkan di dalam fail....

esoknya kebetulan aku off...

lusanya pulak aku datang kerja dan turn dia pulak off...

Masa aku mula2 sampai, aku tengok senarai kerja yang baru sepanjang 2 helai kertas kajang dia dah buatkan untuk aku...berserta denga arahan sekali , aku kena buat itu, kena buat ini...pastikan jangan buat itu dan jangan buat ini dan bla...bla...bla.

Masa tu hanginnya ku tak leh nak katalah kan...apasal lah pompuan tu nak tampal arahan dan senarai tugas sampai 2 helai kertas kajang pulakkan... tindakan dia tu nampak sgt yang dia tak puas hati ngan aku...

Then, dalam tengah hangin tu, aku pun balas balik yang dia tulis tu kat belakang kertas kajang dia tu...
aku kata senarai kerja yang dia buat tu tak logik dan terlalu individualistik...
Tapi ,mmg pun!! Langsung tak ada unsur kerjasama!...

aku tulis lagi...

"we'll talk about it later"...

pas tu aku off lagi 4 hari kerana pi holiday...tapi masa tu hati aku mmg tak puas hati dengan tindakan dia tu...

Lepas pulang dari holiday, Hangin dalam badan aku pun dah surut, jadi aku bole berfikir dengan rasional skit...eheheh

Aku pun bersemuka dengan dia,

aku tanya dia

"kakak marah dengan saya?"

dia kata...

"dik, selama saya berkerja, saya nggak pernah berhitung-hitung kerja sama sesiapa pun...sama ada sama bangsa sendiri mahupun orang kulit putih"..."segalanya dibuat bersama-sama"...

oOoOoOo...rupanya dia marah ngan aku sebab aku tulis senarai kerja tu, tapi dia lupa yang aku pernah kata kat dia yang aku nak bincang dengan dia selepas tu pasal senarai kerja tu...

Lepas berbincang secara matang,aku bagi penjelasan yang sewajarnya dan dia juga memberi pendapat dia juga....

kami pun berbaik semula dan bermaaf-maafan...memang kami sama-sama silap, dia tanpa usul periksa terus nak hentam aku, dan aku plak berlagak macam bos dia...huhuhuhu.

Lagipun mungkin pada permulaan tu agak sukar nak sesuaikan diri kerana latar belakang , bahasa dan budaya yang sedikit berbeza...selepas pergeseran itu, semuanya nampak jelas.

Kes di tutup , kami kerja macam biasa, balik sama sama, berbual dan ketawa...Sejak kes tu dia selalu datang awal, malah kadang-kadang lebih awal dari aku...itu sudah baguskan!

Di situasi yang lain pulak....

Masa aku bergeser dengan dia pada hari tersebut...
dia sendiri mengaku rupanya dia dah cakap dekat Manager aku, maklum lah masa tu dia tgh marah....
dia terus telefon Manager aku mintak senarai tugas yang lebih clear supaya tak ada masalah yang berlaku di kemudian hari...
Manager aku pulak macam hairan dengan permintaan dia tu...

dan Manager tanya dia balik ,

"ada apa-apa masalah ker?? ada apa-apa yg tak kena ker??
selama ni tak pernah pun ada sebarang masalah tanpa senarai kerja tu..."

Partner aku kata,

"tak ada apa-apa...cuma tak nak ada ungkitan dikemudian hari..."

Manager aku pun macam hairan, tapi berjanji akan buat senarai tugas tu...

Yang kerja kat situ cuma aku ngan dia jer...surelah Manager aku bole agak samseng kampung mana yang buat partner aku tu tak happy....

Mendengar pengakuan partner aku tu , aku tak marah...sbb tindakan dia tu tak rasional , masa tu dia tengah marah....

Tak tercalit rasa marah dalam hati walaupun ada gak aku terfikir apa pulak persepsi Manager tu pada aku, kenapalah hal-hal macam ni dia nak libatkan Manager...patutnya kena cuba selesaikan dulu dengan aku , kalau tak boleh jugak nak settle barulah libatkan manager kan....tapi aku abaikan aje sebab tak nak panjang2kan cerita, dan kami dah pun bermaaf-maafan...

Hari ini, Manager datang buat inspection kat tempat kerja aku....Kami berjumpa dan bersembang soal kerja macam biasa...

Tapi, instinct aku rasa lain macam jer ? aku terasa-rasa nama aku mcm dah buruk jer sebab kes tu...cara pandangan manager kat aku pun tak macam selalu...atau aku yang sensitif sangat??? Aku mula rasa tak happy kerja kat situ walaupun aku dah tak ada simpan rasa marah atau dendam kat partner aku tu..macam mana eksss??

Hari Raya Aidilfitri 09

Gambar famili yang sempat di ambil
Dengan Kak Hanim, geng sekapal...Senior masa kat UiTM, Senior masa Dip Education, Senior masa Mengajar...Hb dia Senior hb aku masa kat UiTM dulu, skrg ni colleague kat UPM

Sarah, Ryan, Ilya, Ayeen dan Icha


Sempatlah jln2 raya mengujungi sahabat handai terdekat...3 hari sebelum miscarried.

Slmt Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin((Ucapan yg dah tersangat basi untuk tahun 09))

Sunday 27 September 2009

Lanjutan kisah..

Rabu...

Lepas mendapat berita kehilangan itu, semua rancangan yang kami buat dibatalkan..maklum lah sekarang ni masing-masing tengah dalam mood raya...segala perancangan dalam bulan Syawal ni kami batalkan sebab mood raya kami dah hilang.....

aku sendiri rasa macam kosong, walaupun ada dua cahayamata yang menceriakan hati, tapi masih ada rasa kekosongan itu...Aku tahu, semua ini perlukan masa untuk kembali kepada keadaan asal...Ya allah sabarkanlah hati ini...

Doktor memberikan kami 3 option untuk mengeluarkan janin dari rahim aku :-

1. Biarkan sahaja product(janin dan uri) keluar secara semulajadi(ambil masa kurang dari 13 minggu)
2. Mengambil sebiji tablet, dalam masa beberapa sehari dua product akan keluar secara semulajadi
3. Menggunakan kaedah D&C..(Dalam keadaan anestatik, rahim dibersihkan dengan peralatan tertentu)

Asalnya aku memilih D&C, tapi doktor seperti tak berapa galakkan aku..katanya risiko kaedah ini boleh melukakan rahim..jadi aku pilih kaedah ke dua.

Lepas dipersetujui...kami pilih untuk menjalankan kaedah ke 2 pada hari sabtu(2 hari kemudian)

************************************************************************************

Sejak pertama kali bleeding, aku dah mula rasa lenguh-lenguh pinggang dan sesekali kesakitan pada bahagian bawah perut...sejak akhir2 itu kesakitan makin kuat dan kerap.

Pada hari jumaat malam sabtu,...waktu itu aku dan anak2 sahaja berada di rumah...inchik hb ada discussion di Uni. Masa tu aku sedang menggoreng chip dan pizza untuk dinner anak-anak...Tiba-tiba dan tak di sangka-sangka aku mengalami kesakitan yang teramat sangat, berulang selang beberapa minit...seperti sakit bersalin lagaknya....Akhirnya janin ter"flush keluar secara semulajadi malam tersebut ..tak sempat menunggu treatment keesokkan harinya...semuanya selesai malam itu...

Sebaknya rasa hati bila malam itu aku menyambut janin dengan kedua belah tanganku di toilet sendirian...terbayang-bayang seperti apa yang aku mimpikan pada malam sebelumnya, seolah-olah hampir menyerupai seperti apa yang aku mimpikan...juraian air mata bertambah menjadi-jadi apabila aku mengutip satu persatu ketulan-ketulan darah dan yang jatuh, ku letakkan di atas tisu satu persatu bersama janin...Sebak melihat janin yang berwarna menyerupai warna kulit manusia yang cuma berbentuk kepala, bermata, sedikit susuk tangan dan susuk kaki sebesar separuh dari jari kelingking dan agak leper bentuknya.

Inchik hb yang dalam perjalanan pulang ke rumah, menelefon paramedik...beberapa minit lepas tu paramedik datang dengan Ambulan,membantu aku di toilet dan membawa aku dan janin ke hospital...setelah selesai segala urusan di hospital, aku dibenarkan pulang pada malam itu juga kira-kira pukul 12am....

