CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 22 February 2009

Berlin -Bahagian 2

Semalam hb balik lewat jugak...sib baik bawa balik nasik putih 2 bungkus, so aku buka sardin dan perah asam limau..gaul dengan bawang yang aku siat-siat halus, faham-faham jerlah...mana ada bawak pisau.

17/2/2009

Pagi tu breakfast simple jer, roti cicah coklat panas...
Hari ni berjanji dengan Khairul Minami a.k.a Yeo yang akan jadi tour guide kami sepanjang hari ni.
Yeo ni junior kami kat UiTM, dan teman sekerja hb di Malaysia...
Dia dah 6 bulan kat Berlin melanjutkan pengajian.
Seperti yang dijanjikan...kami keluar ronda-ronda kota berlin dengan bantuan Yeo dan Jimi(hb yeo) dan Aris(anak Yeo)...
Collage103
Destinasi utama-Tembok Pemisah Berlin.
Lepas tu jalan-jalan cari makanan halal di kota Berlin dan
kemudian ronda-ronda di sekitar kota Berlin.
Masa agak terhad dan cuaca pun sejuk...Yeo sanggup ponteng kelas pada hari tersebut semata-mata nak bawak kami jalan-jalan...terharu sungguh, thanks a lot!!
Kami cuma menaiki train(S- ban) dan underground(U-ban) sahaja dari satu tempat ke satu tempat...sistem pengankutan awamnya cepat dan mudah,Train merupakan pengangkutan utama. Masalah utamanyamereka tak tahu berbahasa Inggeris dan nak pronoun perkataan2 dalam bahasa German agak tergeliat lidah...cara yang paling senang kami cuma tulis nama destinasi dan tunjukkan kepada orang-orang tertentu seperti di kaunter tiket .
Biasanya kami gunakan perkhidmatan Yeo untuk membeli tiket atau membeli makanan kerana dia dah boleh bercakap dalam bahasa German serba sedikit.

Tembok Pemisah- Berlin Timur dan Berlin Barat.

Tahun ini genap 20 tahun runtuhnya tembok pemisah Berlin tersebut.
German sangat-sangat mengalukan kedatangan orang luar untuk menyaksikan kepesatan pembangunannya di sana..Ada tembok yang masih kekal kedudukannya dan ada juga dijadikan sebagai dummy sahaja...Serpihan batu tembok juga ada di jual sebagai sourvenir. Tugu-tugu pertahanan juga masih kekal dan sebagai simbolik kepada bahan sejarah German.
Collage104

Collage105

Makanan Lubenon..

Kami makan tengahari di sebuah kawasan penempatan Muslim, terdapat banyak kedai makanan Halal, kami pilih makanan Lubenon...Yeo kata "hari ni makan sampai pengsan"...hikhikhik.

Collage106

Kami makan Djujeh Rice(nasi yang di gaul dengan butter) dan kobideh kebab dan bake tomato, makan sepuas-puasnya nak ganti semula hari-hari yang kami tak jumpa nasik..hikhikhik...lepas tu order lagi 2 bungkus untuk di bawa balik ke bilik hotel....perghhhh, memang kenyang!

Lepas tu sambung perjalanan menjelajah kota metropolitan Berlin...Kota Berlin ni sangat luas, laluan siar kakinya juga sangat luas...tak perlu berhimpit-himpit, terasa lapang sangat.
Collage107
Senibina Bangunannya adalah Moden, aku tak nampak bangunan-bangunan bersenibina lama di kawasan tersebut kecuali Gereja....Lepas posing sikit-sikit, kami singgah di kedai Sourvenir untuk beli tanda kenangan...kami beli sourvenir yang kecil-kecil sahaja, boleh tahan mahalnya!
Collage109

Memerhati gelagat manusia di Berlin...

aku membuat kesimpulan bahawa, Orang german seorang yang tidak ramah(sombong) dan sangat berhati-hati..lokek dengan senyuman tapi suka menolong...
Tidak menghairankan kerana latar belakang, sejarah dan pengalaman pahit masyarakat secara tak sengaja membentuk budaya dan jati diri masyarakat tersebut.
Kehadiran kami di dalam train awam menarik perhatian mereka dan mereka terus menerus memerhati kami...
mungkin kehadiran orang luar (Asia)sangat sedikit di negara tersebut menjadikan mereka tertanya-tanya bangsa apakah kami ini.
Kalau kami sebut Malaysia, mereka tak tau !
Walaupun pentadbiran demokrasi telah diamalkan sejak 20 tahun lepas di German timur, namun unsur-unsur diktator masih dibayangi(pemerhatian aku sahaja). Polis sangat-sangat berkuasa tanpa kompromi!

Cuaca...
Sejuk mencecah 1C hingga -1C, tapi tak berangin.Berjam-jam di luar masih boleh bertahan...beberapa hari sebelum ni snow kerap turun, alhamdulillah hari kami ronda-ronda ni cuaca sangat cerah. texture snownya juga sangat halus gembur dan gebu, seperti pasir di tepi pantai....jalan pun tak licin. Pemandangan selepas snow sangat menakjubkan...tiba-tiba aku teringat pada drama bersiri Korea 'Winter Sonata'.

Collage108

Lepas puas berjalan seharian, walaupun tak habis cover..kami pulang ke Hotel.

Malam tu menikmati lagi Djujeh Rice dan kebab...argghhh, penat dan puas!!

18/2/2009

Dah tiba masanya untuk pulang ke UK...Breakfast kami beli McD sahaja.
kali ni kami ke Schonefeld airport menaiki train(S-ban)...Tambang 4 beranak cuma Eur7.80, Murah!!

Collage111

Bertolak pukul 11am dan sampai di airport sejam kemudian. Flight kami ke Nottingham pukul 3.55pm...terpaksalah lepak lama sikit di Airport.

Collage110

Sampai di Nott dah nak gelap, kami singgap di Darnall makan nasi pilau sebelum pulang ke rumah dan zzzzzzzz.

0 comments: