CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 5 February 2009

Rentetan Kisah Icha

Jumaat-Sabtu (23-24 Jan) -

Kami berpindah rumah, sedikit makan-makan untuk kawan-kawan yang membantu.

Ahad 25 Jan-



Beberapa orang kawan datang menziarah ke rumah baru kami..Majlis makan-makan secara kecil-kecilan diadakan sempena meraikan seorang kawan(Azran) yang akan pulang ke tanah air. Malam hari, Icha mula meracau ketika tidur dan badan mula panas tanpa sebab batuk atau selsema. Aku cuma bagi Paracetamol untuk menurunkan suhu badannya.

Isnin 26 Jan-

Icha masih lagi demam, seperti biasa teruskan makan Paracetamol. Aku pergi kerja seperti biasa. Icha tak daya nak bermain, cuma terlantar sahaja di atas katil atau sofa, tak mahu makan atau pun minum.

Selasa 27 Jan-

Aku pergi kerja juga seperti biasa, hb jaga Icha di rumah ketika ketiadaan aku. Ketika di bawah jagaan hb di awal pagi itu, Icha kelihatannya seperti sesak nafas dan membongkokkan badannya sambil menangis seperti sedang sakit perut. Dalam keadaan yang merisaukan itu, hb terus telefon ambulan untuk mendapatkan rawatan segera. Selang seminit dua Ambulan pun datang merawat Icha. Ketika Paramedik merawat Icha, dia muntah 2 kali. Paramedik meminta hb membawa Icha ke Unit Kecemasan...Panik, aku masih lagi di tempat kerja dan tak tahu apa terjadi. Ketika aku sampai sahaja di rumah dalam pukul 8am, hb memaklumkan apa yang terjadi dan kami terus ke hospital bersama. Icha makin lemah.
Sebaik sahaja mendaftar di unit kecemasan, kami terus mendapatkan rawatan tanpa perlu menunggu lama. Ujian air kencing dan darah di ambil, doktor kata kandungan gula dalam badannya tinggi. Icha ditempatkan di unit permantauan, Icha kena berpuasa selama 2-3 jam dan cuma boleh minum air kosong sahaja untuk sebelum ujian darah dai air kencing di lakukan sekali lagi. Selang 3-4 jam selepas itu, ujian darah dan air kecing dilakukan sekali lagi..alhamdulillah keputusannya normal. Icha diberi makan dan minum selepas itu, tapi dia tak lalu makan. Dia cuma meneguk sedikit oren jus dan satu gigitan cip. Ujian darah dan air kencing dilakukan sekali lagi selepas Icha makan dan minum. Sekali lagi keputusannya kandungan gula dalam darah dan air keningnya sangat tinggi. Doktor kata terlalu awal untuk mengesahkan dia mengidap Diabates!!terketar lutut aku kalau benar Icha mengidap diabetis!!! Aku akan berterusan menyalahkan diri sendiri jika benar Icha terkena Diabates!!!
Kami pulang kerumah semula pada lebih kurang pukul 8pm(+- 12 jam di hospital) dengan appointment yang seterusnya dalam masa 3 hari lagi. Icha perlu berpuasa pada malam sebelum hari temujanji di buat.

Rabu 28 Jan-

Icha masih lemah dan tak mahu makan dan minum...Kalau ada pun cuma seteguk air dan sesudu nasi atau bubur sahaja. Selain daripada itu dia hanya tidur dan merengek sahaja.. Badannya masih panas. Seperti biasa cuma bergantung kepada Paracetamol, dan kali ini aku beri Ibuprofen selang 2 jam berselang seli dengan paracetamol. Suhu badannya turun naik bergantung kepada ubat.Kadang kala nampak perkembangan yang positif dan kadangkala seperti sangat lemah...aku tak tahu nak buat apa-apa. Dalam masa yang sama aku cuba control diet Icha mengurangkan minuman atau makanan yang bergula. Matanya mula memerah berair, bibir kering dan merekah dan dalam-dalam mulut mula memerah, ruam-ruam halus mula keluar di bahagian belakang badannya dan terus ke tapak tangan dan hujung jari dan juga tapak kaki dan hujung jari jemari.

Khamis 29 Jan-

Keadaan Icha masih sama...Aku semakin risau, matanya semakin merah dan begitu juga dengan mulutnya. Ruam halus pada badan, tangan dan kaki juga bertambah. Dia semakin lemah, tanya atau sebut sahaja pasal makanan dia dah mula seperti nak muntah...dah tak ada apa yang nak dimuntahkan kecuali air liur sahaja memandangkan dia memang tak makan dan minum! Aku mula keliru, perlukah aku ke Unit kecemasan semula hari tersebut atau tunggu sahaja sehingga esok yang sememangnya ada temujanji Doktor...Macam-macam penyakit yang terfikir dan mula meneka-neka dalam kepala aku ni ..Demam campakkah?? Meninggitis kah?? atau penyakit serius yang lain..Dah terdetik dalam hati esok dia mesti akan di tahan di wad. Daripada apa yang pernah aku terbaca, Icha ketika itu telah ada tanda-tanda dehydration!! Kami cuba bersabar dan tunggu hingga esok saja! Malam itu Icha berpuasa, cuma minum air kosong sahaja dan tanpa aku berikan ubat.

