CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 13 February 2009

Hadiah Valentine day's

Hadiah Valentine day?? tak ada apa-apa hadiah yang menarik sempena Valentine day selama ni, kami tak pernah sambut....

Tapi,
3 tahun lepas, tika dan waktu-waktu macam ni aku dah ada kat hospital...pukul 2am tanggal 14 Feb 2006 tanda-tanda awal untuk melahirkan dah nampak..Water bag dah pecah! duduk dalam wad seharian tapi seperti tak rasa nak bersalin...

15 Feb 2006... pukul 7am, aku dihantar ke Labour room untuk di "paksa" bersalin. Tepat pukul 11.59am, lahirlah seorang bayi perempuan yang kami namakan Rissa Nadia Bt Ahmad Rizal.. Kelahiran yang sentiasa kami nanti-nantikan ...kami sangat-sangat bersyukur dengan kelahiran "princess" yang satu ini kerana beliau satu-satunya anak dan cucu perempuan dalam keluarga buat masa ini,,rekod masih belum dipecahkan lagi...hikhikhik

Yup...esok Valentine day, lusa pulak Birthday Icha..Inilah hadiah Valentine day kami tiap-tiap tahun....tapi buat masa ni aku tak sempat lagi nak buatkan kek yang special untuk Icha memandangkan pada hari ulangtahun kelahirannya itu kami berada di awan biru menuju ke Berlin, Germany ...Bercuti sambil menemani hb menghadiri conference..Lepas balik nanti baru boleh buat plan baru..

Happy Birthday in Advance to Icha...Mama, Papa and Abang luv you so much!!!
Semoga Icha sentiasa dilindungi Allah S.W.T, Dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan mendapat kebahagian dunia dan akhirat...Aminnn!!

Collage91

2-3 jam lepas dilahirkan...

Collage92

10 hari

Collage93

1 bulan, ketika majlis cukur jambul

Collage96

1 bulan 12 hari..

Collage97

1 tahun

Collage98

2 Tahun

Collage89

Icha kini...(2 hari lepas keluar daripada Hospital)

3 comments:

azreen said...

Happy birthday Icha.....smga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yea...

masa lahir tembamnye dia kak.....cute sgt.....dah bessar ni tak yah cakapla mmg cantikk pun dia....bertuah saper dapat nnti...hehehehe

Rozie said...

alhamdulillah bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya...

Icha awak lagi ler bulat..pipi tembam..:)

azah said...

tuan rumah belum balik dr Berlin lagi ke??? cepat2 masuk n3 kat berlin tu..eden nak tgk...nak p sana dalam mimpi ajelah...