**suatu pengalaman yang tak mungkin akan aku lupakan

Wednesday 23 September 2009

Misscariage

Semalam... baby dalam kandungan aku dah di sahkan tak ada lagi, degup jantungnya dah terhenti sejak 4 minggu lepas..Aku pasrah dengan ketentuannya, insyallah selepas ini mudah-mudahan ada lagi yang terbaik untuk aku...

Ketika itu...Sejak kehadirannya dalam rahim aku, rezeki kami sekeluarga melimpah-limpah...aku sangat bersyukur dan yakin rezeki yang kami dapat dari allah itu adalah untuk baby yang bakal lahir...

Rabu lepas(3 hari sebelum 1 Syawal) aku mula bleeding, sedikit demi sedikit...dan berterusan hingga hari Isnin minggu yang seterusnya...semakin hari semakin banyak...Aku cuba call doktor dan midwife bertanyakan hal ini...mereka cuma berpendapat kadangkala perkara ini biasa berlaku kepada ibu-ibu mengandung...Walaupun risau tapi aku rasa lega sedikit.

Selasa...

Aku risau, sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi..aku mimpikan aku menadah ketulan darah beku yang keluar dari rahim ku... di atas darah beku tersebut ada seorang bayi yang sangat kecil dan sangat nipis kulitnya sedang menguit dan mengeliat manja...

Bila bangun dari tidur, aku mula rasa tak sedap hati..

Semalam(Rabu)..

Aku ada Appointment hospital pukul 2pm,..

Pagi tu aku walk in ke GP, risau sangat!
Di GP aku berjumpa dengan midwife, jawapan yang sama aku terima..."kadang-kadang bleeding adalah perkara biasa"..Midwife cuba cari denyutan jantung bb, tapi tak berjaya...katanya terlalu kecil, sukar nak dapatkan denyutan jantungnya kecuali dengan ultrasound...

Harapan aku masa tu cuma bergantung kepada appointment hospital untuk memastikan keadaan bb dalam kandungan...

Pukul 2pm, kami dah ada di Hospital, scan kali pertama ni kami sekeluarga agak excited...anak-anak pun tak sabar nak tengok...

Tapi, kami dapat berita yang kurang baik..
bb dah pergi tak kembali,
dengutan jantungnya dah tak ada sejak berusia 9 minggu lagi...
Usia kandungan aku sepatutnya 13minggu,
Dia dah pergi 4 minggu lepas.
Tanda-tanda bleeding yang keluar cuma untuk tunjukkan pada kami bahawa dia dah pergi...
Ryan menangis tersedu-sedu ketika jururawat memberitahu berita sedih itu,
diikuti dengan Icha yang yang berulangkali cakap "nak baby sekarang"...

Sedih rasa hati, kami mengharapkannya...tapi rezeki itu bukan untuk kami. Allah berkehendakkan yang terbaik untuk kami sekeluarga...
Dia cuma singgah seketika sahaja di rahim aku...
dan pergi ketika rasa kasih dan sayang kami sekeluarga mula mengalir padanya...

Semoga anakanda gembira di sana...

Aminnn...

Sunday 2 August 2009

Baby Baru Icha

Photobucket

Hari ni nak tayang toy kesayangan Icha...nama Toy ni "Baby Baru", dia yang bagi nama tu...toy kesayangan Icha dari dulu hingga kini, belilah baby doll yg best dan canggih mana pun, namun baby baru jugak yang menjadi pujaan hatinya...

Baby doll ni lembut jer. Kepala, tangan dan kaki doll ni plastik lembut,
tapi badannya ialah bantal...sedap sangat di peluk! kalau nak tido atau minum susu, baby baru ni lah yag akan di cari oleh Icha...
kalau tak ada, siaplah kami semua tadah telinga, selagi tak jumpa susah sangat dia nak tido...
kalau nak jalan kemana2 pun terutama jika bermalam di mana2, baby baru mesti ikut~!!

Icha ni habbit dia suka sangat meramas2 baju baby baru bila dia nak tido atau minum susu...sampai naik lebam baju si baby baru..
dulu pernah juga aku tukarkan baju baby baru ni dengan baju yang lebih elok tapi tak jalan...dia tetap nak baju baby baru yang lusuh ni jugak...

