CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 7 December 2008

Salam Aidil Adha


Seronoknya orang kat Malaysiakan... sekarang ni dah ada kat kampung bersama-sama keluarga merayakan Aidil Adha...sob!sob! sob!

Aku kat sini life macam hari-hari biasa jer...yang kerja kena pi kerja...Ryan cuti sehari tapi hb tetap pi skolah...huhuhu

Aku tak rasa nak masak apape yang special esok sebab confirm memang tak ada sapa yang akan datang ke rumah aku !! kalau aku masak pun sebab kesiankan anak teruna dan anak dara aku tu jer...masak untuk makan sendiri jer! ...sedeyyyyy

Ermmmm...nampaknya nak kena tanya dia orang tu apa yang depa nak makan esok!

Aku nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua tetamu-tetamu Blog "Coretan Hati"...baru tukar nama daaa, kehkehkeh! Maaf andai ada salah silap selama mengenali mahupun pernah mengenali kalian! aku ni bukan nya seorang peramah, aku tak pandai berkata-kata...lidah aku memang kelu, lebih-lebih lagi nak bertikam lidah dengan orang..kadang-kala aku boleh menjadi seorang yang sangat berat mulut, bolehlah dikategoriekan sebagai Pendiam...tapi aku tak sombong, so jangan salah tafsir tentang aku keyyy. Aku rajin jugak merayap dari satu blog ke satu blog, tapi tak tinggalkan jejak sebab tak ada idea...ekekeke

Aku ada satu "PEMBERITAHUAN" kat sini...
Dengan rasminya Aku tukar Title Blog aku nih kepada Title yang lebih vogue untuk diri aku sendiri iaitu "CORETAN HATI".

Rasa macam tak best jer title lama aritu...kengkadang haku sendiri pulak rasa geli nak sebut sebab tak kena dengan jiwa aku...ahaksss. "Coretan Hati" mungkin lebih seswai sebab aku menulis kat sini mengikut sukahati aku jer dan apa yang terlintas di fikiran...

Berbalik kepada Aidil Adha tadi...tengok kat gambar di atas tu, seronokkan kalau dapat ke sana...Insyallah suatu hari nanti aku juga akan ke sana, kalau jasad tak berkesempatan mungkin ada yang boleh tolong bawakan roh dan semangat aku ke sana. Aminnnn...Sebaik-baik tempat untuk kita melapangkan fikiran dan mendekatkan diri kepadaNya...tengok gambar pun dah rasa sayu!

ok lah...makin lama-makin tah hapa-hapa yang aku merapu

cau cin cau!

1 comments:

azreen said...

kak, selamat hari raya ek...wah dah tukar tajuk...add lagi...ingatkan saper la tadi...kuikuikui...jgn sesedih kak....kite pun raya kat sini je...faisal pun dah pegi uni lps makan tadi...huhuhu....