Jumaat 30 Jan-

Dalam keadaan berat hati aku keluar bekerja seawal mungkin supaya boleh pulang awal...Tumpuan pada kerja langsung tak ada kerana hati aku sentisa ada di rumah bersama Icha!
Pulang dari berkerja, kami terus ke Hospital seawal pukul 8.30am setelah menghantar Ryan ke sekolah. Sampai di Hospital seawal pukul 9am, temujanjinya adalah pada pukul 10am, ada 1 jam lagi tapi seperti setahun rasanya menunggu! Dalam keadaan Icha yang agak lemah tersebut, hb cuba mendapatkan rawatan segera daripada doktor. Suhu badan Icha di ambil oleh jururawat, 39.9C!! sangat panas. Icha diberi Paracetamol dengan segera. Icha sekali lagi dimasukkan ke Unit pemerhatian untuk rawatan yang lebih sempurna sementara menunggu temujanji doktor .. Icha diberi paracetamol dan Ibuprofen, berselang setiap 2 jam. Selepas pukul 10am, Darah dan air kencing Icha diambil untuk ujian..Keputusannya alhamdulillah Normal, tiada kandungan gula yang luarbiasa di dalam darah dan air kencingnya...Lega sedikit rasa hati aku.

Setelah membuat pemantau adan pemerhatian, Pada pukul 4pm doktor membuat kesimpulan bahawa Icha cuma demam biasa. Ruam pada badan dan merah pada matanya kemungkinan disebabkan alergi pada sesuatu. Aku terfikir juga mungkin ada betulnya kerana kami baru sahaja beberapa hari pindah rumah baru. Setelah mendapat bekalan ubat Paracetamol untuk demam dan Ubat Piriton untuk Alergi, kami dibenarkan pulang...Lega, lagi hati aku!

Setelah bersiap-siap untuk pulang aku pun beredar daripada unit pemerhatian tersebut sambil melambai2 kepada nurse yang bertugas sambil mengucapkan terima kasih. Aku menunggu di hadapan Reception sementara menunggu hb datang dengan kereta.

Ketika sedang menunggu, Doktor yang merawat Icha sebentar tadi berlari-lari mendapatkan aku semula dan meminta aku membawa semula Icha ke Unit Pemerhatian kerana ada seorang doktor lain yang ingin melihat keadaan Icha. Terpaksalah aku masuk semula ke Unit Pemerhatian tersebut dengan tanda tanya... Balik semula ke katil tadi dan menunggu! Sejam kemudian, doktor Susan datang memeriksa Icha. Seorang doktor berkulit hitam , daripada percakapannya jelas sekali dia bukan orang tempatan...Baru aku perasan, ketika aku melambai-lambai sambil ucapkan selamat tinggal tadi aku melintas di hadapan doktor Susan yang ketika itu kelihatan serius memandang aku dan Icha...(memang aku tak sangka dia tu doktor).
Dr Susan memberitahu aku bahawa daripada pemerhatian dia yang sangat singkat tadi, dia boleh meneka bahawa Icha bukan demam biasa dan sebab itu lah dia memanggil Icha semula ke Unit pemerhatian, Menurut Dr Susan lagi Icha di syaki mengidap Kawasaki Disease tetapi masih samar-samar.kerana menurutnya tanda-tanda penyakit akan kelihatan selepas sekurang-kurangnya 7 hari selepas demam...Icha diperiksa sekali lagi, di x-ray dadanya, diambil sample darahnya sekali lagi dan kemudian semua doktor mengambil kata sepakat untuk menahan dia di Wad sekurang-kurangnya 2-3 hari.

Pukul 8pm, Icha dimasukkan ke wad M1(Burn Unit). Wad yang sangat selesa untuk kami, bilik 1 katil yang sangat lengkap dengan kelengkapan canggih!! Dalam keadaan Icha yang masih samar-samar penyakitnya, hospital mengambil tindakan cepat merawatnya seperti merawat pesakit Kawasaki. Drip air dimasukkan untuk mengelakkan daripada dehydration dan drip antibiotik ke dalam tubuh Icha.

Doktor menyerahkan risalah mengenai Kawasaki Disease untuk aku baca...Ini adalah mengikut kefahaman aku!

