CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 27 March 2009

10th Anniversary

Weiii...arini anniversary aku yg ke 10...perghhhh mcm tak percaya, lama gak aku dah kawin. maknanya dah 12 tahun kenal inchik hb.


Pejam celik, pejam celik dah 10 tahun...tiap2 tahun, march mmg bulan happening buat aku, kerana Birthday, Anniversary dan Mother's day(UK shj)....time2 mcm ni poket inchik hb akan rabak ler...muahahaha!!
Malu pulak aku sbb tak ada something utk inchik hb...maklum ler zaman2 poket kempis...so, aku deco ler kek Anniversary ni untuk kami celebrate malam nnti....

Photobucket


Inchik hb beri aku Jam Tangan baru....sebagai ganti jam tangan aku, (hadiah Birthday 5 tahun lepas) yg terhilang masa kekalutan dan keserabutan aku ketika Icha masuk hospital aritu (2-3 bulan lepas)...sayang sgt jam yg hilang tu!!

Photobucket

TQ so much sayang!!
I'm always with you no matter what and no matter how! muuuaaachhh!!!

Lepas 10 tahun kawin...

Photobucket

ermmmm...
Ryan ~ 9 year(this july)
Icha ~ 3 year

Lagi 10 tahun...
Ryan~ 19 year
Icha~ 13 year

**kami pun dah makin tua....

*** 10 tahun tu bukannya lama sangat kan!

Wednesday 25 March 2009

Manchester

Dah beberapa kali kami ke Manchester ...tapi kali ni jalan2 cuci mata. Kononnya nak meraikan bulan Mac yang memang happening bagi kami.

Kebetulan pada hari tersebut merupakan "Mother's day" di UK...yang diraikan pada hari Sabtu minggu ke tiga bulan March tiap-tiap tahun....Happening hari ni, banyak bunga-bunga untuk ibu-ibu di jual!

Sekali lagi kami ke Stadium Manchester, sekadar memenuhi hajat extremist MU yang follow kami ke Manchester...layan jer lah!

Photobucket
Ni ler kanak-kanak yang buat bebal masa kat Stadium MU..
Photobucket
Adik happy jer sepanjang jln

Lepas tu memenuhi tuntutan perut... inilah tujuan sebenar ke Manchester, ada orang nak belanja makan di Al-Jazeera. Sempena Birthday aku...ehehehe.

Photobucket

Makan sampai terduduk, sepinggan nasi Biryani dengan setengah ekor ayam seorang!!

Photobucket

Photobucket

Ni lah extreamist MU yang follow kami ke Manchester

Photobucket

Lepas makan pi smayang kat Masjid kat Rasholm, berpusing2 mencari masjid...pi tanya orang kat kedai jual daging halal dimana letaknya masjid, depa tunjuk direction masjid yang dah kena lama kena sealed!! memalukan!!

Nasib baik lepas tu jumpa seseorang yang tolong tunjukkan lokasi Masjid yang sebenar.-settle!

Sambung jalan-jalan ke Trafford Centre...first time jejak tempat ni...beso!! dan macam2 konsep archi kat dalam tu...memang menarik perhatian aku! Terdapat China Town kat dalam tu dan kedai makanan halal bersepah-sepah kat dalam shopping mall tersebut...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



Dah puas ronda, kami pun pulang...on the way pulang singgah pulak ada jemputan makan-makan sempena Birthday dan bacaan Yassin...balik tido kekenyangan! :)

Photobucket

Pos maut dengan sunglasses aku!

Peak District

Sabtu lepas, Jalan-jalan ke Manchester...kami akan melalui kawasan Peak District ni. Ini lah jalan yang paling dekat untuk ke Manchester iaitu sejauh 1jam 20 minit. Selalu gak lalu kat kawan ni tapi jarang-jarang aku amik gambar, sebab tak ada peluang nak berhenti kat tepi-tepi jalan ni. Peak District ni kalau tak silap aku salah satu Taman Negara kat sini, kawasannya berbukit dan berlembah..di lembah-lembah tersebut ada tasik....tumbuhan kat sini macam pelik skit, pokok2 renek jer sepanjang jalan dan warnanya kuning2 macam pokok yang dah nak mati... Kagumnya aku dengan kebesaran allah!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday 24 March 2009

Happy Birthday To Me!!

Suatu ketika dulu 11 Rabiulawal 1395 seorang seorang bayi perempuan dilahirkan kedunia...Hari ini, 24march 2009/27 Rabiulawal 1430 sejarah kelahiran itu diingati dan diraikan untuk kesekian kalinya....Happy Birthday!

Photobucket

Makan-makan di Restoran Kurdish
Photobucket

Order Nasi Biryani, Kurdish Kebab, Nasi dan Chip...
Rupanya setiap hidangan tu set dengan Roti Nan..adoi, 3 keping Roti nan yang besar2....mcm nk terberanak makan!! atlast kami surrender, so tapau semua roti yang tak abis !

Photobucket

Thursday 12 March 2009

Hull

Jalan-jalan hujung minggu...sambil nk warm up E60 yang kluar dari kepompongnya 2 minggu sekali jer ittew, kami ke HULL ke rumah kawan hb. Sambil ziarah sambil bincang pasal program Nvivo(hal study depa ler tu)...

Hull ni townnya kecik jer daripada Sheffield...kadang-kadang diaorg kalu ada urusan pun kena pi Manchester atau Sheffield jugak...
Tak kusangka tak kuduga...kat sini rupanya ada bridge yang sangat cantik, sekali pandang macam kat St Francisco lagik!! tu ler org tua kata jgn pandang sebelah mata.Humber Bridge yang menyeberangi River Hull...Letaknya berhampiran dengan muara sungai di bahagian timur. Cantik...!

Sayangnya kami sampai lewat ke Hull, lepas makan-makan di rumah abang Zahari, kalut ler skit nak jalan-jalan ke tempat yang best-best...so sempat singgah ke Humber Bridge(bawah jambatan) dan Hull Marina jer. Kejap jer dah senja sejuk mencucuk ke tulang hitam!

Photobucket

Photobucket

hb dan abang Zahari

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Jalan-jalan di persisiran pantai

It's Spring time!!!

Cuaca masih dingin lagi di luar sana, kadang-kadang berfrost..
hujan selalu turun renyai-renyai...sesekali hujan air batu akan turun.
tapi hari ni dan semalam cuaca sangatlah cantik!!
Hujung minggu lepas sempat amik gambar ni...bunga-bunga dan mula keluar...
menandakan spring dah tibaaa.....seronokkkkk!!!

Photobucket

ni bunga apa tah, ada mcm-mcm warna kuning, putih, purple pink..kali ni jumpa yag putih...biasanya bunga ni akan kuar dulu sebelum daffodil

Photobucket

Daffodil, ada yang tumbuh meliar dan ada yang di tanam...masa ni(minggu lepas) bunganya belum keluar lagi. Tadi, masa aku balik kerja tadi,aku dah nampak bunga daffodill dah mula berkembang....sukanyaaaaaaaaaa!!!

Icha&Papa

Sehari lepas majlis Birthday Icha...
sambil berehat-rehat di hujung minggu, Icha nyanyi lagu twinkle-twinkle little star sama-sama dengan papa...masa tu aku sibuk merempit kat tenet ni, Ryan pulak asyik balas dendam dengan TV dan Nintendo DS...
Sempat snap gambar depa berdua...rasa mcm kiut sesgt!!!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday 10 March 2009

Birthday Icha lagiiii...

Giler kuasa skit...muahahahahah
Aaritu kek beli, kali ni handmade barbie doll cake...hadiah teristimewa aku untuk Icha.
Buat majlis makan-makan, doa kesyukuran sempena selamatnya Icha dari Disease Kawasaki dan sambutan Birthday Icha bersama-sama kawanya Yaya, Danish dan lain-lain...

Busy sikit pada hari tersebut hingga aku tak sempat nak jadi camerawoman masa berlansungnya majlis bacaan doa selamat tu..sebelah malamnya pulak baru lah buat potong-potong kek sambil nyanyi lagu Happy Birthday untuk menceriakan Icha. Happy sungguh dia sepanjang majlis dan sibuk macam aku jugak melayan kawan-kawannya.

Jemputan 50 orang...Juadahnya semua yang berasaskan sup...seperti Bee hoon sup utara, Kue Tiow sup, moi sup, pasembor dan dessertnya jelly cendol.

barbie4

Barbie3

Photobucket
Icha , Yaya dan Danish...

Photobucket