CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 31 December 2008

Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru..

5 Days to go...

Selamat menyambut Tahun Baru untuk semua blogger dan pengunjung blog, Masih tidak terlewat untuk aku menyucapkan Salam Maal Hijrah 1430, tutup buku lama dan bermulalah lembaran buku yang baru, semoga mendapat keberkatan....Selamat tinggal buat 2008 dan selamat datang kepada 2009, semoga kedatangan 2009 memberi sinar baru dalam hidup masing-masing..

Banyak perkara yang berlaku sekitar 2008 ini...ada yang menggembirakan dan ada yang memedihkan, mana yang baik akan menjadi kenangan sampai bila-bila dan mana yang memeritkan biarlah ia terkubur begitu sahaja dan tak ingin untuk diulangi. Yang baik akan aku dijadikan pedoman dan yang buruk itu akan aku cuba untuk hindarkan...Segalanya memberikan pengalaman dan pengajaran untuk aku melangkah dengan lebih kemas lagi di masa hadapan...

Hari ni snow turun di Tinsley sebagai penutup tirai 2008, walaupun tak lebat tapi cukup untuk menusuk sampai ke tulang hitam..

Hujung minggu yang lalu majlis Resepsi Mamu dan Isteri...bertempat di rumah pengantin perempuan pada hari sabtu dan di rumah MIL aku pada hari Ahad...alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar... Ini lah serba sedikir gambar yang di ambil dari lensa kamera digital bukan pro

Layan....


Pengantin di singgahsana...Rumah biras aku


Makan beradap..rumah pengantin perempuan


Lagu apa ler yg dinyanyikan oleh pengantin agaknya hingga menitiskan air mata ibu pengantin lelaki...huhuhu, terharu sungguh. Gambar majlis di rumah my In Law, my cameraman tak sempat nak amik gambo pengantin masa bersanding kat dalam rumah sbb busy melayan tetamu...nampaknya kena tunggu gambar dr yg pro..


Parent aku tak dapat hadir sebab banyak kenduri yang berlangsung kat kampung aku...sepupu-sepapat pun berkenduri jugak di KL...ini ler wakil dari family aku, Pak Ndak aku(baju lengan panjang) yang merupakan adik kepada ibu aku bersama isteri beliau (baju biru)yang memang menetap di Penang sejak muda-muda lagi...dan kakak sepupu yang paling rapat dengan aku "kak Da" & suaminya yang baru berkahwin 6 bulan lepas kebetulan ke Penang pada hari tersebut ...kalau tengok entry yang lepas-lepas ada aku selitkan gambar perkahwinan beliau , masa tu aku yg jadi mak Andamnya...

Lepas ni pengantin akan berbulan madu di Pulau Bali...Semoga berbahgia!!


1 comments:

azreen said...

tahniahla kepada pengantin....wah bertambahla lagi ahli keluarga mentua akak ek....adela geng akak nnti....hehehe