"Kawasaki Disease. Penyakit ini popular di Jepun dan US tetapi jarang-jarang berlaku di UK. Mengikut sumber, dalam 100,000 orang kanak-kanak, hanya 8 orang sahaja yang mengalami disease ini di UK. Biasanya menyerang kanak-kanak dia antara umur 0 hingga 5 tahun. Agak sukar untuk mengenali meyakit ini, tanda-tandanya agak samar-samar dan subjektif. Antara tanda-tandanya ialah sakit perut, demam hingga melebihi suhu 38C, ruam pada tangan kaki dan badan, mata putih menjadi merah dan di penghujung penyakit sebelum pulih kawasan yang beruam itu akan mengelupas. Jika dibiarkan berlarutan kuman virus ini akan merebak ke jantung."

Pukul 12am,Air baru 1/2 bag masuk ke tubuh Icha, Icha meronta-ronta mintak dibuangkan segala wayar-wayar yang berlingkaran di atas badannya...lemas dia dengan segala mak nenek wayar-wayar ubat itu hinggakan disentapnya wayar drip air dan antibiotik tercabut daripada tempat yang sepatutnya. Darah dan ubat-ubatan memancut keluar. Panik aku seketika sambil menekan button memanggil nurse. Rawatan Antibiotik dan Air di hentikan sementara menunggu doktor bertugas memasang semula jarum drip di tangan Icha.

Pukul 2am doktor bertugas datang untuk memasang jarum drip, cucuk 5-6 kali di bahagian pelipat siku dan pergelangan tangan tapi tidak berjaya kerana tak jumpa urat Icha yang terlindung kerana tubuhnya yang agak chubbi. Icha meraung-raung kesakitan..hanya allah saja yang tahu perasaan aku masa itu.

Kami pulang semula ke bilik, sementara menunggu doktor pakar datang.

Pukul 4am, doktor pakar datang untuk memasang jarum drip. Sekali lagi Icha meraung-raung kesakitan. Akhirnya jarum drip berjaya jugak di pasang. Air dan Antibiotik disalurkan semula ke tubuh Icha....

Sabtu 31 Jan-

Perubahan yang sangat ketara pada diri Icha...Mata yang merah dah beransur hilang, mulut yang merah juga sudah beransur-ansur hilang, cuma dia mula batuk-batuk dah suara menjadi serak-serak basah...syukur Alhamdulillah!! Rawatan diteruskan dengan pengambilan antibiotik dan air secara drip serta Aspirin secara oral. Ramai rakan-rakan yang datang menjenguk kami dengan pelbagai buah tangan...Terima kasih, sangat-sangat kami hargai!!
Keputusan Ujian darah telah diterima, clotting blood(darah pekat) dalam darah Icha iaitu keadaan darah yang tidak normal kerana kekurangan cecair dalam badan...

Ahad 1 Feb-

Lagi perkembangan yang mengembirakan..Icha dipindahkan ke Wad M1, 4 katil satu bilik. Sahabat terdekat datang menghantar sup tulang...TQ.

Isnin 2 Feb-

Icha bertambah baik, sudah mula mau minum..Drip air dan antibiotik di buka.Antibiotik mula di kurangkan dosnya kepada suntikan 4 kali sehari , Begitu juga dengan dos Aspirin juga dikurangkan dosnya.Snow turun dengan lebatnya di luar. Kami tengok melalui tingkap sahaja :(.
Keadaan dah beransur baik, sampel darah diambil sekali lagi untuk melihat keadaan clotting blood dalam darahnya. Seperti biasa icha menjerit2 kesakitan. Dia jadi fobia dengan doktor dan Nurse, sentuh pun tak boleh.

Selasa 3 Feb-

Sangat-sangat mengembirakan hati kami sekeluarga, dia sudah mula minum banyak sedikit daripada semalam , mula makan dan bermain...Syukur!
Antibiotik mula diberikat secara oral 3 kali sehari. Aspirin dikurangkan kepada 2 kali sehari.
Kepututsan ujian darah telah di terima, clotting blood masih ada sedikit lagi dalam darah Icha tapi tidak memudaratkan. Cuma, menurut doktor dimasa-masa akan datang(sampai bila-bila) jika sekiranya dia perlu menjalankan sebarang pembedahan ujian darah perlu diambil untuk memastikan tahap clotting blood

Rabu 4Feb-

Doktor membuat pemantauan terakhir sebelum kami dibenarkan pulang ke rumah..Akhirnya kami pulang ke rumah pada pukul 7pm dengan bekalan ubat antibiotik dan aspirin.

Alhamdulillah segalanya selamat...aku sangat-sangat bersyukur kepada allah S.W.T

2 comments:

azreen said...

syukur alhamdullillah kak......sib baik icha kembali sihat...risau betul bila anak2 ni sakit.....kesian btul bila baca citer pasal icha....terasa mcm anak sendiri pulak yg sakit kak.... :-(

Rozie said...

Tq areen...alhamdulillah dia dah beransur pulih walaupun belum lagi sepenuhnya...dah kurus sikit sekarang ni