Thursday 30 July 2009

*_*

Aku dah buat test....


Aku agak-agak dah 6-7 minggu...macam tak percaya, walaupun ini kali ke tiga...alhamdulillah!!

Friday 10 July 2009

Mak


Hari ni dapat perkhabaran dari kampung...
Malam tadi hujan lebat kat Kampung, pagi ni sekitar pukul 8.30am masa mak aku bersiar-siar kat kawasan laman rumah tiba-tiba dia tergelincir kat kawasan tanah licin,
terus terjatuh dan tangan terhentak pada sesuatu...

akibatnya..
Tangan kanan mak aku patah...
kata mak, kedudukan patah tu atas sikit dari pergelangan tangan,
dah bersimen tangan mak aku...iskkk!!
mak aku tu dah tua...tulang pun dah tak kuat...

Risau...risau!
sib baik patah jer, kalau lebih teruk dari tu macamana??
Sib baik ada menantunya yang tinggal sekali,
bole tolong tengok-tengokkan dan masakkan untuk dia dan ayah aku...

aku duk jauh....
ini lah susahnya kalau duk jauh-jauh! :(

Monday 6 July 2009

It's yr 9th year old Birthday Ryan!!

Semalam....
5 July 2009...birthday Ryan yang ke 9 tahun....

kali ni buat 2 kek...

Photobucket

Photobucket

Celebrate kat rumah sesama anggota family sahaja...kek atas permintaan birthday's boy,
kek pertama ialah kek pandan yang ada hiasan Transformer Autobot sign, di salut dengan buttercream!
kek yang kedua tu untuk kawan-kawan di sekolah..coklat span kek bersalut whipping cream ddan hiasan strawberry...

Photobucket

kemudian kami ke Entertainment valley pi makan Nando Halal...sapa lagi kalau bukan papa yang belanja..:D
Hadiah Birthday kali ni atas permintaak Birthday's Boy..nak Helicopter control...layan jer lah!

Happy Birthday untuk anakanda tersayang...semoga menjadi insan yang sangat hebat di dunia dan akhirat. Mama ni nampak jer garang tapi mama sentiasa sayangkan anak-anak mama...

Anak mama dah besar sekarang, kena tumpukan lebih perhatian untuk menimba ilmu supaya menjadi insan yang berguna kelak...kena rajin-rajin ok!!

Saturday 4 July 2009

Abang dan Adik solat


Masa si mama sedang mengajar si abang solat...
terlihat oleh si mama tudung comel yang terkucil keluar dari laci baju...
mama pun ambil tudung tu kemudian di sarungkannya ke kepala satu-satunya anak perempuannya iaitu si adik...
Sejurus selepas tu si adik berdiri di sebelah si abang dan berlagak seolah-olah sedang bersolat juga, setiap hujung bacaan si abang di tiru oleh si adik...tindakan si adik sangat mencuit hati menjadikan si abang dan mama tak mampu menahan ketawa....

suka tengok gambar ni..:))

esok birthday si abang ...Happy Birthday sayang!!

Wednesday 24 June 2009

Aktiviti Father's day

21 Jun 2009(sunday)...Father's day yang lalu, kebetulan cuaca sangatlah best.

Papa ambil kesempatan cuci kereta...Icha dan abang pun tolong papa cuci kereta, kira sumbangan diaorg untuk papa sempena Father's day tu...seronok betul depa ni, Icha ler yang paling busy in the world maklum ler dapat main air...eheheh :))....

Photobucket
mama...adik nak wash car ni...
Photobucket
adik gosok dengan sabun...
Photobucket
abang tukang siram air
Photobucket
Photobucket
Photobucket
amboiii...busynyeee

Strawberry Picking

Hujung minggu(2 minggu lepas) kami pergi strawbery picking ngan beberapa member-member...santai bersama family :)

Buah tak berapa banyak tapi ok ler sebab bebudak ler yang paling sibuk dan happy sekali....

meh skodeng....

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
suka gambar ni.....
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
hasil tuaian...lebh kurang 2.5 kilo

Family Din~ Malaysia

Kawan inchik hb masa sama2 undergrad kat UiTM dulu datang ke rumah kami...Cerita dah lapuk sket, diaorang pun dah balik ke Malaysia semula...

Din ni senior hb masa kat UiTM dulu...

Dia orang datang rumah kami dengan Air Asia masa sibuk2 promosi tambang murah aritu. Dia org ni dapat beli tiket yang paling murah, kalau tak silap aku RM500 henggit jer satu kepala pergi dan balik KL ke UK...best kan!

Tapi tak hairan ler sebab diaorg ni hb and wife kerja di TV3...info2 yang latest semua diaorang sapu dulu baru diwar-warkan ke public...betul tak!
Photobucket

Photobucket

Wife dia ni pun pembaca berita TV3, biasanya baca berita berbahasa Inggeris...namapun sangat different...kalau tak silap aku Yuliapravitriana, aku panggil Triana jer..

Depa datang ber tiga ke rumah kami di Sheffield...sayang sekali depa datang hari biasa(weekdays) tido 2 malam di rumah kami...so tak dapat ler kami nak bawak depa jalan-jalan...
Berbekalkan Navigator depa explore sendiri dengan menyewa sebijik kereta depa pusing ke Manchester dan Liverpool. sebelum sampai ke rumah kami depa dah ronda ke Cambridge..katanya puas hati!

Lepas pulang dari rumah kami tu, depa tido di hotel London dan ronda lagi...then ke Barcelona 3 hari kemudian pulang ke London semula...ronda lagi beberapa hari then baru balaik ke Malaysia...jalan sakan nooo!!

Sunday 21 June 2009

Father's day

Hari ni father's day...apa plan???
tak ada apa2 plan lagi...
semalam masa on the way nak balik dari Birm...

aku : waaaah esok father's day ler
dia : ermmmm, anak-anak kita ni kecik lagi, tak reti nak wish-wish macam anak orang lain.
Tak
tau ler kot-kot dah besar nanti baru pandai(nada mcm sedih jer)
aku: ermmmmmm

Actually anak2 ni....kalau kita sendiri tak ajar, mana ler dia nak tau kannnn....

harap-harap papa suka dengan wish card tu, tak der yang specel sebab mama dia tengah pokai...next weekend mama belanja makan key...ehehhe

Harapan kami semoga papa menjadi papa yang baik sampai bila-bila dan tak akan berubah melainkan berubah ke arah kebaikan...jaga diri untuk sihat selalu dan jaga solat :)


We love you so much!
Nah amik hadiah "Budak gemuk anak si Harley David" yang tak seberapa ni..., muekekek
nnti birthday akan dapat hadiah yang lagi best...tungguuuuuuuuu!!

Tuesday 16 June 2009

Seisi entry syahdu....

Errmmmm, Bukan senang nak mendidik anak-anak menjadi seorang insan, lebih-lebih lagi seperti aku yang cetek pengetahuan agama ni...Bertambah-tambah berat rasanya tanggungjawab ini bila hidup di perantauan macam ni...

Anak sulung aku Ryan Ikmal, bulan July ni genaplah umurnya 9 tahun...kalau kat Malaysia, kanak-kanak seusia dia dah terima macam-macam ilmu kerohanian ni di sekolah...Ryan agak ketinggal sikit(memang sangat merisaukan aku).

Memandangkan bulan depan umurnya akan ke angka 9 tahun, aku ni seperti cacing kepanasan...hati aku rasa tak tenteram,
anak-anak ni umpama sehelai kain putih, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya,
kalau dakwat hitam yang aku simbah ke atas kain putih tersebut, maka hitamlah hidupnya...
tapi,kalau kain itu aku warnakan dengan warna-warna yang menarik dan aku hias dengan kilauan warna emas di sana-sini maka indah dan bersinarlah lah kehidupannya dunia dan akhirat...

Dalam islam, jika anak dah berumur 9 tahun masih ingkar untuk solat, parent boleh merotan anak tersebut...tapi dalam kes anak-anak yang tidak pernah di ajar, tak lain dan tak bukan adalah kesalahan ibubapa sendiri....Itulah yang sangat menakutkan, dah lama aku sedar tapi aku tak tau nak mulakan bagaimana dan dari mana...:(

Walaupun banyak kekangan, alhamdulillah dapat jugak aku ajar Ryan Iqrak, kini dia dah nak masuk buku ke 5...lepas mengaji, sesekali aku ajar bacaan dalam sembahyang(sesekali sahaja).

Hari ni pertama kalinya aku mengajar Ryan mendirikan sembahyang dalam bentuk praktikal(sebelum ni pun dia pernah mengikuti kem solat sebanyak 2x anjuran PMPMS di Sheffield)...untuk permulaan, hari ni aku ajar Ryan mendirikan sembahyang asar dari permulaan cara mengambil wudhu' hinggalah ke tahiyat akhir....Tugas yang mencabar untuk aku....

Sejurus selepas selesai mengajar mendirikan solat, Ryan ucapkan "TQ mum, for teaching me solat"...tersentuh dan terharunya hati aku dengan ucapannya itu.

Harapan aku semoga ini adalah satu permulaan dan petanda yang baik, berbekalkan ilmu aku yang tak seberapa ni akan aku cuba mencurahkan kepada anak-anakku tanpa jemu...

Semoga anakanda ku sekelian akan menjadi anak-anak yang berilmu, soleh dan solehah...aminnnn

Kisah Rumah...

Aku tengah tensen tahap melampau ni...aku dah kena hayfever ok!
dah puas aku garu2 lubang idung aku, dah mcm serombong dah rupanya lubang idung aku ni asyik di garu dan di tonyoh2, tensen...gatal..mengenyam, pedih lubang idung semua ada!

Smlm aku makan tablet piriton, masa masak pun bole tersengguk2 sebab mengantuk ok...! hari ni malas nk makan.
Sesapa yang blur hayfever tu mende, actually aku pun blur jugak...ekekeke.

yang aku tahu(hb aku cakap) hayfever ni sebabkan debunga yang berterbangan musim2 spring/summer ni...yer lah kot sebab aku mmg hari2 kluar rumah pi city centre jalan kaki 20 minit pi dan 20 minit balik(hari2 sedut debunga kot)...mengenyam tul idung ni, ala-ala resdung..berair tapi bukan selsema...
jangan kena swine flu sudah ler(nauzubillah).

Actually hapdet kali ni sebab nk buat tayangan sikit lagi...muahahah.
Sapa-sapa yang tak nak tengok sila tutup mata...

Aku mula membeli sikit-sikit untuk rumah aku yang kat Bangi nun...

Actually masa aku dtg UK ni aku baru jer beli rumah, sempat duk seminggu jer sebelum kami berangkat ke UK...sekarang usia rumah tu dah pun 3 tahun, cousin hb tolong jagakan...imagine ler gila bayangnya aku kat rumah aku tu...

Aku ni sama ler "umpama seorang perajurit terpaksa meninggalkan isteri yang baru seminggu dinikahi"..., sedih kan?...eheheh

so, sekarang ni membeli ler sikit-sikit yang murah-murah untuk isi rumah baru tu,
barang-barang yang aku ada sblm datang UK semua dah kena jual...

Tahun depan, bila aku balik Malaysia semua kena start dari "0"(bab shopping ni memang aku suka).

Photobucket

Ni ler rumah aku(abaikan power ranger tu)...banyak idea yang ada dalam kepala ni tapi x leh nak realisasikan lagi...

Grill rumah ,aku pilih kerawang2 ala vintage dan dicatkan dengan warna putih...Memang aku yang pilih dan hb pun ok.

Bila dah balik Malaysia nanti akan aku kerjakan bahagian dalam dan garden yang seciput tu pulak...:)

Last week aku pi Chapeltown...Chapel Town ni kawasan pekan kecil pinggir-pinggir Sheffield, kebetulan terjumpa satu kedai Charity..(mungkin satu-satunya charity shop kat situ)...Charity shop ni jual barang-barang second hand dari baju sampai ler pinggan mangkuk...barang-barang gardening pun ada...

dan aku beli ni....

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Last year aku ada beli brandnew 16 pcs tea set dengan harga GBP50(semasa sale), bahagian bawahnya tak der cop England pun :(
kali ni aku beli set yang ni (20 pcs), second hand but look new...bahagian bawah ada cop England dengan separuh daripada harga di atas...aku suka :))

pas tu aku terpikat dengan bekas butter ni...made in Romania

Photobucket
Photobucket

Yang ni masa aku jalan-jalan kat ebay...

Photobucket
Photobucket
rasa nak beli satu lagi, kalau ada sepasang lagi cantikkan! tapi tengok budjet dulu ler...

Photobucket

yang ni untuk picture wall kat hall rumah aku nanti....

Photobucket

yang ni pulak untuk bilik aku....

Photobucket
yang ni pulak nak tempek kat luar rumah aku...ada ciri-ciri shabby chic tak?

Photobucket
yang ni beli kat Carboot , murah jer RM7.00.

Photobucket

Jam dinding ni nak letak kat dapur...tapi mcm tak best jer plak, aritu nampak mcm cantik..tapi, bila dah tengok 4-5 kali mcm tak cantik .....errmmmm seswai ker??

Sekian tayangan kali ni....

Tuesday 9 June 2009

Koleksi Ciput

Inilah harta yang aku ada...actually belum boleh dipanggil koleksi lagi sebab ni jer yang aku ada...muahahah.

Semenjak dua ni jer baru 'terminat' dengan menda ni...orang kata konsep dekorasi "Shabby Chic",...

aku mula minat dengan konsep rumah ala-ala Shabby Chic ni, tapi simple and not too shabby gitu kan, kalau banyak sangat renda-renda atau reben tu aku tak minat ler...

Yang lebih tepat lagi aku suka konsep gabungan warna pastel seperti putih, cream dan kaler-kaler yang lembut seperti light pink, light purple dan light blue...romantik sgt kan.
Kalau masuk rumah ala-ala konsep ni mcm tenang jer sesejuk mata memandang :).

Lagi satu , sekarang ni aku tiba-tiba jadi roses maniac. Dulu-dulu kalau tengok sesapa yang suka munga ros ni aku memang cop orang tu jiwang karat ler, sebab masa aku zaman student dulu aku tak suka jiwang-jiwang ni, rasa geli geleman...

Tapi sekarang ni aku jadi suka sangat kat roses, walaupun aku pasti aku memang bukan seorang yang jiwang ok!...dulu aku suka warna biru...tapi sekarang aku lebih suka warna cream dan pink... semua dah berubah kan, mungkin sebab faktor umur,pengaruh kawan-kawan dan pengalaman kot menjadikan jiwa aku lebih sentimental...hikhikhik...

Rumah ada kat Malaysia...so, selagi ada waktu aku kat bumi UK ni.. aku try ler mengumpul seberapa yang aku boleh bergantung kepada ketebalan poket lah kan...tapi tak tau ler setakat mana yang boleh aku collect, sebab aku baru jer mula mengumpul sejak beberapa bulan ni...

meh tengok apa apa koleksi murah-murah yang aku ada, ni yang baru aku rembat dalam 2-3 minggu ni...ada beberapa yang lain dah masuk kotak, malas nak kluarkan...

Photobucket
yg kolor merah tu dari kayu dan yang putih tu seramik...beli kat carboot

Photobucket
Photobucket
Photobucket
alas meja cotton, beli kat poundland jer...(nak tayang kat kak intan(seperti yang dijanjikan)

Photobucket
besi kerawang tempat gantung pasu bunga..pun beli kat poundland jugak :)

Photobucket
Yang ni beli kat carboot, platenya seramik dan tudungnya yang tulis cheese tu tin enamel..nnti leh ler deco dengan decal.

Photobucket
Tin Enamel, bekas kek yang ada motif roses...beli kat carboot juga

Photobucket
pandangan atas...

Photobucket
Orang sibuk2 mengumpul pelita, aku pun ada jugak..tapi ni jer lah yang ada...aku suka tengok motif bunga ros tu...ni nak tayang katkak azah((seperti yang dijanjikan))..beli kat carboot juga.

Photobucket
Jam dinding...yang ni beli kat kedai biasa...tergoda tengok hiasan munga ros yang lusuh tu :))

ada lagi beberapa barang yang baru aku beli, tapi blum upload dr kamera ker PC, nnti bila vitamin R datang lagi aku buat tayangan key...

cau cin cau