CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 12 January 2009

Birmingham

Baru jer pulang dari Birm semalam...Tak plan pun nak ke Birm, tiba-tiba mlm jumaat tu kita orang ke Birm. Tido rumah kawan kami si Saiful Tan. Sian kat dia tak pasal2 kena entertain kami, dah ler dia orang baru jer tak sampai 2 minggu pulang dari bercuti di Malaysia.

Seperti yang pernah aku cakap sebelum ni, kami ada 'Projek Besar'. Kebetulan projek besar tu ada kat Birm, so kami pun terpaksa ler ke Birm secepat mungkin...projek besar ni pulak base on "pat-pat siku lipat....."..hikhikhik. Itu pun belum settle lagik, harap sabtu depan selesai semuanya.
Bila dah confirm baru ler aku bg tau kat sini...tunggu!!!

Lepas selesai semua urusan hari sabtu, malamnya kami pi makan kat sebuah Restoran Parkistan, saja-saja ler nk belanja Saiful n family yang dah banyak menolong kami sejak dulu-dulu lagi..lupa dah nama restoran tu, restoran sempoi jer..kalau tengok dari luar memang tak ada kelas, tapi makanannya memang best!! Nasi Biryani, Nasi Pilau, Ayam dan Kambing memang menyelerakan!!masih teringat-ingat sampai sekarang, lepas ni kalau ke Birm harusss singgah ke situ... lagi satu keunikan Roti Naannya...biasanya kita tengok roti naan buh dalam pinggan tapi kat Restoran ni dia gantung pada penyangkut khas...macam sidai towel jer aku tengok...datang ke Birm dalam keadaan yang tergesa-gesa, tak sempat aku nak bawak kamera...tapi aku sempat jugak snap gambar roti gantung tu pakai kamera phone inchik hubby...

Tapi buat masa ni tak sempat nk tempek gambo tu kat sini...nanti bila ada kelapangan aku tempek gambar roti gantung tu, inchik hubby sibuk sangat kebelakangan ni..hp tu sentiasa kat tangan dia, kena tunggu time dia free dulu, kalau tidak tak pasal-pasal haku kena jerkah pulak...elok2 mood baik tiba2 tukar angin kus-kus pulak. Sapa yang susah?? hakuuuu jugak!!

anyway aku janji mesti tempek gambar tu sebab aku rasa unik sgt!!

1 comments:

azreen said...

akak jangan lupe tepek tau gambar tu....teringin nak nengok....

kak...buat projek apa tuh....wah2...cam best je.... :-)