CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 16 June 2009

Seisi entry syahdu....

Errmmmm, Bukan senang nak mendidik anak-anak menjadi seorang insan, lebih-lebih lagi seperti aku yang cetek pengetahuan agama ni...Bertambah-tambah berat rasanya tanggungjawab ini bila hidup di perantauan macam ni...

Anak sulung aku Ryan Ikmal, bulan July ni genaplah umurnya 9 tahun...kalau kat Malaysia, kanak-kanak seusia dia dah terima macam-macam ilmu kerohanian ni di sekolah...Ryan agak ketinggal sikit(memang sangat merisaukan aku).

Memandangkan bulan depan umurnya akan ke angka 9 tahun, aku ni seperti cacing kepanasan...hati aku rasa tak tenteram,
anak-anak ni umpama sehelai kain putih, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya,
kalau dakwat hitam yang aku simbah ke atas kain putih tersebut, maka hitamlah hidupnya...
tapi,kalau kain itu aku warnakan dengan warna-warna yang menarik dan aku hias dengan kilauan warna emas di sana-sini maka indah dan bersinarlah lah kehidupannya dunia dan akhirat...

Dalam islam, jika anak dah berumur 9 tahun masih ingkar untuk solat, parent boleh merotan anak tersebut...tapi dalam kes anak-anak yang tidak pernah di ajar, tak lain dan tak bukan adalah kesalahan ibubapa sendiri....Itulah yang sangat menakutkan, dah lama aku sedar tapi aku tak tau nak mulakan bagaimana dan dari mana...:(

Walaupun banyak kekangan, alhamdulillah dapat jugak aku ajar Ryan Iqrak, kini dia dah nak masuk buku ke 5...lepas mengaji, sesekali aku ajar bacaan dalam sembahyang(sesekali sahaja).

Hari ni pertama kalinya aku mengajar Ryan mendirikan sembahyang dalam bentuk praktikal(sebelum ni pun dia pernah mengikuti kem solat sebanyak 2x anjuran PMPMS di Sheffield)...untuk permulaan, hari ni aku ajar Ryan mendirikan sembahyang asar dari permulaan cara mengambil wudhu' hinggalah ke tahiyat akhir....Tugas yang mencabar untuk aku....

Sejurus selepas selesai mengajar mendirikan solat, Ryan ucapkan "TQ mum, for teaching me solat"...tersentuh dan terharunya hati aku dengan ucapannya itu.

Harapan aku semoga ini adalah satu permulaan dan petanda yang baik, berbekalkan ilmu aku yang tak seberapa ni akan aku cuba mencurahkan kepada anak-anakku tanpa jemu...

Semoga anakanda ku sekelian akan menjadi anak-anak yang berilmu, soleh dan solehah...aminnnn

0 comments: