CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 4 June 2009

Icha


Risau...risau..risau...

Sejak lepas Icha baik demam Kawasaki 3 bulan lepas, berat badannya bagai di pam-pam...risaunye aku.

Semalam aku dah buat ujian BMI (body mass index)ke atas dia termasuk kami satu family ternyata jangkaan aku betul...Yang lain ok jer, tapi Icha...ermmmm,ketinggian dan beratnya Icha dah tak balance, maknanya dia dah melangkah setapak ke dunia obesiti...adoihhh apa yang patut aku buat skrg??,
aku kena cari jalan untuk against berat badan dia...

Mencabar jugak peranan aku kali ni sebagai seorang ibu.

kalau tak cegah dari sekarang , sampai ke dewasa nnti dia akan terus obes...aku tak sangguppp! kesian kat dia kan...sekarang ok ler sebab kecik lagi, nnti kalau dah besar takut dia tak ada keyakinan diri pulak..Bukan tu jer, yang paling menakutkan ialah masalah kesihatan yang mungkin akan berlaku kalau dia terus obes...((tak mau bayangkan))

Hari ni, hari pertama aku bawak Icha excercise...eheheh. aku tak ler kejam sangat, aku cuma bawak dia jalan-jalan sambil berlari-lari anak kat park sambil ajak dia petik bunga rumput kat tepi-tepi padang tu....pas tu ajak dia main bola princes...Insyallah aku akan bawak dia pi park hari-hari mulai hari ni...

Selama ni kesilapan aku ialah biarkan jer dia tengok tv, tak ada langsung aktiviti mengeluarkan peluh, kalau pi mana-mana semua pakai stroller...aku tak bagi dia peluang jalan kaki walaupun sekejap...Keadaan cuaca UK yang sejuk ni lagi ler membataskan semua aktiviti, aku lebih suka duk kat rumah jer....sekarang ni aku dah sedar, aku akan cuba betulkan kesilapan aku. Harap-harap belum terlambat...

Tiap kali aku tengok dia,timbul rasa bersalah, sedih dan kesian pulak...

kesian kat dia dapat mama macam aku kan...:(

0 comments: