CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 27 September 2009

Lanjutan kisah..

Rabu...

Lepas mendapat berita kehilangan itu, semua rancangan yang kami buat dibatalkan..maklum lah sekarang ni masing-masing tengah dalam mood raya...segala perancangan dalam bulan Syawal ni kami batalkan sebab mood raya kami dah hilang.....

aku sendiri rasa macam kosong, walaupun ada dua cahayamata yang menceriakan hati, tapi masih ada rasa kekosongan itu...Aku tahu, semua ini perlukan masa untuk kembali kepada keadaan asal...Ya allah sabarkanlah hati ini...

Doktor memberikan kami 3 option untuk mengeluarkan janin dari rahim aku :-

1. Biarkan sahaja product(janin dan uri) keluar secara semulajadi(ambil masa kurang dari 13 minggu)
2. Mengambil sebiji tablet, dalam masa beberapa sehari dua product akan keluar secara semulajadi
3. Menggunakan kaedah D&C..(Dalam keadaan anestatik, rahim dibersihkan dengan peralatan tertentu)

Asalnya aku memilih D&C, tapi doktor seperti tak berapa galakkan aku..katanya risiko kaedah ini boleh melukakan rahim..jadi aku pilih kaedah ke dua.

Lepas dipersetujui...kami pilih untuk menjalankan kaedah ke 2 pada hari sabtu(2 hari kemudian)

************************************************************************************

Sejak pertama kali bleeding, aku dah mula rasa lenguh-lenguh pinggang dan sesekali kesakitan pada bahagian bawah perut...sejak akhir2 itu kesakitan makin kuat dan kerap.

Pada hari jumaat malam sabtu,...waktu itu aku dan anak2 sahaja berada di rumah...inchik hb ada discussion di Uni. Masa tu aku sedang menggoreng chip dan pizza untuk dinner anak-anak...Tiba-tiba dan tak di sangka-sangka aku mengalami kesakitan yang teramat sangat, berulang selang beberapa minit...seperti sakit bersalin lagaknya....Akhirnya janin ter"flush keluar secara semulajadi malam tersebut ..tak sempat menunggu treatment keesokkan harinya...semuanya selesai malam itu...

Sebaknya rasa hati bila malam itu aku menyambut janin dengan kedua belah tanganku di toilet sendirian...terbayang-bayang seperti apa yang aku mimpikan pada malam sebelumnya, seolah-olah hampir menyerupai seperti apa yang aku mimpikan...juraian air mata bertambah menjadi-jadi apabila aku mengutip satu persatu ketulan-ketulan darah dan yang jatuh, ku letakkan di atas tisu satu persatu bersama janin...Sebak melihat janin yang berwarna menyerupai warna kulit manusia yang cuma berbentuk kepala, bermata, sedikit susuk tangan dan susuk kaki sebesar separuh dari jari kelingking dan agak leper bentuknya.

Inchik hb yang dalam perjalanan pulang ke rumah, menelefon paramedik...beberapa minit lepas tu paramedik datang dengan Ambulan,membantu aku di toilet dan membawa aku dan janin ke hospital...setelah selesai segala urusan di hospital, aku dibenarkan pulang pada malam itu juga kira-kira pukul 12am....

**suatu pengalaman yang tak mungkin akan aku lupakan

Wednesday 23 September 2009

Misscariage

Semalam... baby dalam kandungan aku dah di sahkan tak ada lagi, degup jantungnya dah terhenti sejak 4 minggu lepas..Aku pasrah dengan ketentuannya, insyallah selepas ini mudah-mudahan ada lagi yang terbaik untuk aku...

Ketika itu...Sejak kehadirannya dalam rahim aku, rezeki kami sekeluarga melimpah-limpah...aku sangat bersyukur dan yakin rezeki yang kami dapat dari allah itu adalah untuk baby yang bakal lahir...

Rabu lepas(3 hari sebelum 1 Syawal) aku mula bleeding, sedikit demi sedikit...dan berterusan hingga hari Isnin minggu yang seterusnya...semakin hari semakin banyak...Aku cuba call doktor dan midwife bertanyakan hal ini...mereka cuma berpendapat kadangkala perkara ini biasa berlaku kepada ibu-ibu mengandung...Walaupun risau tapi aku rasa lega sedikit.

Selasa...

Aku risau, sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi..aku mimpikan aku menadah ketulan darah beku yang keluar dari rahim ku... di atas darah beku tersebut ada seorang bayi yang sangat kecil dan sangat nipis kulitnya sedang menguit dan mengeliat manja...

Bila bangun dari tidur, aku mula rasa tak sedap hati..

Semalam(Rabu)..

Aku ada Appointment hospital pukul 2pm,..

Pagi tu aku walk in ke GP, risau sangat!
Di GP aku berjumpa dengan midwife, jawapan yang sama aku terima..."kadang-kadang bleeding adalah perkara biasa"..Midwife cuba cari denyutan jantung bb, tapi tak berjaya...katanya terlalu kecil, sukar nak dapatkan denyutan jantungnya kecuali dengan ultrasound...

Harapan aku masa tu cuma bergantung kepada appointment hospital untuk memastikan keadaan bb dalam kandungan...

Pukul 2pm, kami dah ada di Hospital, scan kali pertama ni kami sekeluarga agak excited...anak-anak pun tak sabar nak tengok...

Tapi, kami dapat berita yang kurang baik..
bb dah pergi tak kembali,
dengutan jantungnya dah tak ada sejak berusia 9 minggu lagi...
Usia kandungan aku sepatutnya 13minggu,
Dia dah pergi 4 minggu lepas.
Tanda-tanda bleeding yang keluar cuma untuk tunjukkan pada kami bahawa dia dah pergi...
Ryan menangis tersedu-sedu ketika jururawat memberitahu berita sedih itu,
diikuti dengan Icha yang yang berulangkali cakap "nak baby sekarang"...

Sedih rasa hati, kami mengharapkannya...tapi rezeki itu bukan untuk kami. Allah berkehendakkan yang terbaik untuk kami sekeluarga...
Dia cuma singgah seketika sahaja di rahim aku...
dan pergi ketika rasa kasih dan sayang kami sekeluarga mula mengalir padanya...

Semoga anakanda gembira di sana...

Aminnn...