CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 21 February 2009

Berlin- 15-18 Feb 2009...Bahagian 1

14/2/09
Bertolak ke rumah Fendi di Nottingham...
berjumpa 2 orang kawan hubby yang belajar di kawasan tersebut sambil makan sampai terduduk!! Kami bermalam di sana(rumah Fendi)...

15/2/09
Breakfast nasi goreng dan wafer ,Parking kereta di rumah Fendi.
Pukul 10.30am bertolak ke Nottingham Airport di hantar oleh Fendi,
plan asalnya nak naik teksi jer, tapi Fendi nak tolong hantarkan so kami tak menolak...
dari rumah Fendi ke Airport cuma 5 minit berkereta.

Collage99

Menaiki flight tambang murah'Ryan Air'
..berlepas pukul 12.30pm.
Kelam kabut sekejap gara-gara terleka 30 minit sblm flight nak berlepas baru kami terperasan...
sebelum tu asyik bersembang , posing-posing dan melayan kerenah anak-anak.
Selepas melepasi laluan imigration tinggal lagi 15 minit..last call.
nasib baik sempat, phewww!!

Sampai di Schonefeld Airpot pukul 3pm..
Waktu di German awal 1 jam dari UK.
Masa melepas Border Imigrationnya kami berurusan agak lama sikit kerana kami non EU(Euro Union), mereka check habis-habisan!
Yang tukang check di border tu bukan pegawai Imigration ,
tapi Polis(polizei)..Alhamdulillah selesai juga.
Masa nak keluar daripada airport kami ,
ada 1-2 orang polis check pasport kami lagi...phewww!!

Kami naik cab sahaja ker Hotel..susah juga nak ber 'comunicate' dengan driver sebab tak tau berbahasa Inggeris...
so kami cuma tunjukkan alamat Hotel sahaja.
Canggih sikit kat sini, dalam teksinya tempat duduk penumpang boleh di adjust untuk orang dewasa atau kanak-kanak,
tak perlu keluar masukkan carseat.
Boleh tahan tambang Teksi Eur36.00..
pertukaran matawang sekarang - GBP1= Eur1 >>>barang2 mahal

Collage100

Sampai di Art Hotel, Charlottenburg, betul-betul berhadapan dengan train station Berlin-Charlottenburg..
Collage101

Lapar, makan Maggie jer...pas tu kami beli roti, makan denga Tuna&mayo...tak puas, nak nasikkkkk!!!
Biasa ler tekak orang Melayu. anyway, tak jumpa nasi hari tersebut :(...Kami berehat sahaja di hotel. Snow turun sepanjang hari...

16/2/08...

Hb pagi2 dah keluar ke Uni Tecnical Berlin untuk conference,
turn beliau present paper pada hari tersebut.
Kami duk di bilik hotel tunggu beliau.
Aku ambil kesempatan memberanikan diri ronda-ronda bersama anak-anak di bandar Charlottenburg...

Collage102

missi utamanya nak cari nasi/makanan halal...hikhikhik...
Sempat snap sekeping dua ganbar di kawasan tersebut.
Kami singgah di Supermarket Russia, suka sgt tengok buah strawberry yang besar-besar dan buah Cherry yang manis-manis...
mmmm sedap, aku rembat sebungkus dua!!...

Masa ronda-ronda tu, terjumpa kedai Doner Kebab...
rasa nak melonjak rasa hati,
tukang jual tu orang Turki tapi tak boleh berbahasa Inggeris...
memang rata-rata orang di sini tak boleh berbahasa Inggeris.
aku tanya..
"halal?"...
dia jawab
"yeah..yeah, halal"...
pas tu aku tengok di sekitar kedai , tak macam kedai halal kecuali makanannya sahaja makanan timur tengah tapi suasanan seperti dalam bar...dinding kedai dihiasi dengan arak yang pelbagai jenis...
tak nampak pulak tulisan halal...
aku tak confident...
aku cuma beli Vegie Pizza sahaja, ok ler daripada makan roti kering!
Snow turun lagi...
Duduk sahaja di dalam Bilik hotel sambil melayan Internet dan menikmati pizza dan buah-buahan...

3 comments:

azah said...

uikss..dah habis ke cerita? macam tergantung je, tunjuk le brg2 yg dibeli..dan gambar2 scenery kat sana

azah said...

oppss..baru nampak bahagian 1..ada berapa bahagian semuanya? mesti banyak ni..

Rozie said...

hi kak Azah...kedai blum bukak abis nih...hikhikhik