CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 26 October 2009

Gusar

Bercelaru betul dlm hati aku sekarang ni....macam-macam perasaan yang berkecamuk kat dalam fikiran aku ni..

Kisahnya bermula bila partner sekerja aku dah berhenti kerja, maka aku dapat partner yang baru...orangnya sangat baik, lembut dan lurus bendul pun ada jugak...

Masa aku cuti sakit aritu, orang baru nilah yang cover aku buat kerja-kerja aku...Lepas aku pulang dari cuti sakit(miscarried) aritu,aku balik bekerja seperti biasa, so aku amik semula posisi yang aku biasa lakukan sebelum tu kan......

Maklum lah, aku ni kira senior kat tempat kerja aku tu, bila org baru masuk aku suspen gak adakah partner aku yang baru ni betul-betul tahu apa yang dia patut buat......Waktu kerja kami cuma 2 jam sahaja, dan waktu balik pulak flexible, sapa yang datang awal maka akan balik awal dan begitulah sebaliknya...Lagi pun dia ni selalu datang lewat, dan aku pulak asyik datang awal jer....biasanya aku akan balik 45minit lebih awal dari dia...Sebabkan aku selalu datang awal, makanya aku asyik cover banyak kerja yang dia sepatutnya buat kerana ada bahagian2 tertentu yang perlu disiapkan pada waktu yang telah ditetapkan sebelum melakukan tugas lain.

Jadi aku rasa macam bertanggung jawab senaraikan apa yang patut kami berdua buat untuk memastikan tugas2 tersebut selesai dengan jayanya...Dengan harapan, apa yang sudah aku buat akan disambung oleh dia selepas aku balik...
yerlah kan sebab waktu datang tak sama, kalau kami datang time yg sama mungkin boleh buat sama-sama dan siap sama-sama...

Senarai tu aku cuma buat dalam kertas sticker 3"x3" kolor pink, mulanya aku ingat nak bincang dengan dia, tapi sebabkan dia datang lewat jadi agak terkejar2 buat kerja, maka aku pun tak sempat nak berbincang dengan dia pasal senarai tugas tu...aku pun tak nak kacau dia buat kerja dan aku pun tak nak tunggu lama-lama kat situ semata2 nak tunggu dia abis kerja baru nak bincang...

so, aku cakap kat dia...

"Kakak, saya ada buat senarai tugas yang biasa saya lakukan, kakak tengok dulu ekss....nnti kita bincang mana-mana yang tak jelas atau yang tak puas hati..."

dia pun kata...

"ok, no problem"...
dan senarai tu aku selitkan di dalam fail....

esoknya kebetulan aku off...

lusanya pulak aku datang kerja dan turn dia pulak off...

Masa aku mula2 sampai, aku tengok senarai kerja yang baru sepanjang 2 helai kertas kajang dia dah buatkan untuk aku...berserta denga arahan sekali , aku kena buat itu, kena buat ini...pastikan jangan buat itu dan jangan buat ini dan bla...bla...bla.

Masa tu hanginnya ku tak leh nak katalah kan...apasal lah pompuan tu nak tampal arahan dan senarai tugas sampai 2 helai kertas kajang pulakkan... tindakan dia tu nampak sgt yang dia tak puas hati ngan aku...

Then, dalam tengah hangin tu, aku pun balas balik yang dia tulis tu kat belakang kertas kajang dia tu...
aku kata senarai kerja yang dia buat tu tak logik dan terlalu individualistik...
Tapi ,mmg pun!! Langsung tak ada unsur kerjasama!...

aku tulis lagi...

"we'll talk about it later"...

pas tu aku off lagi 4 hari kerana pi holiday...tapi masa tu hati aku mmg tak puas hati dengan tindakan dia tu...

Lepas pulang dari holiday, Hangin dalam badan aku pun dah surut, jadi aku bole berfikir dengan rasional skit...eheheh

Aku pun bersemuka dengan dia,

aku tanya dia

"kakak marah dengan saya?"

dia kata...

"dik, selama saya berkerja, saya nggak pernah berhitung-hitung kerja sama sesiapa pun...sama ada sama bangsa sendiri mahupun orang kulit putih"..."segalanya dibuat bersama-sama"...

oOoOoOo...rupanya dia marah ngan aku sebab aku tulis senarai kerja tu, tapi dia lupa yang aku pernah kata kat dia yang aku nak bincang dengan dia selepas tu pasal senarai kerja tu...

Lepas berbincang secara matang,aku bagi penjelasan yang sewajarnya dan dia juga memberi pendapat dia juga....

kami pun berbaik semula dan bermaaf-maafan...memang kami sama-sama silap, dia tanpa usul periksa terus nak hentam aku, dan aku plak berlagak macam bos dia...huhuhuhu.

Lagipun mungkin pada permulaan tu agak sukar nak sesuaikan diri kerana latar belakang , bahasa dan budaya yang sedikit berbeza...selepas pergeseran itu, semuanya nampak jelas.

Kes di tutup , kami kerja macam biasa, balik sama sama, berbual dan ketawa...Sejak kes tu dia selalu datang awal, malah kadang-kadang lebih awal dari aku...itu sudah baguskan!

Di situasi yang lain pulak....

Masa aku bergeser dengan dia pada hari tersebut...
dia sendiri mengaku rupanya dia dah cakap dekat Manager aku, maklum lah masa tu dia tgh marah....
dia terus telefon Manager aku mintak senarai tugas yang lebih clear supaya tak ada masalah yang berlaku di kemudian hari...
Manager aku pulak macam hairan dengan permintaan dia tu...

dan Manager tanya dia balik ,

"ada apa-apa masalah ker?? ada apa-apa yg tak kena ker??
selama ni tak pernah pun ada sebarang masalah tanpa senarai kerja tu..."

Partner aku kata,

"tak ada apa-apa...cuma tak nak ada ungkitan dikemudian hari..."

Manager aku pun macam hairan, tapi berjanji akan buat senarai tugas tu...

Yang kerja kat situ cuma aku ngan dia jer...surelah Manager aku bole agak samseng kampung mana yang buat partner aku tu tak happy....

Mendengar pengakuan partner aku tu , aku tak marah...sbb tindakan dia tu tak rasional , masa tu dia tengah marah....

Tak tercalit rasa marah dalam hati walaupun ada gak aku terfikir apa pulak persepsi Manager tu pada aku, kenapalah hal-hal macam ni dia nak libatkan Manager...patutnya kena cuba selesaikan dulu dengan aku , kalau tak boleh jugak nak settle barulah libatkan manager kan....tapi aku abaikan aje sebab tak nak panjang2kan cerita, dan kami dah pun bermaaf-maafan...

Hari ini, Manager datang buat inspection kat tempat kerja aku....Kami berjumpa dan bersembang soal kerja macam biasa...

Tapi, instinct aku rasa lain macam jer ? aku terasa-rasa nama aku mcm dah buruk jer sebab kes tu...cara pandangan manager kat aku pun tak macam selalu...atau aku yang sensitif sangat??? Aku mula rasa tak happy kerja kat situ walaupun aku dah tak ada simpan rasa marah atau dendam kat partner aku tu..macam mana eksss??

Hari Raya Aidilfitri 09

Gambar famili yang sempat di ambil
Dengan Kak Hanim, geng sekapal...Senior masa kat UiTM, Senior masa Dip Education, Senior masa Mengajar...Hb dia Senior hb aku masa kat UiTM dulu, skrg ni colleague kat UPM

Sarah, Ryan, Ilya, Ayeen dan Icha


Sempatlah jln2 raya mengujungi sahabat handai terdekat...3 hari sebelum miscarried.

Slmt Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin((Ucapan yg dah tersangat basi untuk tahun 09))