CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 14 January 2009

Sekolah Baru

Hari ni first day untuk Ryan ber sekolah di sekolah baru...yup, pindah sekolah lagik sebab aku pindah rumah lagik...muahahahhaha.

Sebenarnya aku kesian sangat dengan Ryan dah berapa kali pindah sekolah, tapi nak buat macam mana, dah perjalanan hidup kami di perantauan ni dah tertulis sebegitu...macam-macam sebab yang memaksa kami berpindah. Yang penting kami inginkan sebuah kehidupan yang tenang dan selesa, dari pelbagai sudut..dari sudut hati, perasaan,pandangan dan macam-macam lagi.

Rumah yang baru ni tak ler sehebat rumah yang pernah aku duduk sebelum ni, tapi yang penting kami selesa dan lebih tenang.

Berbalik kepada cerita Ryan, mulanya rasa tak terkeluar dari mulut aku nak memberitahu pada dia yang kami akan berpindah....segala urusan mencari rumah sewa hinggalah urusan pertukaran sekolahnya kami tak bagi tahu langsung.Aku dah imagine bagaimana reaksi Ryan bila dia tahu kami akan berpindah...dia akan terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana baru, persekitaran yang baru dan kawan-kwan baru.

Malam tadi nak tak nak kami terpaksa jugak bagi tahu dia bahawa hari ini dia terpaksa meneruskan persekolahannya di sekolah yang baru..Mulanya dia memang menangis tak mahu sebab dia menunggu banyak aktiviti yang menarik di sekolah Tinsley diantaranya program lawatan, kelas swimming dan kelas ICT...abis tu nak buat macam mana kan!!!.

Aku jangkakan dia akan bersekolah di Tinsley hingga hujung bulan ini, tapi disebabkan masalah tempat yang terhad maka terpaksa jugak aku masukkan ke sekolah baru secepat mungkin sebelum diambil oleh orang lain...

Aku memang tak cerita langsung pasal pindah ni, aku serah bulat2 pada inchik hb, sebab aku tak sanggup nak bagi tau dia...aku kesian sangat kat dia!

Pagi ni aku tengok dia selamba jer pulak...mesti ada yang dah dijanjikan oleh inchik hb kat dia tu!...Sepanjang di sekolah baru hari ni, risau tul hati aku bila teringatkan bagaimana ler keadaan dia kat sekolah baru tu, dah dapat kawan ke belum?? hati rasa tak senang, takut dia murung pulak nanti...!

Pulang dari sekolah, aku tengok dia happy jer...dia kata sekolah baru ni best...legaaaaa
Dah dapat kawan baru, nama pun Ryan jugak...!
bila aku tanya sekolah mana yang best? sekolah yg baru ker sekolah Tinsley..dia jawab, Tinsley Junior school best...tapi sekolah yang baru ni lagi best...!!!

Baru ler senang skit hati aku, pulang dari sekolah tak ler dia merungut-rungut seperti mula-mula dia nak berpindah ke Brunswick Primary School dulu..masa tu bila nak ke sekolah dia asyik kata"I'm nervous"... pas tu masa aku intai dari jauh aku tengok dia main sorang2 jer. Nak dapat kawan yang betul-betul ngam dengan jiwa dia ambil masa sebulan dua jugak....

Mungkin dia dah belajar dari pengalaman yang lalu...Pada aku,ini adalah petanda dan satu permulaan yang baik...harap-harap dia selesa dengan sekolah baru ni...

2 comments:

azreen said...

Kak....sian kat ryan kan...tp sib baik dia suka ngan sek baru ni....akak ni sebenarnya dah pindah ke blum....nnti jgn lupe tepek gambar rmh baru akak ek....ngan gambar akak sekali tau.....rindula kat akak nih....muahhhhhhh!

Anonymous said...

assalamualaikummm

syok baca orang M'sia dok ebersi